Makhluk-Makhluk Yang Kita Telan Secara Tak Sedar


Disebabkan ukurannya yang teramat kecil dan susah untuk dilihat dengan mata kasar, secara tak sedar kita telah tersedut makhluk-makhluk ini melalui udara dan debu, bahkan turut ditelan bersama makanan dan minuman yang ada.

Kalau saja kita dapat melihat wajah, rupa dan bentuk makhluk-makhluk ini, pastinya kita tak sanggup untuk menelan mereka. Wajah mereka sangat menggerunkan!

Kutu Debu

Ini merupakan gambar dari bakteria/kutu debu yang biasa hidup di sofa dan tilam tempat tidur kita. Kalau anda tidak berasa gerun, anda bukan manusia normal.

Kutu Bulu

Ini merupakan imej bakteria yang biasa hidup di bulu kucing dan anjing peliharaan. Ini adalah hasil karya pemenang pertandingan fotografi sains, iaitu Steve Gschmeissner, 61 tahun, yang mengabadikan mahluk-mahluk mengerikan ini dengan kamera yang dilengkapi dengan
Microscope zoom yang mampu memperbesar ukuran sehingga beratus-ratus kali.

Kutu Roti

Ini pula adalah imej bakteria yang biasa hidup di roti yang tidak dibungkus dengan kemas. Bayangkan saja, dalam sekeping roti Gardenia atau roti Hi-5 yang anda makan, terdapat beratus malah beribu-ribu bakteria ini. Justeru, pastikan anda membungkus roti anda dengan kemas.

Larva Lalat Hijau

Imej di atas adalah imej larva lalat hijau yang diperbesar sehingga 100 kali ( 100x zoom). Nampak macam makhluk asing yang sangat tak kiut kan?

Lalat Hitam

Gambar ini pula hanyalah gambar lalat hitam yang selalu beterbangan dalam rumah anda.

Tanpa Deposit : Punca Ramai Penjawat Awan Muflis - CUEPACS


Tawaran pembelian kereta tanpa deposit merupakan antara punca ramai penjawat awam di Malaysia diisytiharkan muflis sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman berkata, bagi tahun 2009 sahaja, seramai 542 orang atau hampir 50 peratus daripada 1,086 penjawat awam yang diisytiharkan muflis dilaporkan akibat terlibat dalam tawaran pembelian skim tersebut. “Selepas membuat pinjaman dan akibat tidak tahan menanggung kadar hutang sewa beli yang tinggi setiap bulan dalam tempoh yang lama, ada dalam kalangan mereka (penjawat awam) gagal melunaskannya hingga diisytiharkan muflis oleh pihak bank.

 
“Trend itu semakin meningkat hingga 200 peratus pada 2010 dan melalui angka tidak rasmi yang saya dapat, jumlahnya sudah mencecah kira-kira 3,000 orang,” ujarnya kepada Kosmo! di sini baru-baru ini. Menurut beliau, hampir kesemua bank dan syarikat kenderaan terutama pengedar kereta dan motosikal di negara ini menawarkan skim yang sama kepada penjawat awam.

Selain skim pembelian kereta tanpa deposit, penjawat awam juga ramai yang terperangkap dengan tindakan muflis kerana menjadi penjamin iaitu sebanyak 15.56 peratus, pinjaman peribadi (8.65 peratus), pinjaman perumahan (8.65 peratus), penjamin korporat (4.14 peratus), pinjaman perniagaan (3.96 peratus) dan hutang kad kredit (3.68 peratus).
Kesemua itu melibatkan jumlah hutang di antara RM50,000 hingga RM500,000.

1,086 PENJAWAT AWAM MUFLIS

PUTRAJAYA: Jabatan Insolvensi Malaysia merekodkan 1,086 penjawat awam diisytiharkan muflis pada 2009 dan 72.74 peratus atau 790 adalah lelaki. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong, berkata masalah itu perlu diatasi segera kerana ia dikhuatiri boleh menjejaskan prestasi mereka sehingga memaksa tindakan tatatertib dikenakan terhadap kakitangan terbabit. “Penjawat awam nadi penggerak dalam memastikan hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi dan maju menjelang 2020 dapat dicapai.

“Saya harap taklimat mengenai muflis oleh jabatan terbabit mampu memberi pendedahan kepada kakitangan awam mengenai kaedah terbaik untuk menangani pelbagai isu berkaitan hutang dan muflis," katanya ketika merasmikan taklimat Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010, Akta Kebankrapan 1967 dan Akta Bantuan 1971 guaman kepada ahli Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) di sini, semalam.

