Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz hari ini menafikan kewujudan unit Wanita Pertama Malaysia (FLOM) di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Justeru katanya, persoalan mengenai kewujudan pegawai-pegawai khas kepada isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor sewajarnya tidak timbul.
“Saya ingin menjelaskan soalsan ini telah dijawab saya pada 25 Disember 2010
"Tiada kontrak atau kakitangan tetap ditugaskan khusus kepada isteri perdana menteri, sebaliknya pegawai dari jabatan itu dari semasa ke semasa ditugaskan bagi membantu beliau.” Beliau mengulas soalan tambahan daripada Anthony Loke (DAP-Rasah) berhubung mengapa divisyen FLOM disenaraikan jika tiada divisyen seumpama itu ditubuhkan.
"Tiada kontrak atau kakitangan tetap ditugaskan khusus kepada isteri perdana menteri, sebaliknya pegawai dari jabatan itu dari semasa ke semasa ditugaskan bagi membantu beliau.” Beliau mengulas soalan tambahan daripada Anthony Loke (DAP-Rasah) berhubung mengapa divisyen FLOM disenaraikan jika tiada divisyen seumpama itu ditubuhkan.
Loke ingin tahu fungsi unit FLOM, jumlah kakitangan dan peruntukan kos operasi unit itu bagi tahun 2011.
Menjawab soalan Loke yang ingin tahu bahawa sebelum ini tertera nama serta jawatan enam pegawai yang ditugaskan membantu Rosmah dalam laman web JPM, Nazri berkata pegawai itu merupakan kakitangan JPM yang ditugaskan membantu Rosmah dalam menjalankan tugas-tugas beliau selaku isteri Perdana Menteri."Direktori dan laman web Jabatan PM sedang dalam proses kemas-kini, untuk elakkan kekeliruan,” katanya di bangunan parlimen hari ini.
Katanya, antara tugasan pegawai yang dipinjamkan itu termasuk menguruskan surat menyurat dan dan mengendalikan jemputan rasmi dari dalam dan luar negara.
Kos lawatan Rosmah lebih RM134,000. Tambahnya, mereka yang ditugaskan itu bagi kerja-kerja sementara itu adalah kakitangan yang telah diambil bertugas di pejabat perdana menteri.
"Tidak timbul elemen elemen kos tambahan kerana mereka yang ditugaskan itu adalah kakitangan pejabat PM,” katanya lagi.Dalam jawapan bertulisnya, Nazri juga berkata kos keseluruhan lawatan rasmi Rosmah ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh ditanggung kerajaan berjumlah RM134,317.76.
Dalam penjelasan itu, Nazri berkata rombongan yang diketuai Rosmah itu turut disertai menteri wanita, isteri-isteri menteri-menteri, menteri besar-menteri besar, ketua menteri serta beberapa pegawai kerajaan.
Rombongan ke bandar Riyadh, Muscat dan Dhaka itu juga mendapat kelulusan jemaah menteri.
Pepijat Alaf :
1. Sebelum ini lawatan DSRM (Datin Seri Rosmah Mansur) diktakan ditaja.
2. FLOM disenaraikan di JPM dengan bangganya.
Berdasarkan fakta ini, ternyata pemimpin kita sekarang sukar untuk dipercayai. Rakyat diperbodoh dengan jelas. Walaupun rakyat hanya diam namun khalifah dunia yakin ramai generasi muda telah pun nampak jelas perangai dan sifat sebenar pemimpin kita. Mungkin ramai yang berdoa agar pemimpin seperti ini dijauhkan dari negara tercinta kita.
Wahai pemimpinku, Malaysia ini bukan milikmu, kamu diberi mandat untuk mentadbir hanya harta kami dan bukan membolok kekayaan kami. Wang berjuta kami salurkan ke negara untuk melihat tanahair kami makmur, berdaulat, kaya, maju, jujur dan yang miskin dibantu bukan kami sedekahkkan kepada kamu.
Ambillah kisah dizaman Rasulullah, mana ada pemimpin yang kaya kerana memimpin kecuali mereka yang cilik mencuri harta negara. gaji kamu dibayar rakyat, sesuap nasi kamu itu adalah hasil penat lelah rakyat yang membanting tulang mencari rezeki dan sebahagiankan diserahkan kepada negara untuk memajukan tanahair kami. Ingat " Kami Pembayar Cukai Tidak pernah redha dan tidak akan halalkan apa yang kamu gunakan untuk diri kamu sendiri, membusunglah kamu kerana kami yakin Allah akan tetap bersama rakyat yang terniaya ini".
INGATLAH WAHAI PEMIMPINKU
No comments:
Post a Comment