Hampir RM1 juta wang zakat disumbangkan kepada 162 anak Pulau Pinang yang menuntut di beberapa Universiti sekitar Jordan, Mesir dan Indonesia.
Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Mansor Haji Othman berkata, jumlah agihan sumbangan zakat kendalian Pusat Urus Zakat Pulau Pinang (PUZ) itu berdasarkan kadar kos kehidupan di luar negara dan bidang pengajian yang diambil oleh mahasiswa berkenaan.
"RM5,000 diberikan kepada pelajar bidang agama di Mesir serta Jordan, dan RM12,500 badi bidang perubatan di negara yang sama.
"Manakala, RM4,000 diberikan pelada pelajar bidang agama di Indonesia dan RM6,000 kepada kepada pelajar bidang perubatan di negara yang sama," ujarnya semalam di Dewan Masyarakat Penyayang, George Town.
PenangInsight.com difahamkan, tajaan akan terus diberikan kepada mereka sepanjang tempoh pengajian dengan syarat mendapat kelulusan akademik saban semester.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Abdul Malik Abul Kassim turut berucap pada majlis itu.
Turut hadir, Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Sohibus Samahah Datuk Seri Hassan Haji Ahmad dan Dr Azman Abdul Samat (Pengurus Besar PUZ MAIPP).
Kira-kira 300 hadirin, termasuk waris kepada mahasiswa berkenaan hadir pada Majlis Penyerahan Bantuan Pendidikan IPT Luar Negara anjuran Majlis Agama Islam Pulau Pulau Pinang (MAIPP).
Dalam perkembangan lain, Mansor turut menyeru hadirin menyokong hasrat memansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dengan merombak perbadanan itu menjadi skim biasiswa ke arah merealisasikan pendidikan percuma di negara ini.
Dijentik Halus
Seorang lelaki datang
kepada Rasulullah s.a.w. dalam keadaan berlumuran darah.
Melihat keadaannya demikian, Rasulullah s.a.w.
bertanyakan puncanya. Rupanya disebabkan
Ia terlalu asyik memandang seorang wanita lalu di
hadapan, lalu dia terlanggar tembok di depannya. Akibatnya itulah dia pulang dalam keadaan berlumuran
darah. Rasulullah
s.a.w. kemudian bersabda maksudnya. “Jika Allah menghendaki kebaikan pada
hambanya,
Maka Dia menyegerakan hukuman baginya di dunia.”
Rupa-rupanya
jika Allah sayangkan seseorang hamba itu, di segerakan baginya hukuman di dunia
lagi. Jadi bersyukurlah andai sekali-sekala azab Allah di
segerakan pada kita. Bukan semata-mata menghukum, Sebaliknya sekadar menyucikan dosa kita dan hukuman
berupa peringatan itu sekadar menjentik secara halus.
Bersyukurlah
juga andai mengingatkan insan-insan lain melalui apa jua medium dakwah, kita
juga di ingatkan Allah. Itu juga tanda Allah sayangkan kita,
sayang nak biarkan kita alpa dan lupa terhadap peringatan-Nya.
Pejamkan mata kita
seketika, tarik nafas, rasailah kasih sayang Allah yang tidak bertepi. senyumlah…Kemudian kerahkan hati, lisan dan seluruh anggota
badan agar membalas kasih sayang-Nya dengan penuh ketaatan kepada-Nya.
Wallahu’alam
Panaskan Enjin Kereta Sebelum Jalan Hanya Mitos
Upacara memanaskan enjin adalah antara amalan yang sinonim dengan hampir semua pengguna kenderaan di seluruh negara. Tak kiralah sama ada pemandu kereta, lori, van, bas sekolah, kereta kebal, motosikal berkuasa rendah dan sebagainya termasuk helikopter.
