Berhati-hati dengan Santau Pengasih

Diceritakan semula oleh perawat perubatan mistik untuk taulan kita semua hendaknya.

Suatu malam lebih kurang dalam pukul 10.30, telefon saya berdering ditelefon oleh no 017. Setelah diangkat seorang lelaki berada di hujung talian mengenalkan dirinya sebagai Mat. Dia tinggal di Port Klang. Dia mengatakan isterinya kerasukan. Apabila saya teliti danamati apa diceritakannya, didapati ada kawan satu tempat kerja dengan isterinya suka kepadanya dan telah menggunakan ilmu hitam yang dinamakan santau pengasih.

Santau pengasih ini banyak cara yang boleh digunakan, melalui minyak, pemujaan, menggunakan rambut ataupun kuku salah satu dari anggota badan dan boleh juga menggunakan pakaian si mangsa. Kalau diikutkan daripada ceritanya, banyak kejadian aneh telah berlaku kepada mereka. Salah satu daripadanya, ini menyebabkan mangsa tunduk kepada pemakainya. Pada waktu malam, mangsa akan mengingati, memikirkan orang yang memakainya. Ini juga menyebabkan tanda tanya juga kepada mangsa iaitu kenapa dan mengapa dia mangsa teringat kepada pemakainya. Sebenarnya di sebalik sapuan minyak pengasih itu adalah perbuatan jin yang dipuja oleh pemakai yang menyebabkan mangsa teringat kepada si pemakai sehingga begitu sekali. Minyak itu adalah sebagai syarat untuk menandakan itulah mangsa yang dimaksudkan oleh pemakai ilmu ini, untuk jin itu bertindak seterusnya terhadap mangsa.

Kesan terhadap penggunakan santau pengasih ini akan menyebabkan kekacauan fikiran si mangsa yang akan menyebabkannya menjadi tidak tenteram, sekaligus menyebabkan keluarga menjadi kucar kacir, tidak sefahaman, sentiasa bertelagah, tak boleh bertemu dan ada sahaja yang tidak kena. Sekiranya ada kekasih, ia akan menjadi syak wasangka yang tidak sepatutnya dan merasa diri mangsa dipermainkan kekasihnya. Apabila berlaku keadaan ini, si pemakai akan menangguk di air keruh sebagai pihak yang kononnya ingin memperbaiki keadaan, walhal sebaliknya. Manusia ini rambut sahaja sama hitam, tetapi hati lain-lain. Dari itu berhati-hatilah meletakkan kepercayaan kita kepada kenalan kita walaupun dia adalah kawan baik sekalipun. Terlalu banyak saya telah saya dengar kisah kawan-makan kawan dalam perubatan yang saya lakukan ini. Sememangnya kasihan tetapi setiap yang berlaku ada hikmahnya yang ingin ditunjukkan oleh Allah SWT kepada mangsa.

Saya bersyukur kepada Allah swt kerana telah mengurniakan ilmu yang saya miliki ini. Di samping dapat mempertahankan diri dan keluarga, saya mampu juga untuk membantu insan lain yang memerlukan pertolongan. Sekurang-kurangnya bertambahlah sedikit kalaupun tidak banyak bekal untuk hari akhirat saya nanti.

Berbalik kepada kisah tadi, untuk senario pesakit seperti ini, pertama sekali apa yang saya lakukan ialah dengan memberi nasihat atau langkah awal untuk bagaimana menangani sihir atau bertahan terhadap perbuatan sihir terlebih dahulu. Untuk pusingan pertama rawatan, biasanya pesakit tidak akan mahu untuk bertemu kerana hatinya (pesakit) akan merasa ragu-ragu dengan apa yang dialaminya. Untuk ini, apa yang saya lakukan ialah dengan melakukan rawatan jarak jauh terlebih dahulu. Rawatan jarak jauh ini sebenarnya adalah tindakan awal untuk melumpuhkan sihir atau ilmu hitam (jin pengasih) terlebih dahulu yang telah mencengkam hati pesakit. Langkah ini bagi membolehkan hati pesakit lama-kelamaan akan tenang dan terbuka untuk datang untuk dirawat.

