Artis Wanita Kita & Rokok







  



 

Apa Material Digunakan ?


Malek Noor Rebah Semasa Main Bola : Kini Di ICU

Bekas juara bina badan Asia, Datuk Malek Noor, dimasukkan ke sebuah hospital di Ipoh malam tadi selepas sesak nafas semasa menyertai perlawanan bola sepak Piala Amal Menteri Besar Perak di Stadium Perak.

Malek, 54, dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pantai di Ipoh dan keadaannya dilaporkan stabil.

Malek, yang menjadi penjaga gol, rebah secara tiba-tiba selepas lima minit perlawanan bermula, kata Pengerusi Jawatankuasa Piala Amal Menteri Besar Datuk Azhar Ahmad.

Perlawanan berkenaan menemukan pasukan pilihan menteri besar Perak dengan pasukan Lagenda Negara yang dibarisi beberapa bekas pemain kebangsaan seperti K Gunalan, Hassan Sani, Karim Pin, Khalid Ali, Shahrin Majid, Ahmad Yusof, Shukor Salleh dan Bakri Ibni.

Malek, yang mewakili pasukan Lagenda Negara, pada mulanya dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun sebelum dipindahkan ke Hospital Pantai.

"Kita sama-samalah berdoa supaya beliau cepat sembuh," kata Azhar.

Perlawanan persahabatan itu adalah antara bekas pemain kebangsaan era 60-an hingga 90-an menentang pasukan veteran Menteri Besar Perak yang diketuai oleh Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Pasukan Lagenda Negara menang 1- 0 pada perlawanan itu hasil jaringan Sharin Majid.

Pasukan Menteri Besar dibarisi beberapa bekas pemain Perak seperti Azizul Abu Haniffa, Ramli Talib, A. Elangovan, Roafandi Yusof, Ahmad Shahrul Azhar, Chan Kok Heng dan P. Umaparam.

Lebih 1,000 penonton menyaksikan perlawanan itu. Sebanyak RM10,000 berjaya dikutip untuk disumbangkan kepada tabung Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb).

Akta Perlindungan : Nazri Mengaku Silap

 Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz hari ini mengaku tersilap mengeluarkan kenyataan 'kemungkinan' trio 'Datuk T' akan dilindungi di bawah Akta Perlindungan Saksi dan Akta Pemberi Maklumat semalam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri turut membuat pembetulan dengan menyatakan bahawa mereka tidak boleh mendapat perlindungan di bawah akta Akta Pemberi Maklumat kerena mereka telah mendedahkan diri mereka kepada umum.

Namun katanya, di bawah Akta Perlindungan Saksi mungkin akan diguna jika pihak berkuasa mendapati ada kes.

"Saya nak buat penjelasan di sini iaitu kemungkinan di bawah Whistleblower Act kemungkinan tidak ada sebab apabila seseorang itu telahpun menzahirkan kepada awam bahawa dialah pemberi maklumat otu, maka akta Whistleblower tidak boleh dipakai.

"Jadi kenyataan saya sebut tadi bukan lagi kemungkinan, memang tak boleh dipakai," katanya.

Pembetulan yang dibuat di Dewan Rakyat hari ini itu kemudiannya dipersoal ahli parlimen Pakatan Rakyat termasuk Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) dan Gobind Singh Deo (DAP-Puchong).

"Perkara ini sudah diketahui daripada awal, so ini kesilapan lah?," soal Gobind.

"Ya, memang lah, sebab itu saya kata saya nak betulkan balik, tak boleh pakai dah," balas Nazri.

Semalam, media melapor Nazri memberitahu pemberita di lobi Parlimen bahawa akta tersebut boleh digunakan bagi melindungi keselamatan trio itu yang mendedahkan video berkenaan.

Bagaimanapun, beliau dilaporkan berkata bahawa kedua-dua akta itu tidak perlu digunakan ketika ini memandangkan belum ada sebarang pendakwaan dibuat ke atas mana-mana pihak sehingga kini dengan perkara itu juga masih dalam siasatan polis.

Kenyataan awal Nazri itu turut dikecam ahli parlimen PKR yang mengadakan sidang parlimen siang tadi bagi mendesak kerajaan supaya tidak memberikan perlindungan kepada trio ‘Datuk T’ yang menjadi dalang dalam tayangan video lucah palsu yang cuba mengaitkan Ketua Pembangkang itu.

