Kes ADUN Pelabuhan Klang : Pencabulan Akta Atau ?????

 ADUN Pelabuhan Klang : Badrul Hisham Abdullah

SHAH ALAM 18 Feb. - Badrul Hisham Abdullah kekal sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang apabila Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan permohonannya untuk mendapatkan deklarasi beliau masih wakil rakyat kawasan itu yang sah.

Hakim Datuk Zaleha Yusof memutuskan demikian di kamar beliau di sini selepas selesai mendengar hujahan kedua-dua pihak berhubung saman pemula Badrul Hisham terhadap Speaker DUN Selangor, Datuk Teng Chang Kim yang mengisytiharkan kekosongan kerusi DUN itu berkuat kuasa 16 Januari lalu.

Dalam keputusannya, hakim berkenaan turut menolak permohonan Chang Khim untuk mengetepikan saman pemula tersebut dan memerintahkan beliau membayar kos sebanyak RM40,000. [Teruskan membaca]

 Mahkamah Malaysia : Undang-undang harus ditegakkan

SHAH ALAM, 18 Feb – Tindakan Mahkamah Tinggi Sivil Shah Alam menolak permohonan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Datuk Teng Chang Khim dengan mengenepikan saman pemula terhadap ADUN Pelabuhan Klang merupakan “hari gelap” sistem perundangan negara.


Justeru, keputusan pendengaran yang dibuat tanpa kehadiran peguam defenden dianggap terburu-buru seraya mengenepikan hak untuk didengari.Bercakap kepada pemberita pada sidang media lewat petang tadi, Teng menyifatkan keputusan tersebut adalah tidak adil atas kapasiti beliau sebagai Speaker DUN Selangor yang mempunyai imuniti penuh terhadap saman dan mahkamah.

“Saya boleh katakan, keadilan yang tergesa-gesa adalah keadilan yang terkubur dan saya rasa dalam kes ini keadilan telah dikuburkan.“Mahkamah harus sedar ini adalah kes melibatkan perlembagaan, Dewan Negeri dan Speaker. Ini bukan kes Tom dan Jerry. Saya tidak nampak mengapa mahkamah harus sangat tegas. Dunia akan ketawakan kita. Badan kehakiman apa yang kita ikut?” tegas Teng.

 Puan Hakim : Datuk Zaleha Yusof

Sebelum itu, Hakim Datuk Zaleha Yusof menolak permohonan Teng di Mahkamah Tinggi untuk mengenepikan saman pemula Badrul Hisham Abdullah.Zaleha turut membenarkan permohonan Badrul dalam deklarasi satu bahawa beliau masih lagi ADUN Pelabuhan Klang yang sah.

Teng kemudiannya diarahkan untuk membayar dengan kos sebanyak RM40,000 atas tindakkan mengisytiharkan kekosongan kerusi DUN berkenaan pada 19 Januari lalu.Teng sebelum itu menjelaskan kepada media bahawa peguamnya, Tommy Thomas telah memohon kepada mahkamah pada 11 Februari lalu untuk menangguhkan pendengaran hari ini kerana terpaksa menghadiri perbicaraan di Mahkamah Tinggi Johor Bharu.

Susulan itu menurutnya, peguam beliau telah menerima surat daripada mahkamah yang menolak permohonan penangguhan tersebut tiga hari kemudian.“Bayangkan kita telah memberitahu mahkamah bahawa peguam akan berada di Mahkamah Johor Bharu pada 16 hingga 18 dan kami minta menangguhkan pendengaran yang ditetapkan pada 17 Februari. Mereka setuju menangguhkan tapi dibawa kepada 18 Feb juga tidak dapat dihadiri peguam saya,” jelas Teng lagi.

Walaubagaimanapun menurut Teng, peguam beliau telah menghantar wakil untuk memohon penangguhan sesi pendengaran hari ini ditolak termasuk permohonan mendapatkan peguam baru.Teng berkata mahkamah tidak seharusnya meneruskan pendengaran tanpa pengurusan kes yang betul.“Sebenarnya pada 14 Februari kami menerima afidavit daripada plantif dan kami mahu menjawab untuk afidavit. Berdasarkan undang-undang mahkamah tinggi, kami ada 14 hari untuk menjawab,” ujar beliau.

Jelas Teng lagi, jika Speaker boleh diperlekehkan oleh sistem kehakiman maka tidak mustahil rakyat boleh ditindas sewenang-wenangnya di dalam mahkamah.Menurut Teng, beliau akan mengarahkan anak guamnya untuk menfailkan permohonan minggu hadapan untuk menangguhkan keputusan itu.

Beliau sekali lagi menegaskan bahawa speaker ada kekebelan daripada cubaan untuk didakwa di mahkamah berdasarkan Artikel 72, Perlembagaan Persekutuan.Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor akan bersambung pada 28 Mac depan.

Perlembagaan dengan jelas mencatatkan berikut:

Perkara 72. Keistimewaan Dewan Undangan.

(1) Kesahan apa-apa prosiding di dalam Dewan Undangan mana-mana Negeri tidaklah boleh dipersoalkan di dalam mana-mana mahkamah.

(2) Tiada seorang pun boleh dikenakan apa-apa prosiding di dalam mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa jua yang dikatakan atau apa-apa undi yang diberikan olehnya semasa mengambil bahagian dalam prosiding Dewan Undangan mana-mana Negeri atau prosiding mana-mana jawatankuasanya.

(3) Tiada seorang pun boleh dikenakan apa-apa prosiding di dalam mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa jua yang disiarkan oleh atau di bawah kuasa Dewan Undangan mana-mana Negeri.

(4) Fasal (2) tidaklah terpakai bagi mana-mana orang yang dipertuduh atas suatu kesalahan di bawah undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen di bawah Fasal (4) Perkara 10 atau atas suatu kesalahan di bawah Akta Hasutan 1948 sebagaimana yang dipinda oleh Ordinan No. 45 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1970

No comments:

Post a Comment