Tanda Harga Mengelirukan Di Giant Shah Alam

1000ML atau 180ML??

Sajian Lipas Di Restoren Latif Ibrahim

 
Terletak di Menara Annexe 1 bersebelahan Menara TM Jalan Pantai Baharu, nasi goreng 'lambak' di restoran penyanyi dan pelakon retro Latif Ibrahim disajikan dengan rencah tambahan berupa seekor lipas!
 
Dilihat seperti bawang goreng yang hangus, rupa-rupanya seekor lipas dalam nasi goreng 'lambak' itu dijumpai oleh seorang staff dari sebuah syarikat yang menyewa di menara Annexe ketika sedang mengasingkan sayur dan bawang. Ia sangat menjijikkan dan dipercayai 'batch' nasi goreng lambak tersebut telah banyak terjual dikalangan pengunjung restoran.
 
Sejurus selepas itu, pihak staff yang terlibat telah bertemu dengan pemilik restoran iaitu isteri kepada Latif Ibrahim dan pemilik mengakui restoran tersebut adalah bersih dan berjanji akan menanggung kos rawatan sekiranya berlaku keracunan makanan. Difahamkan juga oleh pemilik restoran bahawa ini bukan kes yang pertama kerana sebelum ini ada kes yang terdahulu.
 
Ini mencerminkan sikap pemilik restoran yang tidak serik dan menganggap ini adalah perkara biasa apabila menyatakan mereka juga baru semalam menjumpai seekor lipas hidup dalam hidangan di restoran ternama johnny's.
 
Isu lipas dalam nasi goreng ini akan dibawa ke pihak pengurusan Annexe sebagai peringatan penting bukan sahaja kepada Restoran Latif Ibrahim, tetapi mana-mana restoran yang terdapat di Menara Annexe. Bukan bertujuan untuk membuka pekung dan merosakkan perniagaan, tetapi ia adalah sebagai langkah tepat bagi membanteras kes-kes keracunan makanan.
 
Kepada pengunjung tegar Restoran Latif Ibrahim di Annexe 1, dinasihatkan berhati-hati ketika menjamu selera.

Fatwa Menyeru Muammar Gaddafi Dibunuh : Syeikh Yusuf Al-Qardhawi

Seorang ulama terkemuka asal Mesir telah menyerukan kepada tentara Libya yang bisa menembak Pemimpin Libya Muammar Gaddafi untuk tidak menahan senjata mereka demi membebaskan bangsa Libya dari penindasan.

Syaikh Yusuf al-Qardhawi, dipandang sebagai pemimpin spiritual kelompok oposisi Ikhwanul Muslimin Mesir, membuat seruan tersebut pada hari Senin kemarin (21/2) melalui sebuah fatwa menentang pemimpin Libya yang telah berkuasa selama lebih dari empat dekade tersebut.

"Barangsiapa di militer Libya mampu menembakkan peluru ke arah Gaddafi maka mereka harus melakukannya," kata Qardhawi kepada saluran berita al-Jazeera yang berbasis di Qatar.

Libya saat ini telah disapu oleh aksi unjuk rasa pro-demokrasi yang terinspirasi oleh revolusi rakyat di Mesir dan Tunisia, yang berhasil menggulingkan presiden kedua negara tersebut.


"Membunuh Gaddafi akan menyingkirkan rakyat Libya dari dirinya," kata Qardhawi. Ulama, yang juga mengepalai Persatuan Internasional untuk Cendekiawan Muslim, yang kembali ke Mesir setelah tiga dekade di pengasingan setelah revolusi rakyat.


Syaikh Qardhawi juga mengatakan agar tentara Libya untuk tidak mematuhi perintah menyerang rakyat mereka sendiri, dan mendesak duta besar Libya di seluruh dunia untuk memisahkan diri dari rezim Gaddafi.

Pemerintah Gaddafi telah mengerahkan jet tempur untuk menembaki para demonstran untuk mencegah apa yang tampaknya bakal menjadi sebuah revolusi dalam waktu dekat.

Pasukan yang setia kepada Gaddafi juga dikatakan telah menggunakan peluru tajam terhadap para demonstran di tengah laporan yang menunjukkan adanya tentara bayaran asing bersenjata di ibukota, Tripoli.

Penyelewengan Ketua Menteri Sarawak Oleh BMF

NGO yang berpangkalan di Switzerland - Tabung Bruno Manser (BMF) hari ini mengeluarkan senarai 49 firma di empat benua di seluruh dunia yang didakwanya berkaitan dengan ketua menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan keluarganya.

NONESenarai itu termasuk 13 syarikat di Malaysia, 10 di Australia, sembilan di Kanada, tujuh di Hong Kong, empat di Amerika Syarikat, tiga di British Virgin Islands, satu di pulau Jersey dan dua lagi di United Kingdom.

"Tujuan senarai ini adalah untuk membantu pihak berkuasa pencegahan rasuah dan pengubahan wang haram di negara-negara berkenaan mengenal-pasti dan membekukan aset Taib,” kata pertubuhan itu dalam satu kenyataan.

Senarai itu disiarkan di lamanweb anti-rasuah barunya dan dikemaskini dari semasa ke semasa.

NONEBMF juga melancarkan petisyen di lamanwebnya mendesak pihak berkuasa di negara-negara berkenaan bagi menyiasat kedudukan kewangan Taib dan keluarganya serta membekukan aset mereka.