Keesokan harinya selepas waktu Asar pintu rumah saya diketuk oleh seseorang. Dengan izin Allah Mat rupanya yang telah datang bersama isteri dan beberapa ahli keluarganya yang lain. Saya pun mempersilakan mereka masuk dan menghidangkan air kopi. Setelah membuka bicara, mereka pun terus bertanyakan tentang penyakit yang menyerang si mangsa. Setelah itu saya pun ceritakanlah serba-sedikit apa yang mereka patut tahu. Walaupun tahu siapa si pembuat sihir tersebut, tetapi saya tidak pernah menceritakannya kerana untuk mengelakkan fitnah dan kemudaratan yang lain. Setelah itu saya pun menceritakan kedah rawatan kepada si pesakit dan ramuan ubatan disediakan berserta doa-doa yang perlu dibaca pesakit semasa mengambilnya. Mudah-mudahan, dengan izin Allah SWT, bahan-bahan sihir dan bisa santau dan bahan-bahan kotor di dalam badan pesakit akan keluar melalui muntah ataupun membuang air besar ataupun kecil. Dengan izin Allah SWT juga, biasanya kesemua bahan sihir tesebut akan dineutralkan selepas mengambil ubatan ramuan tersebut dengan sekali ambil sahaja. Ubatan ramuan yang saya berikan tidak ada pantang larang apabila mengambilnya cuma tidak boleh dilangkah sahaja kerana bahan ubatan tersebut telah didoakan. Ubatan diberikan juga tidak perlu pemati ubat. Bagaimanapun, setiap orang yang telah terkena sihir, biasanya akan mendapat penyakit fizikal juga akibat bahan santau telah merosakkan tisu tisu badan. Oleh itu, ia juga memerlukan rawatan ubatan hospital juga untuk memulihkannya.

Selang beberapa hari, Mat menelefon saya, isterinya sekarang juga kembali seperti sediakala. Perhubungan meraka menjadi semakin bahagia. Di sebalik kebahagiaan yang dikecapi oleh Mat dan isterinya, si pengamal sihir pula sudah putus asa kerana perbuatan sihirnya telah dirasakan tidak menjadi lagi. Itulah lumrahnya ilmu yang bertentangan dengan Islam, kuat manalah jin makhluk Allah untuk menentang ilmu kurniaan Penciptanya.

Sesungguhnya, Allah adalah sebaik-baik pembalas kejahatan.

Wallahu’alam.

20 comments:

  1. mohon bertnya..saya da seorang kawan, dia seorg yang baik, tetapi jodoh dia amatlah berat tiada lelaki hadir,tapi suatu ketika, dia jatuh cinta dgn suami orang dlm diam2..dan suami orang itu juga suka akan dia dlm diam2,,puas dia cuba mengelak sb xnak jadi org ke-3..tapi bila lagi dia elak, dia asyik teringat kat suami org ni..dan kerja2 dia terbengkalai bak kata angau..dia cerita dkt saya yg dia hari2 ingt kn suami org ni, sampai solat pun dok boleh senyum sorang dan kekdg teringin nak buat seks dgn suami org itu..bos and kawn2 pun perasan dia xkeruan..dia takot terkena ilmu pengasih.Saya juga kenal suami org ni, dia baik,,xminat perempuan,,tp mereka boleh terjatuh cinta..adakah ini tanda2 jin ada dlm badan kawan saya atau memang dia terkena ilmu pengasih??..lagi satu kawan saya ni, kekdang jd malas nak solat, kkdg kuat marah/tersingung dan menangis..dia pernah cerita, yg masa kecik, dia selalu kena buli, dan dia xnak kawan semua org dah, dan akhirnya dia minta jin di pokok jd kawan dia sampai dia besar..sekarang dia menyesal. Ada cara x saudara?

    ReplyDelete
  2. sy megalami masalah yg sama spt dlm artikel. boleh bantu sy dan suami x?

