RM 888 Billion : Kerajaan Didesak Untuk Penjelasan Terpeinci


DAP mendesak Kerajaan Umno-Barisan Nasional menjelaskan skandal berhubung aliran keluar wang haram berjumlah RM888 bilion (AS 291 bilion) yang direkodkan sepanjang tahun 2000 dan 2008 yang dilaporkan badan pengawas kewangan Global Financial Integrity (GFI) minggu ini.
 
Hal itu penting kerana jumlah begitu besar ini memberi impak besar kepada negara dan satu Suruhanjaya Diraja patut ditubuhkan bagi menangani hal ini. Dalam kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng turut meluahkan perasaan bangga dengan kejayaan Pasukan Khas Laut Tentera Laut Diraja Malaysia berjaya menumpaskan lanun di Teluk Aden tetapi kesal kerana ‘lanun darat’ di negara sendiri berleluasa mengaut kekayaan negara.

“Di ketika Tentera Laut kita menjadi wira kerana berjaya menangkap lanun Somalia di perairan antarabangsa, DAP kesal kerana ‘lanun darat’ dibiarkan berleluasa di Malaysia.
“Mana-mana kerajaan yang bersih dan bertanggungjawab dan berintegriti akan dengan segera menubuhkan suruhanjaya diraja untuk menyiasat skandal aliran keluar wang RM888 bilion secara haram ini,” kata beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.
Menurut laporan GFI, aliran keluar wang haram dari Malaysia menokok tiga kali ganda pada 2008 RM208 bilion (AS$68.2 bilion) dari jumlah RM67.7 bilion (AS$22.2 bilion) pada tahun 2000.

GFI mendefinisikan aliran keluar wang haram sebagai pemindahan wang yang dijana menerusi aktiviti-aktiviti tidak sah seperti rasuah, aktiviti jenayah dan usaha mengelak cukai ke atas kejayaan diperoleh. Menurut GFI Malaysia berada di tangga ke 5 di bawah China, Rusia, Mexico dan Arab Saudi di kalangan 125 negara membangun dalam pengaliran keluar wang haram dalam kajian yang dibuat bagi tempoh lapan tahun dari 2000 hingga 2008 ini.
Jumaat lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata Bank Negara Malaysia akan membuat ulasan khas perkara ini.

Lim menganggap perkembangan itu memperlihatkan kurangnya penguatkuasaan dan usaha menegakkan lunas perundangan dan mengatasi budaya rasuah, yang sekali gus menghakis keyakinan dalam pasaran modal sehingga menyebabkan hilangnya dana dari pelabur asing ke negara ini. Malah Lim menambah, jika jumlah RM 888 Billion diberikan kepada 27 juta rakyat Malaysia, setiap orang akan mendapat RM 33 ribu.

“Keengganan BN menjelaskan dengan terang bukan sahaja akan menyebabkan negara bakal kehilangan lebih banyak dalam masa akan datang tetapi mungkin bankrup pada 2019 seperti yang pernah diberitahu oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Idris Jala sebelum ini” kata beliau. Idris dalam kenyataannya ketika memotong subsidi dua tahun lalu menyatakan penjimatan sebanyak RM 888 Billion perlu dilakukan bagi mengelak Malaysia bankrap sebelum tahun 2020.

Lim bagaimanapun kurang yakin dengan ketelusan kerajaan yang terkenal dengan sikap menyembunyikan kesalahan mereka sebelum ini. “BN sebelum ini ‘keberatan’ hendak menubuhkan Suruhanjaya DiRaja kepada skandal lain seperti skandal kehilangan RM 52 juta syer bumiputera dan membuatkan rakyat tiada pilihan selain menukar kerajaan dan menghukum pesalah yang bertanggungjawab,” tegas beliau lagi.

Isi Neraka : Isteri Samseng

 KERANA kecewa, 
Razman berkesempatan menghasilkan coretan khas buat isterinya

“Mahligai perkahwinan kami dibina atas dasar suka sama suka. Lima tahun berkenalan membuatkan saya mengimpikan hidup bahagia dengannya. Sepanjang berkenalan hinggalah bertunang dalam tempoh itu, memang ada pergaduhan dan beberapa kali saya dimakinya, namun dia (isteri) meminta maaf dan berjanji untuk berubah.

Saya terima dia dengan hati terbuka dengan harapan dia berubah. Namun selepas bergelar suami isteri, dugaan demi dugaan menimpa saya. Hari bersanding dia sudah buat hal.

Saya dan keluarga tiba lewat sedikitpun dia menengking. Rakan saya datang dari jauh mahu mengambil gambar bersama pun dia naik angin sambil berlalu dengan jelingan benci. Malu saya dengan rakan yang hadir.

Selepas sebulan hidup bersama, saya lihat perangainya semakin menjadi-jadi. Jika saya lambat mengangkat telefon atau membalas SMS, dia mengamuk. Bukan mengamuk biasa, tetapi sampai minta cerai.

Walhal, saya bukan tidak menjawab panggilan atau SMS dihantarnya, tetapi lambat jawab kerana ketika itu bermesyuarat atau berbincang dengan majikan.

Dia tuduh saya lambat jawab telefon atau SMS sebab ada perempuan lain. Atas sebab itu dia minta cerai. Ikutkan hati saya nak ceraikan saja, tetapi saya masih waras dan sayangkannya.

Saya buat tak tahu saja dan keluar rumah seketika bagi meredakan keadaan. Apabila pulang, saya pujuk dan sejukkan hatinya, OK lah dia sikit. Namun, perangai samsengnya tak berubah.

Kalau marah, habis disumpah seranahnya saya. Perkataan seperti babi, bodoh, tolol, pergi jahanam dan pergi mampus sentiasa diungkapkan kepada saya. Tak puas sumpah seranah menerusi mulut, dia SMS kepada saya.

Bukan saja kepada saya, tetapi juga adik-beradik dan beberapa rakan saya. Malu saya dibuatnya. Antara SMS mengatakan saya jantan tak guna, menyesal kahwin dengan saya, jangan ingat anak dalam kandungan akan menjadi milik saya dan pergi jahanam.