Biasanya amalan ini dilakukan pada waktu pagi sebelum ke tempat kerja atau ke sebarang destinasi. Ada yang memanaskan enjin selama satu minit. Ada yang memanaskan selama 5 minit. Ada yang keluar rumah, hidupkan enjin kereta, masuk rumah, sarapan, pakai stokin, pakai kasut, kunci pintu dan baru terhegeh-hegeh masuk kereta untuk memulakan perjalanan. Makan masa dalam 15 minit juga. Golongan kaki panaskan enjin seperti itumesti bangun awal. Semua ini dilakukan kononnya demi untuk menjaga enjin. Demi untuk memastikan jangkahayat enjin panjang dan sentiasa berprestasi tip top.
Soalnya sekarang adakah pemanasan enjin ini perlu dilakukan? Apa kebaikannya dan apa keburukannya? Lagi satu kalau anda bijak laksana, siapa orang yang mula-mula panaskan enjin kenderaan di Malaysia ni?
Di negara-negara yang mementingkan penjagaan alam sekitar untuk kehidupan dunia yang lebih baik di masa mendatang, pemanasan enjin adalah tidak digalakkan dan sesetengahnya ditegah. Negara Kanada telah memulakan kempen nasional mereka untuk mengurangkan pemanasan enjin yang tidak diperlukan. Kempen yang sama turut dilakukan di Jepun , United Kingdom dan di Amerika Syarikat. Ada di antaranya sudah menetapkan satu undang-undang bahawa enjin kenderaan tidak boleh dibiarkan hidup dalam keadaan idling melebihi 5 minit atau 3 minit bagi kenderaan ringan. Kenapa perkara ini ditegah?
The Canadian Office of Energy Efficiency telah bersetuju bahawa cara yang terbaik untuk memanaskan enjin adalah dengan memandunya. Walaupun suhu persekitaran berada di takat -20 darjah selsius, mereka menyarankan enjin kenderaan hanya perlu dipanaskan pada sekitar 15-30 saat sebelum meluncur ke jalanraya. Bayangkanlah berapa agaknya suhu di Malaysia?
Salah seorang jurutera penghantaran kuasa di Ford, Amerika Syarikat iaitu Les Ryder berkata, “Engines run best at their design temperature”. Berdasarkan kenyataan Encik Les Ryder itu, operasi enjin yang cekap, bersih dan efisien hanya berlaku pada suhu enjin di tahap 85-90 darjah selsius. Oleh itu membiarkan enjin anda di dalam keadaan idling adalah bukan cara yang terbaik atau terpantas untuk memanaskan enjin. Lebih baik jika memandunya atau dengan kata lain stylel Amerika, lagi ‘gentle’ kalau pandu terus. Jadi berikut antara bahaya atau keburukkan dalam amalan yang tidak betul ini.
DINDING SILINDER CEPAT HAUS
Tabiat memanaskan enjin atau membiarkan enjin berada di dalam keadaan pepura (idling) dikatakan adalah satu perkara yang tidak baik dan berfaedah. Pertamanya ia menyebabkan pembakaran bahanapi tidak dapat dilakukan dengan sempurna. Pembakaran tidak lengkap membawa kesan buruk kepada dinding silinder. Sisa bahan api yang tidak terbakar akan turun ke dinding silinder lalu membersihkan minyak pelincir yang berada di dinding silinder. Maka apa yang terjadi adalah dinding silinder akan mengalami kehausan akibat tiada pelinciran di bahagian sepatutnya. Bahan api yang tidak terbakar juga boleh jadi akan turun perlahan-lahan ke bahagian takung minyak pelincir. Apabila ia bergaul, sifat minyak pelicir akan berubah dan hilang kecekapannya.
PALAM PENCUCUH MENJADI KOTOR
Di samping itu, tabiat ini juga boleh mendatangkan masalah kepada palam pencucuh. Ia akan menganggu suhu kerja palam pencucuh. Palam pencucuh yang tidak berada di suhu sepatutnya akan menjadi kotor. Oleh yang demikian ia akan mendatangkan kesan kepada peningkatan bahan api sebanyak 5%.
