Orang Awam Sebagai PERISAI : Tentara Gaddafi Tukar Strategi

 NAPLES - Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) amat berhati-hati dalam melancarkan serangan udara di Libya selepas tentera pemerintah mula menggunakan orang awam sebagai perisai manusia, kata timbalan komander bagi operasi pakatan berkenaan semalam.

"Tentera Libya beralih kepada taktik peperangan tidak konvensional seperti berada dalam barisan kenderaan awam dan menggunakan orang awam sebagai perisai manusia untuk meneruskan kemaraan mereka," kata pegawai itu, Laksamana Muda, Russell Harding dalam satu sidang media di sini. "Tentera NATO amat berhati-hari untuk mengelakkan kecederaan kepada orang awam yang berada dekat dengan lokasi pertempuran dan kerap kali, situasi itu merupakan taktik tentera Libya," tambahnya.

Menurutnya, mandat bagi melindungi orang awam dalam situasi itu adalah lebih mencabar kerana resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tidak membenarkan tentera darat digunakan bagi tujuan tersebut. "Oleh kerana kami dilarang menggunakan angkatan darat, peranan kami untuk melaksanakan tugas tersebut (melindungi orang awam Libya) agak terbatas.

"Namun, ia bukan bermakna kami tidak mempunyai tekad dan senjata untuk bertindak bagi menghentikan kezaliman tersebut," katanya. Beliau memberitahu, tentera Libya yang menggunakan taktik baru itu sedang bergerak ke timur menuju ke Ajdabiya sekali gus mengancam bandar minyak tersebut dan bandar Benghazi yang menjadi kubu kuat pemberontak.

"Sebagai tindak balas NATO melancarkan serangan ke atas pasukan tersebut dan rangkaian logistik serta bekalan senjata mereka," ujarnya. Menurut pegawai itu, lebih 100 jet pejuang dan pesawat sokongan selain 12 kapal perang di bawah arahan NATO dikerahkan dalam misi di Libya. Rakyat Libya bangkit menentang menentang pemerintahan 42 tahun Gaddafi sejak 15 Februari lalu setelah beliau gagal melaksanakan pembaharuan politik dan membanteras rasuah.

AWAS ! Telur Tiruan Di Pasaran

Rupanya sebiji macam telur ayam tetapi rupa-rupanya ia telur ayam tiruan diperbuat daripada bahan kimia yang dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan dan dijual di pasaran terbuka di Pulau Pinang.

Telur palsu itu bersaiz lebih besar daripada telur ayam sebenar dan apabila dipecahkan ia tidak mempunyai pusat telur, tidak berbau, berkilat dan kasar,demikian menurut Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang telah menerima aduan daripada pengguna yang membeli 30 biji telur tiruan itu pada harga RM11 di pasarPulau Tikus di sini .
 Presiden CAP S.M Mohamed Idris berkata siasatan mendapati kulit telur palsu itu diperbuat daripada lilin parafin, serbuk gypsum dan kalsium karbonat manakala kuning telur dan putih telur menggunakan bahan daripada natriumalginat, alum, geletin, asid benzoik, kalsium klorida, air serta bahan pewarna makanan.

“Komponen bahan-bahan kimia ini boleh menjejaskan kesihatan pengguna seperti mengganggu metabolisme, otak, sel saraf serta menjejaskan fungsi hati,” katanya. Mohamed Idris berkata kerajaan harus mengambil tindakan segera merampas dan mengharamkan semua telur ayam palsu itu kerana ia akan memperdaya pengguna selain memberi kesan buruk kepada kesihatan.

Seorang mangsa pembelian telur ayam palsu yang hanya mahu dikenali sebagai Loh, 50, berkata beliau menyedari telur ayam yang dibelinya dari pasar di Pulau Tikus itu adalah palsu setelah mendengar aduan seorang pembeli menerusi siaran radio. “Setelah mendengar aduan seorang pengguna dalam radio, saya terus memeriksa telur yang dibeli itu dan terkejut apabila mendapati telur ayam yang saya dibeli sememangnya palsu,” katanya.

Loh berkata beliau dan anggota keluarganya telah makan telur ayam palsu itu sejak sebulan lepas.

Kapal Selam : Malaysia Beli 6.7 Billion (2 buah), Thailand Beli RM 770Juta (6 buah)

Mana satu mahal, Kapal Peronda Generasi Kedua (SGPV), kapal selam Scorpene atau kapal selam Kelas U-206.
Bangkok Post telah menyebut Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva telah meluluskan rancangan Tentera Laut Diraja Thai untuk membeli enam kapal selam terpakai dari Jerman bernilai RM770 juta (7.7 bilion baht).

