Kerajaan Selangor Bayar Pampasan : RM480 Ribu Untuk Orang Asal

 SHAH ALAM 27 April - Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) syarikat milik penuh Kerajaan Selangor  menyerahan cek sejumlah RM480,000 kepada lapan penama Orang Asal Bukit Kecil di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri yang disempurnakan oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Cek itu adalah untuk bayaran ex-gratia lanjutan daripada tuntutan bertindih oleh penduduk Orang Asal dengan tanah milik PNSB di sebahagian PT 28847 HSD 26809, Mukim Tanjong 12, Kuala Langat yang pada asalnya terlibat dengan projek tebatan banjir (canal city).
Tuntutan adalah untuk 2 ekar seorang setiap penerima  bakal menerima RM 60,000 setiap seorang atau RM 30,000 se ekar.

Pemberian pampasan ini menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri Selangor dan PNSB mengutamakan dan prihatin nasib golongan Orang Asal di Selangor dan terus memastikan bahawa mereka ini tidak terus tertindas dan terpinggir dengan memberi pampasan yang setimpal. Penduduk Orang Asal Bukit Kecil terdiri daripada keturunan suku kaum Temuan dalam kelompok Melayu-proto dan telah menetap di Kg Bukit Kerudong sejak zaman nenek moyang mereka.
Pada tahun 60-an masyarakat di sini telah berpindah ke Kg Bukit Kecil dan menetap sehingga kini. Nama “Bukit Kecil” adalah panggilan asal dari tempat tinggal mereka yang terletak di atas bukit yang kecil dan satu-satunya tanah berbukit yang terdapat di sini. Kebanyakan penduduk di sini bekerja sendiri sebagai pekebun kecil dengan mengusahakan tanaman kelapa sawit dan getah dan sebahagian lagi bekerja sebagai buruh di kawasan luar.

Majlis tersebut dihadiri bersama oleh Exco serta pegawai-pegawai tertinggi Negeri Selangor di samping Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri Selangor dan Wilayah Perseketuan. Tn Hj Ahmad Bin Omar, Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Negeri Selangor Berhad turut hadir memeriahkan majlis.

Imam Besar Masjidil Haram Di Syaki Bawa Wahabi Ke Malaysia - Pegawai JAKIM

Seorang pegawai kanan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia mengesyaki Imam Besar Masjidil Haram Sheikh Dr Abdul Rahman Ibn Abdul Aziz As-Sudais, yang berada di Malaysia minggu lalu, cuba menyuntik fahaman Wahabi di kalangan umat Islam negara ini dengan menggunakan platform “kerajaan dengan kerajaan.”

Zamihan Mat Zin, yang kini berkhidmat sebagai Penolong Pengarah Pusat Al-Quran dan Ilmu, Teras Institut Latihan Islam Malaysia berkata, lawatan kerja lima hari Sheikh Abdul Rahman yang berakhir Ahad lalu kemungkinan membawa metodologi yang bertentangan dengan amalan Ahli Sunah Waljamaah, yang menjadi pegangan umat Islam di Malaysia.
Kata beliau, Sheikh Abdul Rahman berpegang kepada fahaman Wahabi dan cuba menyuntik amalan itu di kalangan umat Islam melalui seminar “Berpegang kepada al-Quran dan As-Sunah” bertemakan “Dan Berpegang Kamu Semuanya Kepada Tali (Agama) Allah dan Janganlah Kamu Bercerai-berai.”

Seminar dua hari berakhir Ahad lalu diadakan di Hotel Royale Chulan di sini dan dihadiri tokoh agama dari dalam dan luar negara. “Imam ini (Sheikh Abdul Rahman) bawa amalan Wahabi dan menggunakan platform kerajaan dengan kerajaan untuk menyuntik fahaman Wahabi kepada umat Islam di Malaysia dan negara-negara Islam yang lain. “Kalau beliau datang bercakap untuk soal umum tentang Islam, kepentingan Islam kita boleh terima, tapi ia jadi masalah kalah bercakap tentang Allah ada mata . . . ada tangan . . . ada kaki . . . itu semua kita tidak boleh terima,” kata Zamihan yang pernah menjadi fokus berhubung isu Wahabi tahun lalu.

Tahun lalu Zamihan telah menimbulkan kontroversi apabila dikatakan mengaitkan beberapa tokoh agama dan politik iaitu bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin, mufti Perlis Dr Juanda Jaya, bekas menteri besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempunyai kaitan dengan fahaman wahabi dan pengganas JI. Zamihan bagaimanapun menafikan dakwaan bahawa beliau pernah mengaitkan Presiden PAS, bekas menteri besar Perlis dan mufti Perlis dengan fahaman wahabi dan pengganas JI.

Sebaliknya Zamihan mengakui ada “membangkitkan” nama Asri dalam taklimat itu berdasarkan tulisan beliau selama ini. Tegas beliau, amalan dan ajaran yang dibawa Sheikh Abdul Rahman bukan metodologi Ahli Sunah Waljamaah dan ia bertentangan dengan amalan umat Islam. “Sebab itu (ajaran Sheikh Abdul Rahman) bukan metodologi Ahli Sunah Waljamaah, sebaliknya ia merupakan metodologi sebahagian amalan al-Hanabilah al-Mujassimah dan metodologi ini bertentangan dengan amalan Ahli Sunah Waljamaah yang kita amalkan di Malaysia.

“Memandangkan metodologi ini dipopularkan ajaran Wahabi dan ulama bangkit menentangnya, maka metodologi ini tidak perlu disebarkan kepada umat Islam dalam apa jua pendekatan kerana ia bukan metodologi yang benar yang diwarisi dari Rasulullah,” katanya.
Kata Zamihan, beliau menentang keras tindakan Sheikh Abdul Rahman yang cuba mewujudkan suasana tidak senang di kalangan umat Islam dengan membawa fahaman yang bertentangan dengan amalan Ahli Sunah Waljamaah. “Jika ia (amalan Wahabi) mahu dipraktikkan di Arab Saudi terpulanglah, tapi kita di Malaysia mengamalkan metodologi Ahli Sunah Waljamaah yang jelas iaitu berpegang dengan prinsip akidah yang dirintis dari Imam Abu al-Hasan al-Ash`ari bermazhab Shafie dan berpandukan metodologi tasawuf dari kalangan ulama sufi yang muktabar.

“Imam Besar Masjidil Haram ini juga pernah membuat (mencetuskan) kontroversi apabila mengemukakan pandangan bahawa orang Islam dilarang menziarai makam Nabi, malah saya ada bukti lain yang menunjukkan beliau cuba menyuntik fahaman Wahabi. “Malah dalam seminar yang dihadiri beliau pada Sabtu dan Ahad lalu juga, hampir keseluruhan jurucakap dan tetamu yang hadir mengamalkan metodologi Wahabi, tapi gunakan nama lain daripada diketahui dan ini mengelirukan umat Islam,” katanya.

Justeru, kata beliau, pihak berkuasa terutamanya polis dan jabatan agama Islam harus menyiasat perkara tersebut agar tidak menimbulkan kekeliruan di kalangan umat Islam.
Selain itu, Zamihan juga mempersoalkan bagaimana penceramah-penceramah dari luar negara dibenarkan untuk bercakap soal agama tanpa permit.

“Kedatangan Imam Besar Masjidil Haram ini kalau untuk kegiatan umat Islam tiada masalah tapi kalau nak bawa metodologi ia tidak wajar . . . tindakan ini akan mengelirukan umat Islam dan wajar pihak berkuasa untuk menyiasat perkara ini. “Kalau nak masuk Singapura pun kena ada permit tapi bila orang luar berucap pasal agama dan nak bawa metologi Wahabi tidak perlukan permitkah? Sheikh Abdul Rahman datang dengan tujuan untuk semai fahaman Wahabi dan ini tidak wajar,” katanya yang turut menjadi perhatian ekoran satu seminar di Singapura awal tahun lalu.