Taklimat berkenaan anjuran bersama CUEPACS dan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri.

Sementara itu, Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman meminta penjawat awam memantau perbelanjaan bulanan masing-masing, selain memastikan tidak membuat pinjaman keterlaluan, bagi mengelak dikenakan perintah muflis oleh mahkamah.
Katanya, perintah muflis boleh menyebabkan mereka kehilangan hak untuk menikmati faedah pencen dan ganjaran lain, sehinggalah perintah itu ditarik balik oleh mahkamah terbabit.

“Kes penjawat awam diisytiharkan muflis boleh dielakkan jika mereka bijak menguruskan kewangan masing-masing.

“Bagaimanapun, kita tidak menolak kemungkinan status bankrap itu diberikan atas kapasiti penjawat awam sebagai penjamin kerana jika peminjam gagal menjelaskan pinjaman, penjawat awam yang memang `laku' sebagai penjamin akan dikenakan perintah bankrap oleh mahkamah," katanya.

Mengikut Akta Pencen 1980, mana-mana penjawat awam tidak boleh menerima pencen, ganjaran dan lain-lain faedah pada tarikh ia bersara daripada perkhidmatan awam jika dihukum bankrap atau diisytiharkan tidak berkemampuan oleh mahkamah sama ada di Malaysia atau lain-lain negara, sehinggalah mereka mendapat pelepasan daripada hukuman itu.

Akta berkenaan juga menetapkan pencen, ganjaran dan lain-lain faedah yang dinikmati selepas bersara juga akan terhenti jika mereka dihukum bankrap oleh mahkamah Malaysia atau lain-lain negara.

Mengulas mengenai taklimat itu, Omar berkata, ia bertujuan memberi pendedahan kepada pemimpin CUEPACS mengenai ketiga-tiga akta berkenaan berikutan pihaknya ada menerima pertanyaan pelbagai isu membabitkan akta terbabit.

“Taklimat hari ini adalah bagi pemimpin CUEPACS di sekitar Lembah Klang dan sesi yang sama akan diadakan secara berperingkat di setiap zon iaitu utara, selatan dan pantai timur tidak lama lagi, " katanya.

Saksikan : Gambar Satelit SEBELUM & SELEPAS Tsunami DI Jepun

FOMCA Saran Botol Susu Juga Ada Tanda Keselamatan "MC"

 Anda pasti botol susu anak anda selamat?

Kerajaan disaran agar botol susu bayi  mempunyai tanda “MC” (Malaysian Conformity) sebagai bukti mematuhi garis panduan yang dikeluarkan, kata Pengarah Komunikasi Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusof Abdul Rahman.
 
Saranan yang diajukan FOMCA adalah selari dengan tindakan kerajaan yang pernah dilakukan sebelum ini terhadap semua alat permainan kanak-kanak perlu mempunyai tanda “MC”, yang telah berkuat kuasa pada 1 Februari lalu.
Tanda keselamatan "MC"
 “Apa yang kita harapkan yang dilakukan kerajaan, ialah botol-botol yang dijual di pasaran itu mestilah melalui pemeriksaan terlebih dahulu dan diberikan label mengatakan bahawa botol ini telah diperiksa dan didapati tidak mengandungi BPA,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini. Tambah Yusof lagi, para pengguna perlu bijak dan peka sebelum membeli botol susu dengan melihat label terlebih dahulu, supaya mereka tidak tersilap membeli botol susu yang mengandungi ‘Bisphenol A’ (BPA).

“Pengguna yang hendak membeli botol, dia akan melihat pada label tersebut, jadi kalau botol yang tidak ada label tersebut maka mereka jangan membeli, ini cara bagaimana pengguna untuk mengetahui samada botol itu ada BPA atau tidak,” katanya. Semalam Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata kerajaan memutuskan untuk mengharamkan penjualan serta penggunaan susu botol bayi polikarbonat yang mengandungi ‘Bisphenol A’ (BPA) berkuat kuasa 1 Mac 2012.
 Lambakan botol susu di pasaran belum tentu selamat digunakan

Menurutnya, sehingga 2010 sebanyak 159 sampel botol susu bayi telah dianalisis dan didapati 85 peratus dikesan mengandungi bahan BPA dalam julat 0 hingga 0.7 mg/kg hasil migrasi daripada botol berkenaan

Tanda Keselamatan 'MC' Berkuat Kuasa 1 Februari 2011
 KUALA LUMPUR: Berkuatkuasa 1 Febuari depan, semua alat permainan kanak-kanak perlu mempunyai tanda "MC" (Malaysian Conformity) sebagai bukti mematuhi garis panduan yang dikeluarkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Sehubungan itu, mulai tarikh berkenaan kementerian akan menyita semua alat permainan yang gagal mematuhi peraturan itu, kata Timbalan Menteri berkenaan, Datuk Tan Lian Hoe, hari ini.
Tan berkata ini kerana kementerian memandang serius terhadap kebanjiran alat permainan yang gagal memenuhi garis panduan berkenaan, yang berupaya mengundang bahaya kepada kanak-kanak.