Petisyen itu juga akan dihantar ke pihak berkuasa di Australia, the British Virgin Islands, Kanada, Hong Kong, Jersey, Malaysia, United Kingdom dan Amerika Syarikat serta Kumpulan Pengubahan Wang Haram Asia Pasifik yang mempunyai keahlian 139 negara.

Antara syarikat Malaysia yang disenaraikan itu termasuk Borsarmulu Resort Sdn Bhd, Cahya Mata Sarawak Sdn Bhd, K&N Kenanga, Kumpulan Parabena Sdn Bhd, Mesti Bersatu Sdn Bhd, Sarawak Energy Bhd, Naim Holdings dan Kumpulan Ta Ann.

NONESesetengah syarikat berkenaan dimiliki sebahagiannya oleh kerajaan negeri dan terbabit dengan projek yang disokong oleh kerajaan negeri seperti Royal Mulu Resort dan empangan Murum.

Sebahagian besar firma yang disenaraikan itu membabitkan syarikat yang terbabit dalam hartanah, termasuk Sakti International Corporation Incorporated, yang berpangkalan di Amerika Syarikat.
Negara-negara UNCAC

Dokumen yang disiarkan oleh lamanweb Sarawak Report menunjukkan syarikat itu bernilai lebih kurang RM250 juta.

azlanJuga disenaraikan adalah kumpulan syarikat-syarikat di Kanada, Sakto yang didakwa Sarawak Report mempunyai hartanah bernilai lebih RM300 juta.

Gesaan yang sama dibuat oleh BMF ke pelbagai pertubuhan di Kesatuan Eropah untuk membekukan aset milik bekas presiden Mesir, Hosni Mubarak yang telah melarikan diri ke luar negara.

Semua negara, termasuk Malaysia - di mana syarikat-syarikat yang disenaraikan oleh BMF itu terletak telah menandatangani dan mengesahkan perjanjian Konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai pencegahan rasuah (UNCAC).

Semua negara-negara UNCAC diwajibkan untuk menyelaras dengan satu sama lain dan membekalkan bantuan perundangan di mana kes dana-dana tertentu dikaitkan dengan jenayah, termasuk mendapatkan perintah ekstradisi ke atas orang yang dituduh.

Rakyat Malaysia dan semua individu terutama penduduk Sarawak yang prihatin digesa untuk menyeru pihak berkuasa bagi menyiasat dan membekukan aset milik Ketua Menteri Sarawak yang dipercayai telah merompak hasil bumi dan pelbagai projek Negeri Sarawak selama memegang kuasa sebagai Ketua Menteri Sarawak selama 30 tahun.

Rakyat Malaysia diminta menandatangani petisyen yang akan dihantar ke pihak berkuasa di Australia, the British Virgin Islands, Kanada, Hong Kong, Jersey, Malaysia, United Kingdom dan Amerika Syarikat serta Kumpulan Pengubahan Wang Haram Asia Pasifik yang mempunyai keahlian 139 negara.

Malaysian Anti Corruption Commission (MACC)
Royal Malaysian Police
Asia Pacific Group on Money Laundering
Attorney General's Department, Australia
Australian High Commission, Kuala Lumpur
Asia Pacific Group on Money Laundering,
FBI Seattle Regional Headquarters
US embassy in Malaysia
Financial Transactions and Reports Analysia Centre of Canada (FINTRAC)
Department of Justice, Canada
UK Serious Fraud Office
British High Commission in Malaysia
Joint Financial Intelligence Unit, Hong Kong
Financial Services Commission, British Virgin Islands
Jersey Financial Services Commission, Anti-Money Laundering Unit
 
Klik gambar di atas untuk menyokong petisyen




Azizulhasni Awang Cedera Tertusuk Kayu Trek


 MANCHESTER: Menahan kesakitan akibat betis kirinya tercedera tertusuk serpihan kayu trek, pelumba basikal negara, Azizulhasni Awang tetap menamatkan perlumbaan untuk muncul juara keseluruhan Kejohanan Trek Berbasikal Siri Piala Dunia di sini, pagi semalam.

Terdahulu, Azizul terbabit dalam perlanggaran di selekoh terakhir saingan sirkit terakhir di Velodrom Manchester tetapi bangkit untuk meraihkan tempat ketiga. Ia sudah memadai bagi Azizul merangkul juara keseluruhan siri berkenaan.Perlumbaan itu dimenangi oleh Chris Hoy dari Britain yang juga mendapat tempat kedua secara keseluruhan.

Pelanggaran kelajuan tinggi di selekoh terakhir itu turut membabitkan Kamil Kuczynski dari Poland, Edward Dawkins (New Zealand) dan Juan Peralta Gascon (Sepanyol). Di kala Azizul meneruskan semula kayuhan, Dawkins menolak basikal ke garisan penamat, manakala Peralta berlari tanpa basikal yang menyebabkan penyertaannya dibatalkan.

Dengan serpihan kayu sepanjang 17.5 sentimeter (kira-kira tujuh inci) menembusi belakang betis ke tulang keringnya, anak muda dari Terengganu itu menunggang semula basikal dan membuat henjutan semula untuk memenangi pingat gangsa dan terus dibawa ke hospital untuk pembedahan selepas itu. 


Hoy, seorang daripada dua yang menamatkan perlumbaan tanpa terbabit dalam pelanggaran berkata: “Azizulhasni biasanya akan membuat henjutan dan pecutan untuk memintas... jadi sesuatu yang seumpama itu mungkin tidak dapat dielakkan berlaku terhadapnya.”

