PORT DICKSON: Hanya kerana dikesan ponteng kelas, lima pelajar tingkatan satu sebuah sekolah menengah kebangsaan (SMK) di sini, mendakwa terpaksa menanggung malu apabila ditampar oleh guru mereka di depan rakan lain, baru-baru ini.
Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 5 petang Rabu lalu, semua pelajar perempuan berusia 13 tahun iaitu Cheok Lai Jun, Liew Jia Kei, Choo Je Yan, Sua Hui Yi dan Yong Poi Xia yang berlainan kelas dikatakan dipanggil oleh guru wanita berusia lingkungan 20-an.
Sejurus berkumpul di dalam sebuah kelas, pelajar sesi petang itu dikatakan diarah guru berkenaan supaya beratur dan menampar pipi kiri mereka di depan beberapa pelajar lain.
Menceritakan kejadian itu, Je Yan berkata, mereka berlima tidak menyertai pelajar lain pergi ke bengkel kemahiran hidup berikutan terlalu letih kerana menyertai program kokurikulum pada sebelah pagi.
“Kira-kira jam 4 petang itu, kami bagaimanapun tidak keluar dari kawasan sekolah dan hanya berehat di kelas. Sejam kemudian, guru yang turut mengajar mata pelajaran Sejarah pada ketika itu memanggil kami dan bertanya mengapa kami tidak pergi ke bengkel.
“Kami memberitahu kerana terlalu letih namun dia tidak dapat menerima alasan itu lalu menampar muka kami,” katanya pada sidang media di sini, semalam.
Turut hadir, ibunya, Tan Sew Eng, 40, dan dua lagi rakannya, Lai Jun dan Jia Kei. Menurut Je Yan yang mewakili semua rakannya, emosi mereka terganggu dengan kejadian itu kerana terpaksa menanggung malu dengan rakan pelajar lain. Sementara itu, Sew Eng berkata, beliau tidak dapat menerima tindakan guru berkenaan yang dianggap keterlaluan.
“Saya tahu dia (anak) memang bersalah tetapi mengapa guru menampar muka mereka di depan pelajar lain?Saya tidak akan mempertikaikan tindakannya jika dia merotan tangan atau anggota badan lain kurang tidak sensitif,” katanya. Menurutnya, dia akan membuat laporan rasmi kepada Jabatan Pelajaran negeri dan Kementerian Pelajaran supaya guru terbabit dikenakan tindakan sewajarnya.
Pepijat Alaf :
"Hanya kerana dikesan ponteng kelas" inilah antara sebab mengapa pelajar tersebut ditampar. Perkataan "hanya" menunjukkan bahawa kesalahan yang dilakukan dipandang remeh oleh pelajar dan ibu bapa.
Jika dilihat hari ini pelajar sangat angkuh riak mengatakan diri mereka betul, kesalah yang dilakukan dipandang remeh. Ibu bapa pula kononnya prihatin terhadap anak mereka, tetapi sebenarnya ibu bapa lah yang membunuh masa depan anak mereka. bak kat pepatah melayu "sayang anak, tangan-tangankan".
Ponteng kelas atas alasan penat, itu sungguh tidak munasabah. persoalannya; Kenapa pelajar lain boleh mengikuti kelas? Kenapa sampai lima orang perlu ponteng sekaligus? Ini memnunjukkan pelajar ini bermasalah dan mungkin juga ini bukan kali pertama mereka ponteng. wajar rasaya mereka ini dihukum, wajar juga mereka ini dimalukan di hadapan pelajar lain kerana dengan cara ini merka akan berubah.
Namun, memandang sikap ibu begini, rasanya perkara ini pasti akan berlaku lagi dan apabila ponteng ini berterusan hingga ke luar kawasan sekolah, jangan pula guru dipersalahkan.
Maaf kepada "si kena hukum dan keluarganya". Ini hanya pandangan kami. Fikir-fikirkanlah.
P/s : pernah dulu dizaman sekolah kami baling dengan cermin tingkap. pernah juga dibaling dengan "boot bengkel". dimalukan, itu sangat selalu tapi itulah kenangan yang sampai sekarang mendisplinkan diri agar sentiasa focus dan menghormati undang-undang.
No comments:
Post a Comment