Saya cuba mengambil pendekatan tegas dengan menegur perbuatannya. Apabila ditegur, dia sesuka hati keluar rumah. Pernah sekali dia hilang empat hari, katanya pergi kerja, tetapi rupa-rupanya balik kampung tanpa pengetahuan saya.

Risaunya saya ketika itu hanya Allah SWT yang tahu. Saya risau sebab dia mengandung. Selepas itu baru saya sedar, ibu dan ayahnya kerap masuk campur dengan hal rumah tangganya. Saya menemui SMS daripada ibu mentua di dalam telefon bimbit isteri.

Mentua ‘mengajar’nya supaya meletakkan ‘air penawar’ di dalam makanan atau minuman saya supaya saya tunduk dengan isteri.

Lebih menyedihkan saya, satu lagi SMS ditulis ibunya menuduh saya mencuri barangan isteri untuk dibuat ‘guna-guna’ supaya isteri tunduk kepada saya.

Isteri saya bukan saja memusuhi saya tetapi keluarga saya. Sepanjang bergelar isteri kepada saya, dia tidak pernah berkunjung ke rumah mentuanya. Pernah satu ketika ketika abang saya datang ke rumah saya, isteri memaki abang saya, antaranya dengan perkataan ‘kepala mak kau aku pijak’.

Saya tidak tahu kenapa isteri membenci keluarga saya, padahal keluarga saya tidak mencampuri urusan kami. Memang abang ada beri nasihat, tetapi sekadar nasihat dan isteri tak boleh terima.

Dalam tempoh hampir setahun perkahwinan, lebih 10 kali isteri meminta cerai dengan alasan remeh, tetapi saya bersabar. Saya pernah membawanya berjumpa kaunselor, tetapi selepas tamat sesi kaunseling, saya dijadikan tempat meluahkan kemarahan.

Habis ustaz yang memberi kaunselor itu dimakinya. Dia kata ustaz bodoh dan tak layak beri kaunseling. Saya pelawanya bertemu kaunselor sekali lagi, tetapi dia dengan tegas tidak mahu lagi mendapatkan kaunseling.

Sikap samseng isteri bertambah buruk apabila pernah satu ketika dia menggunakan kaki untuk mengejutkan saya daripada tidur. Dua kali dia tolak badan saya dengan kaki saya diam, masuk kali ketiga saya tepis kakinya dan memarahinya.

Pernah juga kerana saya lewat menjawab panggilan telefon dan SMSnya, komputer riba syarikat yang saya gunakan dihempas sampai hancur. Dia SMS kepada saya: “Hahaha... aku dah pecahkan notebook (komputer riba) kau.”

Paling mengecewakan saya, isteri pulang ke kampungnya untuk bersalin dan saya hanya diberitahu ketika isteri hampir bersalin. Kelam kabut jadinya apabila saya terpaksa tergesa-gesa pulang ke kampung isteri.

Saya datang bersama abang kerana saya minta pertolongannya untuk bergilir-gilir memandu. Apabila isteri melahirkan anak kami, saya mahu mengazankannya, tetapi mentua seperti tidak membenarkannya.

Namun saya buat juga kerana bayi itu anak saya. Sedih saya dibuatnya apabila ibu mentua sengaja menunjukkan arah kiblat yang salah ketika saya mahu mengazankan anak saya.

Seperti menidakkan zuriat saya kepada bayi itu, selepas saya mengazankan anak saya, dengan segera ayah mentua mengazankannya dengan kedudukan kiblat yang betul.

Dalam keadaan selepas bersalin, isteri sekali lagi buat hal apabila menghantar SMS memaki hamun saya kerana membawa bersama abang saya, walhal abang saya tunggu di luar saja. Saya dan keluarga saya dikatakannya sial... ibu bapa saya dikatakannya bodoh dan keluarga saya lebih teruk daripada kafir.

Saya terus diketepikan isteri dan keluarganya. Saya tidak dialu-alukan bersama isteri. Ketika mendapat tahu anak saya ditempatkan di wad kerana demam kuning selepas pihak hospital menghubungi saya, cubaan saya untuk menghubungi isteri tidak berjaya.

Telefon tidak diangkat, SMS tidak dibalas selepas beberapa hari. Satu ketika isteri membalas SMS, tetapi bukan memberitahu mengenai keadaan anak saya tetapi meminta memasukkan sejumlah wang ke dalam akaunnya.

Bercerita mengenai wang, isteri kini menuntut wang daripada saya yang dikatakan sebagai hutang perkahwinan satu ketika dulu.

Walhal, ketika memberi wang berkenaan, kami berjanji ia adalah wang bersama, tetapi atas rasa tanggungjawab saya cuba juga membayarnya semula sedikit demi sedikit.

Soal saya terpaksa menggunakan wangnya adalah atas kehendaknya. Saya merancang dan menyediakan untuk membuat kenduri kecil-kecilan di sebelah keluarga saya, tetapi dia mahu buat kenduri besar.

Saya tidak mahu kerana tidak cukup wang, tetapi dia memberi wangnya untuk merealisasikan kenduri yang diimpikannya. Saya akur, tetapi sekarang dia mula mengungkitnya semula.

Hampir setahun berumah tangga, saya sudah memikirkan sedalam-dalamnya untuk berpisah dengan isteri. Apa guna saya terus bersabar kerana isteri terus membuat dan melayan saya seperti ‘kain buruk’.

Giliran Edisi Selangor KINI Pula Di Ciplak

Penerbitan sebuah akhbar berbahasa Melayu dikenali ‘Selangor Terkini’ didakwa cuba memutarbelitkan fakta dan memprovokasi akhbar ‘Selangor Kini’ yang diterbitkan Kerajaan Negeri.

Ahli Majlis Perbandaran Sepang, Azlan Mohd Samin berkata, kehadiran akhbar berkenaan dianggap sebagai satu percubaan mencemarkan imej Selangor dan mengelirukan rakyat  kerana Kerajaan Negeri sudah memiliki akhbar rasmi tersendiri iaitu ‘Selangor Kini’. “Melihatkan pada isi dan berita yang dimuatkan dalam akhbar berkenaan, jelas akhbar tersebut cuba diterbitkan pihak tertentu untuk menggugat kepercayaan rakyat terhadap apa yang diusahakan Kerajaan Negeri selama ini,”ujar Azlan.

