Laporan Ketua Audit negara : Roti Majerin & Bihun Goreng Kosong

Kanak-kanak sekolah yang dijanjikan roti sandwich sardin tetapi hanya dibekalkan dua keping roti dengan marjerin. Perkara itu didedahkan dalam laporan Ketua Auditor Negara 2009 yang mendapati Rancangan Makanan Tambahan oleh kerajaan tidak menepati apa yang serpatutnya seperti yang berlaku di SK Jeroco di Lahad Datu.

Roti & Majerin

Selain sardin, sandwich yang dijanjikan itu sepatutnya juga mempunyai timun, tomato dan salad, tetapi kanak-kanak itu cuma dibekalkan dengan marjerin.Selain SK Jeroco, pembekal makanan di lima sekolah rendah yang lain sekitar Malaysia juga didapati membekalkan kualiti makanan yang jauh lebih rendah daripada menu yang dicadangkan mengikut Rancangan Makanan Tambahan di sekolah-sekolah.

“Selepas maklum-balas daripada pakar pemakanan daripada jabatan pemakanan, Kementerian Kesihatan, kami dapati makanan daripada menu yang dibekalkan boleh menyebabkan pemakanan yang tak seimbang dan akan membantutkan perkembangan fizikal dan mental kanak-kanak,” petik laporan Ketua Audit Negara itu.

 Bernilai lebih rendah

Enam lagi pembekal didapati menyediakan makanan yang langsung berbeza dengan apa yang dicadangkan dalam program itu, lazimnya makanan berkenaan bernilai lebih rendah daripada sepatutnya.Rancangan Makanan Tambahan diperkenalkan 30 tahun lalu bagi memberi kanak-kanak kurang berkemampuan makanan percuma pada nilai RM1.80 (di Semenajung Malaysia) dan RM2.05 (di Sabah dan Sarawak).

Namun, laporan Ketua Audit Negara mendapati beberapa kontraktor terus menipu dalam pembekalan makanan kanak-kanak.Antaranya adalah apa yang berlaku di SJK(C) Choong Hua 2 di Bidor, Perak. Pembekal makanan kantin menyediakan bungkusan mee segera kepada kanak-kanak, di mana sepatutnya mereka dibekalkan dengan bihun goreng.

 Bihun Goreng Kosong Sahaja

Antara alasan lazim yang dikemukan oleh sekolah dan juga pembekal adalah “kesukaran mendapatkan bahan mentah, khususnya untuk sekolah di kawasan pedalaman.Laporan Ketua Audit Negara itu juga mendedahkan kualiti makanan yang rendah di beberapa hospital.“Dalam persampelan, kami dapati Hospital Sultan Ismail Hospital membekalkan makanan yang berkualiti rendah. Ayam gorengnya masih berdarah, manakala Hospital Besar Pulau Pinang pula menyediakan sup sayur yang mempunyai rambut di dalamnya,” petik laporan itu. Tidakkah mereka yang mendapat tender sebagai kontraktor makanan ini merasa sedikit tanggungjawab? Memang langsung tak ada hati perut dengan memberi kanak-kanak susah di sekolah makan makanan yang tidak berkhasiat.

Peruntukan sudah diberi. Namun masih lagi hendak mencari untung dan bersifat tamak. Sampai sanggup bagi makan Maggi dan bihun kosong sahaja kepada kanak-kanak sekolah?Apa yang kakitangan sekolah buat? Takkan langsung tak ada audit dalaman mengenai mutu kebersihan dan makanan di kantin? Inilah yang dikatakan cuai dan tidak bertanggungjawab.

Alasan kontraktor makanan mengenai bahan mentah sukar didapati adalah tidak relevan sama sekali. Alasan mengelak. Sebelum nak masuk tender pun, kontraktor dah boleh fikir dan rancang mengani masalah tersebut.
Tapi, kalau dalam kepala memang nak fikir untung cepat, macam ini lah jadinya. Tak kena pada anak kita sendiri, kita tak tahu.Cuma kami rasa kasihan terhadap anak-anak ini yang terpaksa menjadi mangsa kerakusan kontraktor makanan dalam mencari untung dan menjadi mangsa kepada kurangnya kesedaran dalam tanggungjawab oleh pihak sekolah dalam memastikan anak-anak ini mendapat makanan yang terbaik.
Mustahil tiada aduan langsung dibuat.Atau pihak sekolah lepas tangan kerana terbabit dalam “tender” tersebut? Benda-benda macamnilah yang merosakkan negara.