Pada Jumaat lalu Sheikh Abdul Rahman menggesa umat Islam berpegang teguh kepada al-Quran dan As-Sunah demi memastikan mereka kekal bersatu padu. Beliau berkata, perpecahan di kalangan umat Islam akan berlaku sekiranya mereka tidak menjadikan kedua-dua perkara itu sebagai sebahagian amalan kehidupan seharian.

“Anda semua harus berpegang pada hadis Rasulullah mengenai pentingnya berpegang teguh dengan al-Quran dan As-Sunah, jika tidak inilah (perpecahan) jadinya kepada umat kita (Islam),” katanya dalam khutbah Jumaat yang diikuti oleh lebih 3,000 jemaah di Masjid Wilayah Persekutuan. Khutbah beliau bertajuk “Perpaduan Islam dan Cabaran Semasa” diterjemahkan ke Bahasa Malaysia oleh Yang Dipertua Persatuan Bahasa Arab Malaysia, Datuk Mahamud Abdul.

Kerajaan diminta jelaskan kadar inflasi yang tinggi

Kerajaan diminta menjelaskan perangkaan inflasi negara yang tenat di sebalik pengukuhan ringgit berbanding dolar Amerika.

Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng, yang juga seorang bekas akauntan bertauliah berkata perkara itu bercanggahan dengan norma ekonomi.

NONEHujah Lim, pengukuhan matawang negara lazimnya membawa kesan kepada dua perkara - mengurangkan daya saing industri eksport negara dan mengurangkan inflasi kerana barangan import telah menjadi lebih murah.

Namun, yang anih apabila ringgit semakin kukuh, tiada tanda-tanda bahawa kadar inflasi akan berkurangan.

Lim berkata berdasarkan perangkaan kerajaan, kadar inflasi sejak tiga bulan lalu dicatatkan pada kadar 2.8 peratus.

"Kenapa kita tidak lihat harga barangan turun tetapi tetap BN atau barang naik? Adakah awak lihat harga tepung susu turun. Semua ini diimport.

inflation"Kita adalah rakyat yang bertolak ansur. Kita beri sebulan lagi untuk harga barangan turun. Jika tidakj kerajaan mesti berikan jawapannya,” katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur.

"Entah mana silapnya, ke mana wang untuk pergi?”

Semalam, ringgit ditutup pada paras tertinggi dalam 13 tahun iaitu RM2.995 berbanding dolar Amerika yang turut merudum berbading matawang antarabangsa yang lain.

SKMM mula siasat kebocoran video seks

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) kini menyiasat beberapa aduan penulis blog ekoran kebocoran video seks yang dikaitkan dengan pemimpin pembangkang.

Perkara itu didedahkan Naib Ketua Penerangan Pemuda PKR Rozan Azen Mat Rasip yang membuat laporan pada 5 April lalu apabila beberapa penulis blog memuatkan sebahagian video klip itu di internet.

NONERozan (kanan) memberitahu Malaysiakini, beliau turut dipanggil di ibu pejabat PKR di Cyberjaya untuk memberikan kenyataan bagi membantu siasatan esok.

Beliau sebelum ini menamakan blog mesra BN www.papagomo.com and www.pisau.net dan pengguna YouTube thepowercam dalam laporannya.

Video hitam putih kurang dua minit itu bocor pada 4 April lalu dan dikeluarkan daripada YouTube tidak lama selepas itu.

Ia bagaimanapun masih terdapat dalam laman www.papagomo.com dan dimuatkan kembali oleh beberapa pengguna Youtube yang lain.

Wi-Fi Untuk Kampung Di Sabah Di Kenalpasti

Perkhidmatan Wi-Fi di kampung-kampung terpilih sedang dalam peringkat mengenal pasti tapak sesuai.
Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Negeri Datuk Jainab Ahmad Ayid berkata proses itu sedang dilaksanakan oleh Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan dengan melibatkan sekurang-kurangnya dua kampung di setiap kawasan Parlimen.

"Program Pusat Jalur Lebar Komuniti atau PJK-ke-rumah juga akan disediakan dengan kemudahan Wi-Fi," katanya ketika menjawab soalan Ahmad Bujang (BN-Sindumin) pada persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah di sini pada Selasa.

Beliau juga berkata kemudahan Wi-Fi di bawah program itu boleh dicapai oleh rumah-rumah yang berhampiran.

Sementara itu, Jainab juga menyatakan pengguna telefon bimbit di Sabah kini mencecah 3.1 juta sehingga bulan lepas.

Beliau berkata angka tersebut diperoehi daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Penguatkuasaan & Penegluaran Logo Halal Diberi Kepada JAKIM

Undang-undang baru yang digubal untuk memperkemaskan lagi industri halal negara akan memberi lebih kuasa kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk menguatkuasa penggunaan dan pengeluaran logo halal di negara ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata undang-undang itu sedang dalam proses penggubalan oleh Penasihat Undang-undang Jakim dan Pejabat Peguam Negara.

"Akta itu akan meliputi tindakan undang-undang dan penguatkuasaan kerana dulu tidak boleh ambil tindakan kepada mana-mana individu, syarikat swasta atau mana-mana syarikat luar yang mengeluarkan sijil kerana peruntukannya tidak diperkemaskan," katanya kepada pemberita di Putrajaya hari ini.

Beliau menjangka urusan mengenai akta itu dapat diselesaikan di peringkatJakim pada tahun ini juga tetapi akan mengambil tempoh tertentu sebelum dibentang di Parlimen.
Jamil Khir juga berharap kesemua sekolah tahfiz di negara ini berdaftar dengan Jakim supaya sijil pelajar akan diiktiraf seperti peperiksaan awam lain sekaligus menjamin masa depan pelajar.

"Kalau ada persetujuan di peringkat negeri, baru boleh daftar. Kita nak sekolah agama ini jaga pelajar dan kita nak supaya sijil-sijil mereka diluluskan untuk menjaga kebajikan mereka," katanya. Terdahulu beliau menyampaikan amanat sempena pelantikan Ketua Pengarah baru Jakim, Othman Mustapha, berkuatkuasa semalam yang menggantikan Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz yang bersara wajib.

Penduduk Iban Serbu SUPP Tuntut Baki "Habuan Pilihanraya"

Lebih 100 penduduk Iban menyerbu ibu pejabat Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) di Sibu semalam dan menuntut baki RM400 setiap seorang yang dijanjikan bagi menyokong seorang calon pada pilihan raya negeri yang lalu, dakwa sebuah pemantau pilihan raya.

supp alleged money politic 250411 02Dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan lewat petang semalam, Pemantau Pilihan Raya Sibu (SEW) mendakwa penduduk Iban berkenaan berang kerana tidak mendapat bayaran 'baki' tersebut meskipun telah dijanjikan oleh agen pilihan raya SUPP dan tua rumah panjang sebelum pilihan raya.

Sebaik menerima berita berkenaan, SEW menghantar dua perwakilannya ke ibu pejabat SUPP bagi memanatu keadaan.

Dalam siasatannya, SEW berkata pihaknya mendapati bahawa penduduk Iban dijanjikan bayaran RM100 sebelum hari mengundi 16 April lalu dan sekiranya calon SUPP menang, setiap seorang daripada mereka akan menerima RM400 lagi selepas pilihan raya.

supp alleged money politic 250411 01SEW mendakwa sebelum ini, perwakilannya juga menyaksikan penduduk Iban daripada sekurang-kurangnya dua rumah panjang dibayar 'baki' RM400 berkenaan.

Dakwa pemanatau pilihan raya itu lagi, penduduk Iban itu daripada Rumah Chandi, Rumah Pasang dan Rumah Ujang.

Datuk Seri Ustaz Azizan, MB Kedah Hanya Layak Urus "Pondok" - Naib Canselor UUM

Hebat sangatkah seorang Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak sehingga sanggup merendah-rendahkan institusi pondok iaitu tempat pembelajaran agama diadakan.

Naib Canselor itu dikatakan telah menghina Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak konon MB Kedah itu hanya layak mengurus sekolah pondok sahaja.

Penghinaan itu dibuat selepas Ustaz Azizan mencabar Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menyerahkan UUM untuk diambil alih Kerajaan Negeri apabila universiti itu mempertikai pembayaran cukai tanah bernilai RM1.7 juta setahun.