Azlan berkata akhbar tersebut turut dirujuk kepada pihak Kerajaan Negeri dan dimaklumkan ‘Selangor Terkini” bukanlah diterbitkan Kerajaan Negeri Selangor. Pihak beliau menerima banyak maklum balas tentang kewujudan akhbar tersebut kira-kira seminggu sebelum menemui akhbar itu.

Sementara itu, satu laporan polis dibuat di Balai Polis Dengkil semalam bagi memohon siasatan dilakukan dan pihak yang cuba menerbitkan akhbar berkenaan diambil tindakan.
Azlan berkata, hal itu dipandang serius kerana menerusi edaran akhbar tersebut secara meluas bakal membawa kekeliruan dan percanggahan kepada rakyat daripada usaha yang dilakukan Kerajaan Negeri.

“ Kita sama sekali menafikan berita yang dilaporkan akhbar berkenaan dan diharap rakyat tidak terpengaruh dengan fakta palsu dan mengelirukan itu,” katanya.
Bermotokan’penggerak kemajuan sebenar’ pada ruangan atas muka hadapan akhbar bertulis perkataan percuma, edisi pertama Januari 2011, bagaimanapun tidak ditulis syarikat diterbitkan dan hanya ditulis disediakan unit ICT

Drama Lin Dan : Taufik Begang, Chong Wei Kecewa

 EKORAN mengalami masalah kecederaan di bahagian otot perut kiri, bintang sensasi China, Lin Dan terpaksa menarik diri pada aksi suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2011 di Stadium Putra Bukit Jalil, semalam.Perkara tersebut disahkan oleh Ketua Pengadil Kejohanan, Jane Wheatley dari Australia."Ketika Lin Dan menjalani sesi pemanas badan pagi tadi (semalam) dia telah mengalami kecederaan pada otot perut kirinya," kata Jane.

Jelas Jane lagi, selepas Lin Dan menjalani pemeriksaan, doktor yang merawatnya, Dr. Khairulina Khalid dari Institut Sukan Negara (ISN) menasihatkan agar pemain itu tidak meneruskan perlawanan."Doktor menasihatkan agar Lin Dan berehat kerana khuatir kecederaannya itu akan bertambah serius sekiranya tetap meneruskan perlawanan.
"Menerusi laporan doktor itu juga ada mengatakan bahawa Lin Dan tidak cergas sepenuhnya untuk meneruskan perlawanan suku akhir hari ini (semalam)," jelas Jane.

Dengan keputusan tersebut, seorang lagi pemain China, Chen Long yang dijadual berdepan Lin Dan pada aksi suku akhir itu, diberikan kemenangan percuma dan sekaligus mara ke peringkat separuh akhir.Pada aksi separuh akhir hari ini, Chen Long dijadual akan berdepan cabaran daripada perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei.

Dalam pada itu, jurulatih perseorangan China, Xia Xuanze mengesahkan bahawa Lin Dan akan tetap beraksi pada Kejohanan Siri Super Korea Selatan yang bermula Selasa ini.
Bagaimanapun, ia bergantung kepada perkembangan terkini mengenai tahap kecederaan yang dialami Lin Dan itu.

Taufik Hidayat BEGANG !

Jaguh Indonesia, Taufik Hidayat menuntut Persekutuan Badminton Dunia (BWF) mengambil tindakan terhadap pemenang pingat emas Sukan Olimpik 2008 kerana sengaja menarik diri daripada Terbuka Malaysia yang sedang berlangsung.
  “Saya mahu BWF mengambil tindakan terhadap Lin Dan kerana ini kali ketiga dia menarik diri. Dia langsung tidak menunjukkan rasa hormat terhadap kejohanan,” kata Taufik yang begitu marah ketika ditemui selepas menewaskan pemain Jepun, Kenichi Tago. “Dia sering memberi kemenangan percuma setiap kali berdepan rakan senegara.” Semalam, Lin Dan sekali lagi membuat keputusan menarik diri sekali gus menafikan pertemuan menentang Datuk Lee Chong Wei di separuh akhir, hari ini.

Selepas perlawanan antara beregu lelaki Zakry Latif-Hoon Thien How menentang pasangan Jepun, Naoki Kawamae-Shoji Sato, pengadil perlawanan membuat pengumuman penarikan diri Lin Dan, sekali gus memberi kemenangan percuma kepada rakan senegara, Chen Long.
Ketua pengadil Terbuka Malaysia, Jane Wheatley dari Australia berkata, Lin Dan mengalami kecederaan sewaktu latihan sesi pagi.

“China mendakwa kecederaan lama Lin Dan berulang, kejang otot abdomen kiri ketika menjalani latihan,” kata Jane. “Doktor perubatan, Dr Khairulina Khalid dari Institut Sukan Negara (ISN) menulis surat kepada saya mengesahkan Lin Dan benar-benar mengalami kecederaan dan menasihatkan pemain itu tidak meneruskan aksi kerana bimbang memburukkan lagi kecederaan.” Jane turut menunjukkan surat pengesahan yang dihantar Dr Khairulina. Agak pelik Lin Dan dikatakan mengalami kecederaan sewaktu menjalani latihan pagi semalam kerana kelibat pemain China langsung tidak kelihatan di Stadium Putra pada waktu mereka dijadualkan berlatih.

Sementara itu, jurulatih Lin Dan, Xia Xuanze mengesahkan Lin Dan tetap akan mengambil bahagian di Siri Super Premier Terbuka Korea minggu depan.

Tahun lalu, di Terbuka China, Lin Dan turut memberi kemenangan percuma kepada Chen Long dan selepas itu dia melakukan perkara sama ketika memberi laluan kepada pemain Vietnam, Nguyen Tien Minh ke separuh akhir sewaktu menentang Chong Wei.