PAIP EKZOS CEPAT BERKARAT
Pada waktu pagi, sesetengah kenderaan biasanya akan mengeluarkan wap dari ekzos. Wap itu bukanlah wap minyak daripada enjin yang mengalami kehausan. Ia adalah wap air normal yang terhasil daripada enjin yang sejuk. Jadi apabila terlalu lama enjin dibiarkan dalam keadaan pepura (idling), bertambah lama untuk enjin mengambil masa untuk panas. Ini menyebabkan wap air akan sentiasa berada di dalam sistem ekzos yang mana akan menjadikan paip ekzos cepat berkarat.
FUNGSI ENJIN GAGAL BERFUNGSI DENGAN BAIK
Kenderaan pada masa kini biasanya akan terdapat sebuah komponen yang dinamakan Catalytic Converter pada sistem ekzosnya. Kereta-kereta Malaysia pun dah mula guna pakai. Komponen ini disediakan bertujuan untuk mengurangkan tahap toksik yang terdapat pada sisa atau hasil pembakaran sebuah enjin pembakaran dalaman. Antara kerja yang dilakukan komponen ini termasuklah menukarkan karbon monoksida kepada karbon dioksida, mengurangkan nitrogen oksida kepada nitrogen dan air, mengoksidakan hidrokarbon yang tidak terbakar kepada karbon dioksida dan air dan sebagainya. Jadi faedah yang boleh diperolehi daripada komponen ini ialah pencemaran udara dapat diminimakan.
Walaubagaimana pun, masalah yang timbul jika enjin berada di dalam keadaan pepura (idling), komponen ini tidak berfungsi. Maka enjin dengan sesuka hati dapat mencemarkan udara. Komponen ini akan berfungsi hanya pada tahap suhu 400 – 800 darjah selsius yang dimana adalah pada satu kadar suhu yang sangat panas berbanding enjin. Semasa suhu itu ia akan bertindak menukar bahan tercemar dari sisa pembakaran enjin kepada bahan yang kurang berbahaya kepada alam sekitar. Bagi memastikan komponen ini cepat dan dapat berada di suhu yang mana ia boleh beroperasi, anda perlulah memandu. Bukan meninggalkan kereta hidup terbiar. Semakin lama enjin dibiarkan dalam keadaan idling maka semakin lama juga Catalytic Converter ini tidur dan tak bekerja. Anda rasa apa agaknya yang terjadi kepada alam sekitar?
MEMBAZIR DAN MENCEMARKAN
Sekarang kita sudah mengetahui serba sedikit tentang keburukan memanaskan enjin. Ada tiga kesan yang penting di situ iaitu membazir bahan api, mencemarkan alam sekitar dan memunah wang ringgit. Mari kita lihat apa pula kebaikkan memanaskan enjin. Khabar-khabar angin mengatakan memanaskan enjin juga ada faedahnya. Salah satu perkara yang disebut adalah semasa enjin ditinggalkan di dalam satu tempoh yang agak lama, iaitu mungkin sehingga satu malam, bahan pelinciran akan turun meninggalkan komponen yang bergerak di dalam enjin ke bahagian bawah enjin.
Jadi apabila kita mula menghidupkan enjin, kita perlu mengambil sedikit masa untuk memanaskannya supaya dapat memberi peluang bahan pelinciran itu naik dan beredar di setiap inci dan penjuru komponen dalaman enjin. Ya perkara ini benar. Tetapi apa yang anda perlu tahu bahawa setiap enjin telah dilengkapkan dengan satu komponen yang dipanggil pam minyak pelincir. Pam minyak pelincir ini dijana oleh pusingan crankshaft. Makin laju crankshaft berpusing maka makin cepat pam bahan api berpusing seterusnya mengagihkan minyak pelincir ke bahagian dalaman enjin. Untuk memastikan crankshaft ini berpusing laju apa yang anda perlu buat? Adakah dengan hanya membiarkan enjin dalam keadaan idling?