Kapal selam Kelas U-206 itu adalah untuk kegunaan misi di Laut Andaman dan Teluk Thailand bakal menjadi armada kapal selam pertama Thailand dan dipimpin Laksamana Muda Suriya Pornsuriya.

Rancangan pembelian kapal selam sebelum itu telah dikritik kerana teluk Thailand terlalu cetek untuk penggunaan kapal selam berkenaan.

Kapal selam Kelas U-206 itu pertama kali dikeluarkan pada 1970-an dan antara kapal selam terkecil di dunia dan dikatakan berkesan di kawasan sedalam 20 meter. Dengan anak kapal seramai 22 orang, kapal selam itu boleh dilengkapi dengan lapan peluru berpandu dan 24 periuk api.

Perkembangan berasingan di Malaysia, kerajaan dikatakan telah meluluskan peruntukan RM6 bilion membina enam buah Kapal Peronda Generasi Kedua (SGPV) yang akan digunakan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Sebelum itu, di Dewan Rakyat, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi memaklumkan kepada soalan bertulis hli parlimen Batu, Tian Chua, jumlah yang dibayar kerajaan untuk membeli 2 buah kapal selam Scorpene buatan Perancis adalah 1.34 billion euro (RM6.7 bilion).

Dua buah kapal selam yang dibeli kerajaan Malaysia cecah RM6.7 bilion berbanding 6 buah kapal Thailand yang dibeli hanya dengan RM770 juta sahaja. Canggih sangat ke kapal selam Malaysia yang juga didakwa juga terpakai berbanding yang dibeli Thailand.

Ditangan Allah : Jepun Tewas Akhirnya

 Jepun akhirnya mengaku kalah dalam usaha mengekang pencemaran radiasi di empat reaktor nuklear loji Fukushima Daiichi yang rosak dan akan menutup kesemua reaktor berkenaan, lapor sebuah akhbar semalam. Beberapa pegawai berkata, dalam sedikit masa lagi, semua bekalan kuasa ke reaktor-reaktor itu akan ditutup, manakala usaha untuk menyejukkan batang-batang bahan api nuklear akan dihentikan.

Langkah terakhir, melibatkan proses mencurahkan bertan-tan konkrit untuk menimbus reaktor-reaktor itu. Sekali gus memastikan tiada radiasi yang bocor keluar. Perkembangan itu berlaku selepas agensi keselamatan nuklear Jepun mendedahkan bahawa bacaan radiasi di dalam laut sekitar loji Fukushima Daiichi melonjak sebanyak 4,385 kali ganda berbanding takat yang dibenarkan.

Pengumuman dramatik tentang penutupan semua empat reaktor itu dibuat pada Selasa lalu oleh Pengerusi Syarikat Tenaga Elektrik Tokyo (TEPCO), Tsunehisa Katsumata yang mengendalikan loji nuklear tersebut. Loji Fukushima Daiichi terletak sekitar 240 kilometer dari ibu negara Jepun, Tokyo. Katsumata berkata, beliau berasa kasihan kepada orang ramai yang terpaksa meninggalkan kediaman mereka atau terpaksa tinggal di dalam rumah disebabkan oleh krisis nuklear berkenaan.


"Saya memohon maaf kerana kesusahan dan ketakutan yang berlaku akibat kebocoran radiasi ini," kata Katsumata. "Kami telah gagal untuk menyejukkan reaktor-reaktor terbabit. Tetapi kami melakukan usaha paling maksimum untuk menstabilkan keempat-empat reaktor itu," tambahnya. Krisis nuklear bermula selepas sistem penyejukan reaktor-reaktor nuklear di loji Fukushima Daiichi rosak akibat gegaran kuat gempa bumi berukuran 9 pada skala Richter yang melanda pada 11 Mac lalu, disusuli oleh tsunami.

Tidak lama kemudian, beberapa letupan dan kebakaran menyebabkan kebocoran radiasi berlaku di loji tersebut. Setakat kelmarin, tahap radiasi di dalam laut sekitar loji Fukushima Daiichi ialah 3,355 kali ganda daripada bacaan normal. Dalam perkembangan berkaitan, seorang jurutera nuklear Amerika Syarikat (AS), Michael Friedlander memberitahu stesen televisyen CNN bahawa dia bimbang kesan pencemaran air laut yang berlaku.

"Plankton menyerap radiasi, ikan memakan plankton, ikan besar pula memakan banyak ikan kecil. Justeru, kandungan radiasi akan berlaku dalam rantaian makanan," katanya.
Aktiviti menangkap ikan kini dilarang dalam lingkungan sekitar 20 kilometer dari loji Fukushima Daiichi.

Girl In Wild