Helah Lin Dan ini nampaknya serampang dua mata. Pertama cuba mengelak dari bertemu Chong Wei dengan lebih kerap, dalam masa sama cuba menaikkan ranking pemain China lain untuk mencari kedudukan selesa di Kejohanan Dunia.
Ketika ini, Chong Wei, Taufik dan Peter Gade (Denmark) berada di tiga kedudukan teratas ranking dunia, manakala Chen Long dan Lin Dan keempat dan kelima.

Dato' Lee Chong Wei KECEWA !

ADA reaksi kecewa daripada wajah jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei.Puncanya, dia tidak berpeluang berdepan bintang sensasi China, Lin Dan pada aksi separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2011 di Stadium Putra Bukit Jalil hari ini. Pada awalnya, pemain ranking No. 1 dunia itu diramal akan turun menentang Lin Dan yang juga merupakan musuh tradisinya pada aksi separuh akhir.

Namun, segala-galanya berubah selepas jaguh dari Tembok Besar China itu membuat keputusan untuk menarik diri daripada beraksi pada peringkat suku akhir semalam.
Keputusan tersebut menyaksikan seorang lagi pemain China, Chen Long yang dijadual berdepan Lin Dan pada aksi suku akhir itu, diberikan kemenangan percuma sekali gus mara ke peringkat separuh akhir. Ini bermakna, bukan Lin Dan yang menjadi lawan Chong Wei pada aksi separuh akhir tetapi Chen Long.
 "Saya terkejut dengan keputusan Lin Dan itu tetapi semuanya sudah berlalu. Memang pertemuan ini akan menjadi perlawanan tumpuan serta dinanti-nantikan. Namun, apa boleh buat dia (Lin Dan) telah menarik diri selepas dikatakan mengalami masalah kecederaan," kata Chong Wei.

Terdahulu, Chong Wei mara ke peringkat separuh akhir selepas mencatatkan kemenangan ke atas pemain Vietnam, Nguyen Tien Minh 21-15, 21-16 pada aksi suku akhir. Mengulas mengenai pertemuannya dengan Chen Long, Chong Wei berkata: "Chen Long merupakan pemain yang agresif. 

"Jadi... saya perlu lebih berhati-hati dengan corak permainannya. Namun, saya tidak mahu terlalu memikirkan mengenai Chen Long kerana bagi saya apa yang lebih penting adalah prestasi diri saya sendiri," katanya.

Division First Lady Of Malaysia (FLOM) Di JPM : 1 Malaysia 1 Couple


Pejabat Wanita Pertama Malaysia (FLOM) di Putrajaya adalah satu pembaharuan yang julung kali ada dalam sejarah pentadbiran negara.“Perkara ini boleh disifatkan sebagai tindakan tiada adab dan biadab dalam isu pentadbiran negara,” kata Ketua Penerangan PAS Perak, Drs Khalil Idham Lim ketika ditemui di sini.Khalil memberi respons dengan menjelaskan bahawa pejabat rasmi Rosmah yang kapasitinya adalah sebesar satu bahagian atau divisyen.
 Tambahnya, bahagian FLOM adalah rasmi dan ia sebaris dengan divisyen lain termasuklah Pejabat Setiausaha Politik, Pejabat Penasihat Perdana Menteri, Pejabat Ekonomi Perdana Menteri dan Pejabat Pengurusan Sri Perdana.“Dia isteri PM, jadi dia tidak perlu bekerja untuk sara keluarga, malah PM sudah ada menterinya yang lengkap dengan jabatan bagi mengurus tadbir kerajaan, Rosmah tidak diperlukan, dia tidak lebih dari mendampingi PM dalam majlis rasmi seperti amalan isteri PM sebelum ini. Dan jangan nak jadi menteri dan lakukan sesuatu yang tidak masuk akal,” katanya yang juga Adun Titi Serong.
 Beliau turut mempersoalkan tindakan Rosmah menghadiri dan menyampaikan ucaptama bertajuk 'Kompetensi Guru Dalam Membentuk Generasi Akan Datang' pada Persidangan Antarabangsa Pertama anjuran Kementerian Pendidikan Arab Saudi minggu lepas.“Menteri-menteri yang dilantik dalam kabinet Najib seolah-olah sudah hilang peranan. Siapakah Menteri Pelajaran? Mengapakah semudah itu dan tanpa ada rasa bersalah dia melakukan kerja-kerja menteri berulang kali?” soal beliau.
 Beliau juga menyifatkan Malaysia sudah mempunyai kerajaan yang layak diberi jolokan sebagai kerajaan suami isteri.“Suatu yang amat memalukan jika perkara ini sampai ke pengetahuan rakan-rakan dari negara luar, Malaysia dilihat bercelaru apabila isteri PM melakukan kerja-kerja menteri kabinet," ujarnya.Justeru, ujarnya ahli-ahli Umno khususnya wajar berfikir kembali mengenai taat setia mereka terhadap BN.“Sanggupkah anda melihat negara luar terus mentertawakan Malaysia tercinta disebabkan pemimpin BN berkelakuan pelik dan aneh," soalnya.

Beliau berpandangan bahawa kerja Rosmah hanya boleh dihentikan dengan mengalahkan BN dengan memberikan peluang kepada Pakatan Rakyat memulihkan imej negara pada PRU13 nanti. Katanya lagi, apabila Najib terus berkuasa selagi itu Rosmah akan mengganggu pentadbiran negara.

Emel Dari Warga Pakistan Di Plaza Low Yat


'Terimah kasih, usaha yang di berikan tentang isu seperti Low Yat Plaza, salah gunakan permit dan lain lain sangat dihargai. Saudara, saya penah melihat TV3 dan khususnya Rakyat Malaysia yang sangat perihatin tentang kumpulkan dana untuk membantu Rakyat Pakistan apabila  hadapi bencana banjir atau gempa bumi.

Saya juga sangat malu bila saudara sangat bimbang tentang situasi Plaza Low Yat yang dibanjri dengan rakyat Pakistan.Mungkin usaha saudara tentang isu tersebut sangat hebat dan berani tetapi saudara boleh bagi  pandangan serta pendapat positif  seperti orang asing yang jatuh dari bangunan tinggi apabila sedang bekerja atau pengorbanan yang di berikaan untuk bumi Malaysia bertuah dan memandang Malaysia sangat hormat dalam blog baru.