Kesimpulannya di sini tabiat memanaskan enjin di waktu pagi yang kononnya lagi lama lagi bagus adalah satu mitos yang tidak diketahui hujung pangkalnya. Perkara ikut-ikutan seperti ini bukanlah satu perkara yang asing bagi kita rakyat Malaysia. BMW sendiri pun cukup pantang kalau orang warm up enjin keretanya. Sebab mereka tahu jika enjin cepat rosak nanti mesti pelanggan mengadu. Sebab itu kalau boleh BMW nak lepas hidup saja enjin kereta, terus pandu cepat-cepat. Jangan tunggu-tunggu. Ini tidak, siap boleh masuk rumah pekena roti dua tiga keping, layan teh dulu sambil sembang-sembang dengan isteri tapi enjin kereta terbiar hidup.
Seperkara lagi yang boleh membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar dan pembaziran bahan api adalah dengan mematikan enjin jika kenderaan anda tidak bergerak. Kalau tunggu kekasih turun LRT, berhenti tepi jalan bergayut dengan telefon, tunggu bini masuk pasar mini beli barang dapur, dan tunggu anak balik sekolah depan pagar sekolah bawa bawalah matikan dulu enjin. Perkara itu tidak memberi sebarang faedah langsung malah boleh menyebabkan masalah pencemaran udara dan alam sekitar serta pembaziran wang ringgit. Sedarkah anda di dalam tempoh setahun, sikap mengurangkan enjin dibiarkan hidup dalam keadaan idling ini mampu menjimatkan beratus ribu juta ringgit dan mampu menghentikan perlepasan jutaan tan gas rumah hijau ke atmosfera yang membawa pemanasan global.
Hadiah Nobel Keamanan.......Untuk PM
Cakap-cakap mengenai "hung parliament" (parlimen tergantung), penukaran kerajaan baru dan kejatuhan BN sudah mula didengari. Semua ini ada kemungkinan berlaku. BN kini berada dalam keadaan terdesak. Formula sedia ada - yang direka untuk memenangkan BN - kawasan campuran, kini sudah menjadi bahaya buat BN.
Undi Melayu yang menjadi tunjang kekuatan BN terganggu dek kerana skandal Nastional Feedlot Corporation (NFC) yang menyebabkan Shahrizat Jalil tidak terus menjadi menteri. Dan tidak lama lagi, beliau pasti tersingkir dari jawatan ketua Wanita Umno. Untuk melakukan persempadanan semula kerusi parlimen, BN tidak mempunyai majoriti dua pertiga. Maka kini BN terdesak. Peratusan untuk kehilangan kuasa itu amat tinggi.
Situasi ini menguntungkan Pakatan Rakyat. Sehingga ramai yang begitu yakin selepas pilihan raya umum (PRU) ke-13 nanti, mereka akan ke Putrajaya. Tidak salah untuk mempunyai keyakinan sebegitu. Apatah lagi parti politik itu memang objektifnya untuk mendapatkan kuasa. Tapi jangan kita lupa BN mempunyai banyak lagi senjata yang akan digunakan untuk mengekang Pakatan dari mengambil alih Putrajaya. Penipuan pilihan raya pasti akan dilakukan.
PRU ke-11 menyaksikan kerajaan negeri Terengganu jatuh semula ke tangan BN. Peratusan keluar mengundi yang luar biasa di kebanyakan kawasan. Operasi yang digelar "Operasi Terengganu" itu dikatakan bakal berlaku di Selangor.
Operator "Operasi Terengganu" dikatakan telah lama bertapak di Selangor. Kerajaan Pakatan pimpinan Khalid Ibrahim yang disokong rakyat akan tumbang dalam PRU ke-13 nanti. Bukan sebab tidak disokong rakyat akan tetapi kerana "Operasi Terengganu".
