Kertas Undi Tanpa Logo Parti Bertanding : Konspirasi SPR ??


 GUA MUSANG, 4 Nov: PAS membantah sikap tidak profesional Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam mencetak kertas undi, kata Pengarah Pilihan raya PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman.

“Kita bantah ketidakprofesionalisme SPR dalam mencetak kertas undi.


“Kita telah buat 3 report polis oleh pengundi, iaitu oleh Zaleha Saleh yang mengundi di peti undi SK Tengku Muhammad Fakri Petra,” katanya.

Menurutnya, Zaleha telah diberikan kertas undi oleh kerani SPR tetapi tidak ada logo parti sama ada PAS atau BN melainkan naman calon dan petak sahaja.

“Kita rasa mungkin SPR tidak sengaja atau boleh jadi sengaja. Tapi kita anggap tak sengaja.
“Cumanya kita harap kertas tersebut diterima waktu kira undi nanti, kerana ini bukan salah pegundi,” ujarnya.
Tambahnya, kes kedua di Sekolah Kebangsaan Gua Musang, Kampung Baru di mana Zainab Jalal, isteri kepada calon PAS, juga menerima kertas undi tanpa logo.

"Sepatutnya SPR mintak maaf kepada pengundi, kalau tak mintak maaf, dia ego la tu," katanya seloroh.
Kes ketiga, pengundi Hasmah Saleh, di Sekolah Keb Lepan Jaya juga menerima kertas undi mempunyai logo parti BN sahaja.

 
"Kita mintak penjelasan SPR kenapa berlaku perkara ini," katanya lagi.
Sementara itu, Penolong Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan pula berkata, PAS membuat laporan di Balai Polis Gua Musang.

“Melihat ini serius, bagaimana jika pengundi buta huruf, undi secara teka sahaja, seolah-olah ada satu usaha tertentu,” ujarnya.

Pengundi jumpa kertas undi tanpa lambang

GUA MUSANG, 4 Nov: Agak mengejutkan proses pembuangan undi di Dun Galas hari ini dikejutkan apabila ada kertas undi tanpa logo parti dikenalpasti di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina, Kampung Baru.

Perkara itu didedahkan isteri calon PAS, Zainab Jalar apabila kertas undinya tidak tercetak lambang parti.

"Ketika membuang undi, saya mendapati kertas undi yang diberikan kepada saya tidak mempunyai simbol parti politik yang bertanding.

"Sebaliknya ia hanya mempunyai nama calon sahaja," katanya ketika ditemui di sini.

Ekoran insiden tersebut beliau segera menghubungi jentera pilihan raya PAS memaklumkan perkara itu bagi membolehkan tindakan lanjut diambil.

Beliau berkata, perkara itu sudah dimaklumkan kepada pasukan peguam PAS yang berada di unit peti undi Kampung Baru.

Seorang peguam, Hisyam Fauzi berkata, perkara  ianya masih berada pada peringkat siasatan dan laporan kepada urusetia Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dibuat bagi mengelakkan masalah itu tidak berulang di pusat pengundian lain.

"Setakat ini tiada sebarang jaminan yang diberikan oleh pihak SPR," katanya.

Menurut beliau setakat ini pihaknya  menerima dua aduan mengenai masalah terbabit dan salah satu daripadanya telah dilaporkan kepada pihak polis.

Ia terdiri daripada satu kertas undi di unit peti undi Sungai Terah serta UPU Kampung Baru.

"Tindakan yang terdekat, kita telah meminta kepada pihak polling agent untuk membuat bantahan bertulis mengenai kes tersebut," ujarnya. 

Kempen solo

Sementara itu, para pengguna jalanraya Gua Musang - Kota Bharu sangat tertarik dengan cara penunggang basikal ini berkempen untuk PAS.


Beliau dilihat memasang dua bendera besar PAS pada basikalnya dan bergerak ke seluruh kawasan pilihan raya dan jalan raya utama di sekitar Gua Musang.

Ketika ditemui oleh wakil Harakahdaily, penunggang ini berkata, beliau sangat marah kepada Umno dan BN yang membawa masuk ramai pengundi luar ke Gua Musang.

Ketika ditanya, bagaimana dia tahu mengenainya, penunggang ini berkata, "Saya kenal mereko dan sapa-sapa (orang) bersama dia."

No comments:

Post a Comment