Penjawat Awam Dipaksa Hadir Di Paser Puteh & Machang

 
KOTA BHARU, 3 Julai: Mampukah Perdana Menteri berbangga dengan kehadiran seperti didakwa media harian mencecah 20,000 orang di Pasir Puteh dan Machang semalam, sedangkan sebenarnya penjawat awam dipaksa hadir?


Buktinya semua kakitangan pusat dan guru-guru diberi kad jemputan supaya hadir pada majlis bersama rakyat di Sekolah Kebangsaan Sri Aman. Dan kad jemputan tersebut perlu diserah semula sebagai rekod kehadiran.


Ramai ketika ditemui merungut kerana mereka dipaksa seperti budak-budak. Taktik serupa pernah digunakan Tun Dr Mahathir Mohamad ketika melawat Kelantan, sekarang diulang semula Datuk Seri Najib Razak.


Begitu juga program di Machang dikerah semua pelajar UiTM kampus Machang dan kakitangan awam pusat hadir pada program majlis pemimpin bersama rakyat. Pada majlis makan malam di Wisma Persekutuan pula Umno mengerahkan semua kakitangan pusat dan guru-guru yang tinggal di sekitar Kota Bharu hadir.


Jabatan kerajaan mewajibkan kakitangan yang disenarai hadir, di mana mereka juga perlu menandatangani kedatangan. Ada jabatan mengerahkan sehingga 70 kakitangan hadir. Ada juga jabatan mewajibkan sekurang-kurangnya 10 orang wakil. Imam masjid, peniaga dan pemimpin badan bukan kerajaan juga menerima surat jemputan hadir pada program berkenaan.


Wisma Persekutuan yang menempatkan semua jabatan dan agensi kerajaan pusat seolah-olah menjadi markas Umno kerana dihiasi bendera BN. Biar pun ramai dikerah hadir pada program di Sekolah Kebangsaan Sri Aman di Pasir Puteh, namun ramai pulang selepas menyerahkan kad jemputan kepada pihak urusetia.


“Saya lihat ramai pulang biar pun Perdana Menteri belum sampai. Ada yang datang ke program itu seawal jam 7 pagi.


“Ketika rombongan Datuk Seri Najib Razak sampai orang ramai yang sudah berbondong-bondong keluar dari pagar sekolah,” dakwa seorang penduduk.


Seorang bekas anggota keselamatan pula memberitahu kenyataan Perdana Menteri kononnya keluarga kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat menyertai Umno di majlis itu tidak lebih sebagai gimik politik. Katanya, orang ramai di Pasir Puteh kenal siapa Raja Abdullah Raja Mahmud yang didakwa mempunyai hubungan keluarga dengan Menteri Besar Kelantan.


“Orang itu bekas tentera dan sekarang berniaga di pasar malam. Dia mahu mengaibkan keluarga Tok Guru Nik Abdul Aziz untuk mempopularkan dirinya,” kata beliau. Adun Semerak, Wan Hassan Wan Ibrahim berkata, Raja Abdullah dan Saidi Hussin sudah beberapa kali mengisytihar menyertai Umno termasuk di Jertih, Terengganu. Katanya, mereka bukan ahli PAS, sebaliknya sebagai penyokong dari jauh dan pernah menyokong Semangat 46.


”PAS Pasir Puteh kesal kerana dia cuba mengaitkan nama Tok Guru Nik Aziz. Saya percaya kalau ada menteri lain datang dia sekali lagi akan berada di pentas bagi mengisytiharkan keluar PAS,” katanya.


Sekitar 5,000 hadir



Kata beliau juga kehadiran pada program Perdana Menteri tidak sampai 5,000 orang biar pun media harian yang dekat dengan Umno mendakwa 20,000 orang. Ketika lawatan di Pasir Puteh juga Perdana Menteri mengunjungi stesen kereta sewa.


Najib dalam ucapannya di situ mendakwa kerajaan negeri melalui Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) mahu menjual tapak perhentian teksi di Pasar Lama Pasir Puteh setelah lebih 20 tahun beroperasi.


Beliau juga berjanji menyediakan pejabat baru kepada Persatuan Pemandu Teksi Pasir Puteh. Hadir sama di majlis itu Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Ketua Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.


Mengulas isu tersebut anggota Exco kerajaan ngeri, Datuk Husam Musa berkata, kenyataan Perdana Menteri tersebut tidak berasas sama sekali. Katanya, PKINK tidak pernah menjual tapak berkenaan, bahkan disediakan percuma untuk perkhidmatan teksi di Pasir Puteh.


