Lagi berita penyelewengan. Kali ini, melibatkan puak-puak UMNO pula. Wang RM 15 juta yang dikatakan telah diagih-agihkan kepada pelajar miskin, rupanya-rupanya tidak ada kerana ramai ibu bapa yang mendakwa akaun bank yang dibuka semata-mata untuk wang ihsan tersebut tiada duit.
Difahamkan, setiap pelajar miskin berhak mendapat di antara RM 150 – RM 200 setiap seorang.Pelajar yang disenaraikan mendapat wang tersebut dipastikan tidak mendapat bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM).
Baru-baru ini Pengerusi Jawatankuasa Pengagihan Wang Ihsan, Datuk Dr Awang Adek Hussin mendakwa wang ihsan sebanyak RM15 juta telah dibelanjakan daripada RM25 yang diperuntuk tahun ini.
Menurutnya bakinya sebanyak RM10 juta lagi besar kemungkinan digunakan bagi bantuan banjir.
Bagaimanapun di Kampung Manek Urai ramai penyokong Umno difahamkan mendapat wang ihsan bagi membaiki rumah bernilai lebih RM5,000 setiap seorang.Habis tu, yang bukan penyokong UMNO macamana? Kenapa tidak berlaku adil?
Hampir kesemua rumah penyokong Umno di kampung tersebut dibaiki di mana ada yang membesar bahagian hadapan, dapur dan menukar zink serta dinding baru. Dah macam nak renovate rumah pula.
Malah pada kempen pilihan raya kecil Dun Galas Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan mengedarkan risalah projek mega kerajaan Barisan Nasional (BN) Dun Galas dari sumber royalti minyak.
Projek yang disenaraikan pada risalah tersebut termasuk mewujudkan Berjaya Gua Musang Theme Park yang digambarkan seperti pusat perjudian di Genting Highlands bernilai RM1.5 bilion. Bayangkan dari RM 2 bilion wang royalti minyak yang sepatutnya kerajaan Kelantan dapat, RM 1.5 bilion dibuat hanya untuk mewujudkan pusat hiburan maksiat dan judi.
Selain itu cadangan projek Golf Club & Country Resort bertaraf 5 Star bernilai RM850 juta. Kalau nak buat pun, berapa kerat sangat yang nak main golf ni? Ada ke semua rakyat dapat rasa? Tak pernah fikir ke benda-benda ni? Kalau buat kilang atau wujudkan pusat perindustrian, mungkin ada faedahnya juga pada ekonomi negeri Kelantan.
Kesemua cadangan tersebut bernilai lebih RM2 bilion iaitu sama dengan jumlah wang royalti yang dituntut kerajaan negeri sejak tahun lepas.
Sedangkan sebelum ini pemimpin Umno berkali-kali menafikan Kelantan mempunyai hak ke atas royalti minyak kerana kedudukan telaga di luar kawasan tiga batu nautika.Sedangkan Ku Li sendiri sudah berkali-kali menegaskan kepada kerajaan untuk memberi hak royalti tersebut kepada kerajaan negeri.
Ini semua taktik politik. Kalau tak diberi bantuan kewangan, macamana pemimpin nak buat kerja. Sedangkan negeri-negeri lain seperti Melaka pula, telah banyak mendapat bantuan dari Kerajaan sendiri.
Seorang lagi bapa juga dari Kuala Krai mendakwa ketika beliau ke bank bagi menyemak status akaun wang ihsan anaknya tidak ada wang yang dimasukkan ke dalam akaun tersebut.Program wang ihsan juga menjadi bahan kempen Umno untuk menarik ibu bapa hadir ke sekolah.
Kelmarin program serupa diadakan di Sekolah Kebangsaan Sultan Ibrahim 2 Pasir Mas di mana ibu bapa dipaksa hadir pada program pengagihan wang ihsan.Seorang bapa yang juga pegawai kerajaan pusat mendakwa program tersebut dirasmikan seorang pemimpin Umno di Pasir Mas.
No comments:
Post a Comment