Semalam mahasiswa UUM mendesak Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak (Gambar) memohon maaf kepada Menteri Besar Kedah berikutan penghinaan yang dilakukannya.

Lapor Harakahdaily semalam, mahasiswa UUM memandang serius perkara ini kerana selaku pegawai kerajaan, Dr Mohamed Mustafa tidak sepatutnya bertindak seperti itu yang jelas menghina Menteri Besar selaku tuan rumah.

Bagi mereka, kerajaan negeri berhak menerima atau menolak permohonan rebat cukai tanah. Ia tidak terkecuali pada mana-mana tuan tanah, sama ada golongan berada atau petani sekalipun. Tiada yang merungut pun kecuali UUM, mungkin kerana mereka faham tanggung jawab sebagai pemilik tanah.

“Seharusnya kita sebagai seorang Islam harus memandang tinggi institusi agama seperti ini kerana ia telah banyak menyumbang dalam melahirkan para alim ulamak di Malaysia sehingga kini,” kata wakil mahasiswa UUM.

Mahasiswa UUM juga berharap agar pihak atasan universiti bersikap lebih profesional dalam menyelesaikan isu-isu yang berlaku tanpa melibatkan kepentingan politik pihak tertentu.

Mahasiswa juga berpandangan UUM tidak perlu memandang rendah terhadap pengurusan sekolah pondok, kerana pentadbiran pondok sekarang jauh lebih baik dan ia merupakan institusi terpenting dalam peneyebaran ilmu Islam di Malaysia sejak daru dahulu lagi.

Bagi Naib Canselor itu, hebat sangatkah beliau dengan title ‘prof’ yang dimilikinya apabila dengan mudah menghina Ustaz Azizan dengan institusi pondok. Seolah-olah institusi pondok begitu rendah dan hina pada pandangan Naib Canselor berkenaan.

Padahal penghinaan Datuk Dr Mohamed Mustafa itu jelas menggambarkan kejengkelan pengetahuan yang dimilikinya.

Kalau Dr Mohamed Mustafa itu cerdik dan terpelajar, kenapa beliau jahil pasal pemilikan tanah?

Dalam isu rebat yang diinginkan UUM, Mohamed Mustafa perlu tahu, kerajaan negeri berhak menerima atau menolak permohonan rebat cukai tanah kerana tanah itu kepunyaan negeri.

Itulah, dulu asyik duk bergayut kat Umno aje, bila Umno dah jadi pembangkang, mulalah gelabah dan tak tentu arah takdak duit nak bayar cukai tanah kepada kerajaan.

Tersangatlah malu bila seorang prof yang konon pandai mentadbir universiti, tiba-tiba orang mintak bayar cukai tanah, tak boleh nak bayar pulak dah. Pandai pulak nak mintak rebat tapi bila orang tak bagi nak marah-marah pulak. Memang sebijik perangai Umno.

Nak marah-marah pulak, tak pasal hina institusi pondok. Hang ingat hang hebat sangat ke? Jangan ingat bila nama pondok, maka kualitinya lebih rendah daripada universiti yang hang tadbir tu.

Pasal konon MB Kedah tak layak mengambil alih universiti berkenaan, ini membukti pengamatan dan dakwaan yang dibuat Dr Mohamed Mustafa jelas memberi gambaran tahap pemiikirannya.

Apalah sangat sebuah universiti jika nak dibandingkan negeri Kedah. Setakat 15,000 orang pelajar pun dah kecoh. Padahal MB Kedah telah berjaya mengurus 2 juta penduduk di negeri Kedah.

Kalau di UUM, Dr Mohamed Mustafa selaku Naib Canselornya tidak dapat mengurus 15,000 orang pelajar dengan baik padahal diperuntukkan RM300 juta setahun. Cukai tanah cuma 0.6 peratus pun tak boleh dibayarnya. Mana perginya duit-duit tu.

MB Kedah yang Dr Mohamed Mustafa rendah-rendahkan itu pun lagi menyerlah pentadbirannya apabila berjaya menguruskan 2 juta rakyat Kedah dengan hanya dengan pendapatan RM500 juta.

Alangkah jengkelnya seorang yang merasakan dirinya hebat kerana mempunyai title prof yang dirangkulnya...ntah kerana kerja mengampu atau kerana mempunyai sijil keahlian dalam parti kerajaan pusat.

Operasi Trafik : Polis Tidak Lagi Bersembunyi


Polis tidak lagi menjalankan tugas secara bersembunyi dalam operasi melibatkan lalu lintas, kata Timbalan Ketua PolisNegara Datuk Khalid Abu Bakar. “Kita tidak lagi menyorok balik tiang, kita saman terus dan kalau sudah kena saman jangan lupa bayar,” katanya ketika mengadakan sesi dialog dengan 1,000 belia India pada Majlis Sehari Bersama Polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, di sini hari ini.

Khalid membuat kenyataan itu apabila seorang peserta dialog mengutarakan mengenai kekerapan kehadiran polis di jalan raya sejak kebelakangan ini menyebabkan pemandu lebih berdisiplin berbanding sebelum ini di mana ada anggota polis yang menyorok di hujung jalan dan kemudian keluar dari persembunyian dan menahan pesalah trafik. Khalid kemudian memberitahu sidang media bahawa kehadiran anggota polis secara ketara dalam operasi lalu lintas telah dimulakan tidak berapa lama dahulu.

“Jangan terkejut bila kena saman…kita tidak seharusnya menyorok, kita akan keluar dan menguatkuasakan undang-undang,” katanya. Selain daripada peningkatan kehadiran polis bagi meningkatkan disiplin pemandu, pemandu juga diingatkan bahawa polis juga menggunakan kamera dan beberapa alat lain untuk mengesan kesalahan mereka, katanya.
Mengenai usaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) membanteras gejala samseng dikalangan masyarakat India di Selangor, Khalid berkata selain didakwa dimahkamah, polis juga melakukan tindakan pencegahan.

“Tahun lepas 300 orang telah kita tahan di bawah undang-undang pencegahan,tindakan terhadap gangsterism dibuat secara berterusan itu sebab tidak ada kumpulan kartel jenayah atau mafia yang berkuasa di negara ini,” katanya. Khalid juga berkata PDRM tidak lagi melihat belia dan persatuan belia sebagai pelanggan sebaliknya melihat belia sebagai rakan dan persatuan belia sebagai rakan kongsi.

Liputan media terhadap isu negatif yang melibatkan golongan belia seperti rempit, buang bayi, pergaulan bebas, penagihan dadah dan pil-pil khayal semakin menguatkan perasaan kurang senang masyarakat terhadap belia kita pada hari ini tetapi persepsi negatif ini perlu diperbetulkan, katanya.

Emel 1Malaysia : Tricubes Pinjam RM5.3 juta

Firma teknologi maklumat, Tricubes Bhd berkata pelaburan awal untuk Projek Emel 1Malaysia adalah RM5.3 juta, yang mana pembiayaan awalnya telah didapatkan menerusi dana dalaman dan pinjaman.

NONEKerana jumlah pelaburan bagi projek lebih 10 tahun itu dianggarkan RM50 juta, ia menjangka untuk melaburkan semula perolehan yang diterima daripada projek itu untuk memastikan kelangsungan.

"Kerajaan tidak membiaya atau menaja jamin projek ini. Ini adalah projek pembiayaan swasta sepenuhnya," kata Tricubes dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia.

Ia juga berkata kerajaan hanya bertindak sebagai fasilitator bagi beberapa maklumat tertentu dan proses seperti pengesahan data dari agensi-agensi seperti Jabatan Pendaftaran Negara.

Alamat emel domain yang didaftar dan diluluskan adalah namaanda@myemail.my, katanya, menekankan bahawa Emel itu akan memberi pilihan kepada pengguna untuk meningkatkan keselamatan emel.

azlan"Tricubes dan Microsoft kini bekerja rapat untuk memastikan integriti dan kerahsiaan pengguna," katanya, apabila ditanya jika kerajaan boleh memantau akaun emel itu.