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Zolkples Embong yang turut berada di Manchester menyaksikan kejohanan itu, berkata Azizulhasni menjalani pembedahan kecil bagi mengeluarkan serpihan kayu itu dan berdasarkan ujian imbasan X-Ray, serpihan kayu itu tidak mendatangkan kecederaan serius pada tisu betis dan tidak mengenai tulang Azizulhasni. 

“Azizulhasni memberitahu saya dia tidak berasa sakit dan hanya menyedari selepas berjaya menamatkan perlumbaan. Ketika dalam ambulans ke hospital, Azizulhasni yang menahan kesakitan masih sempat bercerita kepada saya mengenai hasratnya untuk mengejar pingat emas di Sukan Olimpik London 2012 nanti,” katanya. 



Kes ADUN Pelabuhan Klang : Pencabulan Akta Atau ?????

 ADUN Pelabuhan Klang : Badrul Hisham Abdullah

SHAH ALAM 18 Feb. - Badrul Hisham Abdullah kekal sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang apabila Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan permohonannya untuk mendapatkan deklarasi beliau masih wakil rakyat kawasan itu yang sah.

Hakim Datuk Zaleha Yusof memutuskan demikian di kamar beliau di sini selepas selesai mendengar hujahan kedua-dua pihak berhubung saman pemula Badrul Hisham terhadap Speaker DUN Selangor, Datuk Teng Chang Kim yang mengisytiharkan kekosongan kerusi DUN itu berkuat kuasa 16 Januari lalu.

Dalam keputusannya, hakim berkenaan turut menolak permohonan Chang Khim untuk mengetepikan saman pemula tersebut dan memerintahkan beliau membayar kos sebanyak RM40,000. [Teruskan membaca]

 Mahkamah Malaysia : Undang-undang harus ditegakkan

SHAH ALAM, 18 Feb – Tindakan Mahkamah Tinggi Sivil Shah Alam menolak permohonan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Datuk Teng Chang Khim dengan mengenepikan saman pemula terhadap ADUN Pelabuhan Klang merupakan “hari gelap” sistem perundangan negara.


Justeru, keputusan pendengaran yang dibuat tanpa kehadiran peguam defenden dianggap terburu-buru seraya mengenepikan hak untuk didengari.Bercakap kepada pemberita pada sidang media lewat petang tadi, Teng menyifatkan keputusan tersebut adalah tidak adil atas kapasiti beliau sebagai Speaker DUN Selangor yang mempunyai imuniti penuh terhadap saman dan mahkamah.

“Saya boleh katakan, keadilan yang tergesa-gesa adalah keadilan yang terkubur dan saya rasa dalam kes ini keadilan telah dikuburkan.“Mahkamah harus sedar ini adalah kes melibatkan perlembagaan, Dewan Negeri dan Speaker. Ini bukan kes Tom dan Jerry. Saya tidak nampak mengapa mahkamah harus sangat tegas. Dunia akan ketawakan kita. Badan kehakiman apa yang kita ikut?” tegas Teng.

 Puan Hakim : Datuk Zaleha Yusof

Sebelum itu, Hakim Datuk Zaleha Yusof menolak permohonan Teng di Mahkamah Tinggi untuk mengenepikan saman pemula Badrul Hisham Abdullah.Zaleha turut membenarkan permohonan Badrul dalam deklarasi satu bahawa beliau masih lagi ADUN Pelabuhan Klang yang sah.

Teng kemudiannya diarahkan untuk membayar dengan kos sebanyak RM40,000 atas tindakkan mengisytiharkan kekosongan kerusi DUN berkenaan pada 19 Januari lalu.Teng sebelum itu menjelaskan kepada media bahawa peguamnya, Tommy Thomas telah memohon kepada mahkamah pada 11 Februari lalu untuk menangguhkan pendengaran hari ini kerana terpaksa menghadiri perbicaraan di Mahkamah Tinggi Johor Bharu.

Susulan itu menurutnya, peguam beliau telah menerima surat daripada mahkamah yang menolak permohonan penangguhan tersebut tiga hari kemudian.“Bayangkan kita telah memberitahu mahkamah bahawa peguam akan berada di Mahkamah Johor Bharu pada 16 hingga 18 dan kami minta menangguhkan pendengaran yang ditetapkan pada 17 Februari. Mereka setuju menangguhkan tapi dibawa kepada 18 Feb juga tidak dapat dihadiri peguam saya,” jelas Teng lagi.

Walaubagaimanapun menurut Teng, peguam beliau telah menghantar wakil untuk memohon penangguhan sesi pendengaran hari ini ditolak termasuk permohonan mendapatkan peguam baru.Teng berkata mahkamah tidak seharusnya meneruskan pendengaran tanpa pengurusan kes yang betul.“Sebenarnya pada 14 Februari kami menerima afidavit daripada plantif dan kami mahu menjawab untuk afidavit. Berdasarkan undang-undang mahkamah tinggi, kami ada 14 hari untuk menjawab,” ujar beliau.

Jelas Teng lagi, jika Speaker boleh diperlekehkan oleh sistem kehakiman maka tidak mustahil rakyat boleh ditindas sewenang-wenangnya di dalam mahkamah.Menurut Teng, beliau akan mengarahkan anak guamnya untuk menfailkan permohonan minggu hadapan untuk menangguhkan keputusan itu.

