Waja Replacement Yang Dinantikan.

Sejak sekian lama Proton Waja berada di atas jalan negara kita. Waja telah mencipta nama bila berjaya menembusi pasaran luar negara dan ia amat memberansangkan. Pernah satu ketika dulu, Waja pernah menjadi anak emas Proton Holding yang memberikan keuntungan yang besar kepada syarikat pengeluar kereta tempatan ini.

Baru2 ini Waja diberitakan akan digantikan dengan satu model terlaris dari Jepun dan ia mengundang tanda tanya bayak syarikat dan juga penggemar kereta Proton. desas desus mengatakan Lancer akan menggantikan Waja namun ia belum disahihkan oleh Proton sendiri.

Misubishi Lancer yang dikatakan akan menggantikan Waja

Andaian ini semakin kuat apabila di laman web Paul Tan dipaparkan snap shot kereta ujian Lancer. Ramai pengguna Waja khususnya dan proton lazimnya mengikuti perkembangan ini.

Kereta Ujian : Pandangan Hadapan

Kereta Ujian : Pandangan Belakang

Bedasarkan pandangan kereta ujian ini, dilaman web Paul Tan dipertontonkan lakaran terbuka Waja ini, namun lakaran ini adalah berdasarkan imaginasi pereka dari paul Tan. Jika dilihat dari lakarannya, Waja ini bisa menyengat apabila di pasarkan kelak.

Imaginasi pereka untuk pandangan hadapan Waja
Imaginasi pereka untuk pandangan sisi Waja

Dengan kerjasama Proton, TV3 berjaya mendapatkan info tentang Waja ini dan ia telah dimuatkan dalam Buletin Utama dan memberikan sedikit maklumat tentang tranmission yang akan dikeluarkan.iaitu 1.8MT, 1.8AT dan 2.0AT

Ketika ramai pekerja Proton bercuti raya dan Proton menutup operasinya, gambar WAJA ini telah dimuatkan ke dalam satu laman web. Sungguh memeranjatkan atau munkin satu strategi Proton untuk pemasaran kereta barunya. Ini pernah terjadi pada model BLM sebelum ini dan Proton telah membuat keputusan untuk mengeluarkan BLM lebih awal.

Berikut adalah gambar terkini untuk Proton Waja nanti. Munkin ini adalah rupabentuk sebenar WAJA ? Nantikan kemunculanya.

Saya pasti, inilah Waja Replacement yang akan dikeluarkan pada Oktober 2010 nanti seperti yang di war2 kan sebelum ini.

No comments:

Post a Comment