”Walaupun sebelum ini PKINK mengenakan sedikit bayaran tetapi kini bagi tujuan kebajikan ahli persatuan tersebut PKINK tidak mengenakan sebarang bayaran. ”Apa yang berlaku pernah ada pihak memohon membeli tapak berkenaan untuk dimajukan tetapi permohonan tersebut ditolak PKINK,” katanya di sini.


Husam yang juga Naib Presiden PAS berkata, sepatutnya sebagai seorang pemimpin negara, Perdana Menteri patut malu apabila orang ramai yang dikatakan hadir meraikan kedatangannya sebenar dipaksa hadir sehingga perlu menandatangani kedatangan.


”Amat malang lawatan yang penting itu hanya dimeriahkan kerahan secara paksa pelajar sekolah dan kakitangan kerajaan. ”Buktinya semuanya dibekalkan baju merah terlebih dahulu. Ramai menerima kad jemputan lebih awal supaya hadir di majlis tersebut,” ujarnya.

Menurutnya lebih menggelikan hati apabila bangunan kerajaan di Wisma Persekutuan dipenuhi bendera Umno dan BN.


Kata beliau ternyata kedatangan Perdana Menteri telah mencemarkan lagi konsep pemisahan antara parti dan kerajaan.

Ramai Intertektual Malaysia Hanya "CARMA" - Sasterawan Negara


Bersedia menghadapi kemungkinan ditangkap ketika hambatan terhadap penyokong BERSIH 2.0 semakin meningkat, Sasterwan Negara, Datuk A Samad Said menggesa para intelektual supaya berhenti menjadi 'carma' tetapi berani membuat pendirian terhadap kekejaman dan ketidakadilan.

Beliau mencipta istilah 'carma' itu - singkatan kepada 'cari makan' - semasa pelancaran buku kartunis dan penulis satira politik, Zunar di ibunegara malam tadi.

Beliau yang mesra dengan panggilan Pak Samad berkata penulis jarang membuat pendirian dan kebanyakan mereka adalah 'carma'.

Tegasnya, sikap mereka yang tidak bersedia membuat pendirian tersebut mengakibatkan kejahatan berkembang dan merebak.

Pak Samad kemudiannya mensasarkan kritikannya terhadap editor media arus perdana yang memburuk-burukkan perhimpunan 9 Julai anjuran BERSIH 2.0 bagi menuntut pilihan raya yang bebas dan adil.

Bagi media arus perdana, katanya, BERSIH adalah kotor.
Pak Samad berkata, beliau juga terkejut mengapa wartawan yang berpengalaman dan memenangi anugerah di sana-sini, boleh memburukkan BERSIH.

Berucap kepada kira-kira 250 hadirin yang memenuhi auditorium Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor, Pak Samad berkata beliau tahu wartawan tersebut adalah dari kumpulan 'carma'.

Bagaimanapun, katanya, nasib baik masih ada sebilangan kecil penulis yang berani membuat pendirian kerana tahu Bersih adalah bersih.

Majlis pelancaran buku Zunar itu - di mana Pak Samad dan ahli
parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar diundang sebagai tetamu khas - diadakan beberapa jam selepas polis menahan enam pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) di bawah Ordinan Darurat.

Walaupun mereka yang hadir, termasuk bekas timbalan presiden PKR, Syed Husin Ali dan anggota exco kerajaan Selangor, Elizabeth Wong, tidak berpakaian kuning, tetapi ramai yang memakai ikat tangan kuning untuk menyatakan sokongan mereka kepada BERSIH 2.0.

Seorang lelaki Cina dilihat memakai baju-T BERSIH yang diharamkan di bawah kain putih. Dia hanya menunjukkan baju-T kuning itu ketika bergambar dengan Pak Samad dan Zunar.

Inikah Bukti Suara Rakyat Didahulukan ?, Bukan Sekali Rakyat Dipermainkan.

NONEPada 29 Jun lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata adalah satu kesalahan bagi mana-mana individu yang memakai baju yang berkaitan dengan aktiviti haram.

Justeru, tangkapan ke atas mereka yang memakai baju BERSIH 2.0 oleh polis adalah betul.

"Jika kemeja-T BERSIH berhubungkait dengan aktiviti haram, maka memakainya adalah juga haram,” katanya.

Sejak pengumuman itu, beberapa wakil rakyat Pakatan dan hampir 100 orang telah telah ditangkap kerna memakai baju kuning BERSIH manakala mereka yang menjual baju berkenaan turut ditahan untuk disoal-siasat.