Kita sangat hormat rakyat Malaysia. Kita memang hina kerana kita tinggal di negara orang tetapi kita adalah saudara seagama iaitu Islam dan masih berperikemanusiaan. Kita  cuba cari rezeki halal dan bantu negara  keluar dari kegawatan bencana alam tau ekonomi. Kita doakan kemajuan dan kesejahteraan bumi Malaysia dan Pakistan.


Terimah kasih sejuta kali kerana memberi saya tempat tinggal dan kerja di Malaysia. Tuhan sahaja yang dapat membalas budi baik rakyat Malaysia.


Saudara, saya mohon maaf jika ada kata- kata saya menyebabkan kecil hati. Saya hormat  undang-undang di Malaysia.


wasalam

Pepijat Alaf :
Di atas adalah emel yang di hantar oleh seorang pekerja pakistan kepada salah seorang warwatan penyiaran dan penulis blog di negara ini. Emel ini diterima disebabkan oleh artikel yang ditulis wartawan tersebut setelah membuat tinjauan ke Plaza Low Yat dan artikel tersebut telah dimuat naik ke blog beliau. 

Rakyat Malaysia tidak pernah menghalang pendatang asing ini bekerja dan mencari nafkah di bumi Malaysia tetapi haruslah melalui saluran yang betul. Selama ini rakyat Malaysia pun tidak pernah menidakkan kehadiran pendatang asing yang berniaga di negara kita. Ini terbukti sejak bertahun lamanya dizaman mak2 kita dahulu, penjual carpet yang semuanya berasal dari Pakistan menjadi tempat mak kita berhutang membeli pelbagai keperluan rumah. Siap boleh bayar ansuran lagi tu. 

Tapi sekarang kita kene berubah, Malaysia semakin maju dan makmur tetapi lambakkan pendatang asing yang selalu membuat onar membuatkan kita muka menanam prasangka. Walaupun bukan semua tapi " Disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga". Itula yang rakyat khuatirkan.

Kalau nak cari nafkah halal, tu tak salah, tapi dengan masuk ke negara dengan cara salah, menggunakan permit dengan cara salah, bekerja ditempat salah, menidakkan kedaulatan Malaysia, adakah itu dikatakan HALAL ? Terpulanglah pada anda.

Malaysia Di Tempat Ke-5 Terbesar Dunia : Pengalir Keluar Wang Haram

 Pengaliran keluar wang haram dari Malaysia mencatatkan tiga kali ganda, iaitu sebanyak RM208.1 bilion pada tahun 2008, beerbanding US22.2 bilion pada 2000, menurut laporan pemerhati kewangan berpengkalan di AS, Global Financial Integrity (GFI) yang dikeluarkan bulan ini.

Malaysia  juga dikatakan kelima terbesar dari segi jumlah pengaliran keluar wang haram di antara tahun 2000 hingga 2008, di kalangan negara membangun. GFI menafsirkan pengaliran wang panas membabitkan pemindahan wang diperolehi daripada aktiviti-aktivit haram seperti rasuah, transaksi membabitkan barangan terlarang, aktiviti jenayah, dan usaha melindungi kekayaan daripada pihak berkuasa yang mengutip cukai di kalangan negara terbabit,” kata laman sesawang program tersebut.

Laporan yang bertajuk Pengaliran Wang Panas daripada Negara Membangun: 2000-2009 berkata pengaliran keluar wang panas dari Malaysia berjumlah US291 bilion (RM888 bilion) dalam tempoh tersebut. Tambah laporan itu lagi, kenaikkan secara berskala itu dilihat berlaku di beberapa negara Asia yang lain. Antara yang paling atas dalam senarai 125 negara membangun adalah China sebanyak US2.18 trilion sementara Filipina di tangga ke-12, dan Malaysia, negara jiran terdekat sebanyak US109.3 bilion dalam tempoh tersebut. Manakala Zimbabwe pada kedudukan ke-73 dengan jumlah sebanyak US4.1 bilion dan Myanmar, ke-85 dengan US2.9 bilion.

Laporan itu menyebut secara jelas dan signifikan menunjukkan isu pentadbiran telah memberi kesan terhadap sektor awam dan swasta yang dilihat memainkan peranan utama dalam pemindahan rentas sempadan modal panas daripada sesebuah negara.Ia turut memberitahu di mana laporan media dipetik sebagai melaporkan syarikat kepunyaan kerajaan seperti syarikat petroleum negara, Petronas berkemungkinan besar terbabit dalam pengaliran panas itu.

GFI berkata berdasarkan penyelidikan yang dibuat memberikan indikasi bahawa ketidakstabilan politik, kenaikkan ketidaksamarataan pendapatan, dan gejala rasuah yang berleluasa adalah antara penyebab dan penyumbang menyebabkan berlakunya pengaliran modal panas daripada kebanyakkan negara-negara membangun.

Pemimpin Kita : YAB Najib VS DS Anwar Ibrahim

 Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau masih menunggu jawapan Pardana Menteri Datuk Seri Najib Razak terhadap pelawaan debat terbuka bekiau berhubung Program 100 Hari Pakatan Rakyat yanggah laporan.

Sambil membidas laporan Bernama yang memetik kenyataannya di Alor Setar semalam yang kononnya mengatakan beliautidak mahu berbahas secara terbuka dengan Najib, Anwar berkata pendiriannya berkenaan isu tersebut tidak berubah.

"Saya memandang serius laporan Agensi Berita Nasional (Bernama) bahawa saya tidak mahu berbahas secara terbuka dengan Dato' Seri Najib Razak.

"Laporan tersebut kononnya memetik kenyataan saya di Alor Setar seusai Majlis Wacana Maqasid Syariah di Kolej Insaniah Alor Setar petang tadi (semalam).

"Saya tegaskan di sini, saya sedikitpun tidak berganjak dari kenyataan sebelumnya serta hasrat yang terkandung dalam surat rasmi berniat mempelawa YAB Perdana Menteri untuk berdebat secara terbuka demi kepentingan rakyat Malaysia seluruhnya," kata Anwar.