Harapan kami adalah lepas ini, baiklah kerajaan mengadakan audit sebulan sekali secara mengejut terhadap kontraktor-kontraktor yang menyediakan makanan ini.Tak perlulah tunggu lama-lama sangat.Lagi kerap lagi bagus. Cuma jangan makan suap pula dari kontraktor, sudahla. Baik langsung tak payah buat audit!
kanak kanak sekolah rendah (Bongkar) Lagi Laporan Ketua Audit 2009 Kontraktor Makanan
Kemudian ambil tindakan serta merta.Ini asyik tunggu lama sangat.Sampai dah habis kontrak pun tak habis-habis siasat. Kasihanilah anak-anak kita yang bersekolah ini.

Janganlah hak mereka pun nak dikebas.

Syyyy....SIAPA ROSMAH MANSUR?

Berasal dari Negeri Sembilan. Orangnya kecil molek, berkulit cerah dan mempunyai tahi lalat besar di pipi. Tahi lalat saiz duit siling lima puluh sen. Mengikut cerita orang-orang tua itu adalah tahi lalat bertuah. Kerana tuah tahi lalat itulah agaknya beliau dapat berkahwin dengan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tetapi, sekarang khabarnya tahi lalat bertuah itu sudah dibuang. Khabarnya beliau pergi buat “plastic surgery” di Jepun. Banyak ribu juga habis. Tidak apalah kerana semua Najib yang tanggung. Duit rasuah yang Najib dari Vincent Tan pun tidak habis. Duit balak tidak usah kira, tidak luak.

Rosmah seorang wanita berpelajaran tinggi. Dapat ijazah dalam dan luar negeri. Bijak orangnya dan petah bercakap. Gaya dia bercakap memang boleh pikat hati orang, terutama kaum lelaki. Sayang kelulusannya disalahgunakan. Kelulusan tinggi digunakan untuk memancing orang-orang lelaki yang sudah beristeri dan berpangkat serta kaya-raya.

Menurut cerita mereka yang pernah tidur dengan Rosmah, sebagai teman permainan dan teman tidur beliau tidak menjemukan. Dia pandai bergaya dan “fashionable”. Senyuman dan jelingan boleh membuat lelaki hidung belang dan buaya seperti Ketua Menteri Melaka, Rahim Thamby Chik dan Najib Tun Razak melutut kepadanya.

Teruskan membaca disini

Rosmah Guna Duit Permata Anjur Sidang Wanita Pertama?


KUALA LUMPUR 28 Okt - Kalangan ahli parlimen Barisan Nasional melahirkan rasa tidak puas hati secara senyap apabila timbul desas desus isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor telah menggunakan peruntukan Program Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Permata) untuk menganjurkan persidangan Wanita Pertama 'Dunia Ketiga' yang glamer baru-baru ini.

Oleh kerana intipati Sidang Kemuncak Wanita Pertama yang diadakan dari 12 hingga 14 Oktober lalu memberi fokus kepada cara bagaimana keluarga, komuniti, dan kerajaan, boleh bekerjasama untuk mengilap potensi dalam setiap kanak-kanak maka timbul dakwaan bahawa peruntukan Permata telah digunakan.

Malah Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin mendakwa sebanyak RM24 juta telah dibelanjakan untuk tujuan tersebut yang mengumpulkan seramai 15 Wanita Pertama, enam perwakilan Wanita Pertama dan 20 menteri.

Apa yang mengecewakan kata Zuraida kerajaan Umno-Barisan Nasional seolah-olah sasau apabila tidak tahu menentukan perkara yang mana perlu didahulukan.

"Ahli Parlimen Lubuk Antu tadi ada menyebut di kawasannya, di sesetengah tempat tidak mempunyai sekolah dan ada tempat, murid terpaksa berkongsi meja.

"Macam-macam yang tidak ada tetapi RM24 juta dibelanjakan untuk 'First Lady Summit".

Malaysia juga katanya turut dicemarkan dengan Islamic Fashion Fair (IFF) yang dipengerusikan oleh isteri Perdana Menteri yang menurut beliau berlagak ala Wanita Pertama Malaysia.

