Laporan Ketua Audit negara : Roti Majerin & Bihun Goreng Kosong

Kanak-kanak sekolah yang dijanjikan roti sandwich sardin tetapi hanya dibekalkan dua keping roti dengan marjerin. Perkara itu didedahkan dalam laporan Ketua Auditor Negara 2009 yang mendapati Rancangan Makanan Tambahan oleh kerajaan tidak menepati apa yang serpatutnya seperti yang berlaku di SK Jeroco di Lahad Datu.

Roti & Majerin

Selain sardin, sandwich yang dijanjikan itu sepatutnya juga mempunyai timun, tomato dan salad, tetapi kanak-kanak itu cuma dibekalkan dengan marjerin.Selain SK Jeroco, pembekal makanan di lima sekolah rendah yang lain sekitar Malaysia juga didapati membekalkan kualiti makanan yang jauh lebih rendah daripada menu yang dicadangkan mengikut Rancangan Makanan Tambahan di sekolah-sekolah.

“Selepas maklum-balas daripada pakar pemakanan daripada jabatan pemakanan, Kementerian Kesihatan, kami dapati makanan daripada menu yang dibekalkan boleh menyebabkan pemakanan yang tak seimbang dan akan membantutkan perkembangan fizikal dan mental kanak-kanak,” petik laporan Ketua Audit Negara itu.

 Bernilai lebih rendah

Enam lagi pembekal didapati menyediakan makanan yang langsung berbeza dengan apa yang dicadangkan dalam program itu, lazimnya makanan berkenaan bernilai lebih rendah daripada sepatutnya.Rancangan Makanan Tambahan diperkenalkan 30 tahun lalu bagi memberi kanak-kanak kurang berkemampuan makanan percuma pada nilai RM1.80 (di Semenajung Malaysia) dan RM2.05 (di Sabah dan Sarawak).

Namun, laporan Ketua Audit Negara mendapati beberapa kontraktor terus menipu dalam pembekalan makanan kanak-kanak.Antaranya adalah apa yang berlaku di SJK(C) Choong Hua 2 di Bidor, Perak. Pembekal makanan kantin menyediakan bungkusan mee segera kepada kanak-kanak, di mana sepatutnya mereka dibekalkan dengan bihun goreng.

 Bihun Goreng Kosong Sahaja

Antara alasan lazim yang dikemukan oleh sekolah dan juga pembekal adalah “kesukaran mendapatkan bahan mentah, khususnya untuk sekolah di kawasan pedalaman.Laporan Ketua Audit Negara itu juga mendedahkan kualiti makanan yang rendah di beberapa hospital.“Dalam persampelan, kami dapati Hospital Sultan Ismail Hospital membekalkan makanan yang berkualiti rendah. Ayam gorengnya masih berdarah, manakala Hospital Besar Pulau Pinang pula menyediakan sup sayur yang mempunyai rambut di dalamnya,” petik laporan itu. Tidakkah mereka yang mendapat tender sebagai kontraktor makanan ini merasa sedikit tanggungjawab? Memang langsung tak ada hati perut dengan memberi kanak-kanak susah di sekolah makan makanan yang tidak berkhasiat.

Peruntukan sudah diberi. Namun masih lagi hendak mencari untung dan bersifat tamak. Sampai sanggup bagi makan Maggi dan bihun kosong sahaja kepada kanak-kanak sekolah?Apa yang kakitangan sekolah buat? Takkan langsung tak ada audit dalaman mengenai mutu kebersihan dan makanan di kantin? Inilah yang dikatakan cuai dan tidak bertanggungjawab.

Alasan kontraktor makanan mengenai bahan mentah sukar didapati adalah tidak relevan sama sekali. Alasan mengelak. Sebelum nak masuk tender pun, kontraktor dah boleh fikir dan rancang mengani masalah tersebut.
Tapi, kalau dalam kepala memang nak fikir untung cepat, macam ini lah jadinya. Tak kena pada anak kita sendiri, kita tak tahu.Cuma kami rasa kasihan terhadap anak-anak ini yang terpaksa menjadi mangsa kerakusan kontraktor makanan dalam mencari untung dan menjadi mangsa kepada kurangnya kesedaran dalam tanggungjawab oleh pihak sekolah dalam memastikan anak-anak ini mendapat makanan yang terbaik.
Mustahil tiada aduan langsung dibuat.Atau pihak sekolah lepas tangan kerana terbabit dalam “tender” tersebut? Benda-benda macamnilah yang merosakkan negara.

Harapan kami adalah lepas ini, baiklah kerajaan mengadakan audit sebulan sekali secara mengejut terhadap kontraktor-kontraktor yang menyediakan makanan ini.Tak perlulah tunggu lama-lama sangat.Lagi kerap lagi bagus. Cuma jangan makan suap pula dari kontraktor, sudahla. Baik langsung tak payah buat audit!
kanak kanak sekolah rendah (Bongkar) Lagi Laporan Ketua Audit 2009 Kontraktor Makanan
Kemudian ambil tindakan serta merta.Ini asyik tunggu lama sangat.Sampai dah habis kontrak pun tak habis-habis siasat. Kasihanilah anak-anak kita yang bersekolah ini.

Janganlah hak mereka pun nak dikebas.

No comments:

Post a Comment