Rabu lepas, bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim mengakui mereka adalah trio Datuk T yang bertanggungjawab menyimpan dan menayangkan video berkenaan kepada sebahagian wakil media di Carcosa Seri Negara, dua hari sebelum itu.

Rumah Pertamaku: Golongan Muda Bakal Dibebani Hutang

 Skim Rumah Pertamaku yang baru diperkenal kerajaan hanya akan menyebabkan golongan muda bukan sahaja terus dibebani hutang malah berdepan insolvensi. AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad berkata skim yang dilancar Perdana Menteri pada 8 Mac lalu itu tidak lebih hanya sebagai tindakan populis namun pada masa yang sama, memusnahkan masa depan golongan muda.

Dengan tawaran 100 peratus pinjaman tanpa deposit sehingga RM200 ribu, golongan muda katanya bukan dibantu, namun dibebankan hutang tambahan selain hutang pinjaman barangan lain yang sedia ditanggung. Malah jelasnya juga, peserta skim ini terpaksa menanggung bayaran ansuran bulanan yang tinggi untuk tempoh 30 tahun.

Jelasnya, apa yang lebih dituntut generasi muda ketika ini adalah tambahan ke atas pendapatan mereka. "Isu yang lebih kritikal berhubung pemilikan rumah adalah menangani isu pendapatan sebenar bakal pemilik rumah. "Majoriti golongan pekerja masih terperangkap dalam pendapatan sederhana," katanya yang juga ahli parlimen Kuala Selangor pada sidang media di parlimen hari ini.

Turut serta pada sidang media itu Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar. Beliau turut memberi contoh pengiraan mudah bagi seorang pekerja berpendapatan RM3000. "Ansuran bulanan kereta RM500, bil telefon RM80, sewa kediaman RM400, makanan RM500. "Hanya ada RM1,000 sahaja lagi lebihan selepas pemotongan EPF dan Socso," katanya.

Untuk rekod, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) melaporkan sejumlah 50,361 kes berkaitan kegagalan membayar hutang pinjaman. Dari jumlah itu 10.6% adalah mereka yang tidak membayar hutang kad kredit manakala 74.3% bermasalah membayar pinjaman rumah, kereta dan baki kad kredit.

Kamaruddin dalam pada itu berkata, PAS bersedia memberi penjelasan lanjut berhubung perkara itu. Tambahnya, kehadiran melebihi jangkaan iaitu 300 ribu golongan muda pada pameran kerjaya anjuran Pemuda Umno baru-baru ini membuktikan masih ramai sebenarnya golongan belia menganggur.

Kesan Radiasi & Gempa Di Jepun

 Pencemaran radiasi dalam makanan di Jepun serius

TOKYO - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan pencemaran radiasi dalam makanan susulan letupan di loji nuklear Fukushima-Daiichi akibat gempa bumi dan tsunami merupakan situasi yang serius.

Dalam satu kenyataannya semalam, WHO memberitahu bahawa debu radioaktif yang kini tersebar di udara telah menyebabkan makanan dan bekalan air bersih tercemar. "Tidak dapat dinafikan, pencemaran ini adalah serius," kata jurucakap WHO di Manila, Peter Cordingley dalam wawancara telefon dengan agensi berita Reuters.

"Ia jauh lebih serius berbanding jangkaan awal bahawa pencemaran ini cuma terhad dalam lingkungan 20 hingga 30 kilometer dari loji tersebut. Beberapa bahan makanan tercemar telah ditemui di luar zon kontaminasi," tambahnya. Susulan perkembangan tersebut, Kementerian Luar Jepun menggesa orang ramai yang tinggal dekat dengan loji berkenaan supaya tidak meminum air paip selepas ia dikesan mengandungi bahan iodin radioaktif.
Setakat ini, beberapa kes sayuran dan susu dicemari radiasi mencetuskan kebimbangan di Jepun dan negara-negara serantau walaupun Tokyo berulang kali memberi jaminan bahawa tahap pencemaran itu tidak merbahaya.

Sebagai langkah pencegahan, kerajaan Jepun melarang penjualan susu mentah dari negeri Fukushima dan bayam di sebuah kawasan berdekatan. Mengulangi jaminan kerajaan Jepun sebelum ini, Cordingley berkata, tiada bukti bahawa makanan tercemar yang dikeluarkan di Fukushima sampai ke negara-negara lain.

