HARAKAH bercerita tantang RASIST

Ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hwa berpendapat insiden pengetua sekolah yang bersikap rasis adalah kesan daripada doktrin politik 'Ketuanan Melayu' ciptaan Umno. Doktrin politik itu seringkali menjadi teras kepada kursus anjuran Biro Tatanegara (BTN) yang diwajibkan kepada kakitangan kerajaan dan golongan pelajar. 

Justeru, belum pun reda isu pengetua rasis yang menghina pelajar Cina dan India di Johor baru-bari ini, kini timbul pula dua lagi kes serupa, juga di Johor dan satu lagi di Melaka.
Ianya didakwa membabitkan pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abu Bakar di Muar yang telah memaksa lebih 50 pelajar bukan Islam daripada tingkatan satu hingga lima, menadah tangan serta membaca doa bersama-sama pelajar Islam semasa perhimpunan bulanan sekolah itu April lalu.

Satu lagi kes yang berlaku Julai lalu di mana seorang guru agama di Sekolah Menengah Perempuan Methodist di Tengkera, Melaka yang mengatakan pelajar Cina memakai seluar pendek kerana mahu menjual tubuh mereka. Kenyataan itu didakwa dikeluarkan guru tersebut ekoran memarahi sekumpulan remaja Melayu yang berpakaian tidak menutup aurat ketika memperagakan fesyen dalam satu aktiviti di sekolah itu.

Guru terbabit kemudiannya telah memarahi pelajar di sebuah kelas yang terdiri daripada berbilang kaum dengan menyalahkan pelajar Cina di atas perbuatan pelajar Melayu tidak menutup aurat tersebut. Kedua-dua insiden itu didedahkan Teck Hwa serta Ahli Dewan Undangan Bachang, Lim Jak Wong. 

Teck Hwa seperti lapor Suara Keadilan, telah membuat aduan kepada Jabatan Pendidikan Johor dan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong sementara pengetua tersebut hanya diberi amaran sahaja. Manakala, guru agama tersebut pula telah ditukar ke sekolah lain.
Salinan Laporan seorang pelajar di Johor.

Pendapat aku : Tak boleh la nak salahkan sesape dalam hal ni, semuanya terpulang pada individu masing2. X semua orang melayu bersifat perkauman. Cube tengok salinan report Polis tu, Tukang amik report tu pun orang melayu, tapi dia tetap layan report tu, walaupun yang datang buat report cume pelajar sekolah.

Satahu aku la, masa kursus BTN ni, motivator banyak bercakap pasal perpaduan......perpaduan.....perpaduan. x de pun bersifat perkauman. Munkin ade yang x pernah pi BTN ni tapi dengar cakap2 kosong orang then buat andaian sendiri.

Korang mesti bijak menilai, sebagai rakyat, kite berhak menentukan keamanan negara kita.

No comments:

Post a Comment