SHAH ALAM 27 April - Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) syarikat milik penuh Kerajaan Selangor menyerahan cek sejumlah RM480,000 kepada lapan penama Orang Asal Bukit Kecil di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri yang disempurnakan oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Cek itu adalah untuk bayaran ex-gratia lanjutan daripada tuntutan bertindih oleh penduduk Orang Asal dengan tanah milik PNSB di sebahagian PT 28847 HSD 26809, Mukim Tanjong 12, Kuala Langat yang pada asalnya terlibat dengan projek tebatan banjir (canal city).
Tuntutan adalah untuk 2 ekar seorang setiap penerima bakal menerima RM 60,000 setiap seorang atau RM 30,000 se ekar.
Pemberian pampasan ini menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri Selangor dan PNSB mengutamakan dan prihatin nasib golongan Orang Asal di Selangor dan terus memastikan bahawa mereka ini tidak terus tertindas dan terpinggir dengan memberi pampasan yang setimpal. Penduduk Orang Asal Bukit Kecil terdiri daripada keturunan suku kaum Temuan dalam kelompok Melayu-proto dan telah menetap di Kg Bukit Kerudong sejak zaman nenek moyang mereka.
Pada tahun 60-an masyarakat di sini telah berpindah ke Kg Bukit Kecil dan menetap sehingga kini. Nama “Bukit Kecil” adalah panggilan asal dari tempat tinggal mereka yang terletak di atas bukit yang kecil dan satu-satunya tanah berbukit yang terdapat di sini. Kebanyakan penduduk di sini bekerja sendiri sebagai pekebun kecil dengan mengusahakan tanaman kelapa sawit dan getah dan sebahagian lagi bekerja sebagai buruh di kawasan luar.
Majlis tersebut dihadiri bersama oleh Exco serta pegawai-pegawai tertinggi Negeri Selangor di samping Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri Selangor dan Wilayah Perseketuan. Tn Hj Ahmad Bin Omar, Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Negeri Selangor Berhad turut hadir memeriahkan majlis.
No comments:
Post a Comment