Beliau sekali lagi menegaskan bahawa speaker ada kekebelan daripada cubaan untuk didakwa di mahkamah berdasarkan Artikel 72, Perlembagaan Persekutuan.Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor akan bersambung pada 28 Mac depan.

Perlembagaan dengan jelas mencatatkan berikut:

Perkara 72. Keistimewaan Dewan Undangan.

(1) Kesahan apa-apa prosiding di dalam Dewan Undangan mana-mana Negeri tidaklah boleh dipersoalkan di dalam mana-mana mahkamah.

(2) Tiada seorang pun boleh dikenakan apa-apa prosiding di dalam mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa jua yang dikatakan atau apa-apa undi yang diberikan olehnya semasa mengambil bahagian dalam prosiding Dewan Undangan mana-mana Negeri atau prosiding mana-mana jawatankuasanya.

(3) Tiada seorang pun boleh dikenakan apa-apa prosiding di dalam mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa jua yang disiarkan oleh atau di bawah kuasa Dewan Undangan mana-mana Negeri.

(4) Fasal (2) tidaklah terpakai bagi mana-mana orang yang dipertuduh atas suatu kesalahan di bawah undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen di bawah Fasal (4) Perkara 10 atau atas suatu kesalahan di bawah Akta Hasutan 1948 sebagaimana yang dipinda oleh Ordinan No. 45 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1970

Pemimpin Kita : DS Ismail Sabri, Saranan YangTak Masuk Akal- FOMCA


KUALA LUMPUR 18 Feb.: Saranan Datuk Seri Ismail Sabri, Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, mengesa kerajaan Pakatan Rakyat menurunkan harga barang di negeri yang ditadbir, disifatkan tidak masuk akal oleh Setiausaha Agung Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Muhammad Sha'ani Abdullah.

Sha'ani berkata jika benar kerajaan pusat ingin melepaskan tanggungjawab tersebut kepada Pakatan Rakyat, kerajaan pusat seharusnya menyerahkan kutipan hasil cukai kepada Pakatan Rakyat.

"Kalau dia(Ismail Sabri) sarankan mahu Pakatan Rakyat tentukan harga barang, dia perlu serahkan kutipan hasil cukai kepada Pakatan Rakyat, kalau dia tidak mampu untuk laksanakan bagi sahaja kepada mereka yang boleh buat," katanya.

Mengulas isu kenaikan harga barang, Sha'ani menjelaskan ia adalah fenomena global yang tidak dapat dielakkan tetapi menerusi pengurangan kos sara hidup dalam perkhidmatan sosial mampu mengurangkan beban yang dipikul rakyat.

"Kerajaan sendiri tidak faham bagaimana mahu membantu pengguna dalam menghadapi kenaikan harga barang dan kenyataan menteri-menteri sebenarnya memperdayakan pengguna.

"Kerajaan hanya boleh membantu dengan cara lain seperti mengurangkan kos sara hidup dengan menyalurkan bantuan kepada perkhidmatan-perkhidmatan sosial seperti pendidikan, perubatan, perumahan dan pengangkutan awam," jelasnya.

Tambahnya lagi, rakyat bukan sahaja dibebani kenaikan harga barang tetapi mereka juga tertekan kerana kegagalan kerajaan dalam memberi gambaran jelas mengapa ia berlaku.

"Sebenarnya selama ini kerajaan tidak memberi gambaran yang jelas bagaimana untuk membantu rakyat dalam menghadapai kenaikan harga barang," jelasnya.

Pepijat Alaf : Inikah menteri yang kita pilih untuk meminpin negara ?? Kami generasi muda bukan gelap mindanya, kami ingin dibuktikan dengan Fact and Figure. Cukup2la rasanya kami di perkotak-katikkan.

Kadar Kompaun Baru Kesalahan Lalu Lintas Mulai 1 Mac


Mulai 1 Mac ini, pengguna jalan raya akan berhadapan dengan kadar kompaun baru saman kesalahan lalu lintas berikutan penyusunan semula kesalahan lalu lintas, yang dipersetujui Kabinet Rabu.

Kadar kompaun baru itu akan dikenakan kepada empat kategori kesalahan berbanding tiga kategori sebelum ini dengan kompaun minimum sebanyak RM40 dan maksimum RM300 bagi kelas kenderaan jenis motosikal 250cc dan ke bawah; dan kelas semua jenis kenderaan lain.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha berkata kadar kompaun baru itu ditetapkan mengikut kelas kenderaan; tahap keseriusan dan jenis kesalahan.

"Ia juga akan menyaksikan nilai kompaun bertambah mengikut tempoh pembayaran kompaun berdasarkan kepada prinsip 'The More You Delay, The More You Pay' (Makin Lewat, Makin Banyak Perlu Dibayar)", katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Tahun Baru Cina di kementeriannya di sini.

Tempoh pembayaran dibahagi kepada tiga peringkat iaitu pembayaran pada hari pertama hingga hari ke-15, pada hari 16 hingga hari ke-30 dan pada hari ke-31 hingga hari ke-60.

Bagi saman-saman yang tidak diselesaikan selepas hari ke-60, saman- saman itu akan didaftarkan sebagai kes di mahkamah.

Kong berkata kompaun berganda akan dikenakan terhadap pemandu yang melakukan mana-mana kesalahan lalu lintas secara berulang.