Hadiah nobel keamanan
Menurut Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, jika Pakatan berjaya ke Putrajaya dalam PRU ke-13 tanpa sebarang kekacauan dan berlaku secara aman, ia merupakan satu sejarah besar bagi negara dunia ketiga.
Malaysia akan menjadi negara dunia ketiga pertama menukar rejim melalui pilihan raya dan perdana menteri, Najib Razak wajib menerima anugerah Nobel Peace Prize. Lihatlah bagaimana negara jiran kita (juga negara dunia ketiga) seperti Indonesia, Thailand dan Filipina? Mereka menggunakan jalan raya. Ratusan ribu rakyat di jalan raya berjuang sehingga berlaku pertukaran rejim. Lihat juga bagaimana di negara-negara Arab yang dilanda "Arab Spring"? Bukankah semuanya melalui jalan raya?
Najib adalah pengerusi Umno negeri Selangor. Sudah tentu dia mahu pastikan negeri terkaya di Asia Tenggara itu kembali ke pangkuan BN. Jika Najib gagal, dia juga bakal menerima nasib seperti Abdullah Badawi. Senator Dr Syed Husin Ali turut berkongsi pandangan dengan Mat Sabu. Beliau yakin Selangor akan dirampas oleh BN dengan cara yang paling kotor.
"Pertambahan pengundi baru di kawasan parlimen Subang sangat 'luar biasa' berbanding dengan jirannya di Petaling Jaya Utara. "Jika menteri besar Selangor, Khalid Ibrahim dipindahkan dari seorang pengundi di Selangor menjadi pengundi Kuala Lumpur, apatah lagi rakyat biasa. Sudah pasti ramai penyokong Pakatan dipindah ke merata tempat," kata Syed Husin.
Situasi ala zaman Marcos
Di akhir zaman pemerintahan Ferdinand Marcos di Filipina, banyak kesilapan-kesilapan besar dilakukan. Selain dari perangai buruk Imelda Marcos yang boros berbelanja, banyak kejadian yang tidak seharusnya berlaku, terjadi dan ini menyumbang kepada kejatuhan regim Marcos.
Kesilapan terbesar pertama adalah pembunuhan Benigno "Ninoy" Aquino yang baru pulang dari Amerika Syarikat pada tahun 1983 di lapangan terbang antarabangsa (kini Ninoy Aquino International Airport). Pembunuhan Ninoy memberikan "vitamin" kepada gerakan penentangan terhadap Marcos. Cory Aquino - balu Ninoy diangkat sebagai simbol perlawanan terhadap Marcos.
Kesilapan terbesar kedua adalah Marcos terpaksa akur kepada tuntutan rakyat dan masyarakat antarabangsa agar pilihan raya dijalankan secara bebas dan adil.
National Citizens Movement for Free Elections (Namfrel) yang didirikan selepas pembunuhan kejam Ninoy diberikan akreditasi untuk memantau perjalanan pilihan raya presiden mengejut pada tahun 1986.
Namfrel mendapat sokongan majoriti rakyat. Apatah lagi apabila 'mufti besar' Filipina pada ketika itu, Cardinal Sin mendokong Namfrel. Pemantauan yang dijalankan oleh Namfrel membuktikan bahawa penipuan besar-besaran dilakukan oleh Comelec (SPR Filipina) untuk memenangkan Marcos. Rakyat yang tidak percayakan keputusan pilihan raya yang diumumkan oleh Comelec memilih jalan raya. Selepas empat hari di jalan raya, regim Marcos tumbang dan diktator itu melarikan diri ke Hawai, Amerika Syarikat.
Apa yang harus dilakukan?