Tricubes juga berkata perkhidmatan asasnya adalah perkhidmatan emel tanpa bayaran kepada pengguna sementara sumber hasil akan diperolehi dari perkhidmatan tambah nilai yang akan diperkenalkan secara berperingkat.

Mengenai status GN3, Tricubes menerangkan ia telah banyak melabur dalam penyelidikan dan pembangunan, yang mengambil masa yang panjang, dan kini sedang menjana pulangan untuk mendapatkan semula pelaburan.

Bagaimanapun, ia berkata syarikat GN3, dibenarkan oleh Bursa Malaysia untuk meneruskan aktiviti perniagannya.

Untuk kekal disenaraikan, syarikat GN3 itu harus menyelaraskan kedudukan kewangannya.

Tricubes telah membuat pencapaian pertamanya dalam pelan pelarasan yang ditetapkan oleh Bursa Malaysia, dengan pelantikan penaja, M&A Securities Sdn Bhd pada Januari tahun ini.

Penaja itu dijangka menghantar pelan pelarasan syarikat kepada Bursa Malaysia dan mendapatkan kelulusan sebelum 29 Okt 2011.

Perancis Akan Melarang Solat Jemaah


Kerajaan Perancis berniat untuk menjalankan terus kempen anti-Islam setelah sebelumnya, undang-undang melarang pakaian purdah, mendapat protes hebat dari umat Islam. Dengan alasan kerana orang Muslim menunaikan solat di tepi jalan, pemerintah Perancis berniat membataskan kebebasan orang-orang Muslim dalam menunaikan kewajiban agama mereka.

Menteri Dalam Negeri Perancis, Claude Guéant, yang dikenali sebagai salah satu think-tank politik anti-Islam di negara ini, menetapkan peraturan baru melarang pelaksanaan solat jamaah di tepi jalan.

IRNA melaporkan, akhbar Le Parisien dalam hal ini menulis, Guéant mengatakan, “Kami sedang mencari cara untuk melarang penunaian solat berjamaah di tepi jalan.” Menjawab pertanyaan soal sedikitnya jumlah masjid di Perancis, Guéant mengatakan, di Perancis dapat dibangun masjid yang lebih banyak. Namun Guéant tidak memberikan keterangan lebih teperinci bagaimana masjid-masjid tersebut dapat dibangun.

Misalnya di bandar Nice , hanya terdapat dua masjid, dan warga Muslim di kota itu harus menempuh jalan jauh untuk pergi ke masjid. Namun masalah yang paling penting adalah bahawa kedua masjid itu tidak mampu menampung seluruh warga Muslim yang hendak menunaikan solat berjemaah.

Emel 1Malaysia : Bukan Sepenuhnya Percuma - Ketua Pegawai Tricubes, Khairun Zainal Mokhtar

Walaupun telah banyak yang diperkatakan tentang bagaimana projek E-mel 1Malaysia adalah percuma dan tidak membabitkan dana kerajaan, tetapi satu kenyataan syarikat pengendalinya, Tricubes Bhd, membayangkan kemungkinan ada 'bayaran sampingan' yang akan dikenakan. Caj-caj ini akan dikenakan untuk "kerahsian data" dan "perkhidmatan tambah-nilai".
Pengakuan itu dibuat selepas syarikat IT itu menjadi sasaran pertanyaan media dan orang ramai mengenai pembiayaannya, butir-butir lanjut mengenai projek tersebut serta kemampuannya melaksanakan rancangan bernilai RM50 juta itu. Dalam jawapannya melalui emel kepada senarai soalan dari, ketua pegawai Tricubes, Khairun Zainal Mokhtar menegaskan bahawa perkhidmatan asas untuk menyediakan emel 1Malaysia itu “tidak membabitkan sebarang kos kepada pengguna”

Pengguna boleh menggunakan akaun emel mereka untuk menerima notis dari kerajaan seperti taksiran cukai pendapatan, pembaharuan lesen memandu dan peringatan bayaran cukai tanah serta penyata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan notis saman. Bagaimanapun, satu-satunya perkhidmatan yang dinyatakan "tiada kos" ialah perkhidmatan emel, manakala notis dan bil-bil yang disenaraikan di atas, tidak boleh dikatakan percuma.

Malah, Khairun berkata syarikatnya akan memperolehi pendapatan daripada perkhidmatan tambah-nilai seperti pemberitahuan bil, notis, pendapatan dari iklan serta pasaran dalam talian. Menurut Khairun, pemberitahuan mengenai bil dan notis tersebut akan membolehkan kerajaan menjimatkan kos cetakan dan pos.

Oleh itu, ia boleh diagak bahawa Tricubes akan mengenakan bayaran bagi pemberitahuan bil-bil dan notis dari agensi-agensi kerajaan, walaupun ianya tidak jelas siapa yang akan membayarnya, pengguna atau agensi-agensi terbabit.

Walau apa cara pembayarannya, ia akan membabitkan dana rakyat.

Emel 1 Malaysia : TRICUBES Milik CIMB Group (Milik Nazir Razak, Adik PM MAlaysia)

Syarikat Tricubes Berhad yang diberikan kontrak 1Malaysia email bernilai RM50 juta kini berdepan dengan masalah kewangan, dan disenaraikan Bursa Malaysia sebagai status GN3.  Seandainya syarikat ini gagal mengetengahkan program menstruktur semula kewangannya pada hujung Oktober 2011, maka ia mungkin berdepan dengan nasib untuk ditarik dari penyenaraian (delist).
 Apa yang menarik, pemegang saham kedua terbesar Tricubes Berhad adalah Commerce Technology Ventures Sdn Bhd, iaitu Private Equity Fund yang ditubuhkan Bank Negara bersama Commerce Group (atau Bumiputra-Commerce Holdings Berhad Group). Commerce Group atau Bumiputra-Commerce Holdings Berhad Group kini telah dinamakan sebagai CIMB Group, diterajui oleh adik Perdana Menteri Najib Razak, iaitu Nazir Razak (gambar kanan).  Nazir Razak adalah Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Group.
Semalam, Perdana Menteri mengumumkan bahawa kerajaan telah memberikan satu projek baru bernilai RM50 juta kepada Tricubes Bhd untuk mendirikan satu laman internet, dan setiap warga negara berumur 18 tahun ke atas akan dibuka satu akaun email - "1Malaysia email" untuk kegunaan rasmi; sementara mendirikan pusat perkhidmatan e-kerajaan, termasuk laman sosial, pembayaran hutang melalui internet dan sebagainya. Namun demikian, menurut maklumat Bursa Malaysia, Tricubes telah disenaraikan sebagai status BN3 dan perlu mengetengahkan program penstrukturan kewangan, atau berdepan dengan nasib "delist".

Dalam satu kenyataan Tricubes pada 29 Oktober 2010, lantaran daripada kebimbangan oleh juruaudit terhadap laporan kewangan Tricubes sehingga 31 Mac 2010, ditambah pula shareholders' equity yang lebih rendah daripada 50% modal sehingga Jun 2010, maka ia telah melanggar peraturan penyenaraian, lantas dimasukkan ke adalam status GN3.
Selain itu, menurut laporan kewangan 2010 Tricubes, syarikat ini telah mengalami kerugian bersih sebanyak RM3.35 juta (RM3,346,752).  Meskipun Tricubes memohon agar Bursa Malaysia mengecualikan dirinya daripada peraturan GN3, namun Bursa Malaysia enggan meluluskan permintaannya.

Menurut peraturan GN3 di Bursa Malaysia, Tricubes perlu mengemukakan satu rancangan penstrukturan semula kewangannya dalam tempoh 12 bulan, bermula 29 Oktober 2010 (tarikh dimasukkan ke status GN3).  Malah, rancangan tersebut perlu diluluskan Bursa, malah dilantik penajanya dalam masa tiga bulan, dan menghabiskan program penstrukturan semula dalam masa enam bulan selepas diluluskan Bursa. Jikalau Tricubes gagal mematuhi mana-mana peraturan, maka Bursa Malaysia boleh menghentikan sementara jual-beli saham syarikatnya, dan kemudian menarik penyenaraiannya (delist).

