TV ALHIJRAH : Siaran Percubaan Bermula 1 Nov 2010


TV Alhijrah merupakan stesen televisyen percuma (FTA) terbaru berpusat dan bersiaran penuh dari Pusat Islam Kuala Lumpur, lokasi strategik di ibu negara, merupakan stesen televisyen pertama dilahirkan dari inpirasi bercirikan Islam. TV Alhijrah juga bakal ditonton melalui siaran ASTRO dan rancangan-rancangan TV Alhijrah menemui penonton melalui platform baru seperti internet serta telefon bimbit. Lima transmisi telah bersedia untuk memancarkan siaran kepada penonton di Lembah Klang, Terengganu, Johor, Sabah dan Sarawak. Siaran ini telah mencakupi 55% daripada penonton televisyen di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato Seri Jamil Khir dalam Majlis Memperkenalkan TV Alhijrah, berkata “TV Alhijrah akan memulakan siaran ujian pada 1 November dengan waktu siaran bermula dari jam 3.oo petang hingga 12.00 tengah malam. Siaran hujung minggu iaitu Jumaat, Sabtu dan Ahad bermula daripada 12.00 tenghari dan tamat pada 12.00 tengah malam. TV Alhijrah akan memulakan siaran penuh mulai 1hb Disember 2010 dengan menawarkan pelbagai program baru yang telah dijadualkan untuk tontonan orang ramai,”

TV Alhijrah mensasarkan golongan kanak-kanak dan remaja berusia 4 sehingga 17 tahun, golongan muda dan keluarga berumur 18 sehingga 39 tahun. Siaran TV Alhijrah bersifat menyeluruh, bagi golongan Islam stesen televisyen Alhijrah akan menjadi sumber ilmu serta maklumat untuk meningkatkan pengetahuan manakala bagi yang bukan penganut Islam stesen televisyen Alhijrah membantu memperjelaskan tentang keindahan agama Islam yang sebenarnya.

“TV Al Hijrah mengutamakan kandungan yang memberi manfaat kepada penonton dan pada waktu yang sama menarik minat golongan sasarnya. Walaupun baru mula bersiaran, 60% daripada kandungannya adalah terbitan tempatan manakala 40% adalah kandungan asing. 30% daripada keseluruhan kandungan diterbitan sendiri oleh TV Al Hijrah,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato Seri Jamil Khir b. Hj Baharom.
TV Alhijrah tampil dengan imej stesen baru yang segar, kreatif, dan menarik dengan memberi focus kepada program-program gaya hidup yang berinformasi dan menghiburkan, sesuai untuk semua lapisan masyarakat masa kini.

Frekuensi TV AlHijrah

TV Alhijrah telah membariskan rancangan-rancangan terbaik dari seluruh dunia, filem-filem yang mendapat rating tertinggi dan memenangi pelbagai anugerah, seperti Last Queen Of The Earth (Iran), Bila Cinta Bertasbih (Indonesia), The Memories of Tomorrow (Japan), Half of Confession (Japan), Leaps & Bounds (Turki) serta Winky Horse (Belanda). Siri Alauddin yang akan mengangkat drama tempatan pertama kali menggabungkan unsur sejarah Kesultanan Melayu serta penyebaran Islam yang dipersembahkan dalam bentuk CGI, Efek Khas, serat Kostum. Drama antarabangsa seperti King Farouq dan Saifullah Khaled Ibn Waleed dua siri drama terbaik Arab juga bakal menghiasi siaran TV Alhijrah. TV Alhijrah turut menyiarkan berita konprehensif, dokumentari dalam dan luar Negara. TV Al hijrah juga akan menayangkan animasi kanak-kanak terbaik dari Les Copaque “Pada Zaman Dahulu” buah tangan kedua selepas siri popular Upin dan Ipin.

Kata beliau lagi, “ Visi TV Alhijrah ialah untuk menjadi penyiar yang memainkan peranan mendidik, menghibur dan menyatupadukan ummah. TV Alhijrah mengajak penonton dan masyarakat untuk melakukan perubahan dalam semua lapangan hidup kearah kebaikan secara berterusan.

Mesej ini disampaikan melalui semua rancangan pelbagai genre yang disiarkan oleh TV Alhijrah yang disasarkan untuk semua lapisan penonton dan pada waktu yang sama menghiburkan semua.

Untuk makluman lanjut sila layari laman sesawang TV Alhijrah www.tvalhijrah.com

No comments:

Post a Comment