TAHNIAH kepada semua pemain Malaysia yang bekerja keras untuk memenangi pusingan pertama menentang Indonesia di Bukit Jalil.Pujian harus diberikan kepada pasukan kita secara amnya dan khusus kepada Salee (pemegang jersi no. 10). Harapan kami rakyat Malaysia, kejayaan ini akan dapat diulang pada pusingan kedua yang akan berlangsung di Indonesia.
Namun, ade berita yang tidak berapa menyenangkan iaitu penjaga gol Indonesia telah "ditembak" denagn laser dari 5 sudut. Isu ini telah dibangkitkan oleh Indonesia dan digunakan sebagai tiket kekalahan mereka. Ini terjadi mungkin kerana kedudkan penyokong Malaysia yang berhadapan dengan penjaga gol negara itu.
Pada masa yang sama, media Indonesia telah menyemarakkan lagi isu ini denagn menerbitkan artikel berbunyi :
"Di Malaysia laser, di Indonesia nanti apa?"
Jika diteliti, seperti Indonesia mungkin akan menuntut bela ke atas apa yang berlaku di Bukit Jalil semalam. Diharap rakyat Malaysia berdoa agar kita beroleh kejayaan dan di elakkan musibah di hari perlawanan nanti. InsyaAllah.
Dalam pada itu, berlaku kekecohan di stadium Bung Karno, Indonesia dimana sebilangan penyokong Indonesia membuat rusuhan dan merosakkan harta stadium atas rasa tidak puas hati tentang penjualan tiket perlawanan Malaysia Indonesia nanti, sejajar denagn itu, AFF memberi amaran kepada Persekutuan Sepak Bola Indonesia (PSBI)bahawa pertandingan akhir kedua mungkin akan dipindahkan ke tempat lain.
No comments:
Post a Comment