    ReplyDelete
  3. sy megalami masalah yg sama spt dlm artikel. boleh bantu sy dan suami x?

    ReplyDelete
  4. Bole bg no contact pengamal perubatan diatas?

    ReplyDelete
  5. as salam.. bileh bagi nombo telefon pengamal perubatan tersebut.

    ReplyDelete
  6. Minta sertakan no telefon atau maklumat pengamal perubatan tersebut... in sya allah membantu.. ramai kat luar sini yg mengalami masalah seperti dlm cerita ini.

    ReplyDelete
  7. Mohon bantuan..kluarga saya mngalami msalah sperti INI..boleh Bantu saya rawat isteri saya..saya kini berada diluar negara..isteri di Malaysia..msalah saya isteri terlalu bencikan saya tiba2..

    ReplyDelete
  8. saya pun mengalami benda yg sama,masa tgh solat boleh terbayang kn dia,sblm tdo pun terbayang kn dia,ape2 je pun terbayang kn dia,bila saya xnk berhubung dgn dia,dia marah

    ReplyDelete
  9. penulis blog.. boleh beri no telipon.. saya ingin bertanya bagaimana nk merawat mangsa yg telah tunduk kepada pemuja dan dah ikut sipemuja.. dan sipemuja pun htr ilmu hitam utk cuba bunuh saya.. setelah saya cuba menghalang dan mencari mangsa.. hamba allah yang mencari bantuan hamba allah yang lain.. 0178063462

    ReplyDelete
  10. bagaimana rawatan jarak jauh dilakukan..adakah dengan doa mampu melumpuhkan sihir tersebut?

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  14. PANTAT LU ADMIN!!!

    sembang meletop! .... Bila ada Org mintak no tepon utk tolong berubat senyap je...
    Sembang mcm hebat sangat padahal habuk pun tarak.. Dengar citer org lepas tu tulis dlm blog macamm citer tu atas pengalaman kamu...
    Hahaha

    Sembang dlm blog kencang dpt sembuh kan org kena sihir itu dan ini.....

    Bak kata org tua tua
    SEMBANG TAK KASI ORG BIMBANG
    SEMBANG TAK JATUH
    MUKA MACAM KEPALA BUTOH!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. privasi seseorang ko ingat senang nak bagi begitu sahaj andai nyer org tu tak izinkan dan dia samaan ko ko bayarkan ke

      Delete
  15. Tlg bagi maklumat. Sy nak perkhidmatan untuk merawat pasangan.

    ReplyDelete
  16. Hey tony! Nama saya Julia, terima kasih atas ketenangan maklumat yang anda bagikan mengenai Dr. Iyabiye mengenai penyembuhan hepatitis, dia dalam keberkahan saya menghubungi dia dan saya sembuh selepas memohon rawatannya. Beliau menghantar saya ubat melalui khidmat kurier DHL yang mudah untuk saya dapatkan dan mengambil ubat selama 4 minggu dan saya pergi ke hospital selepas itu untuk ujian dan negatif. Saya datang ke sini untuk memberitahu anda bahawa anda betul-betul di mana-mana ubatnya, semuanya baik dengan saya sekarang. Terima kasih banyak - banyak. Hanya sekiranya ada sesiapa di luar sana yang ingin menghubunginya, di sini adalah kenalannya: iyabiyehealinghome@gmail.com Panggilan / Whatsapp: +2348072229413

    ReplyDelete
  17. Saya pun alami masalah yang sama dengan isteri saya..boleh sy dpatkan nmber phone pengamal perubatan tak.. ikhtiar macam macam dah

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum warahmatullah wabaraqatuh..
    Saya mencari perawat disekitar.. untuk rawatan secara dekat, saya termakan makanan yang sudah dikenakan ilmu guna-guna, setiap hari ada saja benda halus di hantar kepada saya.badan saya ditumpangi 4 buah keluarga yang memakai pendamping ghaib.
    email saya, nombor pengamal perubatan : tubuhsatu@gmail.com

    ReplyDelete