Katanya penguatkuasaan itu tidak terhad kepada alat permainan keluaran tempatan tetapi juga meliputi yang diimport.

"Kita tidak akan berkompromi lagi mengenai perkara ini kerana sudah beri masa yang panjang lebih satu tahun untuk pihak pengilang dan pengimport mematuhi standard keselamatan mainan kanak-kanak dengan perlunya ada tanda MC di setiap alat permainan berkenaan.

"Jadi pada 1 Februari depan, alat-alat permainan "on the shelves" akan disita sekiranya tidak mempunyai tanda MC," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bengkel Keselamatan Barang Pengguna 2010 di sini, hari ini.

Beliau berkata mereka yang disabitkan kesalahan boleh dikenakan kompaun melalui Seksyen 25, Akta 599 bagi kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Pelindungan Pengguna, di mana bagi individu denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan untuk kesalahan kali kedua atau berikutnya boleh didenda tidak melebihi RM250,000 atau dipenjara tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya.
Sementara bagi pertubuhan, katanya akan dikenakan denda tidak melebihi RM250,000 bagi kesalahan kali kedua atau yang berikutnya boleh didenda tidak melebihi RM500,000.

Seramai 100 peserta terdiri daripada pengilang, pengimport, pengedar dan peruncit menyertai bengkel sehari itu yang bertujuan membincangkan mengenai pembangunan regim keselamatan barang pengguna khususnya mekanisme penarikan balik barang serta tindakan pembetulan bagi barang yang mengalami kecacatan atau tidak selamat di pasaran.

Dalam perkembangan lain, Tan berkata pihak kementerian akan mengkaji semula kelonggaran yang diberikan kepada rakyat Malaysia di sempadan yang menggunakan kereta pendaftaran asing untuk membeli minyak Ron 95 dengan menggunakan MyKad, kerana didapati ada yang telah menyalahgunakan keistimewaan tersebut dengan menjualnya kepada pihak luar.

"Memang ada laporan rakyat negara ini yang menyalahgunakan MyKad untuk beli Ron 95 dan jual kepada pihak asing, kementerian memandang serius akan perkara ini dan kami kesal kerana ada pihak cuba menyalahgunakan keistimewaan diberikan kerajaan," katanya. - BERNAMA 

Renungan Buat Si Tanggang Sara

Maaf kiranya renungan ini meng-imarahkan rasa dendam anda.

Soalan yang perlu anda tanya pada diri ialah:

1. Dimana anda sekarang tanpa ayah?
2. Hasil lelah siapa anda dibesarkan sehingga sihat pada hari ini?
3. Duit siapakah yang menghantar anda ke sekolah ?
4. Kenapa anda melalui semua ini ?
5. Apa beza anda dengan ayah ?
6. Layanan Allah bergantung kepada layanan kepada orang tua, itu firman Allah. Adakah anda yakin ?
7. Apa jawapan anda di hadapan Allah apabila bertemu-Nya kelak, pasti ?

Kita hanya hamba yang daif di anugerahkan Allah kepada kedua orang tua. Mungkin orang tua kita melakukan kesilapan. Tapi siapa kita untuk menghukum mereka? Kita hanya anak dan salahkah anak memaafkan orang tuanya? Lembutkan hati anda dan muhasabah diri dengan bangun pada malam hari, dalam keheningan malam itu bayangkan lelah yang telah menyuapkan rezeki ke mulut anda. 

 muhasabah diri kamu
Wajah tua yang kamu katakan baran itulah yang membesarkan kamu, yang hantar kamu ke sekolah dan sekarang kamu bejaya dengan hidup kamu. Apabila kamu berjaya di dunia kamu riak dan bongkak menghukum orang yang berkorban tanpa kamu sedari. Kamu lupa bahawsanya janji Allah itu benar, maka bertaubatlah kamu sebelum terlambat.

