Wi-Fi Untuk Kampung Di Sabah Di Kenalpasti

Perkhidmatan Wi-Fi di kampung-kampung terpilih sedang dalam peringkat mengenal pasti tapak sesuai.
Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Negeri Datuk Jainab Ahmad Ayid berkata proses itu sedang dilaksanakan oleh Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan dengan melibatkan sekurang-kurangnya dua kampung di setiap kawasan Parlimen.

"Program Pusat Jalur Lebar Komuniti atau PJK-ke-rumah juga akan disediakan dengan kemudahan Wi-Fi," katanya ketika menjawab soalan Ahmad Bujang (BN-Sindumin) pada persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah di sini pada Selasa.

Beliau juga berkata kemudahan Wi-Fi di bawah program itu boleh dicapai oleh rumah-rumah yang berhampiran.

Sementara itu, Jainab juga menyatakan pengguna telefon bimbit di Sabah kini mencecah 3.1 juta sehingga bulan lepas.

Beliau berkata angka tersebut diperoehi daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

No comments:

Post a Comment