Isu Pemerkosaan Amah Indonesia : Surat Dari Rubingah

Surat tersebut dikatakan telah ditulis sendiri oleh amah yang mendakwa dirogol oleh salah seorang menteri Malaysia. dan menteri tersebut telahpun menafikan tuduhan ke atas beliau. Pada kami kesahihan surat di atas patut di ragui atas sebab :
1. Jika dia dirogol, kenapa laporan polis tak dibuat atau munkin takut jadi macam Altantuya.
2. Jika benar tuduhan amah tersebut, kenapa si menteri tak pun buat laporan polis.


Tuduhan rogol bukan satu kes yang kecil, ia bole melibatkan maruah negara. Dahla Malaysia pernah tercalar imejnya berikutan kes Altantuya.

15 Mac 2011 : Facebook Akan Ditamatkan Operasinya

"Facebook kini telah didapati di luar kawalan," kata Zuckerberg dalam sidang akhbar di luar pejabatnya Palo Alto, "dan stress pengurusan syarikat ini telah menghancurkan hidup saya.  Saya harus mengakhiri semua kegilaan ini. "

Zuckerberg terus menjelaskan bahawa mulai 15 Mac, pengguna tidak lagi dapat mengakses
akaun Facebook mereka.

"Selepas 15 Mac website Facebook akan ditutup sepenuhnya," kata Avrat Humarthi, Naib Presiden Teknik Negeri di Facebook. "Jadi, jika anda ingin melihat gambar anda lagi, saya cadangkan anda memuat turun dari internet sekarang.  Anda tidak bole berbuat demikian selepas website Facebook dihentikan sepenuhnya. "

Zuckerberg mengatakan bahawa keputusan untuk menutup untuk sukar, tapi dia tidak berfikir pengguna akan kecewa.
"Secara peribadi saya tidak berfikir itu merupakan masalah besar," katanya dalam sebuah wawancara telefon peribadi. "Dan secara jujur, saya pikir itu adalah lebih baik. Tanpa Facebook, pengguna akan keluar dan menjalinkan hubungan secara bersemuka.  Itu selalu hal yang baik. "

Beberapa pengguna sangat marah dan kecewa setelah mendengar berita yang mengejutkan ini.

"Apa yang saya lakukan tanpa Facebook?" Kata Denise Bradshaw, seorang pelajar SMA dari Indiana. "Hidup saya bersama website ini. Saya melayari Facebook  sekurang-kurangnya 10 jam sehari. Sekarang apa yang akan saya lakukan dengan semua masa tersebut? "
Namun, ibubapa di seluruh negeri berasa lega dengan keputusan tersebut.

"Saya bersyukur mimpi buruk bersama Facebook telah sampai ke penghujungnya," kata Jon Guttari, bapa tunggal dari Detroit. "Sekarang wajah remaja saya tidak akan terpaku pada skrin komputer sepanjang hari.  Mungkin saya boleh berkomunikasi denagn sidia secara bersemuka. "
Mereka di sektor kewangan mengkritik hebat Zuckerberg kerana menarik diri dari perniagaan yang berbillion dollar nilainya. Facebook ketika ini menduduki tangga tertinggi untuk sebagai salah satu perniagaan yang terkaya di dunia, dengan pakar ekonomi menganggarkan bernilai sekitar 7,9 bilion.

Namun Zuckerberg tetap tenang menghadapi kritikan itu. Beliau berkata ia tidak akan berganjak dan akan berdiri teguh dengan keputusannya untuk menghentikan operasi Facebook.

"Saya tidak peduli tentang wang," kata Zuckerberg. "Saya hanya ingin kehidupan saya kembali seperti sebelumnya."
Facebook Corporation menyarankan agar seluruh pengguna memadam semua maklumat peribadi mereka dari laman web sebelum 15 Mac. Setelah tarikh itu, semua foto, nota, link, dan video akan secara kekal terpadam.