Apa yang kamu luahkan itu berasal dari emosi yang kurang kukuh, masih apa fitrah dalam hati kamu, penjarakan emosi kamu. Pulanglah kepangkuan ayah kerana disitu ada keredhaan Allah.

Tangan yang kamu genggam sebelum kamu berakal, tangan siapa?

Fikirkan semula apa yang kamu lalui ini adalah balasan Allah ke atas apa yang telah kamu lakukan. Mungkin ada perkara buruk lain yang terjadi kepada kamu, Itu peringatan Allah. Jangan biarkan Allah memewahkan kamu dengan rezeki dan kesihatan yang baik kerana Allah sudah tidak memperdulikan kamu. Itu juga janji Allah.

JIka Rasulullah masih ada, mungkin baginda akan menangis melihatkan perbuatan kamu kepada ayah. Bagaimana sanggup kamu melukakan hati Nabi Muhammad, kekasih Allah. 

Dan akhirnya, jika kamu kata ayah kamu banyak sifat negatifnya, Apa beza dengan kamu? darah beliau mengalir sebati dengan darah kamu. Kerana apa yang buruk dalam diri ayah kamu itu sebenarnya adalah kamu. Tiada beza! 

Berubahlah sebelum datangnya murka Allah Yang Maha Besar, Raja Langit dan Bumi.

Berikut kisah Si anak yang mendoakan kematian ayahnya

PETALING JAYA: Dia anak tunggal dalam keluarga tapi kerana dendam kesumat sejak kecil berikutan sikap baran ayahnya, seorang wanita bertindak umpama ‘Si Tanggang’ apabila tergamak mendoakan kematian lelaki itu.

 Gambar Hiasan

Episod dendam itu bermula sejak Sara, 40-an, masih kanak-kanak apabila mendakwa sering dipukul dan dimaki hamun oleh ayahnya, Pak Atan, 74, meskipun kesalahan hanya kecil. Kemarahan wanita itu makin membara selepas ayahnya bernikah dengan perempuan seberang kira-kira tujuh tahun lalu, iaitu selepas tiga tahun kematian isteri yang juga ibu kepada Sara.

Kemuncaknya pada September lalu apabila Sara didakwa menghalau ayah dan ibu tirinya keluar dari rumah mereka di sini, hingga terpaksa membina pondok kecil serba daif di tepi rumah itu. Menurut Sara, dia dan ayah tidak mungkin berbaik semula kerana terlalu banyak kenangan pahit bersama lelaki itu sejak kecil lagi. “Mungkin orang nampak saya jahat bila saya katakan saya selalu berdoa supaya Allah cepat cabut nyawa ayah sebab tidak mahu menanggung dosa lagi apabila selalu berfikiran negatif terhadapnya.

“Biarlah kami dengan dunia masing-masing sebab ayah sudah mewasiatkan kepada saudara mara tidak membenarkan saya menyentuh atau melihat mayatnya jika dia meninggal dunia kelak,” katanya kepada Metro Ahad. Dia berkata, punca perselisihan faham disebabkan sikap panas baran ayah sejak muda hingga kini. Sejak kecil, dia sering dipukul dan dimaki hamun meskipun kesalahan dilakukan hanya kecil.

“Saya tidak rapat dengan ayah kerana kebanyakan masa dihabiskan bersama ibu. Mana mungkin saya mengadu masalah bersama ayah yang baran tidak kira masa. “Jika anak tunggal lain, pastinya mereka disayangi dan ditatang bagai minyak penuh, malangnya situasi itu tidak pernah terjadi kepada saya.

“Saya masih ingat sewaktu kecil, arwah datuk dan nenek (sebelah ayah) pernah bergaduh hingga menggunakan senapang selain mengeluarkan perkataan tidak sopan, dan sikap itu mengalir dalam tubuh ayah,” kata ibu kepada empat cahaya mata lelaki itu. Menurut Sara, sikap ayah yang tidak boleh menerima pendapat orang lain dan merasakan diri selalu betul sungguh berbeza dengan sikap arwah ibu yang sentiasa sabar dan tenang.

“Tiada anak yang tidak sehaluan dengan bapa kandung tanpa sebab. Kadangkala kita terlepas pandang perkara remeh hingga tidak sedar kita membuatkan orang lain kecewa. “Pernah saya diugut ayah jika buku laporan peperiksaan ada dakwat merah, dia menyuruh saya makan habuk buku selain dirotan hingga meninggalkan birat di punggung,” katanya kesal dengan sikap bapanya.