Pemimpin Kita : Songlap Wang Ihsan Pelajar

Lagi berita penyelewengan. Kali ini, melibatkan puak-puak UMNO pula. Wang RM 15 juta yang dikatakan telah diagih-agihkan kepada pelajar miskin, rupanya-rupanya tidak ada kerana ramai ibu bapa yang mendakwa akaun bank yang dibuka semata-mata untuk wang ihsan tersebut tiada duit.

Difahamkan, setiap pelajar miskin berhak mendapat di antara RM 150 – RM 200 setiap seorang.Pelajar yang disenaraikan mendapat wang tersebut dipastikan tidak mendapat bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM).

Baru-baru ini Pengerusi Jawatankuasa Pengagihan Wang Ihsan, Datuk Dr Awang Adek Hussin mendakwa wang ihsan sebanyak RM15 juta telah dibelanjakan daripada RM25 yang diperuntuk tahun ini.
Menurutnya bakinya sebanyak RM10 juta lagi besar kemungkinan digunakan bagi bantuan banjir.

Bagaimanapun di Kampung Manek Urai ramai penyokong Umno difahamkan mendapat wang ihsan bagi membaiki rumah bernilai lebih RM5,000 setiap seorang.Habis tu, yang bukan penyokong UMNO macamana? Kenapa tidak berlaku adil?

Hampir kesemua rumah penyokong Umno di kampung tersebut dibaiki di mana ada yang membesar bahagian hadapan, dapur dan menukar zink serta dinding baru. Dah macam nak renovate rumah pula.
Malah pada kempen pilihan raya kecil Dun Galas Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan mengedarkan risalah projek mega kerajaan Barisan Nasional (BN) Dun Galas dari sumber royalti minyak.

Projek yang disenaraikan pada risalah tersebut termasuk mewujudkan Berjaya Gua Musang Theme Park yang digambarkan seperti pusat perjudian di Genting Highlands bernilai RM1.5 bilion. Bayangkan dari RM 2 bilion wang royalti minyak yang sepatutnya kerajaan Kelantan dapat, RM 1.5 bilion dibuat hanya untuk mewujudkan pusat hiburan maksiat dan judi.

Selain itu cadangan projek Golf Club & Country Resort bertaraf 5 Star bernilai RM850 juta. Kalau nak buat pun, berapa kerat sangat yang nak main golf ni? Ada ke semua rakyat dapat rasa? Tak pernah fikir ke benda-benda ni? Kalau buat kilang atau wujudkan pusat perindustrian, mungkin ada faedahnya juga pada ekonomi negeri Kelantan.

Kesemua cadangan tersebut bernilai lebih RM2 bilion iaitu sama dengan jumlah wang royalti yang dituntut kerajaan negeri sejak tahun lepas.

Sedangkan sebelum ini pemimpin Umno berkali-kali menafikan Kelantan mempunyai hak ke atas royalti minyak kerana kedudukan telaga di luar kawasan tiga batu nautika.Sedangkan Ku Li sendiri sudah berkali-kali menegaskan kepada kerajaan untuk memberi hak royalti tersebut kepada kerajaan negeri.
Ini semua taktik politik. Kalau tak diberi bantuan kewangan, macamana pemimpin nak buat kerja. Sedangkan negeri-negeri lain seperti Melaka pula, telah banyak mendapat bantuan dari Kerajaan sendiri.

Seorang lagi bapa juga dari Kuala Krai mendakwa ketika beliau ke bank bagi menyemak status akaun wang ihsan anaknya tidak ada wang yang dimasukkan ke dalam akaun tersebut.Program wang ihsan juga menjadi bahan kempen Umno untuk menarik ibu bapa hadir ke sekolah.

Kelmarin program serupa diadakan di Sekolah Kebangsaan Sultan Ibrahim 2 Pasir Mas di mana ibu bapa dipaksa hadir pada program pengagihan wang ihsan.Seorang bapa yang juga pegawai kerajaan pusat mendakwa program tersebut dirasmikan seorang pemimpin Umno di Pasir Mas.

SYABAS : Selangor Bakal Berdepan Saman

Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) sedang dalam proses untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan negeri Selangor untuk menuntut pampasan kerana menangguhkan pelarasan tarif air.



Ketua Pegawai Operasinya Datuk Lee Miang Koi berkata, sehingga hujung tahun ini, pampasan yang perlu dibayar kepada Syabas dijangka mencecah RM1 bilion.

“Syabas akan tuntut pampasan, kami sedang menimbang untuk ambil tindakan undang-undang, ikut perjanjian konsesi kami memang berhak ambil tindakan undang-undang,” katanya ketika menjawab satu soalan yang dikemukan pada majlis Wacana Intelek Negara anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) di Memorial Tunku Abdul Rahman di sini malam tadi.



Beliau berkata Syabas sudah menghantar tuntutan mengenai pampasan itu bagaimanapun sehingga sekarang, masih tiada maklum balas dari pihak kerajaan negeri.

“Tarif air perlu diselaraskan supaya dapat perolehan untuk bayar hutang yang dipinjam bagi meningkatkan mutu perkhidmatan air. Dengan penangguhan pelarasan dan pembekuan program Capex oleh kerajaan negeri, taraf perkhidmatan air akan merosot,” katanya.