Beliau berharap Bernama agar menarik balik serta membetulkan laporan bertarikh 19 Januari 2011 yang berjudul "Saya Tidak Ajak Perdana Menteri Berdebat, Hanya Berbincang - Anwar".

Pepijat Alaf : 
Sebagai rakyat yang sebenarnya bayar gaji pemimpin kita ni, kita nak tengok kemampuan pemimpin kita digest semua maklumat yang diperolehi dan melalui kewangan yang ada bagaimana hendak menrancang ekonomi di masa akan datang. TAPI apa yang dilihat sekarang, pemimpin kita tengah dok kaut untung dari jawatan yang diperolehi. Mana perginya sifat nasionalisme yang hanya mereka laungkan di mulut sahaja.

Kepada semua menteri2 yang ada dalam negara, mungkin ini satu utusan dari rakyat Malaysia "Wahai menteri2 semua, kami tau anda semua telah bertahun2 berada didalam kerajaan dan kami respect pengalaman yang anda ada, namun kami lebih senang melihat expertise dalam kerajaan kami dan kami bukan lagi hanya memasang teling mendengar celoteh dan omong anda semua. berikan kami fact. and figure. We need FAC & FIGURE.

Mungkin anda ingat generasi baru ini sama dengan generasi lama yang hanya bergantung pada berita diTV1 sahaja, TIDAK !, kami bukan mudah untuk dikhianati lagi. Kami tau apa yang betul dan apa yang salah, apa yang dilaporkan dan apa yang sebenarnya berlaku. USAH anggap kami orang kampung yang pernah satu masa dulu diperkotak katikkan"

Mari kita lihat utusan dari sebahagian rakyat Malaysia. Kami inginkan yang terbaik untuk negara. Anda pembaca nilailah dengan kebijaksanan anda. Kita mencari pemimpin yang hebat, bukan parti yang hebat.


Isu Laungan Azan : Pengadu Minta Maaf

: “Saya memohon maaf kepada umat Islam di seluruh negara disebabkan salah faham sebelum ini. Saya sebagai bukan Muslim mengakui tidak memahami antara azan Subuh dan ceramah.
“Saya perlu menjelaskan di sini bahawa merujuk kepada surat bertarikh 21 Disember 2010 yang saya hantar kepada Jabatan Perdana Menteri (JPM) di mana semua masalah ini disebabkan atau diasaskan oleh satu kekeliruan,” kata peguam, Ng Kian Nam, 31, berhubung isu azan di Masjid Al-Ikhlasiah, Kampung Kerinchi.

Menurutnya, dia perlu mengaku bahawa sebagai seorang bukan Muslim, dia tidak dapat membezakan antara azan dan ceramah dan mengakui bahawa dia tidak pernah menyuruh dihentikan azan kerana mengetahui kepentingannya kepada agama Islam.
Ng yang menetap di Pantai Hill Park berhampiran masjid berkenaan sejak tahun 2000 itu berkata dia sudah mengadakan dialog yang jujur bersama ketua persatuan tempatan berhubung isu itu.

“Saya gembira kerana mereka memberikan tunjuk ajar kepada saya mengenai ilmu pengetahuan dan pengajaran Islam. Saya menyesal andainya isu ini menyinggung mana-mana pihak khususnya umat Islam.

“Saya berharap kami boleh terus hidup aman dan harmoni bukan saja di Pantai Dalam, malah mana-mana bahagian di Malaysia selari dengan slogan 1Malaysia,” katanya dalam sidang akhbar, di Pejabat Umno Bahagian Lembah Pantai, di sini, semalam.

Sidang akhbar berlangsung lebih setengah jam itu diaturkan Pejabat Umno Bahagian Lembah Pantai turut dihadiri Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin; Imam Masjid Al-Ikhlasiah, Kampung Kerinchi, Ekram Mohd Yusoff, Pengerusi Pekida Lembah Pantai, Zakaria Awang dan beberapa pemimpin persatuan tempatan lain.

Sementara itu, Raja Nong Chik berharap pihak tertentu tidak mensensasikan isu berkaitan agama bagi mengelak diputar belit pihak berkepentingan hingga mencetuskan suasana tidak selesa di dalam negara.
“Saya difahamkan isu ini sudah menular hingga ke Tenang (Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri, Tenang). Kita tidak mahu lagi ia diperbesarkan.

“Macam mana kalau media luar negara juga memainkan perkara sama, seolah-olah negara ini tidak selamat walaupun hakikatnya rakyat berbilang bangsa dan agama di Malaysia hidup dalam aman dan harmoni,” katanya.

Sementara itu, Zakaria berkata sebenarnya mereka buat demonstrasi sebelum ini berhubung isu itu tanpa arahan mana-mana pihak.

“Ini cuma desakan hati kami dan jiwa kami sebagai seorang Islam. Kami geram apabila azan dilarang, tetapi dia (Ng) mengaku kesilapan, kami pun memaafkan dia secara terbuka,” katanya.

Isu Laungan Azan : Pengadu Berpindah (Kes Dianggap Selesai)

KUALA LUMPUR 15 Jan – ‘Sudah selesai’, itu anggapan Gabungan NGO Malaysia tentang isu azan Masjid Al-Ikhlasiah, Kampung Kerinchi apabila pengadunya yang mendakwa dirinya seorang anggota MCA dan juga peguam telah berpindah dari kawasan tersebut baru-baru ini.
Memetik laporan The Malaysian Insider, Setiausaha Agung gabungan itu, Mohd Jurit Ramli berkata, beliau dimaklumkan bahawa individu berkenaan telah menulis e-mel kepada pihak yang dia pernah mengadu mengatakan mahu berpindah dari kondominium tempat tinggalnya di Pantai Hill Park atas faktor keselamatan.

Kondominium Pantai Hill Park terletak kira-kira satu kilometer dari masjid tersebut.
“Saya dimaklumkan oleh pihak yang menerima salinan aduannya bahawa mereka ada menerima e-mel dua tiga hari yang lalu mengatakan dia sudah mengambil pendekatan mahu berpindah kerana bimbang keselamatan diri dia… itu maklumat yang kami terima,” kata pagi ini.