"Kompaun berganda itu melibatkan kesalahan dalam kategori pertama, kedua dan ketiga atau kombinasi daripada mana-mana kesalahan daripada kategori tersebut sebanyak tiga kali atau lebih dalam tempoh dua bulan daripada tarikh melakukan kesalahan pertama," jelasnya.

Kong berkata kadar kompaun bagi kategori pertama dikekalkan maksimum RM300 kerana ia melibatkan kesalahan-kesalahan yang menyumbang kepada kadar kemalangan jalan raya, kesesakan lalu lintas dan kesalahan berkaitan dengan perkhidmatan teksi.

Kadar sama dikenakan kepada kesalahan memandu melebihi daripada had laju, gagal mematuhi peraturan lampu isyarat, memotong di garisan berkembar, mengekori kenderaan dengan rapat, memotong barisan, memandu di lorong kecemasan dan menggunakan telefon bimbit semasa memandu.

"Kesalahan tersebut adalah serius dan perlu dikenakan kompaun yang lebih tinggi, berbanding dengan kesalahan-kesalahan kecil lain dan ia melibatkan semua jenis kenderaan termasuk motosikal," kata menteri itu.

Bagi kategori-kategori yang lain, kadar kompaun adalah berdasarkan tempoh pembayaran dan mengikut tahap keseriusan sesuatu kesalahan. Kong berkata kerajaan memberi pertimbangan kepada penunggang motosikal di bawah 250cc di mana mereka diberi kadar kompaun lebih rendah berbanding dengan lain-lain kenderaan kecuali bagi kesalahan kategori pertama.

Antara lain, Kong berkata Orang Kena Saman (OKS) tidak dikenakan mata demerit di bawah Sistem KEJARA sekiranya mereka menyelesaikan saman tertunggak dalam tiga bulan.

Kong berkata kadar kompaun baru dipersetujui oleh semua pihak berkepentingan termasuklah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan agensi-agensi berkaitan.

"Ia akan diselaraskan oleh semua agensi penguatkuasa termasuk Pihak Berkuasa Tempatan," katanya.

Mesyuarat yang diadakan bagi penyusunan semula kesalahan-kesalahan lalu lintas turut melibatkan Badan-badan Bukan Kerajaaan (NGO) dan syarikat insurans, katanya.

Individu Terkaya Malaysia 2010


Robert Kuok, “Raja Gula” yang memiliki rangkaian hotel lima bintang di rantau ini, mengekalkan kedudukannya sebagai individu terkaya di Malaysia dengan aset bernilai RM50.04 bilion.

Beliau disusuli taikun telekomunikasi, T. Ananda Krishnan, yang bernilai RM45.78 bilion.
Di tempat ketiga ialah Pengerusi Public Bank, Tan Sri Teh Hong Piow, yang meningkat satu tangga dengan jumlah kekayaan sebanyak RM12.77 bilion, demikian menurut majalah Malaysian Business berdasarkan kepada kajian 40 individu terkaya dalam negara.

Sebagaimana tahun sebelumnya, kekayaan 40 individu terkaya negara dinilai berasaskan kepada pegangan mereka dalam syarikat tersenarai. Kajian itu juga mendedahkan 40 individu terkaya Malaysia secara kolektifnya bernilai RM206.27 bilion sehingga pada 21 Januari, naik 30 peratus berbanding dengan RM156.7 bilion tahun lepas, dirangsang oleh pasaran saham yang memberangsangkan dan pengembangan ekonomi.

Di tempat keempat ialah Tan Sri Lee Shin Cheng dari IOI Corporation Bhd, yang bernilai RM12.74 bilion, disusuli dengan Tan Sri Lim Kok Thay dari Genting Group, kekal pada kedudukan kelima dan bernilai RM10.89 bilion.

Tan Sri Quek Leng Chan dari Hong Leong Group pada kedudukan keenam dengan jumlah kekayaan sebanyak RM10.75 bilion, manakala di tempat ketujuh ialah usahawan bumiputera, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary dari Yayasan Albukhary, yang bernilai RM8.84 bilion

Kereta Mewah & Cukai Jalannya

Kepada semua pembaca, zoom peglihatan anda ke pelekat roadtax setiap kereta. Wow ! mewah keretanya, mewah jugalah cukai nya......


Tankap Isteri Khalwat sedang "Doggy"

 Email yang dihantar seseorang ke salah seorang ketua jabatan di UM ini dipetik dari blog sahabat blogger bujang susah.

Assalamualaikum wr wb,

Nor Aishah Binti Samah,

Saya ingin memaklumkan bahawa seorang Pembantu Am Rendah di organisasi pihak Puan telah melakukan perbuatan sumbang dan memalukan masyarakat. Nama beliau ialah Rosli Bin Alias dari Centre For Foundation Studies In Science.

Pada pukul 2.am malam tadi 2 Februari 2011, pasangan Rosli Alias yang merupakan Pengerusi Rukun Tetangga dan Ketua UMNO, Puchong Perdana, telah ditangkap oleh masyarakat disini. Ketika ditangkap bersama pasanganya yang juga merupakan isteri saya, beliau sedang bersetubuh dalam keadaan posisi dari belakang. Beliau, Rosli juga mengugut untuk membunuh saya disaksi oleh anak perempuan saya yang berumur 18 tahun.