Malaysiakini menemui 14 orang di sekitar ibunegara untuk meninjau pandangan mereka mengenai kenyataan Hishammuddin mengenai pengharaman pemakaian baju-T kuning BERSIH itu.

Hasil tinjauan mendapati sebahagian besar daripada mereka tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan itu.
Berikut adalah pendapat mereka:

NONERodzi Baharom, 45 (arkitek):

“Selagi rusuhan masih belum berlaku, tindakan Hishammudin dilihat sebagai tidak wajar kerana perkara itu tidak mengancam (keselamatan) negara dan hanya berkaitan dengan pemakaian baju.

“Bukan baju tulis perkataan lucah. Perkara seperti ini tidak diambil perhatian (baju ada perkataan lucah). Kenapa yang berkaitan politik diambil perhatian?”

NONEMohd Zaki Mohd Simal, 19:
“Pemakaian baju-T berkenaan adalah lebih kepada kebebasan rakyat, malah perhimpunan tersebut turut disokong oleh majoriti rakyat menurut undian yang dilakukan oleh The Star. (Nota pengarang: Akhbar itu bagaimanapun membatalkan bancian itu dan mendakwa terdapat kepincangan dalam sistem undian berkenaan)

“Kalau budak-budak pakai baju BERSIH, takkan budak-budak itu hendak kena tangkap kot?” kata Zaki, yang juga mempersoalkan kebebasan untuk berpakaian.

NONELee Kah Kee, 19, pula merasakan perkara itu tidak wajar kerana baginya perhimpunan berkenaan bukanlah satu perhimpunan yang haram.

NONE Norhuda Ali, 25 mempertikaikan tindakan 'pengharaman' baju-T itu dan mempersoalkan sama ada mereka yang memakai baju berwarna kuning akan turut ditahan sama.

“Kalau pakai baju kuning keluar jalan tak kan hendak kena (tangkap) juga?” katanya.

NONEBagi Banu Priya Tiagarajan, juga 19 yang sedang menuntut di salah sebuah institusi penerbangan perhimpunan itu hanyalah sekadar untuk berhimpun bersama.
“Bagi saya itu tidak adil, pakai baju BERSIH bukan salah,” katanya.

Sahahruddin Abdul Majid 53, berkata tujuan pihak tertentu membuat perhimpunan BERSIH ini adalah dijalankan secara aman bukannya haram, sekiranya mereka tidak membuat tindakan sebegitu rakyat mungkin tidak akan tahu perkara yang kerajaan buat.NONE
"Kita tengok 4 tahun lepas mereka tidak ganggu orang (dalam demo) kenapa perlu disembur dengan air, pakai baju kuning pun tidak buat apa kesalahan.
“Jika tidak ada pembangkang, kita (rakyat) tidak tahu apa yang dilakukan oleh kerajaan,” katanya.

Tambahnya, pemakaian baju kuning tidak menganggu orang ramai tetapi logo baju tersebut mungkin menyebabkan mereka ditangkap dan didakwa oleh pihak kerajaan.

"Memang tidak salah (pakai baju-T BERSIH) dia tidak kacau orang, cuma logo yang jadi masalah, dianggap mengkritik kerajaan... Bagi kerajaan semua mereka buat betul, pihak lain tidak betul," katanya.

NONEManiammah Masilamani, 22 pula merasakan tindakan Hishammuddin sebagai tidak wajar kerana demonstrasi itu sendiri masih belum berlaku dan negara masih dalam keadaan yang aman.
“Semua kedai lepas ni tidak boleh letak (cat) warna kuning ke?” soalnya.

NONEMeghala Balasubramaniam, 29, berkata pemakaian baju-T BERSIH tidak patut diharamkan kerana ia hanya dianggap perkara lazim.

"Tidak perlu diharamkan baju BERSIH, itu hanya perkara biasa dan bukannya salah pun, kerajaan patut bertimbang rasa" katanya.

NONENuruddin Mohamad, 28, berkata baju bukanlah satu masalah tetapi kerajaan 'mengharamkan' pemakaian baju-T tersebut berkemungkinan disebabkan kebimbangan kerajaan terhadap perhimpunan yang akan berlangsung

“Tidak wajar (pengharaman), sebab itu pakaian, bukan tindakan,” katanya.

NONEGraduan lepasan Universiti Michigan, Caryn Kong, 23, berkata larangan permakaiaan baju itu tidak wajar kerana perkara itu menunjukkan pemikiran rakyat bukan di dalam negara yang sudah mencapai pembangunan.

"Saya rasa tidak wajar, kerana sampai bila mereka patut didakwa, perkara tersebut tidak akan menunjukkan rakyat dalam negara ingin membangun," katanya.