Jurit berkata, pihak yang menerima salinan surat peguam berkenaan meminta pihak-pihak yang mengadakan tunjuk perasaan semalam supaya tidak memanjangkan isu azan ini dan melihat ia “sudah selesai” selepas dia memutuskan untuk berpindah. “Jadi kami pun menganggap ini sudah selesai. Kita tidak mahu perkara ini berpanjangan lagi. “Kita mahu persekitaran yang aman, kalau keadaan tidak tenang, kita tidak boleh hidup tenang dan tenteram,” kata beliau.

Semalam, kira-kira 100 orang berhimpun di pekarangan Masjid Al-Ikhlasiah mengadakan tunjuk perasaan selepas solat Jumaat mendesak agar peguam terbabit ditahan di bawah ISA.
Kumpulan itu terdiri daripada anggota kumpulan NGO Pekida dan Perkasa mendakwa peguam terbabit menuntut agar masjid tersebut menghentikan penggunaan pembesar suara bagi tujuan azan. Penunjuk-penunjuk perasaan berkenaan menamakan peguam terbabit, malah mempamerkan alamat rumah dan nombor telefonnya pada kain rentang ketika berdemonstrasi. Ditanya tindakan susulan Gabungan NGO Malaysia, Jurit berkata, pihaknya tidak mahu memanjangkan isu ini lagi.

“Tetapi tindakan penduduk kawasan itu, kami tidak tahu. Kami menganggap isu ini sudah selesai,” kata beliau lagi. Katanya walaupun pihaknya menganggap isu ini sudah selesai tetapi sekurang-kurangnya pengadu perlu memohon maaf kepada umat Islam. “Tindakan ini perlu untuk meredakan keadaan dan kita mahu setiap kaum hormat-menghormati agama dan kaum lain,” kata beliau lagi. Ketika ditanya sama ada pihaknya ada mengunjungi unit kediaman peguam itu sebelum ini, Jurit berkata: “Tidak, kami tidak menemui pengadu, tetapi hanya menerima maklumat daripada salinan surat aduan.”

Semalam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) memberitahu The Malaysian Insider bahawa pihaknya tidak mengeluarkan arahan kepada mana-mana pihak termasuk pengurusan masjid agak memperlahankan laungan azan atau menghentikan penggunaan pembesar suara untuk tujuan azan. Jurit berkata, pihak berkuasa dan pengurusan tidak seharusnya melayan aduan-aduan daripada orang perseorangan. “Dalam kes ini, aduan daripada seorang individu, mengapa perlu kita layan? Melainkan dia mewakili mana-mana pertubuhan atau parti, kita boleh melayan… sepatutnya kita tidak melayan surat individu,” kata beliau lagi. “Surat dan aduan orang perseorangan, kita pun tidak pasti boleh percaya atau tidak,” katanya.

Bagaimanapun Jurit berkata, berdasarkan maklumat yang diterimanya memang tiada arahan rasmi tetapi difahamkan ada perbincangan mengenai aduan yang diterima daripada peguam berkenaan.

Surcaj Bahan Api MAS dan AirAsia Dijangka Naik

Harga bahan api yang semakin naik dijangka menyebabkan peningkatan kepada kos operasi Malaysia Airlines dan AirAsia sebanyak 16 peratus dan 46 peratus setiap satu pada 2011. Ini mungkin akan memaksa kedua-dua syarikat penerbangan itu mengenakan surcaj bahan api sebanyak 25 peratus. Berikutan nasib sektor penerbangan yang masih terikat dengan trend harga minyak mentah dan minyak pesawat, daya tahan industri bagi harga minyak pesawat adalah pada kira-kira US$117 hingga US$125 satu tong, kata MIDF Research.
 Ia berkata pada harga US$125 satu tong minyak pesawat, harga itu patut sama dengan US$110 satu tong minyak mentah dan dengan jangkaan pada purata US$105 satu tong pada 2011, syarikat-syarikat penerbangan itu masih berada di kawasan selesa untuk tahun ini.“Analisis kesensitifan kami bagi perolehan MAS dan Air Asia menunjukkanbahawa bagi setiap satu peratus peningkatan pada harga minyak mentah, perolehan MAS akan menyusut dua peratus dan AirAsia enam peratus, dengan anggapan semua faktor lain berkekalan,” tambahnya.

Bagaimanapun, MIDF dalam laporan penyelidikannya, menekankan saranan “neutral” pada sektor itu, kerana MAS dan AirAsia mungkin akan mengenakan surcaj bahan api sebanyak sekurang-kurangnya 25 peratus untuk menampung kos operasi yang meningkat.Pada 2008, syarikat-syarikat penerbangan tersebut mengenakan surcaj bahanapi bagi laluan ASEAN antara US$40 hingga US$75 atau purata 25 peratus hingga 67peratus.AirAsia mempunyai perlindungan nilai semulajadi dari segi menyesuaikan tempahan awal dengan keperluan bahan api.

“Kami percaya kedua-dua syarikat penerbangan akan terus mendapat keuntungan dari perlindungan nilai dan mekanisme awal untuk mengurangkan risiko minyak,”kata MIDF.MAS dan AirAsia mendapat faedah daripada peningkatan mata wang ringgit pada suku ketiga 2010, seperti yang jelas dilihat pada keuntungan tukaran asing yang belum dijelaskan sebanyak masing-masing RM155.7 juta dan RM83.5 million, dan kerana kebanyakan hutang mereka adalah dalam mata wang AS.

Isu Laungan Azan : Surat Peguam Kepada Perdana Menteri

Kecoh isu laungan azan yang dibangkitkan oleh seorang peguam berbangsa cina di kampung kerinchi ni. Kalau dilihat dari surat yang dutuskan kepada Perdana Menteri, bole dikatakan beliau yang menghormati masyarakat Islam di negara kita dan setelah hampir 5 tahun menetap di tempat sana tiada rungutan yang dibuat.

Menurut suratnya lagi, laungan azan tidak menjadi masalah kepadanya sejak 5 tahun menetap disitu, namun hanya sejak akhir2 ini sahaja kedengaran laungan azan yang semakin lantang atau mungkin bertambah kuat dari biasa. Mungkin perkara ini terjadi dari setting audio device di masjid tersebut atau mungkin juga orang yang mengendalikannya telah bertukar.