Bagaimana pun beliau sering mendakwa mempunyai hubungan baik dengan pihak berkuasa dan polis, meluru pergi ke Balai Polis Bukit puchong untuk membuat "laporan".

Beberapa minit kemudian masyarakat yang menangkapnya juga membuat laporan di balai polis yang sama. Ketika di Balai Polis beliau sengaja berpeluk cium didepan khalayak ramai untuk membangkitkan kemarahan orang ramai dan menunjukkan keberaniannya yang "luar biasa"

Saya membuat laporan ini agar pihak Universiti Melaya mengambil tindakan terhadap beliau kerana memalukan. Beliau juga sering memberitahu orang, bahawa beliau adalah kakitangan pensyarah. Sokongan masyarakat terhadap terhadap UMNO di sini, diambil kesempatan oleh Tuan Pengerusi Rukun Tetangga ini untuk melempiaskan nafsu luar biasanya kepada isteri orang.

Saya sempat mengambil gambar dan akan menunjukkan kepada Puan jika diperlukan. Kes ini juga menyebabkan image UMNO tercalar di mata masyarakat. Saya juga ahli UMNO sebelum ini.

Saya boleh membawa anak perempuan saya dan masyarakat sebagai saksi. Jika inginkan maklumat lanjut boleh terus menghubungi saya Alangzizsham 019 3501242.

Berita kehilangan isteri saya sebelum ini terjawab. Kehilangannya rupanya dipangkuan Rosli

Yang Benar

Alangazizsham - alangazizsham@yahoo.com

Apa pandangan anda tentang email di atas? Anda rasa ragu-ragu dengan kesahihannya? Anda boleh pilih sama ada mahu menyiasat sendiri kes ini berdasarkan maklumat yang ada, termasuk menelefon sendiri no telefon yang tertera di dalam email di atas atau memeriksa sendiri butir-butir lain yang diberikan di atas.

Apa pun untuk pengetahuan pembaca semua, berita tentang penangkapan ini ada tersiar di Harian Metro, di bawah tajuk anak saksi maksiat ibu [Harian Metro]. Seperti biasa, akhbar pencacai kerajaan ini telah memadam perkataan UMNO di dalam laporannya kah kah kah.

Di bawah ini screenshot laporan berita yang diambil dari laman web Harian Metro online, sila klik untuk membesarkan image.

Berita di atas ada menyebut bahawa kes penangkapan ini berlaku pada jam 2 pagi 2 Febuari 2011 lalu, ini bermakna laporan berita di harian metro ini disiarkan selepas 2 Febuari 2011. Manakala email ini disiarkan di blog Bujang Susah pada pukul 8.30 pm 2 febuari 2011 sila rujuk link ini [bujang susah]. Ini bermakna email ini telah tersebar sebelum akhbar harian metro menyiarkan berita ini.

Dalam sibuk-sibuk blogger dan facebooker upahan UMNO memfitnah kononnya ADUN PAS Selingsing berzina, tanpa bukti mereka terus menerus melempar fitnah, kini ternyata Ketua UMNO cawangan Puchong terbukti melakukan zina dengan bini orang. "Paku dulang paku serpih mengata orang sendiri lebih". UMNO is Dead!

Di petik terus dari : MILO SUAM

Elaun guru KAFA di Selangor naik RM300


Guru kelas agama fardu ain atau KAFA di negeri Selangor mendapat perkhabaran gembira apabila kerajaan negeri memutuskan untuk meningkatkan elaun tambahan guru sebanyak RM300.
 
Dengan tambahan elaun RM300 ini menjadikan elaun bulanan guru-guru KAFA di SRA dan SRAI di Selangor sebanyak RM1,300 sebulan. Kenaikan elaun ini berkuatkuasa 1 Januari lalu.Kelulusan untuk kenaikan elaun itu dibuat pada mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang diadakan hari ini.

Tambahan elaun ini melibatkan 3,935 guru KAFA yang mengajar di 208 buah SRA dan 11 buah SRAI seluruh Selangor.Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika mengumumkan perkara ini pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat MMKN berkata,  kenaikan elaun bulanan ini akan melibatkan peruntukan tambahan Kerajaan Negeri lebih RM14 juta setahun.

Pada masa ini, guru KAFA di SRA dan SRAI di Selangor menerima elaun sepenuhnya dari Kerajaan Negeri dan Baitulmal sebanyak RM1,000 sebulan atau RM61 juta setahun.“Kerajaan Negeri berharap kenaikan elaun bulanan ini akan mendorong guru KAFA di SRA dan SRAI berusaha meningkatkan kualiti kerja seharian,” katanya.

Hosni Mubarak Lelaki Terkaya Dunia

 
Lebih kaya daripada pengasas bersama Microsoft, bilionair Bill Gates, malah manusia terkaya di dunia, Carlos Slim Helu pun tidak setanding dengannya.

Ketika Mesir terus dilanda konflik politik, Presiden negara itu, Hosni Mubarak dan keluarganya dilapor memiliki anggaran kekayaan mencecah AS$70 bilion (RM213 bilion) sepanjang tiga dekad era pemerintahannya.

Jumlah harta Presiden Mesir itu melebihi kekayaan Gates dari Amerika Syarikat (AS) dan Slim Helu dari Mexico, yang masing-masing memiliki aset AS$53 bilion (RM161 bilion) dan AS$54 bilion (RM163 bilion) pada tahun 2010, menurut senarai majalah Forbes.[Video]

Anggaran kekayaan Hosni juga hampir setanding dengan Keluaran Dalam Negara Kasar Guatemala, negara rantau Amerika Tengah yang bersempadan dengan Mexico.