BEBERAPA pekerja sedang menyiapkankubur besar untuk mengebumikanmangsa-mangsa tsunami di BandarHigashimatsushima, negeri Miyagi.


Jepun mengeksport buah-buahan, sayuran, produk tenusu dan makanan laut dengan Hong Kong, China dan Amerika Syarikat (AS) merupakan pelanggan terbesarnya. Sementara itu, Ketua Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), Yukiya Amano mengaku situasi nuklear Jepun masih amat serius tetapi memberi jaminan negara itu akan dapat menanganinya secara efektif. Amano melahirkan keyakinan itu ketika mempengerusikan satu mesyuarat tergempar 35 negara yang membentuk lembaga pentadbiran IAEA di Vienna semalam. 

"Krisis loji nuklear Fukushima-Daiichi yang terletak 240 kilometer ke utara Tokyo masih belum selesai dengan situasi di loji itu masih serius. Namun saya yakin ia akan dapat ditangani," katanya. Beberapa reaktor nuklear di loji Fukushima-Daiichi meletup dan terbakar seterusnya melepaskan pencemaran radiasi sejak timur laut Jepun dilanda gempa bumi kuat berukuran 9 pada skala Richter dan tsunami pada 11 Mac lalu. Setakat ini, angka rasmi kematian adalah 8,450 orang dengan 12,931 masih hilang manakala anggaran kerugian akibat malapetaka berkembar itu mencecah AS$235 bilion (RM717 bilion). - Reuters 

GEMPA UBAH PAKSI BUMI

WASHINGTON - Gempa bumi kuat yang melanda Jepun dilaporkan begitu berkuasa sehingga mengubah bentuk persisiran negara itu dan menganjak paksi bumi.

Menurut saintis Amerika Syarikat dan Itali, gempa itu bukan sahaja menyebabkan sebahagian daripada tanah Jepun bergerak hampir 2.5 meter tetapi juga menganjakkan bumi daripada titik paksi sekurang-kurangnya lapan hingga 10 sentimeter ke timur.

Selain itu, gempa terkuat yang pernah melanda Jepun itu turut mempercepatkan pusingan harian bumi sebanyak 1.6 mikrosaat pada hari kejadian.

Profesor dari Universiti Tokyo, Satoko Oki berkata, gempa bumi sekuat itu yang disebabkan pergerakan lantai bumi di bawah laut hanya berlaku sekali setiap 1,000 tahun. 

Pegawai SPRM Menangis Dalam Prosiding Suruhanjaya


Seorang Pegawai Penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menitiskan air mata dalam perbicaraan Suruhanjaya untuk menyiasat kematian Teoh Beng Hock.
 
Prosiding diberhentikan kira-kira 15 minit bagi memberi peluang Mohd Anuar Ismail menenangkan diri sebelum menyambung semula keterangannya. Mohd Anuar beremosi sedemikian selepas ditanya berkali-kali berkaitan tindakannya selepas melihat mayat Teoh dan perasaannya selepas itu. Beliau yang ditanya anggota Suruhanjaya iaitu Pakar Perunding Psikiatri Forensik Prof Dr Mohamed Hatta Shaharom mengapa beliau menangis memberitahu ia kerana tekanan diterimanya dan SPRM hingga memberi impak yang besar.

“Kes ini yang kita buat ini (suruhanjaya) berkaitan dengan saksi SPRM, kami teruk kena, yang teruk adalah saya sebagai pegawai penyiasat, paling teruk SPRM,kami (SPRM) dalam keadaan sukar, kerja kami teruk hinggakan panggil saksi punorang tak nak datang. “Ia beri kesan kepada SPRM,” katanya yang dipanggil sebagai saksi ke-23 dalam prosiding tersebut.
Sebelum itu, Mohd Anuar berkata dia amat terkejut apabila melihat mayat Teoh di tingkat lima koridor Plaza Masalam dan beliau diarah ke Ibu Pejabat SPRMdi Putrajaya untuk berjumpa dengan Timbalan Pengarah SPRM Selangor Hishamuddin Hashim (ketika itu) bersama Pemangku Penolong Pesuruhjaya SPRM Hairul Ilham Hamzah.