Atas sebab aduan beliau, hari ini (14 Januari 2011) selepas solat Jumaat ahli khariah masjid tersebut telah membuat satu demonstrasi membantah aduan yang dibuat. Sebenarnya, adun tersebut telah sampai ke pengetahuan pihak JAWI, dan pihak JAWI telah menasihati beliau agar berkomunikasi dengan pihak pengurusan masjid. Keputusan telah dibuat pihak berwajib dan tindakan telah diambil dengan memperlahankan laungan azan dan khutbah Jumaat telah menggunakan speaker dalam surau. 

Apa yang dikesalkan ialah, setelah tindakan diambil, satu dua hari sebelumnya, barulah timbul isu berkenaan azan ini. Pihak pengurusan masjid telah memaklumkan kepada ahli khariah yang tindakan memperlahankan azan tersebut dibuat atas arahan pihak atasan.



Pepijat Alaf :

Sebagai rakyat Malaysia yang beragama Islam, kita seharusnya menghormati orang bukan Islam dinegara kita, tindakan yang diambil pihak pengurusan masjid itu kena pada tempatnya, dan ini mungkin memberi petunjuk kepada mereka yang bukan beragama Islam bahawa Islam itu mementingkan bertolah ansur. Tidak salah untuk kita melaungkan azan atau aktiviti lain yang bertujuan untuk menyebarkan kepada orang Islam lain namun kita haruslah menjaga keharmonian negara kita.

Kenapa perlunya demonstrasi ? Bukannya disuruh untuk jangan melaungkan azan. Jika dilihat kembali, beliau hanya membuat aduan, yang bertindak adalah pihak berwajib. berdiskusila dengan pihak tertentu terlebih dahulu sebelum menunding jari ke arah rang lain. Adakah kita sebagai orang Islam tidak boleh bertolak ansur? adakah Islam itu egois dan pentingkan diri sendir. Sudah semestinya tidak. Namun sifat segelintir kita ynag membuat Islam itu nampak bongkaknya. Wahai sahabat, usahla begitu, lihatla bagaimana Rasulullah selesaikan masalah seorang kafir yang sanggup kencing di dalam masjid, baginda tidak terus menghukum dan berdemstrasi, tapi pendekatan baginda buat si pelaku tertarik dengan Islam.

Islam itu indah, penuh dengan keindahan, usah cemarkan ia dengan sifat mazmumah yang ada dalam diri. beribadatla kita tapi jgn sampai menganggu yang lain. Fikirkanla dengan aqal kurniaan Yang Maha Esa dan bukan dari hati yang selalu diganggu syaitan. Kemaafana dipohon kepada mereka yang punyai pandangan berbeza. Ya Allah, ampunkanla hambamu ini jika tersilap dan tersalah bicara.....Amin
"TEPUK DADA, TANYA IMAN"
"ISLAM ITU SYUMUL"

ETP VS Buku Jingga : Anda Mampu Congahnya


SHAH ALAM, 12 Jan –  Terdapat perbezaan ketara antara Program Transformasi Ekonomi(ETP) dan buku jingga yang mengandungi Program 100 Hari yang dicadangkan Pakatan Rakyat.

Perkara ini dinyatakan Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail kerana perbelanjaan RM100 bilion dalam ETP yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak memberikan apa-apa makna kepada rakyat selagi isu rasuah dan ketidakcekapan sistem penyampaian kerajaan tidak ditangani.

Ketika dihubungi Selangorkini, beliau menegaskan Najib juga bersikap ‘acuh tak acuh’ dan bertindak menutup sebelah mata sedangkan isu utama adalah mengenai kebocoran dan pembaziran akibat perbuatan tersebut.

Ujar Azan, perkara ini berlandaskan laporan dan teguran Ketua Audit Negara yang mana ia merupakan hasil penemuan kerajaan, PEMANDU sendiri melaporkan perkara ini…macam mana dia hendak bantah.
“Perkara yang paling mustahak sekali yang perlu Najib buat adalah menampung segera kebocoran…tampal segera kebocoran itu.

“Belanja berapa banyak pun tidak ada makna. Lagi besar belanja, lagi besarlah yang bocor,” tegasnya lagi.
Azan dalam pada itu menegaskan masalah sebenar yang harus ditangani adalah kebocoran dan pembaziran yang menjadi permasalahan utama.

“Bayangkan kalau RM100 bilion lagi, bermakna RM28 bilion akan bocor. Saya nasihatkan Perdana Menteri, kalau hendak sokongan rakyat, buat dasar menampung kebocoran dan bukannya buat benda baru.
“Setakat ini dia membisu dan tidak berkata apa-apa mengenai kebocoran, dan yang bercerita mengenainya hanyalah Ketua Audit, Pemandu dan kita di Pakatan Rakyat,” tambah Azan.

Berbeza dalam perbelanjaan RM19 bilion dalam program 100 hari Pakatan Rakyat di mana RM 11 bilion diperuntukkan untuk menutup kebocoran, ketidakcekapan  dan sistem penyampaian kerajaan yang membengkak dari segi ketirisan akibat rasuah.

Beliau turut memberi contoh kes rasuah dalam syarikat konglomerat negara, Sime Darby yang kerugian akibat kebocoran akibat rasuah di mana saman yang dikeluarkan terhadap mereka yang terlibat tidak mungkin dapat dikembalikan semula.

Manakala di pihak Pakatan Rakyat pula Azan berkata teras perbelanjaan yang dikemukakan adalah menutup kebocoran dan secara automatik rasuah akan dapat dibanteras.“Maka secara automatik, jentera kerajaan juga berbalik asal, akan jadi efisien dan tidak ada lagi rasuah dan sistem pentadbiran semakin pulih.

“Indeks persepsi rasuah terhadap negara dapat diperbaiki, kefahaman dan kepercayaan awam kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pihak polis juga akan meningkat.
“Itulah kejayaan yang sebenar, kalau hanya biarkan perkara ini sampai bila pun tidak akan jadi elok,” ujar beliau.

Berikut dilampirkan kandungan Buku Jingga yang menjadi isu hangat di media siber.