1,000 Peneroka Bakal Saman Felda Lagi Isu KPG
SHAH ALAM 30 Sept - Seramai 1,000 peneroka Lembaga Pembangunan Tanah Persekutuan (Felda) di seluruh daerah Jengka, Pahang dijangka akan memfailkan saman berhubung harga Kadar Perahan Gred (KPG) yang didakwa rendah daripada harga pasaran sebenar.
Pengerusi Biro Hal Ehwal Felda dan Orang Asal KEADILAN Suhaimi Said ketika dihubungi Suara Keadilan berkata satu perjumpaan akan diadakan pada 3 Oktober depan bagi memberikan penerangan kepada peneroka seterusnya memfailkan saman terhadap agensi tersebut.
"Kita akan memfailkan saman bagi pihak peneroka, kerana mereka ini telah dianiaya dan ditipu apabila hanya diberikan antara 18 hingga 20 peratus KPG sedangkan ikut pasaran adalah 26 peratus. Memandangkan di kawasan Jengka ini mempunyai banyak kilang dan kadar perahannya pula berbeza antara satu sama yang lain, jadi kita akan kumpulkan peneroka mengikut kilang yang ada di sini," kata beliau.
Menurut Suhaimi lagi, kadar 1 peratus KPG dianggarkan sekitar RM40 yang bermakna setiap kali hasil sawit peneroka dipetik, mereka kerugian antara RM200 hingga RM300. Tambah beliau, tindakan itu bukannya dilakukan sekadar suka-suka tetapi bagi menuntut hak peneroka yang saban tahun telah ditipu oleh Felda berhubung harga sebenar kadar perahan buah kelapa sawit. Sebelum itu, Mahkamah Persekutuan telah mengekalkan keputusan supaya Felda membayar RM11 juta kepada 354 peneroka Kemahang 3, Kelantan.
Ini memberikan tamparan hebat kepada agensi itu dan kemenangan moral yang besar kepada peneroka Felda di seluruh negara. Tindakan agensi itu dilihat tidak menghormati hak peneroka berhubung harga KPG sudah lama berlaku di kebanyakan rancangan Felda di seluruh negara. Berhubung dakwaan Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan kononnya Pakatan Rakyat menghasut peneroka menyaman Felda, Suhaimi berkata tindakan saman itu bukan hanya menuntut hak peneroka yang menganggotai KEADILAN dan PAS sahaja bahkan untuk semua peneroka tanpa mengira fahaman politik masing-masing.
Penyelewengan Felda : Nasib Peneroka
KUALA LUMPUR, 30 Sept: Kemenangan peneroka Sungai Koyan 2 dan 3 terhadap Felda membuktikan bahawa badan berkanun yang dikuasai Umno itu adalah benar-benar pengkhianat Melayu.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembelaan Peneroka (Tindak), Salahuddin Ayub berkata ianya juga menjelaskan lagi bahawa sememangnya berlaku penyelewengan dan penipuan biarpun dinafikan berkali-kali pihak Felda.
"Kemenangan peneroka Felda baru-baru ini memang menampakkan penyelewengan, penipuan serta salah guna kuasa (oleh) Felda ke atas peneroka."
"Kalau benar Umno mengatakan bahawa mereka adalah pejuang Melayu, 99.9 peratus peneroka yang terbabit adalah peneroka-peneroka Melayu," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS hari ini.
Beliau mengulas kemenangan kes 10 peneroka dari Felda Sungai Koyan 2 dan 3 semalam.
Mahkamah Tinggi Kuantan semalam memutuskan Felda perlu membayar RM23,800 kepada 10 peneroka tersebut yang dinafikan hak mendapat bayaran tanam semula.
Dalam kes sebelum itu juga, Mahkamah Persekutuan turut mengarahkan Felda menyerahkan RM11 juta kepada 354 peneroka di Felda Kemahang 3, Kelantan ekoran Felda memanipulasi penggredan kelapa sawit.
Salahuddin yang juga Naib Presiden PAS Pusat berkata, tindakan Felda menipu peneroka tidak ubah seperti bau busuk yang sedang melanda Felda.
Beliau juga yakin dan percaya, Felda sedang berdepan laluan sukar apabila satu demi satu penyelewengan terhadap peneroka mula terdedah.
Turut serta pada sidang media sama Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman dan Peguam Mohamed Hanipa Maidin.

Di penghujung sidang media itu, beliau juga merayu kepada Felda agar tidak mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan semalam, sebaliknya membayar terus kepada peneroka.