Yang paling mudah adalah bercakap. Berceramahlah ke merata negara memberitahu rakyat bahawa penipuan pilihan raya bakal berlaku dalam PRU ke-13. Tanpa sebarang tindakan, penipuan akan terus berlaku. Ke jalan raya untuk menuntut pilihan raya bersih, bebas dan adil adalah satu jalan. Filipina pernah melakukan tindakan sebegini. Begitu juga dengan Indonesia. Tunisia dan Mesir turut melakukannya dalam siri "Arab Spring".
Malaysia harus melakukannya jika serius mahukan reformasi pilihan raya. Persoalannya, sanggupkah pengorbanan dilakukan? Tertangkap sewaktu berdemonstrasi adalah perkara biasa. Tidak boleh lagi dianggap sebagai pengorbanan. Sanggupkah rakyat Malaysia ke jalan raya sehingga tuntutan mereka tercapai? Satu minggu, dua minggu, tiga minggu?
Jika belum sampai ke tahap sanggup mengorbankan nyawa, tidak akan berlaku perubahan dan demokrasi yang diinginkan. Harga untuk sebuah perubahan dan demokrasi itu memang mahal. Kita ambil contoh keberanian mahasiswa dalam berjuang untuk kebebasan akademik. Bersimbah darah apabila dipukul. Ini yang diperlukan untuk mencapai impian besar.
Kadangkala rakyat sudah bersedia tetapi pemimpin yang takut kehilangan kehidupan sebagai ahli parlimen atau ADUN. Pemimpin beginilah yang memberatkan gerakan.
Pilihan di tangan anda
Tepuk dada tanya selera. Anda boleh memilih untuk membiarkan saja penipuan pilihan raya berlaku tanpa berbuat apa-apa. Apabila keputusan pilihan raya diumum, anda kecewa kerana undi anda dicuri. Pemimpin yang anda pilih kalah. Parti yang anda sokong hilang negeri yang dikuasai. Semuanya kerana khayalkan dadah Putrajaya. Berangan untuk memimpin Malaysia tetapi jahil dan dangkal tentang realiti politik.
Kekuatan sokongan masyarakat Cina dianggap seperti "fixed deposit" yang pasti menyebabkan BN tumbang. Golongan jenis ini pasti terlupa apa yang pernah berlaku kepada negeri Terengganu. Logikkah rakyat Terengganu mengundi untuk kembali membayar cukai pintu? Sama seperti logikkah rakyat Selangor mengundi untuk kembali membayar bil air?
Logikkah majoriti rakyat bawahan mengundi untuk kenaikan harga minyak dan pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST)?
Sudah sampai masanya untuk kurangkan bercakap dan melakukan tindakan. Pemberat-pemberat gerakan harus ditendang keluar juga dari gerakan.
Mereka ini adalah 'reformis gadungan' yang sama seperti Zulkifli Nordin, Ezam Mohd Noor, Ruslan Kassim dan ramai lagi. Cuma rakyat bernasib baik kerana tipu helah mereka berjaya dihidu lebih awal.
Mereka ini adalah 'reformis gadungan' yang sama seperti Zulkifli Nordin, Ezam Mohd Noor, Ruslan Kassim dan ramai lagi. Cuma rakyat bernasib baik kerana tipu helah mereka berjaya dihidu lebih awal.
Pemarkahan Sistem Pendidikan Malaysia, 47 Markah Pun Boleh Dapat A ke??
Jikalau di peringkat universiti contohnya, biasanya ada kalangan pensyarah mereka mempunyai sasaran mereka yang tersendiri. Contohnya ada satu subjek ini mereka mensasarkan seramai 5 orang pelajar dapat A, tetapi akhirnya yang dapat A hanya seorang sahaja yang mencapai markah 80markah (80-100 A). Jadi apa penyelesaiannya?
Jadi untuk mencapai KPI, mereka akan turunkan gred markah A. Itu di universiti. Bagaimana mana pula di situasi sebenar peringkat persekolahan. Dalam laporan kali ini, ia menyentuh soal penilaian bagi keputusan SPM yang ada sekarang ini. Biasanya setiap tahun, peratusan markah akan disemak semula.