"Ramai rakyat sedang menunggu kenyataan maaf daripada penganjur tetapi masih memekakkan telinga. Dulu Islam Hadhari sekarang Islam First Lady," ujar Zuraida ketika membahas Bajet 2011, petang semalam.

Perdana Menteri ujar beliau dalam menjawab soalan berhubung siapakah 'First Lady' Malaysia telah menjelaskan kononnya jolokan Wanita Pertama tidak boleh mengatasi Pemaisuri Agong.

"Datuk Yang DiPertua, saya ingin tahu sekolah mana yang mengajar ada nombor lain sebelum nombor satu, mungkin Permata kot - merujuk kepada program Rosmah yang mendapat peruntukan RM111 juta dalam Bajet 2011," ujar Zuraida yang juga merupakan Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN).

Bacaan : Pahlawan Neraka

 Gambar Hiasan

Suatu hari satu pertempuran telah berlaku di antara pihak Islam dengan pihak Musyrik. Kedua-dua belah pihak berjuang dengan hebat untuk mengalahkan antara satu sama lain. Tiba saat pertempuran itu diberhentikan seketika dan kedua-dua pihak pulang ke markas masing-masing.

Di sana Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat telah berkumpul membincangkan tentang pertempuran yang telah berlaku itu. Peristiwa yang baru mereka alami itu masih terbayang-bayang di ruang mata. Dalam perbincangan itu, mereka begitu kagum dengan salah seorang dari sahabat mereka iaitu, Qotzman. Semasa bertempur dengan musuh, dia kelihatan seperti seekor singa yang lapar membaham mangsanya. Dengan keberaniannya itu, dia telah menjadi buah mulut ketika itu.

“Tidak seorang pun di antara kita yang dapat menandingi kehebatan Qotzman,” kata salah seorang sahabat.
Mendengar perkataan itu, Rasulullah pun menjawab, “Sebenarnya dia itu adalah golongan penduduk neraka.”
Para sahabat menjadi hairan mendengar jawapan Rasulullah itu. Bagaimana seorang yang telah berjuang dengan begitu gagah menegakkan Islam boleh masuk dalam neraka. Para sahabat berpandangan antara satu sama lain apabila mendengar jawapan Rasulullah itu.

Rasulullah sedar para sahabatnya tidak begitu percaya dengan ceritanya, lantas baginda berkata, “Semasa Qotzman dan Aktsam keluar ke medan perang bersama-sama, Qotzman telah mengalami luka parah akibat ditikam oleh pihak musuh. Badannya dipenuhi dengan darah. Dengan segera Qotzman meletakkan pedangnya ke atas tanah, manakala mata pedang itu pula dihadapkan ke dadanya. Lalu dia terus membenamkan mata pedang itu ke dalam dadanya.”

“Dia melakukan perbuatan itu adalah kerana dia tidak tahan menanggung kesakitan akibat dari luka yang dialaminya. Akhirnya dia mati bukan kerana berlawan dengan musuhnya, tetapi membunuh dirinya sendiri. Melihatkan keadaannya yang parah, ramai orang menyangka yang dia akan masuk syurga. Tetapi dia telah menunjukkan dirinya sebagai penduduk neraka.”

Menurut Rasulullah S.A.W lagi, sebelum dia mati, Qotzman ada mengatakan, katanya, “Demi Allah aku berperang bukan kerana agama tetapi hanya sekadar menjaga kehormatan kota Madinah supaya tidak dihancurkan oleh kaum Quraisy. Aku berperang hanyalah untuk membela kehormatan kaumku. Kalau tidak kerana itu, aku tidak akan berperang.”

Riwayat ini telah dirawikan oleh Luqman al-Hakim.

Tuntutan 40 Juta Untuk Arwah Ibu - Rita

 
KUALA LUMPUR: “Kami memfailkan saman bukan kerana tamakkan duit tapi bagi menuntut keadilan,” kata Erni Dekritawati Yuliana Buhari, anak sulung Datuk Sosilawati Lawiya mengenai tuntutan ganti rugi RM40 juta yang akan difailkan peguamnya terhadap tertuduh kes pembunuhan ibunya.
Dia yang lebih mesra dengan panggilan Rita berkata, saman berkenaan difailkan peguamnya, Selasa depan dan keputusan itu bukan dibuatnya bersendirian, sebaliknya dipersetujui sebulat suara oleh adik-beradik serta ahli keluarga lain selepas menerima nasihat daripada peguam.