“Saya amat terkejut (lihat mayat Teoh). Dia saksi yang bersama dengan sayayang masih hidup sebelum itu dan hari ini (16 Julai 2009), dia dalam keadaan begitu (telah mati). Saya terkejut bagaimana keadaan dia begitu,” katanya. Katanya, dalam perjalanan ke Putrajaya beliau sempat melahirkan kebimbangannya kerana Teoh adalah saksi mereka dan berita menerusi akhbar sejak dua minggu sebelum kejadian telah menyiarkan gambarnya bersama Teoh dan Anggota Dewan Undangan Negeri Seri Kembangan Ean Yong Hian Wah.

“Kami (beliau dan Hairul Ilham) menjangkakan kemarahan keluarga, rakan sekerja dan kawannya akan ditujukan kepada saya dan SPRM,” katanya. Ditanya adakah beliau bertanggungjawap di atas kematian Teoh, Mohd Anuar berkata:” Tidak, kerana saya telah melakukan tugas sebaik mungkin dan sama adasaya salah atau tidak saya serah pada panel (suruhanjaya). Kebimbangan sayaadalah kerana gambar saya keluar dalam akhbar. Orang mesti akan cari saya.”

Dalam perjalanan ke Putrajaya itu, Mohd Anuar telah singgah ke rumah selama lima minit untuk menemui isterinya dan memberitahu tentang kematian Teoh dan kebimbangannya.
Katanya perjumpaan itu hanya untuk meluahkan perasaan bimbang dan bukannya kerana rasa bersalah lagipun beliau ingin memberitahu supaya isterinya berhati-hati dan menjaga keselamatan diri dan anak-anak.

“Saya singgah lima minit untuk luah perasaan saya. Ada juga beberapa perkara penting saya beritahu iaitu ada mayat saksi di tingkat bawah. Isteri juga ada maklumkan pada saya petang itu (16 Julai 2009) bahawa ada beberapa kereta berada di luar rumah dan saya suruh dia pindah ke tempat lain,” katanya.

Mengenai soalan Mohamed Hatta adakah beliau hanya bimbangkan tentang keselamatan diri, organisasi (SPRM) dan keluarga sahaja tanpa bersimpati terhadap Teoh, Mohd Anuar berkata: “Saya bersimpati pada keluarga dia tetapi itu di luar kawalan.”

Mohamed Hatta: “Kamu ada berasa tak kecuaian kamu sebabkan kejadian?.”

Mohd Anuar:” Saya rasa tiada kecuaian.”

Mohamed Hatta:”Dalam dua tahun ini (lepas kematian Teoh), kamu ada rasabersalah?”

Mohd Anuar:”Tidak bersalah tetapi terkilan.”

Mohamed Hatta:”Selalunya jika terkilan, jika diulang balik peristiwa malamitu, mungkin ada pada perasaan untuk cegah perkara ini.?”

Mohd Anuar:”Ada.”

Mohamed Hatta: “Bagaimana kamu nak cegah?.”

Mohd Anuar: “Jika dia hendak berehat, kami akan berehat bersama dia.Jika diahendak balik kami akan hantar dia ke pintu, tak boleh biar macam tu sahaja.”

Ekoran kejadian yang berlaku, Mohd Anuar memberitahu Suruhanjaya supaya pegawai SPRM diberi latihan yang mencukupi dan bukannya enam bulan sahaja. Seboleh-bolehnya dilatih oleh pihak dari luar negara bagi menambahbaik sistem SPRM. Katanya keselamatan pejabat juga diutamakan dengan memasang jeriji pada tingkap, kedudukan pejabat bukan di bangunan yang tinggi serta ruang rehat yang mencukupi untuk pegawai bertugas.

Pada awal prosiding Mohd Anuar berkata bahawa pegawai bawahannya ada memberitahu bahawa Teoh mahu berehat di pejabat selepas merakam percakapan dan Teoh dibiarkan bergerak bebas di dalam pejabat. Mengenai kemungkinan Teoh menceroboh dan menganas di dalam pejabat SPRM selepas di soal siasat, Mohd Anuar berkata Teoh tidak akan berkelakuan sedemikian kerana melihat kepada perwatakan, Teoh adalah seorang yang berjiwa lembut.