Menurut kenyataan terbaru Tricubes pada 1 April 2011, tiada perkembangan yang besar dalam rancangan penstrukturan semula kewangan syarikat tersebut.  Menurut had tempoh, Tricubes harus menghantar laporan penstrukturan kewangannya sebelum 29 Oktober 2011, dan mendapat kelulusan daripada Bursa Malaysia - untuk mengelakkan dirinya daripada ditarik penyenaraiannya (delist). Sebagaimana yang diketahui, Tricubes cuba membida 32.2% saham Pos Malaysia daripada Khazanah Nasional Berhad, tetapi gagal.

Pada saat-saat yang genting ini, Najib membawa cahaya harapan kepada penstrukturan semula kewangan Tricubes apabila mengumumkan pemberian projek 1Malaysia email bernilai RM50 juta kepadanya.  Berikutan kontrak ini, Tricubes mungkin sempat untuk mengemukakan rancangan penstrukturan kewangannya sebelum hujung Oktober. Apa yang dipertikaikan, PEMANDU yang mendakwa diri mengutamakan meritokrasi dan ketelusan itu, melantik sebuah syarikat yang berdepan dengan masalah kewangan untuk melaksanakan projek kerajaan ini.

Menurut maklumat rasmi, pemegang saham kedua terbesar Tricubes adalah Commerce Technology Ventures, ditubuhkan pada Julai 2000, dengan fungsi utamanya membekalkan modal untuk pembangunan teknologi.  Sehingga hari ini, syarikat ini telah melabur di 22 buah syarikat, termasuk 10 buah syarikat telekomunikasi, enam syarikat advanced manufacturing, lima syarikat life science dan satu lain-lain.

Modal Commerce Technology Ventures dikendalikan CAV Private Equity Management Sdn Bhd, syarikat ini adalah salah satu syarikat di bawah CIMB Group.  Menurut laporan kewangan Tricubes 2010, Commerce Technology Ventures merupakan pemegang saham kedua terbesar yang memegang 15.63% saham.  Pemegang saham terbesar Tricubes adalah Khairun bin Zainal Mokhtar - selain memiliki 15.72% saham secara langsung, juga memiliki 14.17% saham melalui Ambank.

DI Sebalik Laporan Media : Rakyat Di Perbodohkan

 KUALA LUMPUR, 15 April: Pengasas laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin, yang muncul dalam TV3 sejak beberapa hari ini tampil menjelaskan bahawa beliau adalah konsisten selama ini dan berkata video TV3 dirakam dua bulan lalu.

Dalam satu wawancara dengan akhbar milik Umno, New Straits Times, Petra sekali lagi menafikan bahawa beliau telah menarik balik tuduhannya selama ini.

Beliau hanya telah membuat pengakuan bersumpah supaya pihak berkuasa akan bersungguh-sungguh melakukan penyiasatan terhadap dakwaan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor terlibat dalam pembunuhan Altantuya Shariibuu pada 2006.

Media pro Umno menyiarkan berita sensasi kebelakangan ini akibat satu wawancara beliau yang disiarkan TV3 yang menggambarkan beliau seolah-olah telah membuat ‘pusingan U’ terhadap tuduhan bahawa perdana menteri terlibat dengan pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

“Apa yang saya kata ialah pemberi maklumat telah memberitahu saya terhadap perkara tersebut,” kata Petra ketika ditanya. “Jadi, sudahkah anda membaca SD (pengakuan bersumpah) saya? Saya rasa tidak, sebab banyak komentar berbuat demikian tanpa membacanya,” beliau menambah.



Sambil mengatakan bahawa beliau tiada mood untuk menjelaskan ‘spin’ media tradisional itu, Petra, 61 berkata sekarang sudah tiba masanya untuk beliau hendak mendapat kembali haknya terhadap orang yang menipu tentang dirinya.

“Kerja mereka hanya untuk menghentam saya, dan itu yang mereka tengah lakukan. Sekarang, selepas tiga tahun dihentam, saya menghentam balik. Ini bukan hak saya ke?” tanya beliau.

Wawancara 2 bulan yang lalu

Mengenai wawancara di TV3 yang disiarkan dua hari yang lepas secara berturut-turut, Petra berkata rakaman itu telah dibuat dua bulan yang lepas, dan menafikan dakwaan bahawa wawancara itu dibuat untuk membantu Barisan Nasional di pilihan raya Sarawak.

“Dua bulan yang lepas, tiada kata putus mengenai bila pilihanraya Sarawak akan diadakan. Jadi bila saya patut memberikan wawancara? Selepas pilihanraya Sarawak? Jadi, selepas pilihanraya Sarawak, orang akan tanya mengapa sekarang, sebelum pilihanraya umum ke 13?

"Jadi, saya tunggu selepas pilihanraya umum ke 13, and orang akan terus bertanya, mengapa sekarang, sebelum pilihanraya kecil? Jadi, bila saya patut buat wawancara ini? Selepas Malaysia membasmi pilihanraya?” bidas Petra secara sinis.

Menjawab satu persoalan samada beliau boleh memberikan bukti bahawa Najib terlibat dalam pembunuhan Altantuya, Petra membalas dengan memberikan sejarah ‘keadilan’ di mahkamah Malaysia di mana testimoni sudah cukup untuk mensabitkan kesalahan pada seseorang terhadap satu jenayah yang serius.

“Apa yang anda maksudkan dengan bukti? Bukti video yang mereka tengah bertuala dalam bilik hotel?” kata Petra secara jelas merujuk kepada video klip seks yang diedarkan beberapa pemimpin Umno yang mengaitkan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dalam skandal seks.

“Terangkan apa itu bukti. Anwar disabitkan kesalahan dan dipenjarakan 15 tahun pada 1999 hanya berdasarkan testimoni. Testimoni ialah bukti dan cukup untuk memenjarakan Anwar 15 tahun. Testimoni saya lebih hebat. Ia dalam bentuk pengakuan bersumpah,” kata Petra, yang dahulunya mengetahui kempen ‘Selamatkan Anwar’ dalam mendapat tekanan antarabangsa terhadap kerajaan untuk melepaskan Anwar daripada penjara.

Isu khalwat Najib

Mengenai dakwaan bahawa beliau telah ‘berubah’ kerana ingin kembali ke Malaysia, Petra membidas dalam keadaan yang marah dan mengingatkan wartawan NST itu kepada kejadian pada 1990an di Port Dickson, di mana Najib dikatakan telah ditangkap khalwat oleh jabatan agama di sebuah hotel, tapi dilepaskan tanpa pembicaraan syariah.

“Adakah anda hendak bertanya kepada Najib terhadap isu ini? Siapa kisah terhadap apa yang orang kata di bawah? Jikalau kerajaan Malaysia kata saya boleh kembali ke Malaysia, saya akan suruh kerajaan pergi mampus kerana saya cinta negara kelahiran saya, apa yang anda nak kata nanti?” kata Petra, yang dilahirkan di Surrey, UK.

Petra juga berkata dakwaan-dakwaan terhadapnya bukanlah baru, malahan beliau menambah beliau pernah dituduh murtad kerana pergi ke gereja setiap Ahad dan beliau dan isterinya telah meninggalkan Islam dan menjadi penganut Katolik.

Sementara itu, menjawab soalan bersiri daripada The Straits Times Singapura yang meliputi isu masa wawancara yang bertembung dengan pilihanraya negeri Sarawak dan dakwaan samada beliau tengah me’nuetralisasikan’ kesangsian terhadap penglibatan Najib dalam pembunuhan, Petra membidas bahawa ia adalah kelakar untuk menganggap bahawa wawancara beliau dan video seks yang ditujukan pada Anwar akan memberikan kesan terhadap keputusan pilihanraya Sarawak.

“Jika anda beranggapan demikian, maka anda patut meminta untuk ditukar ke meja servis makanan sebab anda masih jauh ketinggalan dalam memahami politik,” jawab beliau kepada wakil Malaysia  akhbar tersebut, Hazlin Hassan.

