Lapan pegawai imigresen dicaj tuduhan rasuah semalam (ikut jam) Azmir, Hafiz, Huzzai, Izuwanshah, Khairul, Shahrizal, Shahazlina dan Zahed.
Lapan pegawai Imigresen termasuk seorang wanita dicaj di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan menerima rasuah lebih RM100,000 bagi membolehkan pendatang dari Indonesia memasuki negara ini.
Pegawai-pegawai dari Imigresen Selangor itu, berusia dalam 20-an dan 30-an dan berkhidmat di Pelabuhan Klang, dikenakan tuduhan di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
Mereka mengaku tidak bersalah.
Kesemua lapan pegawai itu berhadapan dengan 82 tuduhan rasuah melibatkan RM122,140.
Mahkamah menetapkan wang jamin antara RM4,000 dan RM10,000 bagi setiap tertuduh.
Lapan pegawai Jabatan Imigresen yang dihadapkan di mahkamah pagi tadi kerana kesalahan rasuah.
Berdasarkan maklumat diperoleh, Md Shahrizal Che Dan, 26, hadapi sebanyak 31 tuduhan - terbanyak di kalangan kesemua yang didakwa, kerana menerima rasuah RM51,760.
Pegawai imigresen Mohamad Izuwanshah Samsuri, yang berusia 25 tahun, berhadapan dengan 25 tuduhan melibatkan RM31,690.
Seorang lagi pegawai imigresen, Ahmad Zahed Abd Alim, 28, dituduh menerima RM13,590.
Satu-satunya pegawai wanita, Nor Shahazlina Sulaiman, 25, pula dituduh menerima rasuah RM2,900 di Pandamaran, Klang.
Kesemua tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Pelabuhan Klang dan Klang antara April hingga September lalu.
Mohd Hafiz Zakaria, 27, didakwa menerima rasuah melibatkan RM8,640, Mohd Khairul Haqimie Kamarudin, 26, (RM7,350), Azmir Mahadi, 28, (RM5,710) dan Mohamad Huzzail Ahmad, 31, pula RM500 September lalu.
Kes melibatkan Ahmad Zahed, Khairul, Hafiz dan Azmir akan disebutkan semula esok.
Peguam-peguam tertuduh memberitahu mahkamah bahawa anak guaman mereka hanya menerima gaji bulanan antara RM700 hingga RM920.
Kes melihatkan Huzzail dan Izuwanshah ditetapkan untuk sebutan semula pada 27 April manakala kes Nor Shahazlina dan Shahrizal pula 5 Mei.
Apsal 'Tajuk' tu "Lapan Pegawai SPRM" bukannya "Pegawai Imigresen" ?
ReplyDeleteMaaf Typo error...Terima kasih
ReplyDelete