Suruhanjaya ini dipengerusikan Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Foong Cheng Yuen dan selain Mohamed Hatta ia turut dianggotai bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Kadir Sulaiman, bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk T.Selventhiranathan dan Pakar Perunding Patologi Forensik, Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang Datuk Dr Bhupinder Singh.

Teoh, 30, setiausaha politik anggota Exco Selangor Ean Yong Hian Wah,ditemui mati pada 16 Julai 2009 di koridor tingkat lima Plaza Masalam, selepas memberi kenyataan di pejabat SPRM di tingkat 14 bangunan itu.

Fitnah Lagi Ke? - Rakaman Aksi Seks Pemimpin Pembangkang.


Satu rakaman video aksi seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin utama pembangkang dengan seorang wanita muda yang tidak dikenali didedahkan kepada pihak media pagi ini.

Berikutan itu, pihak yang mendedahkan rakaman tersebut mendesak ahli politik berkenaan meletak jawatan dalam tempoh seminggu jika tidak mahu klip video didedahkan kepada umum.

Klip video tersebut ditayangkan untuk tontonan pihak media pagi ini di hotel Seri Carcosa Negara di ibunegara. Wartawan menonton video selama 20 minit itu secara bergilir mengikut kumpulan.

Menurut satu sumber, klip lebih jelas daripada rakaman video presiden MCA Dr Chua Soi Lek yang juga dirakam melakukan hubungan seks dengan seorang wanita di sebuah hotel di Batu Pahat dan diedarkan sekitar Disember 2007.

Wartawan yang telah menyaksikan video itu berkata lelaki dalam video itu kelihatan seperti pemimpin utama pembangkang tersebut.

Beberapa pihak menamakan ahli politik tersebut dalam twitter mereka, dan parti pimpinannya mendakwa ia klip video palsu.
Wartawan kanan dan editor akhbar dari Utusan Malaysia, New Straits Times dan Berita Harian adalah kumpulan pertama yang melihat klip tetapi enggan mengulasnya ketika ditanya mengenainya.

Wartawan juga diminta menyerahkan semua alat-alat elektronik seperti telefon bimbit dan kamera serta pen mereka dan buku nota mereka.

Mereka seterusnya diminta memakai jubah atas pakaian mereka sebelum mereka dibenarkan masuk ke bilik rakaman tersebut ditayangkan.

Kumpulan kedua pula terdiri daripada wartawan The Malaysian Insider, Free Malaysia Today, dan seorang editor kanan dari agensi berita nasional, Bernama.
Wartawan Malaysiakini pula masuk bersama kumpulan ketiga dan terakhir bagi media tempatan.

AFP telah diberitahu bahawa rakaman video tersebut akan ditayangkan kepada media antarabangsa pada jam 2 petang ini.
Sementara itu, akhbar the Star melaporkan bahawa klip video selama 30 minit itu menunjukkan lelaki yang didakwa seorang pemimpin pembangkang, yang juga seorang ahli parlimen, sedang melakukan pelbagai aksi seks.

Menurut akhbar tersebut, video itu yang dirakamkan pada 21 Februari, ditemui di sebuah bilik hotel di Kuala Lumpur.

Menurut the Star, wakil media dibawa ke sebuah bilik hotel untuk menyaksikan video tersebut yang ditayangkan oleh satu kumpulan yang tidak dikenali, yang diketuai oleh seorang yang mahu dikenali sebagai Datuk T.
Akhbar itu juga melaporkan Datuk T berkata beliau mahu pihak media menonton video membabitkan ahli politik berkenaan sebelum menghantar salinan kepadanya dan isterinya “untuk mengenal pasti orang dalam video” tersebut dalam tempoh seminggu dari sekarang.

Katanya, jika individu dalam video tersebut adalah ahli politik yang dikenalpastinya kepada media, "maka beliau dan isterinya mesti berundur dari politik."

Datuk T berkata jika mereka tidak berbuat demikian, beliau akan meminta beberapa NGO menubuhkan sebuah panel bebas untuk menyiasat dan mendapatkan khidmat forensik profesional untuk mengkaji ketulenan rakaman tersebut.