Mengulas mengenai perkara tersebut, beberapa pakar kewangan Asia Barat berkata, sebahagian besar kekayaan Hosni, 82, disimpan di bank-bank Britain dan Switzerland.

Sebahagian lagi kata mereka, telah dilaburkan dalam sektor hartanah di London, New York, Los Angeles serta kawasan peranginan pesisir Laut Merah termasuk hotel-hotel di Sharm El Sheikh.


KEDIAMAN mewah enam tingkat berharga AS$13.6 juta (RM41.6 juta) milik anak Hosni, Gamal Mubarak di barat London.

Rangkaian berita ABC menyatakan, kebanyakan harta Hosni diperoleh menerusi kontrak usaha sama ketenteraan, yang bermula semasa beliau berkhidmat sebagai seorang pegawai Tentera Udara Mesir.

Semasa beliau memerintah Mesir, Hosni terus memperoleh pendapatan besar dipercayai melalui amalan rasuah dan penyelewengan wang rakyat di samping keuntungan pelaburan yang mencecah ratusan juta dolar.

Namun, kebanyakan harta itu didepositkan ke dalam beberapa akaun bank asing termasuk bank UBS dan Bank of Scotland atau dilabur dalam dalam sektor pembinaan seperti hotel.

Menurut laporan sebuah akhbar berbahasa Arab, Al Khabar pada tahun lalu, Hosni memiliki hartanah di Manhattan, New York dan di Beverly Hills, Los Angeles, AS.

Dua anak lelaki presiden berkenaan, Gamal dan Alaa, bertaraf bilionair dengan anggaran kekayaan kedua-duanya melebihi AS$25 juta (RM76 bilion).

Gamal turut memiliki dua kapal pesiaran mewah berharga sekitar AS$81 juta (RM248 juta).

Seorang profesor sains politik Universiti Princeton, AS, Amaney Jamal berkata, anggaran kekayaan Hosni adalah munasabah kerana rata-rata pemimpin rantau Teluk memiliki kekayaan mencecah AS$40 (RM122 bilion) atau lebih besar.

"Usaha sama perniagaan semasa beliau (Hosni) berkhidmat dalam tentera dan pentadbiran negara melonjakkan kekayaan peribadinya," kata profesor berkenaan.

Seorang lagi pakar politik Asia Barat, Christopher Davidson dari Universiti Durham, Britain, memberitahu, Hosni dan isterinya, Suzanne mengumpul harta menerusi usaha sama dengan para pelabur dan firma asing sejak beliau memegang jawatan tinggi dalam tentera Mesir.

Menurutnya, kebanyakan negara Teluk mewajibkan warga tempatan memiliki sehingga 51 peratus kepentingan dalam sesuatu projek usaha sama

Paris Hilton Memeluk Islam & Sekarang Bernama Tahirah

JEDDAH - Arab Saudi - Selebriti Amerika, Paris Hilton telah masuk Islam, jurucakapnya, Ian Brinkham, mendedahkan berita tersebut di CBS News.

Bila menganuti Islam, Paris Hilton telah memutuskan untuk mengelakkan kehidupan lamanya sebagai selebriti liar.

Berbicara dari kehadirannya di Jeddah, ia berkata: "Saya telah menemui kedamaian penuh dalam hidup saya dari sebelumnya, saya dulu dikenali sebagai kupu-kupu malam, tapi kini semuanya telah berubah Segala puji bagi Allah .. "
 
 
Jihad

Paris merancang untuk kembali ke Los Angeles minggu depan untuk memulakan sekolah Islamnya sendiri di tengah Beverly Hills.

Paris Hilton kini sungguh bersemangat untuk menyebarkan kebaikan Islam dan Al-Quran. Dia juga sedaya upaya untuk melakukan yang terbaik bagi menggambarkan sifat seorang muslimah tulen.

Paris Hilton juga merancang untuk menukar namanya menjadi 'Tahirah' yang bererti 'murni, suci'dalam bahasa Arab. Sekolah Islam-nya akan di buka pada bulan Julai

Ada pihak yang mendakwa berita ini sengaja disembunyikan bagi mengekang kebangkitan Islam apabila orang berpengaruh seperti Paris memeluk Islam malah ada blogger yang berpendapat Paris mungkin menerima nasib seperti Michael Jackson sekiranya hal ini tersebar.

Tidak kurang juga yang mendakwa ini hanyalah berita palsu. Apa pun terpulang kepada penilaian anda semua, anda boleh percaya dan juga sebaliknya.Di bawah ini disertakan gambar-gambar saat Paris Hilton dikatakan sedang mempelajari cara bersolat
.

 
Pepijat Alaf :
Jika berita ini benar, TAHNIAH diucapkan kepada Tahirah aka Paris Hilton. Syukur Alhamdulillah diberikan hidayah dari Yang Maha Esa, Allah SWT.

Amin...................