NONENamun terdapat juga kumpulan yang merasakan tindakan Hishamuddin adalah sesuatu yang wajar dengan tujuan untuk menjaga keamanan negara.
Bagi Syaza Jamaluddin, 23 berkata menerusi pengalamannya sebelum ini yang pernah menyaksikan demonstrasi, tindakan 'pengharaman' berkenaan adalah wajar.
“Kalau untuk mengelakkan berlaku rusuhan lagi memang wajarlah (pengharaman t-shirt BERSIH),” katanya.

Bagi pegawai bank, Nurhusna Abu Mansor, 29, tindakan tersebut wajar dilakukan sebelum huru-hara berlaku di dalam negara yang disebabkan oleh perhimpunan tersebut.
“Kalau benda itu menimbulkan huru-hara, wajarlah (pengharaman t-shirt),” katanya.

NONEMuhd Syahril Syarifudin 26, pula bersetuju dengan tindakan pihak berkuasa membuat tangkapan dan rampasan ke atas mereka yang memakai dan memiliki baju-T BERSIH 2.0 sekiranya perkara itu menunjukkan ia didalangi sesebuah parti politik.
"Rampaslah t-shirt tu sekarang, kalau itu merupakan simbol dari parti mereka sendiri," kata Syahril.

Namun, beliau meluahkan rasa tidak senang dengan iklim politik yang berlaku sekarang kerana kekecohan ditimbulkan hanya dengan warna baju yang dipakai oleh seseorang.

NONERoslan Mohamad 25, berkata sekiranya mereka yang memakai baju-T BERSIH membuat kekecohan, mereka memang patut ditangkap.
"Kalau mereka pakai baju-T BERSIH berwarna kuning tu, buat kecoh memang bolehlah ditangkap" katanya.

Tambahnya lagi, perhimpunan BERSIH yang akan diadakan 9 Julai ini adalah satu cara pihak penganjur untuk menyatakan hasrat mereka kepada kerajaan.

"Mereka nak memimpin dalam kerajaan, tetapi mereka tidak boleh bersuara," katanya.

Sejak pengumuman Hishamuddin Rabu lalu, polis terus menghambat penyokong BERSIH 2.0. Setakat ini tidak kurang tujuh wakil rakyat Pakatan juga telah ditangkap.
Antara mereka adalah ADUN Lukut Ean Yong Ting Sin, ADUN Bahau Teo Kok Seong, ahli parlimen Gopeng Dr Lee Boon Chye , ADUN Simpang Pulai Chan Ming Kai, ADUN Jalong Leong Mei Ming dan ADUN Teja Chang Lih Kang dan ahli parlimen Sungai Siput Dr D Jeyakumar.

Erti Halal Dalam Perspektif Saintifik - Bersyukurlah Kita


"Apabila alat sulit lelaki menyentuh alat sulit wanita......................."


Seorang remaja yang telah insaf dan berazam tidak mahu lagi bergelumang maksiat menghadapi trauma apabila diperkosa lelaki tidak dikenalinya.

Akibat perbuatan lelaki buas itu, Aleena, 21, (bukan nama sebenar) kini mengandung lima bulan dan bakal melahirkan anak tanpa ayah tidak lama lagi.

“Saya akui sebelum ini saya seorang remaja liar dan sentiasa bergelumang maksiat.
  
“Tapi itu dulu. Ketika saya masih mentah dan belum kenal erti kehidupan.

“Ketika itu saya tak tahu apa-apa. Naluri muda saya sentiasa panas. Nafsu saya sentiasa membara. Teman lelaki bersilih ganti,” kata Aleena sambil menitiskan air mata.

Tanpa berselindung, gadis berkulit hitam manis itu mengakui  beberapa kali terlanjur dengan teman lelakinya. Bukan seorang. Tapi ramai. Aleena sendiri tidak pasti berapa lelaki pernah menidurinya.

“Sekarang saya sudah insaf. Saya benar-benar taubat!” rintihnya.

Keinsafan Aleena datang secara mendadak. Semuanya tidak dirancang. Suatu malam ketika sedang berehat di biliknya akibat keletihan selepas berpele­seran bersama teman lelakinya, tiba-tiba Aleena terdengar ceramah agama di corong radio dari bilik ibunya.

Aleena tidak pasti nama ustaz yang menyampaikan ceramah itu. Tapi ungkapannya sungguh menyentuh kalbu. Suara ustaz itu sungguh lembut menusuk jantungnya.

