Renungan Buat Si Tanggang Sara

Maaf kiranya renungan ini meng-imarahkan rasa dendam anda.

Soalan yang perlu anda tanya pada diri ialah:

1. Dimana anda sekarang tanpa ayah?
2. Hasil lelah siapa anda dibesarkan sehingga sihat pada hari ini?
3. Duit siapakah yang menghantar anda ke sekolah ?
4. Kenapa anda melalui semua ini ?
5. Apa beza anda dengan ayah ?
6. Layanan Allah bergantung kepada layanan kepada orang tua, itu firman Allah. Adakah anda yakin ?
7. Apa jawapan anda di hadapan Allah apabila bertemu-Nya kelak, pasti ?

Kita hanya hamba yang daif di anugerahkan Allah kepada kedua orang tua. Mungkin orang tua kita melakukan kesilapan. Tapi siapa kita untuk menghukum mereka? Kita hanya anak dan salahkah anak memaafkan orang tuanya? Lembutkan hati anda dan muhasabah diri dengan bangun pada malam hari, dalam keheningan malam itu bayangkan lelah yang telah menyuapkan rezeki ke mulut anda. 

 muhasabah diri kamu
Wajah tua yang kamu katakan baran itulah yang membesarkan kamu, yang hantar kamu ke sekolah dan sekarang kamu bejaya dengan hidup kamu. Apabila kamu berjaya di dunia kamu riak dan bongkak menghukum orang yang berkorban tanpa kamu sedari. Kamu lupa bahawsanya janji Allah itu benar, maka bertaubatlah kamu sebelum terlambat.

Apa yang kamu luahkan itu berasal dari emosi yang kurang kukuh, masih apa fitrah dalam hati kamu, penjarakan emosi kamu. Pulanglah kepangkuan ayah kerana disitu ada keredhaan Allah.

Tangan yang kamu genggam sebelum kamu berakal, tangan siapa?

Fikirkan semula apa yang kamu lalui ini adalah balasan Allah ke atas apa yang telah kamu lakukan. Mungkin ada perkara buruk lain yang terjadi kepada kamu, Itu peringatan Allah. Jangan biarkan Allah memewahkan kamu dengan rezeki dan kesihatan yang baik kerana Allah sudah tidak memperdulikan kamu. Itu juga janji Allah.

JIka Rasulullah masih ada, mungkin baginda akan menangis melihatkan perbuatan kamu kepada ayah. Bagaimana sanggup kamu melukakan hati Nabi Muhammad, kekasih Allah. 

Dan akhirnya, jika kamu kata ayah kamu banyak sifat negatifnya, Apa beza dengan kamu? darah beliau mengalir sebati dengan darah kamu. Kerana apa yang buruk dalam diri ayah kamu itu sebenarnya adalah kamu. Tiada beza! 

Berubahlah sebelum datangnya murka Allah Yang Maha Besar, Raja Langit dan Bumi.

Berikut kisah Si anak yang mendoakan kematian ayahnya

PETALING JAYA: Dia anak tunggal dalam keluarga tapi kerana dendam kesumat sejak kecil berikutan sikap baran ayahnya, seorang wanita bertindak umpama ‘Si Tanggang’ apabila tergamak mendoakan kematian lelaki itu.

 Gambar Hiasan

Episod dendam itu bermula sejak Sara, 40-an, masih kanak-kanak apabila mendakwa sering dipukul dan dimaki hamun oleh ayahnya, Pak Atan, 74, meskipun kesalahan hanya kecil. Kemarahan wanita itu makin membara selepas ayahnya bernikah dengan perempuan seberang kira-kira tujuh tahun lalu, iaitu selepas tiga tahun kematian isteri yang juga ibu kepada Sara.

Kemuncaknya pada September lalu apabila Sara didakwa menghalau ayah dan ibu tirinya keluar dari rumah mereka di sini, hingga terpaksa membina pondok kecil serba daif di tepi rumah itu. Menurut Sara, dia dan ayah tidak mungkin berbaik semula kerana terlalu banyak kenangan pahit bersama lelaki itu sejak kecil lagi. “Mungkin orang nampak saya jahat bila saya katakan saya selalu berdoa supaya Allah cepat cabut nyawa ayah sebab tidak mahu menanggung dosa lagi apabila selalu berfikiran negatif terhadapnya.

“Biarlah kami dengan dunia masing-masing sebab ayah sudah mewasiatkan kepada saudara mara tidak membenarkan saya menyentuh atau melihat mayatnya jika dia meninggal dunia kelak,” katanya kepada Metro Ahad. Dia berkata, punca perselisihan faham disebabkan sikap panas baran ayah sejak muda hingga kini. Sejak kecil, dia sering dipukul dan dimaki hamun meskipun kesalahan dilakukan hanya kecil.

“Saya tidak rapat dengan ayah kerana kebanyakan masa dihabiskan bersama ibu. Mana mungkin saya mengadu masalah bersama ayah yang baran tidak kira masa. “Jika anak tunggal lain, pastinya mereka disayangi dan ditatang bagai minyak penuh, malangnya situasi itu tidak pernah terjadi kepada saya.

“Saya masih ingat sewaktu kecil, arwah datuk dan nenek (sebelah ayah) pernah bergaduh hingga menggunakan senapang selain mengeluarkan perkataan tidak sopan, dan sikap itu mengalir dalam tubuh ayah,” kata ibu kepada empat cahaya mata lelaki itu. Menurut Sara, sikap ayah yang tidak boleh menerima pendapat orang lain dan merasakan diri selalu betul sungguh berbeza dengan sikap arwah ibu yang sentiasa sabar dan tenang.

“Tiada anak yang tidak sehaluan dengan bapa kandung tanpa sebab. Kadangkala kita terlepas pandang perkara remeh hingga tidak sedar kita membuatkan orang lain kecewa. “Pernah saya diugut ayah jika buku laporan peperiksaan ada dakwat merah, dia menyuruh saya makan habuk buku selain dirotan hingga meninggalkan birat di punggung,” katanya kesal dengan sikap bapanya.

1 comment:

  1. faktor kisah silam menyebabkan derita sepanjang hayat..
    si anak dan si ayah..
    moga nnt ada jalan terbaik untuk mereka nnt :)

    ReplyDelete