KRISIS MESIR - Luahan Hati Pelajar Malaysia Di Mesir


salam.
aku student mesir. kawasan yang masih 'hijau'. aku ni jarang tulis note, ...tapi sebab aku rasa ni perlu, maka aku tulis, dan korang tolonglah sebar2kan.

takda yang lebih tahu pasal mesir ni kecuali kami. kebanyakan berita di malaysia hanyalah 'lebat'2 belaka. kami taklah seteruk itu. berita2 macam ni akan membuatkan mak ayah kat sana risau, kan?

betul.

ada satu lagi yang anda semua tak tahu. kami bukan risaukan bunyi2 bom di waktu malam. belum terjadi lagi. tapi kami risau benda ni akan jadi worse. 

apa yang korang tahu pasal kami di sini? bank dah banyak yang kena beku, kedai banyak dah tutup, harga barang naik mendadak, penjenayah terlepas. nak tunggu sorang pelajar kami maut kat kawasan 'hijau' ni baru nak menggelabah ke?

betul, kami tak boleh menggelabah. kerajaan sedang keluarkan pelajar malaysia perlahan2. kami di kawasan 'hijau' ni perlulah bersabar.

aku, secara peribadi, boleh bersabar. orang lain aku tak tahu.

yang kami risau sekarang, kerajaan terlalu lambat ambil tindakan. embassy sekarang ni sgt susah nak dihubungi. pegawai2 negeri pun susah nak dikontek jugak. siapa kata kami terurus? lawak, lawak. macam korang pulak yang kat sini, kan?

aku harap, ambiklah. walaupun sedikit lambat. asalkan jangan terlampau lambat. apa kerajaan nak tunggu zioonis campur tangan ke? nk tunggu amerika baling bom guna jet?

ok, ingat tak, dulu2, ada satu kerajaan ni di pegang oleh parti Islam (algeria kot.) then, tiba2 perancis datang untuk jatuhkan balik kerajaan tu. macam tulah yang aku takut sebenarnya. jangan sampai diorang masuk campur. sekarang ni tentera macam menyokong pro-mubarak ni. saja nak laga2kan golongan anti dan pro. kalau dah sampai macam ni situasinya, susah dah kita nak keluar dari sini.

sekejap, kami gembira kami akan keluar dari kancah ni. tapi, kejap sangat. datang balik rumours kata kawasan kami takkan keluar. u pun tak cuti. hakikat, kitorang sekarang ni cuak gila bila tahu ada kemungkinan kami tak keluar ke mana.

ada pihak yang cuba telefon embassy. sejujurnya, kami tak dikompemkan lagi kami akan keluar dari sini.

ada pihak2 yang yang dah gelabah semacam, termasuklah aku.

bukan apa, ini bukan perang agama, utk aku masuk campur. ini hal kerajaan. aku takda hak pun nak bersuara.

kerajaan, kalaulah kos nak selamatkan kami ni tinggi sangat, akan merugikan ekonomi negara, duit2 petronas tak mampu cover, nak majukan sangat negara, maka, buatlah kutipan derma. walaupun kemungkinan separuh tu masuk kat poket sesiapa, sekurang2nya adalah jugak duit. kalau taknak jugak, claimlah duit kami nanti, macam ALONG buat!!!

sekarang ni takda apa. tapi sampai bila? kami tak perlukan golongan2 doktor yang bawak ubat, supply2 makanan tu semua. sini ada doktor dan makanan dah. keluarkan kami segera dan terancang.

kami tak cukup berharga, kan?

lagi sekali.

sampai bila?

nak tunggu kami yang di kawasan hijau ni kena rompak ke? kena peluru? lawak.

kami tak kata kerajaan abaikan kami. kami tuduh melulu. tapi dah memang hakikat, embassy pun tak mampu nak kompemkan kami ni akan keluar dari sini. jadi, macamana kami tak risau?

kawasan 'hijau' yang korang kata tu, dah buat aku rasa gas pemedih mata. kat malaysia pun aku tak rasa.

well, the truth is, kami ada makanan. tak perlulah nak bawak makanan banyak sgt. dan kami kesempitan. makanan ada la seminggu dua lagi, tapi keamanan dan ke'hijau'an kami pun tak tahu lagi sampai bila. kerajaan tak mampu nak comfirmkan situasi kami lagi. kelak kaherah dan iskandariah dan di evakuasi, kami terkapai2 tanpa pegawai sebab semuanya nak balik malaysia jugak. lagi2lah kami di kawasan yang bukan kawasan utama.

sebarkanlah benda ni. sebarkan sehabis daya kalian. TV3, akhbar, facebook, blog, sebarkanlah, tolong. kami tak harap kami diselamatkan sekarang jugak. tapi bagi kami jaminan kami akan keluar. dan kami diselamatkan SEBELUM US dan yahudi masuk campur lebih teruk lagi. tunjukkanlah tanda2 kalian prihatin terhadap nasib kami. kami tidak tuduh anda tidak ambil tahu, tapi tunjukkanlah bukti bahawa anda ambil tahu hal kami.

kami di kawasan hijau tinggal sikit. banyak senior dah gerak ke cairo. tinggallah kami segelintir kami yang terkontang kanting di sini tak tahu apa akan terjadi. sebab tulah kemungkinan kami akan diabaikan semakin tinggi.

kalau betul kami diabaikan, sebahagian besar kami akan lari ke mansurah atau kaherah dengan risiko sendiri. andai kata ajalnya di sini, doakanlah rohnya diredhai.

banyak yang di atas hanyalah rumours. tapi jangan pernah main2 dengan rumours. masakan pokok bergoyang kalau tiada angin, kan?

terima kasih kerana sudi membaca.

wassalam.

Kompilasi Gambar Banjir Di Segamat 2011