Dipetik dari : weeklyworldnews.com

Bismillah 6 : Bacaan, Fadhilat & Cara

Fadhilat :
  • Makbul segala hajat dan cita-cita.
  • Luas rezkinya.
  • Jika ditiup kpd perempuan nescaya kasih ia kepada kita.
  • Menang dalam peperangan.
  • Penerang hati.
  • Diajuhkan dari segala penyakit.
  • Dibaca 70 kali tiap-tiap hari aman dari ancaman raja-raja dan pembesar yang zalim yang hendak membunuhnya.
  • Dibaca ditempat yahng suci nescaya dapat melihat malaikat, jin dan syaitan.
  • Dibaca dimalam jumaat 20 kali boleh melihat orang didalam kubur.
  • Aman daripada binatang2 buas.
  • Air laut menjadi tawar.
  • Terlepas daripada terkena bunuh juka dibaca kepada tubuh badan.
  • Jika ditulis dan dijadikan azimat atau dibaca pada sawah aman daripada ancaman babi, tikus atau burung.
  • Terselamat daripada bahaya musuh dan seteru.
  • Terselamat dari karam dilaut.
  • Jika dibaca pada minyak malam jumaat tiga kali boleh memudahkan perempuan beranak jika meminumnya.
  • Orang yang pekak jika dibaca pada telinganya selam 7 hari nescaya mendengar.
  • Orang gila atau yang dirasuk oleh iblis apabila dibaca ditelinga tiga kali insyaallah lari iblisnya.
  • Boleh tawarkan segala jenis bisa termasuk bisa sengat binatang seperti lebah, ular dan ikan.
  • Boleh tawarkan segala jenis racun dan santau, seperti yang diperbuat daripada miang rebung, ulat buku mati beragan, hempedu katak dan sebagainya.
  • Terkeluar daripada penjara apabila dibaca bersungguh-sungguh.
  • Dijadikan jampi untuk menghalau jin dan syaitan.
Cara untuk merawat pesakit yang menderita kerana perkara diatas; 

Letakkan tangan ditempat yang sakit, tahan nafas dan baca al-Fathihah dan juga ayat Bismillah Enam ini. Tiup tempat tersebut dah urut sedikit. Baca juga ayat ini pada air untuk disapukan pada tempat yang sakit dan untuk di minum. Angin akan keluar darpi pesakit dan diikuti oleh muntah, insyaallah.

Doa ini juga boleh digunakan kepada binatang yang termakan rumput yang diracun atau yang dipatuk ular. Kaedah rawatannya adalah dengan memberi makan rumput dan meminum air yang telah dibacakan dengan doa diatas.

AMAL LAH BISMILLAH ENAM INI KERANA IANYA MENJADIKAN SEGALA JENIS RACUN AKAN TAWAR DAN TIDAK MEMBERI MUDHARAT KEPADA PENGAMAL KALAU TERMINUM. GELAS YANG MENGANDUNGI RACUN AKAN PECAH KALAU DIPEGANG OLEH PENGAMAL BISMILLAH ENAM. INSYAALLAH.

Kronologi Pelantikan SUK Selangor


26 Oktober 2010
PSM memberi Nota Amalan kepada Dato’ Menteri Besar tentang prosedur  pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri. Nota ini menyatakan bahawa:

i)   Suruhunjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan menghantar senarai calon yang difikirkan layak ( Gred 54 ke atas ) kepada Menteri Besar.
ii)  Menteri Besar kemudiannya memilih calon atau calon-calon yang
sesuai dan menyerahkan senarai pendek kepada DYMM Sultan Selangor.
iii) Setelah Tuanku berkenan memilih nama yang dicadangkan MB akan menyerahkan semula nama tersebut kepada SPA untuk tujuan penyediaan dokumentasi lantikan.

26 Oktober 2010
Pusat Sumber Manusia memberi nota amalan kepada Pejabat Dato’ Menteri Besar tentang prosedur pelantikan Setiausaha Kerajaan yang baharu dan menyenaraikan 8 nama  yang dicalonkan untuk pelantikan.

8 November 2010
Pejabat Menteri Besar  menubuhkan Jawatankuasa Pemilihan untuk memilih calon yang paling layak daripada 8 nama pegawai yang telah dicadangkan.

22 November 2010.
Jawatankuasa memulakan proses menemubual semua calon .

1 Disember 2010.
Mesyuarat EXCO bersidang. Dato’ Ramli Mahmud tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai pelantikan Setiausaha Kerajaan yang akan menggantikan beliau.

2 Disember 2010
Mesyuarat MTES bersidang Dato’ Ramli tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai perlantikan setiausaha kerajaan yang akan mengganti beliau.

3 Disember 2010
Jawatankuasa telah memaklumkan kepada pejabat Dato’ Menteri Besar bahawa 3 nama telah dipilih untuk dilantik serta memberitahu bahawa 2 calon tidak mahu mengambil bahagian

8 Disember 2010
Mesyuarat EXCO bersidang. Dato’ Ramli Mahmud tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai perlantikan setiausaha kerajaan yang akan mengganti beliau.

9 Disember 2010
Mesyuarat MTES bersidang Dato’ Ramli tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai perlantikan setiausaha kerajaan yang akan mengganti beliau.

15 Disember 2010
Mesyuarat EXCO bersidang. Dato’ Ramli Mahmud tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai perlantikan setiausaha kerajaan yang akan menggantikan beliau.