Datuk T mendakwa beliau memenui video tersebut selepas diminta oleh ahli politik berkenaan untuk mencari jam tangannya dalam bilik itu - tempat aksi seks itu berlaku.
Katanya, beliau tidak menemui jam tersebut di atas meja dan ketika mencarinya, dia terjumpa alat perakam CCTV yang aktif dan membawanya keluar dari hotel itu.

Datuk T juga berkata, hanya dia seorang sahaja yang memiliki rakaman tersebut. 

Ulasan dari salah seorang blogger :
Nampaknya ini merupakan signal bahawa kes liwat terhadap Anwar Ibrahim untuk menjatuhkannya sudah menemui jalan buntu, maka pagi ini pihak media dijemput pula menyaksikan video rakaman cctv kononnya Anwar Ibrahim terlibat dalam skandal dengan perempuan cina pulak.

Malah orang yang menganjurkan tayangan yang hanya dikenali dengan nama "Datuk T" tersebut meminta Anwar Ibrahim dan isteri agar meletak jawatan dalam masa seminggu jika tidak video tersebut akan diedarkan dan disebarkan kepada umum.

Nuklear Jepun : Keadaan Loji Bertambah baik


Kerajaan Jepun dilihat menunjukkan sedikit kemajuan semalam dalam menangani krisis kebocoran radiasi loji jana kuasa nuklear yang paling teruk sejak peristiwa Chernobyl pada 25 tahun lalu.
 
Seramai 300 orang jurutera dilihat berusaha sedaya-upaya di zon bahaya itu bagi menyelamatkan enam buah reaktor di loji jana kuasa Fukushima sejak ia mengalami kerosakan teruk kesan gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun pada 11 Mac lalu. Reaktor nuklear paling kritikal di kompleks loji jana kuasa Fukushima, reaktor nombor tiga yang mempunyai tahap toksin plutonium paling tinggi sudah stabil selepas lima buah trak mengangkut bertan-tan air untuk disimbah di loji tersebut.

Selain itu, kerja-kerja menyambung kembali kuasa ke pam air untuk tujuan menyejukkan batang bahan bakar juga dilakukan.Juruteknik telah memasang kabel kuasa ke reaktor nombor satu dan nombor dua dalam cubaan mengembalikan semula bekalan elektrik dan menghidupkan pam terbabit. 

Timbalan Jeneral di Agensi Keselamatan Nuklear Jepun, Hidehiko Nishiyama berkata, pasukan penyelamat sedang menunjukkan kemajuan walaupun tidak boleh menjadi terlalu optimistik. Krisis tersebut menyebabkan Jepun kerugian hampir AS$200 billion (RM610.7 billion) dan memerlukan baik pulih terbesar sejak negara itu mengalami kekalahan dalam Perang Dunia Kedua

"Wang Pembayar Cukai" BUKAN "Wang Kerajaan"

Istilah memainkan peranan penting dalam menyedarkan penggunanya dan pendengar.
Seringkali kali media melaporkan bantuan atau belanja yang dikeluarkan oleh kerajaan digambarkan seakan itu adalah harta kerajaan atau orang politik yang terbabit. Maka bantuan yang disalurkan seakan dari sifat pemurah kerajaan seperti disebut 'kerajaan bermurah hati membantu'. 



Rakyat seakan bagaikan peminta sedekah. Begitu juga apabila ada penyelewengan ataupun pembaziran, maka rakyat yang tidak faham merasakan yang rugi hanyalah kerajaan atau duit orang politik, sedangkan mereka lupa wang tersebut adalah wang mereka. Maka di sini disebutkan beberapa perkara; Samada kita sedar atau tidak, setiap rakyat negara ini membayar cukai kepada kerajaan. Ini merangkumi cukai pendapatan, cukai langsung dan tidak langsung.


Harga barangan yang kita beli dalam negara ini sebenarnya kita bayar bersama harga cukai. Di Malaysia kita membeli kereta dengan harga yang tinggi disebabkan faktor cukai.
Begitu juga segala barangan, makanan dan stesyen TV yang dibeli merangkumi harga cukai. Maka, setiap rakyat kena tahu bahawa mereka sebenarnya setiap hari membayar cukai kepada kerajaan. Justeru wang kerajaan adalah wang rakyat. Maka, wang yang dibelanja oleh mana-mana kerajaan; samada BN atau Pakatan rakyat atau istana-istana dalam negara adalah wang rakyat yang membayar cukai secara langsung atau tidak langsung, sedar ataupun tidak sedar. 