Antara kata-kata ustaz yang sangat berkesan dalam hati Aleena ialah: “Apabila alat sulit lelaki menyentuh alat sulit wanita secara haram, maka diharamkannya masuk syurga selagi dia tidak bertaubat.”

Kata-kata itu amat mengejutkan Aleena. Seram bulu romanya. Ya Allah, selama ini berulang kali aku serahkan tubuhku untuk diratah teman lelaki. Telah beberapa kali aku merelakan alat sulit teman lelakiku menyentuh alat sulitku…

Ketika jiwa sedang gementar itu Aleena terdengar ustaz itu berkata: “Jika alat sulit lelaki itu membenam dalam alat sulit wanita secara haram, maka tercabutlah semua amalannya…”

Ketika itulah dia terbayang azab neraka. Terbayang kegelapan di dalam kubur. Terbayang ular dan lipan besar  meratah mayatnya dalam liang lahad. Terbayang soalan Malaikat Munkar Nakir yang bengis…

Jiwanya semakin menggeletar. Nafsu­nya mengecut dan nafasnya berdenyut kencang. Dia terasa nyawanya seakan-akan tercabut ketika itu.

Perlahan-lahan Aleena sujud sambil menyebut nama Allah. Dia menadah tangan bersama deraian air mata merayu ihsan Allah.

“Ya Allah, berilah aku peluang mem­betulkan diri. Janganlah cabut nyawaku lagi. Aku berjanji menjadi insan yang baik. Insan yang melakukan ibadah dan meninggalkan semua perkara keji.

“Ya Allah, pada malam ini aku berikrar akan meninggalkan semua perbuatan terkutuk yang pernah aku lakukan selama ini. Sesungguhnya pada malam ini…dan saat ini…aku melafazkan taubat kepada­Mu…


“Tuhanku, terimalah taubatku… bimbinglah aku ke jalan benar. Isikanlah jiwaku dengan amal kebajikan…dan buangkan semua nafsu syaitan yang bersarang dalam diriku selama ini…”

Keesokannya Aleena bangun dengan azam membina kehidupan baru. Mahu belajar ilmu agama. Mahu meninggalkan semua perbuatan keji.

Aleena berharap dunia baru itu menjanjikan kehidupan serba indah. Malangnya, Allah masih menguji kesaba­rannya.

Malam itu, ketika keluar dari sebuah restoran selepas membeli makanan, tiba-tiba langkah Aleena dihalang. Sebuah kereta menghimpitnya.

Seorang lelaki berusia 30an keluar dari kereta sambil menghunus pisau: “Jangan menjerit jika mahu selamat!”

Aleena panik. Lelaki berjaket hitam itu mengarahkan Aleena ke kereta. Pintu depan kereta dibuka dan dengan cepat tubuhnya ditolak ke dalam.

Lelaki itu memecut laju membawa Aleena ke sebuah hutan jauh dari bandar.

Di sebuah rumah kosong di hutan itu Aleena diugut. “Buka pakaian cepat!”

“Jangan buat saya begini. Saya sudah insaf…saya sudah bertaubat!” Aleena cuba melawan bersama tangisan.

“Jangan kau fikir aku tak kenal siapa kau, Cik Aleena. Kau ingat kau baik sangat? Kau ingat kau wanita suci?” sindir lelaki itu sambil ketawa.

Dengan rakus lelaki itu merentap pakaian Aleena, satu persatu, sehingga akhirnya Aleena lemas diperlakukan seperti haiwan.

“Selepas puas meratah tubuhku, lelaki itu menghantar saya ke stesen bas dan dia terus menghilangkan diri,” cerita Aleena bersama sendu pilu.   

Setelah kandungannya berusia tiga bulan dia menceritakan perkara sebenar kepada keluarganya.

“Mulanya keluarga tidak percaya, tapi bila saya bersungguh-sungguh mencerita­kan apa yang berlaku barulah mereka yakin apa yang menimpa saya.

“Keluarga kemudian membuat laporan polis, namun sampai sekarang jejak lelaki itu tidak dapat dikesan kerana saya  memang tidak mengenalinya.

 “Setelah kandungan berusia empat bulan keluarga menghantar saya ke  Kem Modal Insan (KEWAJA) Gombak, Se­langor.

“Saya yakin apa yang berlaku itu satu ujian Allah mahu menguji keimanan saya,” kata Aleena pasrah.

Cuma Aleena amat kesali, setelah bertaubat mahu menjadi insan solehah, ketika itulah dia didera seperti binatang.

“Kukira selepas insaf dapat aku abdikan diri kepada Allah, namun semuanya hancur berkecai oleh sikap lelaki durjana…” rintihnya.