“Soal tamak wang tidak timbul berbanding kekejaman mereka terhadap ibu. Jadi saya berharap orang ramai tidak memandang serong terhadap tindakan kami.

“Tujuan kami hanya satu, bagi memastikan keadilan dapat ditegakkan sepenuhnya,” kata anak jutawan kosmetik itu ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Mengenai perkembangan terkini dirinya, Rita, 25, berkata, dia kini sibuk menguruskan perniagaan yang ditinggalkan ibunya dan masih belajar untuk menjadi seorang ahli perniagaan yang cekap seperti arwah ibunya.

Sementara itu, peguam Kamarudin Ahmad dalam satu kenyataan akhbar yang difaks kepada pejabat media petang semalam berkata, firma guaman Tetuan Kamarudin & Partners dilantik anggota keluarga Sosilawati untuk memfailkan tuntutan ganti rugi berkenaan.

Menurutnya, tuntutan yang difailkan pihaknya di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2 November depan itu dikemukan terhadap peguam N Pathmanabhan dan lima individu lain yang didakwa terbabit dalam kes pembunuhan Sosilawati.

Selain Kamarudin, peguam bela yang akan mewakili firma guaman itu ialah Won Walter Pereira dan Annie Gomez.

Ketika dihubungi, Kamarudin berkata, tuntutan saman ganti rugi itu adalah hasil perbincangan yang dibuat bersama ahli keluarga mangsa, kira-kira seminggu lalu.

Katanya, RM40 juta adalah jumlah yang difikirkan sesuai berdasarkan kerugian terhadap keluarga mangsa berikutan operasi perniagaan syarikat kosmetik itu mengalami kerugian kerana pembunuhan kejam Sosilawati.

“Bagaimanapun, kita akan lebih memfokuskan kepada Pathmanabhan. Mungkin ahli keluarga Sosilawati juga akan hadir ketika kita memfailkan tuntutan ini,” katanya.

Pada 13 Oktober lalu, Pathmanabhan, 41, pekerja ladang T Thilaiyalagan, 19, R Matan, 20, dan R Khatavarayan, 30, didakwa di Mahkamah Majistret Teluk Datok, Banting atas tuduhan membunuh Sosilawati, 47 dan tiga individu lain.

Individu lain itu adalah pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.

Pathmanabhan dan tiga tertuduh lain didakwa melakukan pembunuhan itu di Lot 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting antara jam 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos lalu.

Sementara itu, pada 15 Oktober lalu, dua lelaki K Sarawanan, 19, dan U Suresh, 26, dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun selepas mengaku bersalah atas empat pertuduhan melupuskan bahan bukti dalam kes pembunuhan kejam itu.

Selain membakar, mereka mengaku salah membuang abu mayat Sosilawati, Noorhisham, Ahmad Kamil dan Kamaruddin di Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat Banting dan Sungai Panchau, Jalan Morib Banting pada 30 dan 31 Ogos lalu.

Kamarudin juga memaklumkan, pihaknya masih menunggu maklum balas dari pihak keluarga Ahmad Kamil sama ada mahu melakukan tindakan sama iaitu menyaman tertuduh seperti yang dilakukan oleh ahli keluarga Sosilawati. 

SAGA Facelift

Satu lagi keluaran Proton untuk Tahun ini seperti yang dijanjikan oleh Dato Syed Zainal Abidin, Pengarah Urusan Proton Holdings Berhad. Teruskan membaca di sini

Kenyataan Media OA oleh Jaringan Kampung Orang Asli Malaysia


Salam sejahtera.

Kami ingin merujuk kepada kenyataan PM dalam pembentangan Belanjawan 2011 berkenaan dengan perkara di dalam perenggan 93 dan 96 berhubung peruntukan bagi OA dan juga berkenaan kenyataan PM semasa perhimpunan UMNO di PWTC yang menghiris hati masyarakat OA;

1.    Kenaikan elaun Tok Batin/Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Orang Asli sebanyak  RM800 sebulan berbanding  RM450 sebulan sebelum ini.

