15 Mac 2011 : Facebook Akan Ditamatkan Operasinya

"Facebook kini telah didapati di luar kawalan," kata Zuckerberg dalam sidang akhbar di luar pejabatnya Palo Alto, "dan stress pengurusan syarikat ini telah menghancurkan hidup saya.  Saya harus mengakhiri semua kegilaan ini. "

Zuckerberg terus menjelaskan bahawa mulai 15 Mac, pengguna tidak lagi dapat mengakses
akaun Facebook mereka.

"Selepas 15 Mac website Facebook akan ditutup sepenuhnya," kata Avrat Humarthi, Naib Presiden Teknik Negeri di Facebook. "Jadi, jika anda ingin melihat gambar anda lagi, saya cadangkan anda memuat turun dari internet sekarang.  Anda tidak bole berbuat demikian selepas website Facebook dihentikan sepenuhnya. "

Zuckerberg mengatakan bahawa keputusan untuk menutup untuk sukar, tapi dia tidak berfikir pengguna akan kecewa.
"Secara peribadi saya tidak berfikir itu merupakan masalah besar," katanya dalam sebuah wawancara telefon peribadi. "Dan secara jujur, saya pikir itu adalah lebih baik. Tanpa Facebook, pengguna akan keluar dan menjalinkan hubungan secara bersemuka.  Itu selalu hal yang baik. "

Beberapa pengguna sangat marah dan kecewa setelah mendengar berita yang mengejutkan ini.

"Apa yang saya lakukan tanpa Facebook?" Kata Denise Bradshaw, seorang pelajar SMA dari Indiana. "Hidup saya bersama website ini. Saya melayari Facebook  sekurang-kurangnya 10 jam sehari. Sekarang apa yang akan saya lakukan dengan semua masa tersebut? "
Namun, ibubapa di seluruh negeri berasa lega dengan keputusan tersebut.

"Saya bersyukur mimpi buruk bersama Facebook telah sampai ke penghujungnya," kata Jon Guttari, bapa tunggal dari Detroit. "Sekarang wajah remaja saya tidak akan terpaku pada skrin komputer sepanjang hari.  Mungkin saya boleh berkomunikasi denagn sidia secara bersemuka. "
Mereka di sektor kewangan mengkritik hebat Zuckerberg kerana menarik diri dari perniagaan yang berbillion dollar nilainya. Facebook ketika ini menduduki tangga tertinggi untuk sebagai salah satu perniagaan yang terkaya di dunia, dengan pakar ekonomi menganggarkan bernilai sekitar 7,9 bilion.

Namun Zuckerberg tetap tenang menghadapi kritikan itu. Beliau berkata ia tidak akan berganjak dan akan berdiri teguh dengan keputusannya untuk menghentikan operasi Facebook.

"Saya tidak peduli tentang wang," kata Zuckerberg. "Saya hanya ingin kehidupan saya kembali seperti sebelumnya."
Facebook Corporation menyarankan agar seluruh pengguna memadam semua maklumat peribadi mereka dari laman web sebelum 15 Mac. Setelah tarikh itu, semua foto, nota, link, dan video akan secara kekal terpadam.

Dipetik dari : weeklyworldnews.com

No comments:

Post a Comment