Setiap tahun, penanda aras markah A adalah berubah-ubah mengikut kehebatan calon-calon dan corak soalan yang disediakan pada tahun tersebut.
- Markah ini mengikut graf
- Jikalau soalan peperiksaan tahun tersebut sukar, dan calon tidak dapat menjawabnya dengan baik, maka graf akan menjadi rendah
- Jadi, semuanya akan mengikut kesesuaiannya
Biasanya, sistem markah di peringkat kebangsaan adalah berdasarkan statistik. Sistem Cambridge pun menggunapakai untuk IGCSE dan A-Level. Mereka perlu selaraskan taburan gred untuk setiap tahun. Ini disebabkan setiap tahun tahap soalan ada sedikit perbezaannya.
- mungkin tahun A, soalannya terlampau susah, maka tak ramai yang mampu mendapat markah yang tinggi
- mungkin juga pada tahun B soalan menjadi lebih senang, jadi sistem “normal distribution” perlu dilaksanakan
- inilah yang dikatakan adil kepada semua pelajar setiap tahun mengikut sistem yang digunapakai kerajaan selama ini
Walaupun isi pembelajaran tetap sama, tetapi biasanya pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) perlu meneliti kepada Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) :
- Persoalan, berapa banyak soalan KBKK?
- Persoalan, disebalik berapa banyak soalan H.O.T yang keluar setiap tahun dan berada pada aras berapa?
- Dan satu lagi, yang menggubal soalan bukan orang yang sama setiap tahun
- Itu itu antara kriteria yang telah diambil kira
- Sebab itulah wujud taburan normal setiap tahun.
- Bukan setakat Malaysia sahaja yang menggunapakai sistem ini, termasuklah UK juga menggunapakai sistem yang sebegini rupa
Pemarkahan sistem pendidikan Malaysia juga dibuat berdasarkan sistem loceng. Jika mana-mana daripada anda yang belajar subjek Matematik Tambahan sebelum ini, memang akan belajar bab ini.
Sistem loceng begini mekanismenya :
- Katakan ada seratus orang, 20 orang akan dapat keputusan cemerlang, 60 orang akan dapat markah yang serdahana/pertengahan manakala 20 orang lagi akan dapat keputusan paling rendah
- Jadi, apa yang berlaku? Kalau dalam 20 orang tertinggi itu markah tertingginya adalah sekitar 60++ maka 60++markah adalah A/A+
- Kalau 20 teratas itu mendapat lingkungan markah 90++markah, maka A/A+ akan menjadi >90 markah dan begitulah seterusnya
Ingat, ini namanya sistem loceng. Sebab itulah negara luar tidak mengiktiraf sistem pendidikan di Malaysia, berbanding Australia atau negara maju lain. Hakikatnya, sistem pendidikan kita masih ketinggalan 10-15 tahun kebelakang.
Jadi, untuk keputusan SPM/PMR yang dekat dengan tarikh pilihanraya, suka atau tidak memang ada “memberikan sedikit pengaruh” dan calon pada yang bakal menerima keputusan pada tahun tersebut akan sedikit bernasib baik. Faktor “tuah” pada tempoh tersebut memang tidak boleh dipertikaikan.
Kami sentiasa menantikan satu sistem pendidikan di mana, pada pendapat kami tidak perlu terlalu berteraskan kepada peperiksaan semata. Kecuali untuk subjek-subjek tertentu. Mungkin boleh dilaksanakan peperiksaan secara menyeluruh apabila pelajar tersebut ingin memasuki universiti sahaja? Mungkin? Itu pun subjek bergantung kepada kursus pilihan di universiti.
“self education, learn by practicing”
Sumber : Berita Semasa
Subscribe to:
Posts (Atom)