Tindakan terhadap Kol Azmi

Sementara itu, akhbar Umno, Utusan Online melaporkan, seorang pegawai perisikan tentera, Leftenan Kolonel Azmi Zainal Abidin, bakal berdepan tindakan tegas di bawah Akta Angkatan Tentera jika terbukti beliau membuat kenyataan palsu bagi tujuan memfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, siasatan serta merta sudah dijalankan terhadap Azmi Zainal sebaik sahaja pengendali laman web antikerajaan, Raja Petra Kamaruddin mendedahkan pembabitan pegawai tentera itu dalam usaha terancang bagi menyekat Najib daripada menjadi Perdana Menteri.

Katanya, berkuat kuasa serta merta juga, Azmi Zainal tidak lagi bertugas di Kor Risik sebaliknya, ditukarkan ke bahagian pentadbiran, di Wisma Kementerian Pertahanan.

Projek Mini TAPI Budget Mega : RM3.5 Juta meningkat RM36 Juta

 Majlis Pecah Tanah Veledrom Mini Dungun 2009

Lapor Kosmo hari ini, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said amat terkejut dengan peningkatan kos terlalu ketara pembinaan velodrom mini di Dungun, Terengganu sehingga mencecah RM36 juta iaitu 12 kali ganda daripada kos sepatutnya sebanyak 3.5 juta.

Ahmad juga pelik bagaimana kos pembinaan kemudahan sukan itu boleh melonjak begitu ketara dan menyifatkan ia tidak rasional dan perlu diteliti semula kerana perbezaan daripada kos asal yang sangat ketara.

Sambil menegaskan supaya kos pembinaan velodrom tersebut mengikut ketetapan asal, Ahmad mahu pihak yang terbabit, terutamanya Jabatan Kerja Raya supaya mengkaji semula tentang perkara itu.
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said

“Memang saya terkejut... sebab itu saya mahu ia dikaji semula,” kata Ahmad di Kuala Terengganu kelmarin.

Sebelum ini, kos asal pembinaan velodrom mini yang dicadangkan Kerajaan Negeri Terengganu dan Majlis Sukan Negara (MSN) dianggarkan sekitar RM3.5 juta.

Ahmad menambah, pihaknya menyerahkan kepada JKR untuk menetapkan pelan atau reka bentuk velodrom mini itu agar bersesuaian dengan jumlah kos seperti mana perancangan asal.

Sementara itu, Ketua Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embong turut menyifatkan kos projek tersebut amat tinggi.

“Kos pembinaan velodrom mini itu amat tinggi memandangkan kita hanya mahu membina sebuah velodrom biasa untuk dijadikan pusat latihan serta venue pertandingan peringkat tempatan,” katanya.

Dalam hal demikian, tak mustahil pembinaan velodrom mini berkenaan ada unsur-unsur rasuah. SPRM tidak boleh berdiam diri dan diminta siasat segera agar pihak-pihak tidak bertanggungjawab tidak sesuka hati melonjakkan kos sesuatu projek demi keuntungan kantong peribadi orang-orang tertentu.

SPRM : Jutaan Ringgit Dikesan Dalam Akaun Pegawai Kastam


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilaporkan berjaya mengesan beberapa juta wang dalam akaun pegawai-pegawai Kastam Diraja Malaysia yang ditahan dalam Operasi 3B, termasuk lebih RM2 juta dalam akaun salah seorang bekas pengarah jabatan itu.

Akhbar The Star dan Utusan Malaysia melaporkan bahawa pasukan khas yang ditubuhkan bagi menyiasat kes itu secara terperinci telah mengesan pembabitan sebuah syarikat yang dipercayai berperanan memasukkan wang-wang tersebut ke dalam akaun pengarah berkenaan.

“Tindakan itu dibuat atas arahan pengarah itu ketika beliau masih berkhidmat.

“Pasukan itu turut mengenal pasti beberapa pegawai kastam yang memiliki kemewahan di luar kemampuan berbanding pendapatan mereka sebagai penjawat awam,” kata sumber itu.

Menurutnya, pasukan khas tersebut tidak berputus asa untuk meneruskan siasatan walaupun ada cubaan untuk menghalang tindakan itu berikutan kematian Penolong Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed pada Rabu lalu.

“Usaha sedang dijalankan untuk membekukan akaun pegawai-pegawai berkenaan.

“Siasatan SPRM tidak terjejas malah masih giat diteruskan dan mengikut maklumat, ada berbilion ringgit lagi masih berada di luar negara. Siasatan turut melibatkan pegawai-pegawai yang sudah bersara,” katanya.

Seramai 62 pegawai Kastam pelbagai pangkat termasuk seorang wanita ditahan manakala berjuta-juta wang, akaun dan barangan berharga termasuk rumah dan kereta disita dalam operasi besar-besaran SPRM di Pelabuhan Klang, Kuantan, Johor dan Pulau Pinang sejak Isnin minggu lalu.

SPRM menganggarkan lebih RM10 bilion wang rasuah itu telah dipindahkan secara haram ke luar negara, manakala negara kerugian akibat kehilangan pendapatan sebanyak RM108 bilion akibat tindakan tangan-tangan kotor tersebut.

Dalam operasi baru-baru ini, ada di antara yang ditahan memiliki akaun simpanan berjumlah setengah juta dan kereta mewah, simpanan Amanah Saham Bumiputera (ASB) berjumlah RM200,000 dan jam tangan mewah diperbuat daripada emas.
Bagaimanapun kesatuan dan persatuan pegawai kastam mempertikaikan operasi dan siasatan SPRM

Fatine, Transeksual Warga Malaysia Tinggalkan Suami Setelah Dapat Visa

LONDON, 12 April – Transeksual warga Malaysia, Fatine yang pada hujung 2009 mendapat perhatian ekoran laporan media bahawa kemungkinan dikenakan tindakan imigresen, telah berpisah dengan suaminya selepas dua minggu memperoleh visa untuk tinggal di United Kingdom, lapor media hari ini. 

Laporan The Daily Mail menyebut, suaminya Ian Young mendakwa telah menghabiskan sekitar £12,000 (hampir RM60,000) untuk mendapatkan visa bagi Fatine, yang nama asalnya Mohammed Fazdil Min Bahari. Pada Disember 2009, Fatine mendakwa dia kemungkinan akan dikenakan hukuman penjara jika balik ke Malaysia yang melarang amalan homoseks.

Young, 32, mendakwa cintanya dengan Fatine juga menyebabkan dia kehilangan kerja sebagai penjaga di tiga sekolah ekoran kemarahan beberapa ibu bapa. Kata Young, selepas dua minggu memperoleh visa Fatine telah meninggalkannya. Fatine kini tinggal di Manchester. Ekoran tindakan isterinya itu, Young berkata, dia yang rasa tertekan cuba membunuh diri dengan mengambil pil dan kini cuba untuk membina semula hidupnya selepas hilang kerja dan tiada rumah untuk tinggal.
Katanya: “Saya menggunakan setiap sen (untuk Fatine) dan saya sudah kehilangan segala-galanya, saya sudah kehilangan rumah dan akhirnya saya hilang isteri saya.” “Merenung (apa yang berlaku), (saya merasakan) dia menggunakan saya untuk mendapatkan visa,” katanya dipetik The Daily Mail. “Saya merasakan saya seolah-olah seorang bodoh. Saya sepatutnya menikmati hidup paling menggembirakan dalam hidup saya. Sekarang dia tidak bercakap dengan saya, dan dia tidak akan dapat perceraian,” katanya lagi.

Laporan akhir 2009 juga menyebut Fatine berhadapan dengan kemungkinan dikenakan tindakan imigresen Malaysia. Menurut laporan ketika itu, Fatine menghadapi tindakan dihantar pulang ke Malaysia selepas permohonannya untuk mendapatkan visa ‘Leave to Remain’ ditolak oleh Pejabat Dalam Negeri ekoran lampiran gambar yang “salah”. Fatine juga mendakwa rasa takut untuk pulang ke Malaysia ekoran reaksi negatif yang timbul daripada tanggapan salah berhubung perkahwinannya dengan seorang warga British.

