Seorang wartawan terkenal sebuah stesen televisyen swasta terpaksa melalui detik mencemaskan akibat dikepung sekumpulan lelaki yang marah dengan tindakannya yang didakwa mengeluarkan kata-kata berunsur penghinaan terhadap orang Melayu.
Dalam kejadian di sebuah restoran di Klang dekat sini beberapa hari lalu, wartawan yang sering muncul di kaca televisyen dengan laporan isu alam sekitar itu mengaku telah mengeluarkan beberapa perkataan yang boleh membangkitkan isu perkauman.
Antaranya wartawan itu mengaku ada menyebut orang Melayu bukan berasal dari Malaysia atau Indonesia serta tidak pintar.Dia yang dipercayai mengeluarkan perkataan tersebut ketika dalam keadaan mabuk mengakui telah tersalah cakap hingga boleh menimbulkan salah tafsiran. Berikutan itu, dia memohon maaf daripada kumpulan lelaki berkenaan serta seluruh masyarakat Melayu di negara ini.
Wartawan tersebut sebelum ini menarik perhatian orang ramai dengan pendedahan berani berhubung isu pencemaran alam sekitar. -KOSMO
Mamat ni slalu kite tengok memperjuangkan isu alam sekitar. Boleh dikatakan dimana sahaja yang terdapat isu alam sekitar ni mesti mamat ni yang ketengahkannya. Tapi dalam baik2 nye ade jugak kebusukan hati.
Kalau betul la mamat ni tengah mabuk, apa yang dikatakan beliau adalah lahir dari hatinya sendiri. Mungkin itula perspektif yang terbuku dalam hati namun beliau mungkin tak dapat meluahkannya kerana jika diluahkan pastinya periuk nasi beliau takkan berasap. Dan apabila mabuk, apabila aqal tak boleh berfungsi dengan baik "BOOOOOMMMMM", maka termuntahlah isi hati busuk yang selama ini tersimpan rapi dek pengucapan yang nampak ikhlas. Bak kata Pandikar Amin (Tan Sri) "the power of language"
Kalau kita saksikan video ni di Youtube, ramai mengecam yindakan kumpulan anak muda melayu ni, ade yang kate biadap, ade yang kate samseng dan macam2 lagi. Mungkin mereka ini tak dengar apa yang diungkapkan si wartawan jadi mereka membuat penilaian berdasarkan apa yang divideokan. Jika mereka yang mengecam ini berda ketika kejadian, mungkin lain pulak jadinya. Jadi anda yang mengecam adalah anada yang berjiwa penonton, Tidak berani tampil untuk membela bangsa. Baca sejarah dan fahami siapa melayu dan bagaimana Melayu secara ikhlas berkongsi kehidupan bersama yang bukan Melayu.
Carila kat internet apa yang dinasihatkan oleh Sultan Johor kepada rakyat. titah Baginda sudah terang dan jelas tentang bagaimana wujudnya Melayu dan mulanya bukan Melayu bertapak di buni bertuah ni.
Seruan dari Khalifah Dunia, agar janganlah kita (Melayu dan bukan Melayu) bercakaran antara kita. Bersyukurla apa yang kita ade sekarang ini. Hormati setiap bangsa dan hak yang telah diberikan. Ambillah ikhtibar dari video di atas.
No comments:
Post a Comment