16 Disember 2010
2pm: Mesyuarat MTES bersidang Dato’ Ramli tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai perlantikan setiausaha kerajaan yang akan menganti beliau.
9pm: Majlis Persaraan untuk Dato’ Ramli Mahmud dan dihadiri oleh Dato’ Menteri Besar serta Setiausaha Politik. Dato’ Ramli tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai perlantikan setiausaha kerajaan yang akan mengganti beliau

17 Disember 2010
Dato’ Menteri Besar menulis surat kepada Istana untuk memaklumkan DYMM Sultan Selangor tentang prosedur pemilihan yang dijalankan Kerajaan Negeri dan tiga calon akhir telah dipilih dan Dato’ Menteri Besar terbuka untuk mengadakan perbincangan dengan DYMM Sultan untuk pandangan dan nasihat. Ini selepas pemeriksaan teliti terhadap tiga calon ini.

20 Disember 2010
Dato’ Menteri Besar menulis surat kepada Pusat Sumber Manusia  untuk memaklumkan Menteri Besar telah menghantar tiga nama calon kepada DYMM Sultan Selangor dan belum menerima maklum balas. Surat berkenaan juga memberitahu Dato’ Menteri Besar akan bercuti sehingga 30 Disember dan sebarang pengumuman mengenai Setiausaha Kerajaan Negeri perlu dirujuk kepada Menteri Besar.

21 Disember 2010
Istana  menerusi Setiausaha Sulit kepada DYMM Sultan Selangor, Dato’ Muhamad Munir Bani menulis surat kepada Setiausaha Sulit kepada Dato’ Menteri Besar, Haji Mustapha.  Bersama surat itu dilampirkan surat bertarikh 10 Disember 2010 yang dialamatkan kepada Dato’ Ramli Mahmud sebagai balasan surat yang dihantar Dato’ Ramli bertarikh 3 Disember. Surat 3 Disember itu memaklumkan kepada DYMM Sultan Selangor tiga calon yang layak. Manakala surat 10 Disember memaklumkan kepada Dato’ Ramli bahawa DYMM Sultan Selangor telah berkenan dengan pelantikan Dato’ Muhamad Khusrin Munawi. Surat itu juga menyatakan Dato’ Ramli boleh membuat pengumuman pada 16 Disember 2010.


24 Disember 2010
Pejabat Menteri Besar menjawab surat bertarikh 21 Disember dari Dato’ Mohamad Munir bahawa Dato’ Menteri Besar tidak pernah diberitahu keputusan yang telah dibuat bertarikh 10 Disember 2010 itu. Sehubungan itu, Pejabat Menteri Besar memohon perkenan untuk mengadap DYMM Sultan untuk perbincangan.

27 Disember 2010
Dato’ Menteri Besar menerusi surat memohon untuk menghadap DYMM Sultan untuk perbincangan.

3 Januari 2011
Dato’ Menteri Besar menghadap DYMM Sultan Selangor. Dato’  Menteri Besar juga menulis kepada SPA menyatakan Kerajaan Negeri menolak pelantikan Dato’ Mohamad Khusrin dan tidak mengadakan majlis angkat sumpah menyimpan rahsia sehingga perkara ini selesai.

4 Januari 2011
Pejabat Dato’ Menteri Besar menulis surat kepada DYMM Sultan memohon supaya majlis angkat sumpah ditangguhkan sehingga Kerajaan Negeri dan SPA menyelesaikan perkara ini.

6 Januari 2011
Dato’ Menteri Besar dan barisan Exco hadir ke majlis angkat sumpah di Istana Bukit Kayangan sebagai taat setia dan kasih kepada DYMM Sultan dan DYTM Raja Muda tetapi tetap tidak menerima pelantikan Dato’ Mohamad Khusrin.

Dikeluarkan oleh
SEKRETARIAT AKHBAR KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Pepijat Alaf :

Selangor adalah sebuah negeri yang paling maju dalam Malaysia dan kekayaan ini dicemburui negeri lain. Jatuhnya Selangor kepada Pembangkang (Kerajaan Selangor sekarang) unpama pecahnya geluk air bagi kerajaan pusat.

Atas dasar ini, Selangor tidak pernah sunyi di hujani dengan kontroversi dan serangan dari pelbagai sudut, namun kita sebagai rakyat dan penduduk Selangor seharusnya bangga punyai pemimpin yang boleh di harap seperti Tan Sri Khalid Ibrahim. Tahniah.

Banyak yang kita dapat dari pemerintahan beliau, air percuma, TAWAS, dan banyak lagi. Di bawah pemerintahan beliau juga, jumlah pungutan LZS disalurkan kepada yang berhak. 

Inilah pemerintahan yang kita impikan. Generasi sekarang sudah bijak menilai, mereka tidak sahaja mengharap TV dan Surat Khabar untuk mengetahui berita sebenar malah 75% belia negara berjaya menilai dan merungkai sesuatu berita. 

Pasti satu hari nanti, selangor dan Malaysia akan bertemu dengan "Turning Point" nya, dimana tampok pimpinan, cara perintahan, pemerintah semuanya menggunakan pendekatan baru. Bukan hanya bergantung kepada seniority tetaip kemampuan akademik.