Dia telah “berkahwin” dengan Young,  pemilik syarikat penyelenggaraan hartanah ketika itu dalam satu upacara sivil Mei 2009. Kedua-dua mereka berkenalan di Kuala Lumpur lima tahun lalu. Young berkenalan dengan Fatine di sebuah kafe Starbucks di Menara Berkembar Petronas, Kuala Lumpur pada Ogos 2006 ketika dia bekerja sebagai pegawai keselamatan di Malaysia.

Fatine mengambil hormon wanita sejak berusia 17 tahun. Jurusolek itu dilaporkan tidak mahu melakukan pembedahan penukaran jantina kerana takut pada risiko di samping gembira dengan keadaan dirinya yang sedia ada. Pada Disember 2008, Young membawa Fatine ke Britain dengan menggunakan visa pelawat tetapi  tinggal di negara itu melebihi tempoh enam bulan.
Fatine sebelum ini memberitahu dia telah menerima banyak emel dan komen orang ramai yang mengkritik sambil menuduhnya telah menghina kerajaan Malaysia. Fatine juga kesal kerana orang ramai tidak memahami tujuannya datang ke United Kingdom adalah semata-mata untuk hidup bersama lelaki yang dicintainya. Fatine menambah dia tidak boleh berbuat demikian di Malaysia kerana masyarakat mengkaitkan perkahwinan mereka dengan isu agama. Malah, Fatine berkata dia tidak tahu apa yang perlu dilakukan selepas keluarganya juga telah memutuskan hubungan dengan dia.

Senjata Syaitan........

 Iblis & Syaitan akan terus menerus menyesatkan manusia tanpa rasa putus asa

Imam Muslim dalam shahihnya meriwayatkan sebuah hadis daripada Ibn Al-Zubair , bahawasanya Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : “ Sesungguhnya wanita itu , ketika datang dari depan , dia datang dalam bentuk syaitan dan ketika pergi (membelakang tubuhnya) dia memperlihatkan bentuk syaitan pula .

Oleh sebab itu , jika salah seorang dari kamu melihat seorang wanita yang menarik perhatian , maka hendaklah segera mendapatkan isterinya , dengan itu dapat menolak (gejolak nafsu) yang ada di dalamnya .”
Syaitan itu membuat wanita kelihatan indah pada pandangan sebahagian besar orang yang melihatnya , agar mereka semakin banyak menimbulkan dosa-dosa dan orang warak akan melihat hal-hal yang diharamkan Allah swt .

Imam Al-Bukhari dan Imam muslim meriwayatkan sebuah hadis daripada Usamah bin Zaid ra bahawa Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : “ Aku tidak akan meninggalkan suatu fitnah yang paling berbahaya sesudahku nanti kecuali fitnah yang dihadapi kaum lelaki sebab kaum wanita .”
Imam Muslim juga meriwayatkan dalam shahihnya ,daripada Abu Said Al-khudri bahawa Rasulullah saw bersabda , maksudnya : “Hendaklah kalian takut terhadap (Godaan) dunia dan takutlah kalian terhadap (godaan) wanita .”

Ibnu Abbas mengatakan , “Tidak ada dalam kalangan orang terdahulu yang menjadi kafir , kecuali gara-gara wanita dan orang yang terkemudian pun kafir gara-gara wanita(juga) .”

Said Ibnu Al-Musayyab berkata ,” Setiap kali syaitan berputus asa menganggu seseorang ,maka ia akan melancarkan ganguannya melalui wanita .”

Demikianlah dimana pelaku maksiat semakin terjerumus dalam dosa . Antara syaitan ini ada yang ‘pakar’ membuat indah pada tubuh wanita , sehingga tertarik kepada lelaki melihatnya .

Syaitan melakunya siang dan malam , tanpa putus asa sehinggalah ramai manusia terjerumus kepada dosa dan fitnah wanita ini .

Sesungguhnya Allah membentangkan Tangan Nya pada siang dan malam hari ,bagi menerima taubat para hamba-hamba Nya…persiapkan diri dengan persiapan sebaiknya untuk bertemu Yang Maha Esa..

Pepijat Alaf : Maka ingatlah, wanita itu dijadikan sebagai perhiasan, sebaik perhiasan adalah wanita solehah.

Ingat Sebelum Kena : Beg Diragut Di Dalam Kereta

Lihatlah betapa cepatnya peragut tersebut. Kurang dari 15 saat harta kita hilang begitu sahaja. Kepada para pemandu wanita, ambillah ikhtibar dari video di bawah.


TIP : Pastikan beg tangan anda diletakkan di lantai kereta di bahagian penumpang atau di bawah tempat duduk pemandu.

Lagi Kekeliruan Tanda Harga Di Giant Shah Alam

Photo ini diambil di Giant Seksyen 13 Shah Alam pada 9 April 2011. 
Mana yang betul ni???? 

 1 KG....RM3.30

 1 KG....RM6.25

Lagi kekeliruan Giant di sini

Penangan Usop Wilcha : Kini USOPBOOK Dilancar.

"Gula-gula PRN Sarawak" - Kecoh Rebut Tupperware

 Kekecohan berlaku di stadium tertutup MBKS malam tadi selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razal meninggalkan tapak perhimpunan ceramahnya kerana hadirin berebut cuba mendapatkan 'ole-ole' yang dibawanya - iaitu bekas makanan dan minuman berjenama Tupperware.

Ketika 2,000 orang beredar dari stadium itu, ratusan lagi mengerumuni pintu masuk untuk merebut bag 'ole-ole' yang diberikan secara percuma itu.Bag itu mengandungi poster Najib dan sama ada sebuah bekas makanan atau minuman daripada jenama terkenal Tupperware.
Apabila keadaan menjadi tidak terkawal, beberapa pekerja terpakasa memindahkan kotak-kotak barangan itu daripada pintu masuk. Sebaik sahaja kotak yang dibawa mencecah lantai, puluhan orang lagi akan menyerbu ke arah tersebut. Kebanyakan mereka adalah golongan berusia dan kanak-kanak yang terus mengoyakkan kotak itu dan merampas 'ole-ole' yang ada.
 Dalam kekecohan itu, ramai yang jatuh. Seorang wanita tua dilihat tergolek di lantai tetapi terus berpegang erat kepada bag yang berjaya diambilnya itu. Wartawan dan anggota polis yang berada di lokasi tercenggang melihat kejadian yang tidak disangkakan dan ada yang menasihatkan orang ramai supaya bersabar menunggu giliran mendapat hadiah daripada BN itu.

Seorang hadirin memberitahu bahawa beliau datang apabila terbaca di akhbar mengenai program anjuran BN yang menjemput semua penduduk sekitar Kuching.

“Ada makanan dan hadiah percuma. Sesiapa pun akan datang,” kata lelaki pertengahan umur yang tidak mahu namanya disiarkan.

Ditanya sama ada beliau datang untuk menyokong perdana menteri dan BN, lelaki itu berkata dia hadir untuk melihat wajah Najib secara dekat. Seorang wanita tua pula berkata, beliau dan penghuni sebuah rumah pangsa dibawa dengan bas dari Jalan Ban Hock. Katanya, akibat kekecohan itu, dia gagal mendapat bag 'ole-ole' BN itu.
Sebelum majlis bermula, semua hadirin diberikan sehelai kemeja T 1Malaysia dan diminta menyarungkannya ketika itu juga. Hadirin juga diberikan burger dan air minuman botol.

PRU 13 : Notis Percepatkan Peperiksaan Bagi Sekolah-sekolah Kerajaan


Di sebalik desas-desus kemungkinan pilihan raya umum ke-13 akan diadakan tahun ini, laporan media menyebut sudah ada notis meminta peperiksaan sekolah-sekolah kerajaan pertengahan tahun ini dipercepatkan — dipercayai sebahagian persiapan menghadapi hari pengundian kelak.

Laporan Sin Chew Daily hari ini menyebut, satu notis kerajaan persekutuan telah diedarkan meminta sekolah agar mempercepatkan peperiksaan supaya pilihan raya umum ke-13 boleh diadakan Jun atau Julai ini, bergantung pada keputusan pilihan raya negeri Sarawak yang sedang berlangsung sekarang. Akhbar itu berkata beberapa sekolah di Negeri Sembilan telah menerima notis dan peperiksaan mesti diadakan bulan depan dan dewan sekolah pula tidak boleh disewa kepada awam mulai Jun dan bulan seterusnya.