Bazir wang rakyat 

Istilah 'wang pembayar cukai' atau taxpayers money, atau harta awam sepatutnya sentiasa dipakai dalam media dan ungkapan rakyat. Justeru, apabila kerajaan membelanja untuk sesuatu projek atau menyalurkan harta kepada mana-mana pihak, hendaklah dilapor atau disebut “kerajaan menggunakan wang pembayar cukai atau harta rakyat untuk projek itu dan ini”. 


Jika berlaku pembaziran, hendaklah dilapor dan disebutkan “kerajaan telah membazirkan wang pembayar cukai, atau merosakkan harta awam, merugikan wang rakyat”. Ungkapan ini penting supaya orang-orang politik sedar bahawa bantuan dan peruntukan yang mereka salurkan kepada rakyat bukan wang poket mereka, atau harta peribadi mereka sehingga mereka boleh mendabik dada bangga. Sebaliknya, ia sememang harta rakyat. 

Begitulah rakyat, mereka tidak boleh tertipu dengan merasakan seorang-olah bantuan yang diumumkan oleh orang-orang politik itu dari 'harta persendirian' tokoh politik tersebut, sebaliknya ia memang harta rakyat yang diuruskan oleh orang-orang politik. 

Peminta sedekah 

Ini boleh mengelakkan perasaan rakyat yang merasakan mereka bagaikan peminta sedekah kepada kerajaan dan mengelakkan orang-orang politik lupa diri terhadap wang awam yang mereka belanja atau istiharkan dalam kempen politik mereka. Sesebuah kerajaan bukan dipuji kerana mereka berbelanja dengan wang rakyat atau wang pembayar cukai itu, tetapi mereka dipuji kerana pengurusan yang cemerlang dan amanah dalam mengendalikan harta awam atau harta rakyat. 

 
Ertinya, jika kerajaan berjaya mengendalikan harta rakyat dengan cemerlang dan amanah, maka kerajaan itu dipuji dan disokong, begitu juga sebaliknya. Istilah 'taxpayer money', atau 'taxpayer funds' atau 'taxpayers dollars' sering digunakan dalam media negara maju apabia memperkatakan tentang pembelanjaan ataupun pembaziran oleh pihak kerajaan. 

Istilah seperti ini sebenarnya boleh membantu mengelakkan kecuaian kerajaan dan dalam masa yang sama boleh menyedarkan rakyat tentang hakikat wang yang digunakan oleh pihak kerajaan. Istilah ini juga patut dihidupkan dalam negara kita.

Desak Anwar : Karpal Timbang Heret Najib Ke Mahkamah

Peguambela utama kes perbicaraan liwat II yang membabitkan Datuk Seri AnwarIbrahim - Karpal Singh sedang mempertimbangkan untuk membuat permohonan bagi mengheret Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana menghina mahkamah.

Ini berikutan kenyataan Najib yang mendesak Anwar memberikan sampel DNA bagi ujian dijalankan.

Hari ini, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah memberitahu Karpal supaya mengemukakan permohonan rasmi berhubung perkara itu.
NONEKarpal dalam hujahnya pagi ini berkata beberapa individu termasuk perdana menteri telah menghina mahkamah dengan mengulas perkara itu.

Di luar mahkamah, Karpal berkata beliau dengan serius mempertimbangkan untuk membuat permohonan tersebut.

“Sepatutnya, hakim yang seharusnya memulakan tindakan ini tetapi (berikutan apa yang hakim) perkatakan kami dengan serius mempertimbangkannya,” katanya.

“Terdapat beberapa individu yang membuat kenyataan seumpama itu yang seolah-olah memberi tekanan ke pihak mahkamah. Kami akan failkan (permohonan) ke atas nama-nama besar, khususnya (Najib),” katanya, walaupun beberapa wartawan juga menimbulkan bahawa timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan beberapa yang lain juga menimbulkan isu tersebut.

Karpal berkata hakim juga memberi amaran supaya semua pihak mengelakkan diri daripada mengulas kes berkenaan atau menghadapi tindakan.

Minggu lalu, Karpal memberi amaran kepada semua pihak termasuk presiden parti KITA, Datuk Zaid Ibrahim daripada membuat ulasan.