Lee berkata Syabas juga terpaksa membayar sebahagian bil untuk dibayar kepada operator loji air walaupun mengikut perjanjian, Syabas harus membayar sama rata.

Menurutnya akibat penstrukturan semula air yang tidak dimuktamadkan, Syabas turut mengalami beberapa masalah dalam operasinya, termasuk sukar mendapat dana dari bank kerana syarikat itu tidak tahu hala tujunya.

“Sejak kerajaan negeri Selangor ambil alih, Syabas menyuarakan beberapa isu dan masalah tetapi tiada maklum balas dari kerajaan negeri sebab mereka kaitkan isu itu dengan penstrukturan semula.

“Mereka nak lihat Syabas tak berjaya dan boleh ambil alih dengan harga yang murah, walaupun terdapat pelbagai kekangan, Syabas masih perlu beri perkhidmatan kepada pengguna,” katanya.

Lee berkata bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya dijangka akan menghadapi kekurangan menjelang 2012 hingga 2014 dan jika tidak diuruskan dengan baik, besar kemungkinan kekurangan itu akan berlaku lebih awal.

“Sekarang hanya ada rezab 240 juta liter sehari atau 5.9 peratus daripada keperluan harian, selain dari penggunaan purata, ada keperluan puncak seperti perayaan serta musim panas, dan jumlah 5.9 peratus tidak mencukupi untuk menampung ketika waktu puncak.

“Enam bulan lalu, penggunaan air meningkat empat peratus, jika dibandingkan dengan rezab yang ada, dalam masa setahun enam bulan rezab air akan habis dan akan mengalami kekurangan bekalan air,” katanya.

Tun Mahathir : Perjanjian Air Yang Akan Datang

Tahun depan, 2011, salah satu perjanjian untuk membekalkan sehingga 86 juta galon air per hari (DKM) dari Johor ke Singapura sebanyak 3 sen per 1,000 gelen akan berakhir.
Saya memahami Johor masih membeli air yang dirawat dari Singapura untuk 50 sen pada 1,000 galon. Jumlah yang dibeli tidak boleh melebihi 12 peratus daripada air mentah dibeli oleh Singapura.

Perjanjian tersebut juga menetapkan bahawa harga air mentah dan air tersebut boleh dirunding semula dan diubah jika kedua belah pihak bersetuju. Jika harga air mentah disemak ke atas Singapura akan layak untuk menyemak semula harga air yang dirawat.

Jika, contohnya, di bawah perjanjian saat ini harga air meningkat menjadi 6 sen per 1,000 gelen, yakni 100 peratus, Singapura boleh berkeras pada kenaikan harga peratusan yang sama dengan 100 pada iaitu peratus daripada 50 sen pada 1,000 galon untuk satu Ringgit pada ribu galon.

Jika kedua-dua belah pihak sepakat pada kuantum kenaikan harga, Singapura benar-benar akan mendapatkan lebih banyak dari jualan air yang telah diproses ke Johor dari Malaysia akan peroleh dari penjualan air mentah ke Singapura.

Hampir 10 tahun yang lalu Johor diperuntukkan wang yang cukup untuk membina kilang memprosesan sendiri sehingga tidak perlu untuk membeli air yang dirawat dari Singapura. Saya diberitahu bahawa untuk alasan yang tidak diketahui, walaupun mempunyai bangunan kilang pemprosesan sendiri Johor masih membeli air yang dirawat dari Singapura.

Johor menjual air mentah ke Melaka pada 30 sen pada 1,000 galon. Nampaknya Johor kurang murah hati terhadap Melaka daripada negara asing. Kebijaksanaan ini lolos saya.
Apapun, pada tahun 2011, perjanjian baru untuk membekalkan Singapura dengan air mentah dari Johor mungkin perlu dibuat, saya berfikir bahawa walaupun desalinasi Singapura, walaupun NEWATER, dan waduk baru, Singapura masih perlu air mentah dari Johor. Kita harus bersedia untuk membekalkan rakyat Singapura dengan air mentah.

Pertanyaannya adalah apakah kita harus menjual sebanyak 3 sen per 1,000 gelen dan membeli sebanyak 50 sen pada 1,000 galon air dianggap sebagai sebelum atau kita harus ekstrak istilah yang lebih baik.

Perunding Malaysia yang terlalu murah hati membuatkan kita sering menyediakan diri kita sendiri tanpa klausa keluar.
Masyarakat, orang-orang Johor pada khususnya, harus memastikan bahawa kita tidak akan menandatangini perjanjian yang akan merugikan kita kali ini.

Direngut Merapi & Dibaham Mentawai


Kepulauan Mentawai dibaham Tsunami, banyak nyawa yang tergadai akibat bencana ini. Gunung Merapi Rakus membuakkan kaharnya yang turut mengundang kematian penduduk sekitar. Kita sebagai rakyat Malaysia, tidak pernah putus asa menghantar bantuan ke sana. InsyaAllah......Sebagai umat Islam kita sama2 doakan kesejahteraan dan keselamatan mereka disana. Teruskan melihat gambar yang diambil......