Pengaliran keluar wang haram dari Malaysia mencatatkan tiga kali ganda, iaitu sebanyak RM208.1 bilion pada tahun 2008, beerbanding US22.2 bilion pada 2000, menurut laporan pemerhati kewangan berpengkalan di AS, Global Financial Integrity (GFI) yang dikeluarkan bulan ini.
Malaysia juga dikatakan kelima terbesar dari segi jumlah pengaliran keluar wang haram di antara tahun 2000 hingga 2008, di kalangan negara membangun. GFI menafsirkan pengaliran wang panas membabitkan pemindahan wang diperolehi daripada aktiviti-aktivit haram seperti rasuah, transaksi membabitkan barangan terlarang, aktiviti jenayah, dan usaha melindungi kekayaan daripada pihak berkuasa yang mengutip cukai di kalangan negara terbabit,” kata laman sesawang program tersebut.
Laporan yang bertajuk Pengaliran Wang Panas daripada Negara Membangun: 2000-2009 berkata pengaliran keluar wang panas dari Malaysia berjumlah US291 bilion (RM888 bilion) dalam tempoh tersebut. Tambah laporan itu lagi, kenaikkan secara berskala itu dilihat berlaku di beberapa negara Asia yang lain. Antara yang paling atas dalam senarai 125 negara membangun adalah China sebanyak US2.18 trilion sementara Filipina di tangga ke-12, dan Malaysia, negara jiran terdekat sebanyak US109.3 bilion dalam tempoh tersebut. Manakala Zimbabwe pada kedudukan ke-73 dengan jumlah sebanyak US4.1 bilion dan Myanmar, ke-85 dengan US2.9 bilion.
Laporan itu menyebut secara jelas dan signifikan menunjukkan isu pentadbiran telah memberi kesan terhadap sektor awam dan swasta yang dilihat memainkan peranan utama dalam pemindahan rentas sempadan modal panas daripada sesebuah negara.Ia turut memberitahu di mana laporan media dipetik sebagai melaporkan syarikat kepunyaan kerajaan seperti syarikat petroleum negara, Petronas berkemungkinan besar terbabit dalam pengaliran panas itu.
GFI berkata berdasarkan penyelidikan yang dibuat memberikan indikasi bahawa ketidakstabilan politik, kenaikkan ketidaksamarataan pendapatan, dan gejala rasuah yang berleluasa adalah antara penyebab dan penyumbang menyebabkan berlakunya pengaliran modal panas daripada kebanyakkan negara-negara membangun.
No comments:
Post a Comment