Assalamualaikum... Tuhan, aku tahu kau bisa mendengar kerana sifatMu yang Maha Mendengar... Aku tahu Kau mengetahui segalanya kerana dunia ini milikMu.Aku tahu aku tak perlu menulis warkah ini ... Dan aku amat pasti yang mana aku tidak perlu memilih perkhidmatan pos termahal untuk memastikan Kau menerima warkah ini kerna hakikatnya Kau ketahui apa isi warkah ini sebelum aku menulisnya... Aku mengerti semua itu... Aku faham... Tapi maafkan aku Tuhan, aku tetap berdegil untuk menulis warkah ini... Kerna bagiku yang daif ini, mungkin bila mana insan lain membaca warkah istimewa ini, sedikit sebanyak mereka belajar sesuatu... Mungkinkah? Entahlah... Sekali lagi , seterusnya dan selamanya... ."Hanya Kau Yang Mengetahui"...
Tuhan yang aku kasihi... Sebenarnya aku tidak tahu bagaimana hendak memulakan warkah ini..Seperti yang diketahui, insan di muka bumi rekaanmu ini terlalu suka pada yang indah.Namun aku tak pandai dan tak tahu bagaimana nak perindahkan warkah ini.Aku cuma menulis dari hatiku.Menulis dengan keikhlasanku.Menulis hanya keranaMu... KeranaMu? Arghhh... Besar sungguh maksud itu... Layakkah aku menyatakan sedemikian? Aku tak tahu.Aku takde jawapannya.Yang pasti, aku menulis kerana itu yang aku mahu. Kerana ia terlalu bermakna buatku .Lagipun mungkin juga kerana terselit rasa tanggungjawap pada diriku sendiri. T
Tuhan... Ceritanya begini... Hari itu... Aku merasakan aku sudah puas lalui laut bergelora dibumi ciptaanMu.. Aku puas berenang mencari jalan keluar tapi sia-sia.Aku puas berpaut pada ranting kekuatanku tapi itu bertahan cuma untuk sementara..Segala-galanya buat aku merasakan aku sudah terlalu letih mengharungi ombak itu .Aku amat penat. Tuhan... Waktu itu, aku cuma mampu mengangkat muka mendongak ke langit pinta Kau mengasihaniku... Hanya itu yang aku mampu... Aku merasakan aku sudah tak berdaya. Berfikir jauh sekali.Aku kehilangan kata-kata.Lidahku kelu.Air mata yang sering membasahi pipiku sudah tiada... Kosong.Sepi.Aku laksana muflis... Tuhan ... Hakikatnya... Aku takut..Terlalu takut..Adakah bila aku mengukap kata letih..Kesedihan menyelubungi hidupku..Ketenangan tidak lagi bertapak dihatiku... Kewarasan akal entah ke mana... Adakah semua ini menggambarkan aku telah gagal melalui dugaan Mu ini? Aghhh... Tipisnya imanku... Dan persoalan yang paling aku takutkan ... Tuhan... Adakah Kau murka padaku?
Tuhan ... Sesungguhnya Kaulah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani... Aku pohon padaMu, berikanlah aku keampunan... Ampunilah aku, hambaMu yang hina ini.Dan Tuhan, sinarilah hidupku dengan cahaya keimananMu.Tuhan... berikanlah aku petunjuk dan pimpinlah aku ke jalan yang kau redhai.Jalan yang terbaik buat diriku... Jalan yang patut aku tuju.Tuhan..aku pohon padaMu janganlah Kau lepaskan tanganku.Aku tak mahu hanyut lagi.Aku mahu sentiasa disampingMu.Merasai kasihMu nan satu.
Tuhan ... Walau sudah beribu kali Kau berikan aku peluang, aku tahu aku sering mengsia-siakannya. Aku terlalu lupa pada erti syukur.Aku sudah terlalu selesa pada anugerah kenikmatan yang Kau berikan.Aku leka.Maka, lupa hadir, merampas nikmat. Itu.Kini aku teringat kata-kataMu... "Hendaknya engkau berhati-hati apabila menerima nikmat dari anugerah Ku kerana akanKu sertakan kiriman pasangannya sebagai iringan, segala sesuatuKu jadikan berpasangan".Tuhan... Mungkinkah aku sudah terlambat? Atau ini baru permulaan...
Tuhan... Berilah aku peluang sekali lagi menebus kebodohan aku.Ketidaksabaranku pada dugaan sekecil itu.Maafkan aku kerna membenarkan nafsu menguasaiku.Lebih-lebih lagi kealpaan aku membenarkan syaitan hadir bertapak dalam senarai sahabatku.
Tuhan... Moga Kau kurniakan padaku atas apa yang didoakan oleh RasulMu... "Wahai Tuhanku!Perbaikilah bagiku agamaku yang menjadi pegangan urusanku dan perbaikilah untukku duniaku yang mana disini aku hidup dan perbaikilah bagiku akhiratku yang disanalah aku kembali.Jadikanlah hidupku tambahan dalam segala perkara kebajikan dan jadikanlah mati itu kerehatan bagiku dari setiap kejahatan." Sekian sahaja untuk warkah kali ini...
Akhir kalam... Terima kasih Tuhan kerana membenarkan aku menulis warkah ini sehingga akhirnya... .Wassalam...
Ikhlas darI HambaMu...
No comments:
Post a Comment