Penganalisis dan pemerhati melihat pilihan raya paling cepat akan diadakan pada Jun atau Julai atau pada Oktober memandangkan Ogos dan September merupakan bulan Ramadan dan sambutan Aidilfitri manakala November umat Islam akan menunaikan haji. Pengetua sebuah sekolah rendah kebangsaan Cina di Selangor berkata notis pemberitahuan seumpama itu biasa dihantar oleh Kementerian Pelajaran sebulan atau dua bulan sebelum pilihan raya umum diadakan walaupun tiada sebab yang dinyatakan.

“Tapi notis seperti ini boleh menjadi petunjuk pilihan raya dan biasanya ia tepat,” kata pengetua yang enggan namanya didedahkan. Menurut Sin Chew Daily lagi, setakat ini sekolah yang menerima notis pemberitahuan itu tidak banyak dan pilihan raya umum akan diadakan berpandukan sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri Sarawak. Pengundian pilihan raya negeri Sarawak diadakan 16 April ini.

Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat mengakui BN itu akan berjaya mempertahankan Sarawak namun ramai yang percaya kedudukan kerusi Dewan Undangan Negeri BN akan berkurangan. Kini, BN Sarawak yang dipimpin Tan Sri Abdul Taib Mahmud mempunyai 63 kerusi di Dewan Undangan Negeri manakala DAP enam, PKR dan Parti Cinta Malaysia masing-masing satu.

Dalam temu bual dengan Reuters awal bulan ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata keputusan pilihan raya negeri Sarawak pertengahan bulan ini akan digunakan sebagai “ukuran” untuk menentukan tarikh pilihan raya umum ke-13 — sama ada dipercepatkan ataupun sebaliknya. Pengerusi BN itu berkata kerajaan akan memutuskan masa yang sesuai bagi pilihan raya umum selepas pilihan raya negeri Sarawak.

Rue89 - Armaris Tidak Pernah Bayar Perimekar RM493 juta

 Laman web Perancis, Rue89 mendedahkan, syarikat Perancis, Armaris tidak pernah membayar Perimekar Sdn Bhd sebanyak RM493 juta sebagaimana didakwa tetapi ia sebenarnya dibayar oleh kerajaan Malaysia sendiri.

Rue89 melaporkan perkara itu berdasarkan perbicaraan kes rasuah pembelian kapal selam Scorpean yang sedang berjalan di Perancis sekarang. Perimekar adalah syarikat yang dikaitkan dengan rakan Perdana Menteri, Abdul Razak Baginda yang terlepas dari kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu. Pemegang saham majoriti Perimekar adalah isteri Razak, Mazlinda.

Altantuya Shaariibuu, wanita Monggolia yang menjadi penterjemah antara pihak Malaysia dan Perancis kemudiannya mati dibunuh dan badannya diletupkan dengan peledak C4 di Puncak Alam. Abdul Razak dan dua anggota polis yang bertugas sebagai pengawal keselamatan di pejabat Perdana Menteri telah didakwa terlibat dengan kes ini.

Namun mahkamah kemudiannya telah membebaskan Abdul Razak dan hanya dua pegawai polis ini sahaja yang didapati bersalah dan kini menunggu hukuman mati. Altantuya dikatakan datang ke Malaysia untuk menuntut bahagiannya dalam perniagaan antara Malaysia dan Perancis kerana dia adalah penterjemah yang dijanjikan bayaran untuk khidmatnya itu. Namun ia berakhir dengan cerita yang menyayat hati apabila beliau dibunuh dan badannya dileburkan dengan peledak C4 itu.

Laporan terbaru Rue89 bahawa bukan Armaris yang membuat bayaran kepada Perimekar itu bertentangan bertentangan dengan kenyataan kerajaan yang dibuat di Dewan Rakyat pada tahun 2006 lalu.

Dalam Dewan Rakyat , Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Zainal Abidin Zin berkata, komisyen itu tidak dibayar oleh kerajaan tetapi sebaliknya dibayar oleh sebuah syarikat Perancis. Ia dibayar secara sukarela untuk kerja-kerja koordinasi dan perkhidmatan sokongan, kata Zainal dalam Dewan Rakyat.
Datuk Zainal Abidin Zin

"Kami (kerajaan) tidak membayar komisyen kepada mana-mana pihak sebagaimana yang didakwa Lim (Kit Siang), tetapi dibayar secara sukarela oleh Perancis," kata Zainal Abidin sebagaimana dilaporkan media pada 7 Disember 2006. Kementerian Pertahanan juga berkata, syarikat tempatan yang dilantik kerajaan hanya untuk kerja-kerja perkhidmatan sokongan dan koordinasi. Kerajaan telah membayar sebanyak satu bilion Euro kepada Armaris untuk dua buah Scorpean dan sebuah kapal selama Agosta di mana Perimekar menerima 11 peratus komisyen daripada kontraktor Perancis.
Bagaimanapun, Rue89 melaporkan kerajaan Malaysia yang membuat kesemua bayaran komisyen itu dengan satu tujuan iaitu mencegah rasuah dari pegawai awam asing dalam Transaksi Perniagaan Antarabangsa (on combating bribery of foreign public officials in International Business Transactions)

PROTON : Satria Neo Supercharged 175hp & 200Nm tork

 MALAYSIAN.......kengkadang akau terpikir mungkin  kite telah lame merdeka tapi apa yang aku nampak dan lihat sebenarnya rakyat Malaysia ni belom merdeka sepenuhnya, kenape aku kata begitu, sebab lihatlah betapa kita mengagung-agungkan barang buatan luar dari barangan buatan sendiri.

Aku ambil contoh yang mudah, Kereta Nasional 100% buatan Malaysia PROTON. Terima kasih aku ucapkan kepada penyokong-penyokong yang setia berdiri di belakang Proton yang menjadi pengguna kereta ini. Kepada yang memperlekehkan Proton aku nasihatkan kamu teruskan dengan tanggapan kamu yang satu hari nanti bakal menjatuhkan maruah negara. Kepada yang memberi nasihat berguna, aku ucapkan jutaan terima kasih dari pihak rakyat Malaysia.

Di bawah adalah satu contoh yang Proton telah menaik taraf dan bergerak seiring dengan teknologi global. Tapi jika Proton keluarkan kereta yang superb adakah anda mampu untuk membelinya. Pada pendapat aku, Proton telah ada access kepada semua teklonogi moden yang anda mahukan namun mungkin pihak Proton tidak menggunakan sepenuhnya kerana faktor kewangan rakyat Malaysia. Kereta yang hebat datang dengan harga yang hebat. 

Ingin aku kongsikan dengan kamu semua, kebanyakan komponen Proton ini adalah yang terbaik dan tiada faktor-faktor penipuan di dalamnya, Kenapa ? kerana boleh dikatakan hampir 95% pekerjanya adalah Melayu yang beragama Islam, aku yakin akan kekejurjuran Proton. 

Namun aku sedih bila rata-rata kita yang mengagung-agungkan kereta buatan luar sedangkan banyak penipuan yang berlaku didalamnya, Adakah anda percaya, sebuah super car menggunakan rod paling rendah kualitinya. Akibat dari kualiti yang terlalu rendah ini pihak pembekal tidak mahu bekerjasam dengan pihak pengeluar kerta tersebut dan sebagai jalan terbaik, pihak pengeluar membuat sendiri rod tersebut. 

Kamu fikirkanlah dimana kamu di Malaysia ini ? Kita negara Islam pertama mengeluarkan kereta sendiri. Di rantau Asia Tenggara, kita juga pengeluar pertama. 

Sebagai hadiah kepada rakyat Malaysia yang telah merdeka, aku forwardkan pencapaian terbaru Syarikat Proton untuk kamu, kepada pengkritik-pengkritik tegar yang sombong dan bodoh. Kritiklah selagi kamu boleh dan jika satu hari nanti kamu atau anak kamu atau cucu kamu atau cicit kamu atau keturunan kamu menggunakan kereta Proton, pastinya mereka akan menghina kamu kerana sifat kamu itu.