"Apabila alat sulit lelaki menyentuh alat sulit wanita......................."


Seorang remaja yang telah insaf dan berazam tidak mahu lagi bergelumang maksiat menghadapi trauma apabila diperkosa lelaki tidak dikenalinya.

Akibat perbuatan lelaki buas itu, Aleena, 21, (bukan nama sebenar) kini mengandung lima bulan dan bakal melahirkan anak tanpa ayah tidak lama lagi.

“Saya akui sebelum ini saya seorang remaja liar dan sentiasa bergelumang maksiat.
  
“Tapi itu dulu. Ketika saya masih mentah dan belum kenal erti kehidupan.

“Ketika itu saya tak tahu apa-apa. Naluri muda saya sentiasa panas. Nafsu saya sentiasa membara. Teman lelaki bersilih ganti,” kata Aleena sambil menitiskan air mata.

Tanpa berselindung, gadis berkulit hitam manis itu mengakui  beberapa kali terlanjur dengan teman lelakinya. Bukan seorang. Tapi ramai. Aleena sendiri tidak pasti berapa lelaki pernah menidurinya.

“Sekarang saya sudah insaf. Saya benar-benar taubat!” rintihnya.

Keinsafan Aleena datang secara mendadak. Semuanya tidak dirancang. Suatu malam ketika sedang berehat di biliknya akibat keletihan selepas berpele­seran bersama teman lelakinya, tiba-tiba Aleena terdengar ceramah agama di corong radio dari bilik ibunya.

Aleena tidak pasti nama ustaz yang menyampaikan ceramah itu. Tapi ungkapannya sungguh menyentuh kalbu. Suara ustaz itu sungguh lembut menusuk jantungnya.

Antara kata-kata ustaz yang sangat berkesan dalam hati Aleena ialah: “Apabila alat sulit lelaki menyentuh alat sulit wanita secara haram, maka diharamkannya masuk syurga selagi dia tidak bertaubat.”

Kata-kata itu amat mengejutkan Aleena. Seram bulu romanya. Ya Allah, selama ini berulang kali aku serahkan tubuhku untuk diratah teman lelaki. Telah beberapa kali aku merelakan alat sulit teman lelakiku menyentuh alat sulitku…

Ketika jiwa sedang gementar itu Aleena terdengar ustaz itu berkata: “Jika alat sulit lelaki itu membenam dalam alat sulit wanita secara haram, maka tercabutlah semua amalannya…”

Ketika itulah dia terbayang azab neraka. Terbayang kegelapan di dalam kubur. Terbayang ular dan lipan besar  meratah mayatnya dalam liang lahad. Terbayang soalan Malaikat Munkar Nakir yang bengis…

Jiwanya semakin menggeletar. Nafsu­nya mengecut dan nafasnya berdenyut kencang. Dia terasa nyawanya seakan-akan tercabut ketika itu.

Perlahan-lahan Aleena sujud sambil menyebut nama Allah. Dia menadah tangan bersama deraian air mata merayu ihsan Allah.

“Ya Allah, berilah aku peluang mem­betulkan diri. Janganlah cabut nyawaku lagi. Aku berjanji menjadi insan yang baik. Insan yang melakukan ibadah dan meninggalkan semua perkara keji.

“Ya Allah, pada malam ini aku berikrar akan meninggalkan semua perbuatan terkutuk yang pernah aku lakukan selama ini. Sesungguhnya pada malam ini…dan saat ini…aku melafazkan taubat kepada­Mu…


“Tuhanku, terimalah taubatku… bimbinglah aku ke jalan benar. Isikanlah jiwaku dengan amal kebajikan…dan buangkan semua nafsu syaitan yang bersarang dalam diriku selama ini…”

Keesokannya Aleena bangun dengan azam membina kehidupan baru. Mahu belajar ilmu agama. Mahu meninggalkan semua perbuatan keji.

Aleena berharap dunia baru itu menjanjikan kehidupan serba indah. Malangnya, Allah masih menguji kesaba­rannya.

Malam itu, ketika keluar dari sebuah restoran selepas membeli makanan, tiba-tiba langkah Aleena dihalang. Sebuah kereta menghimpitnya.

Seorang lelaki berusia 30an keluar dari kereta sambil menghunus pisau: “Jangan menjerit jika mahu selamat!”

Aleena panik. Lelaki berjaket hitam itu mengarahkan Aleena ke kereta. Pintu depan kereta dibuka dan dengan cepat tubuhnya ditolak ke dalam.

Lelaki itu memecut laju membawa Aleena ke sebuah hutan jauh dari bandar.

Di sebuah rumah kosong di hutan itu Aleena diugut. “Buka pakaian cepat!”

“Jangan buat saya begini. Saya sudah insaf…saya sudah bertaubat!” Aleena cuba melawan bersama tangisan.

“Jangan kau fikir aku tak kenal siapa kau, Cik Aleena. Kau ingat kau baik sangat? Kau ingat kau wanita suci?” sindir lelaki itu sambil ketawa.

Dengan rakus lelaki itu merentap pakaian Aleena, satu persatu, sehingga akhirnya Aleena lemas diperlakukan seperti haiwan.

“Selepas puas meratah tubuhku, lelaki itu menghantar saya ke stesen bas dan dia terus menghilangkan diri,” cerita Aleena bersama sendu pilu.   

Setelah kandungannya berusia tiga bulan dia menceritakan perkara sebenar kepada keluarganya.

“Mulanya keluarga tidak percaya, tapi bila saya bersungguh-sungguh mencerita­kan apa yang berlaku barulah mereka yakin apa yang menimpa saya.

“Keluarga kemudian membuat laporan polis, namun sampai sekarang jejak lelaki itu tidak dapat dikesan kerana saya  memang tidak mengenalinya.

 “Setelah kandungan berusia empat bulan keluarga menghantar saya ke  Kem Modal Insan (KEWAJA) Gombak, Se­langor.

“Saya yakin apa yang berlaku itu satu ujian Allah mahu menguji keimanan saya,” kata Aleena pasrah.

Cuma Aleena amat kesali, setelah bertaubat mahu menjadi insan solehah, ketika itulah dia didera seperti binatang.

“Kukira selepas insaf dapat aku abdikan diri kepada Allah, namun semuanya hancur berkecai oleh sikap lelaki durjana…” rintihnya.

No comments:

Post a Comment