Miera Leyana Mohon Maaf, Irma Hasmie Ayu Bertudung


Pelakon Miera Leyana memohon maaf kepada semua pihak atas kesilapannya mengenakan pakaian seksi sehingga menampakkan sedikit sisi payudaranya. Katanya, dia tergesa-gesa memilih pakaian rekaan Wan Huzairil tersebut pada pagi Jumaat lalu untuk menghadiri majlis makan malam anjuran Rafflesia dan Mandalay di Hotel Le Meridien, di sini, pada hari yang sama.

“Saya memohon maaf kepada yang tidak menyenangi apabila melihat saya berpakaian seperti ini. Saya tidak sempat mencuba terlebih dahulu pakaian ini kerana baru mendapatnya daripada pereka fesyen pada pagi tadi. “Saya sendiri yang memilih pakaian ini kerana nampak sangat cantik dan lain dari lain. Tak sangka pula apabila pakai, jadi seperti ini.
“Kalau saya pakai tiub, nampak tak cantik pula sebab pakaian ini terdedah di belakang,” katanya kepada mStar Online

Bagaimanapun, pelakon filem Apokalips yang bakal muncul di pawagam ini akan berhati-hati memilih pakaian agar tidak berlaku insiden seperti itu. Miera mula tidak selesa mengenakan pakaian tersebut setelah ramai yang memerhatikannya dengan pandangan pelik dan ada juga yang datang kepadanya untuk menegur.

“Saya bersedia menerima teguran orang ramai dengan terbuka tentang pakaian saya ini dan berjanji tidak akan melakukan kesilapan yang sama,” akhiri pelakon drama Luna FantasikuKamelia Katrina ini dalam nada kesal.


 Irma Hasmie muncul dengan busana lengkap bertudung litup untuk majlis Rafflesia. Juga menampilkan kelainan. Boleh dikatakan, ini kemunculan pertama Irma Hasmie lengkap bertudung di majlis-majlis besar. Syukur, setelah beberapa bulan tidak bersua, kali ini Irma Hasmie muncul semula bak gadis melayu terakhir.

Punca Anak Derhaka


Sabda Rasulullah s.a.w. " Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat.  Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya... .. bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif... itu salah...

"Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan.

Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan  . Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka". Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka . "Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok.

"Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk. Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup." Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan "bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka ". inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita...

DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL

 

Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar. Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak tidak berdosa. Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan tempat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.

BERTAUBAT SEBELUM MELARAT

Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita derhaka dan melawan mereka? Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah ke masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa.



Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun.  Cuba kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya baik, turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu?

"Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita."

HUBUNGAN DENGAN BAPA

 

Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak dipedulikan anak-anak. "Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan ibu dahulu. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa." Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depanmereka. Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil kira kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua.."

USAH DERHAKA KEPADA MERTUA

Mertua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga? "Saya tahu, ada menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mertua yang terlalu ambil berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung," jelasnya.


 
Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan emak mertua, keempat bapa dan bapa mertua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar.

"Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan ayahnya. "Perasaan mertua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu.

Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail. Suatu hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di rumah isterinya pun tidak kenal dengan mertuanya. Menantu berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. Nabi Ismail insaf di sebalik
simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan.

Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain.

Ada sebanyak 501 tips yang diberikan oleh penulis iaitu Robert D. Ramsey untuk mempertingkatkan potensi anak-anak anda dan seterusnya menempatkan anak-anak anda dikalangan winners. Tips ini menurut penulis jika diamalkan mampu menjadikan anak-anak kita sebagai winners. Penulis berpendapat apa yang membezakan antara winners dan losers adalah mudah iaitu:-

Winners percayakan diri mereka dan boleh membayangkan diri mereka dikalangan orang yang berjaya sementara losers merasakan diri mereka tidak boleh.

Tips.

1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan
yang baik adalah digalakkan).

2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan  , mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan
mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

6.. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh . Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang.  Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya  .

10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri . Mereka akan menirunya.

11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya . Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg
dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka  lebih daripada sekali .

13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka .  Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan andasuami isteri.

14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda . Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

15. Hargailah permainan kesayangan anak anda . Mereka juga dalammasa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna . Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

19.. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja . Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda . 


 Tanggang : Kisah Yang Menggambarkan Si Anak Derhaka