Sesungguhnya kami menegaskan bahawa kenyataan PM dalam perkara ini adalah amat bercanggah daripada kebenarannya. Tok-tok Batin atau Ketua Kampung OA selama ini cuma mendapat elaun sebanyak RM200 saja sebulan dan diberikan dalam tempoh setahun atau 3 bulan sekali. Mengikut sumber yang diperolehi dari Batin-batin, ada masanya tempoh pembayaran elaun tersebut ditunda kepada beberapa bulan berikutnya tanpa sebarang sebab yang jelas. Jika benar bahawa elaun yang sepatutnya diberikan itu berjumlah  RM450.00 sebulan sedangkan Tok-tok Batin cuma menerima RM200 sebulan, persoalan yang timbul ialah kemanakah perginya perbezaan baki RM250 itu?.

Kenyataan mengatakan pembayaran elaun kepada Pengerusi JKKK OA sebanyak RM450 setiap bulan adalah juga tidak pernah wujud. Bagaimana PM mengatakan Pengerusi JKK ada terima bayaran sebanyak itu dan sekarang nak dinaikan ke RM800 pula? Jika benar ada peruntukan sebelum ini dan Pengerusi JKKK tidak menerimanya kemanakah duit-duit tersebut telah pergi dan bagaimanakah ianya digunakan...?

2.    Sejumlah RM100 juta diperuntukan bagi melaksanakan pelbagai program termasuk menyelesaikan isu pegangan hakmilik tanah dan persempadanan penempatan OA serta perlaksanaan model baru pembangunan OA.  Selaras dengan itu, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli akan disusun semula dan diperkukuhkan dengan memberi nafas baru sebagai Jabatan Kemajuan Orang Asli.

Berkenaan perkara ini, PM nampaknya langsung tidak mengendahkan apa yang kami suarakan dalam memorandum bantahan Orang Asli terhadap Dasar Pemberimilikan dan Pembangunan Tanah Orang Asli yang kami hantar kepada beliau pada 17 Mac 2010 yang lepas di Putrajaya.

Tindakan PM ini jelas menunjukan bahawa beliau lansung tidak menghormati hak asasi OA sebagai manusia, rakyat Malaysia dan sebagai Orang Asal di negara ini untuk menentu dan memutuskan apakah corak kehidupan, pengiktirafan dan pembangunan yang kami mahukan.

Belanjawan yang diluluskan oleh Kerajaan tersebut bukanlah `durian runtuh’ untuk kami tetapi ia adalah bala yang akan menyebabkan kami kehilangan wilayah adat kami lantaran itu adat budaya, jatidiri, sejarah, lagenda dan kehidupan kami sebagai satu komuniti yang unik.

Meskipun Kerajaan telah memperuntukan berjuta-juta Ringgit untuk pembangunan OA di mana JHEOA telah diamanahkan untuk melaksanakanya, namun sehingga saat ini masih banyak kampung Orang Asli yang tidak mempunyai sebarang kemudahan asas, sehinggakan masih terdapat beratus-ratus kampung Orang Asli yang tidak mempunyai bekalan air yang bersih. Malah OA terpaksa berjalan berbatu-batu untuk dapatkan air minuman yang bersih. Begitu juga, masih banyak kampung OA yang masih tidak mempunyai bekalan letrik dan jalan tar.

Pada hakikatnya, projek-projek pembangunan yang diberi kepada OA selama ini seperti RPS, TSK dan sebagainya hanya memburukan lagi masalah kemiskinan OA serta menyebabkan kemudaratan dalam kehidupan mereka. Disamping itu, mereka juga diselubungi kebimbangan, hilang punca sehingga saling menyalahkan dan bergaduh sesama sendiri.  Kes-kes seperti yang dialami oleh OA di Kampung Buluh Nipis, RPS Pos Betau dan  Bukit Lanjan atau nama glamournya Damansara Perdana menunjukan bahawa ide, perancangan dan perlaksanaan pembangunan yang Kerajaan perkenalkan kepada OA bukan sahaja gagal tetapi membawa kemusnahan kepada OA.


3.    Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) kepada Badan Kemajuan Orang Asli (BKOA)

Kami tidak faham kenapa Kerajaan masih tidak nampak atau sengaja buat-buat tidak nampak bahawa selama ini OA hidup dengan cukup harmoni di dalam wilayah Tanah Adat kami masing-masing.  Makan minun kami dan sakit pening kami, kami sendiri yang usahakan untuk selesaikannya. Dari sudut mana  pula Kerajaan lihat bahawa semua kejayaan yang kami dapat/capai sekarang ini diberi oleh JHEOA sehinggakan Kerajaan nak iktiraf dan naikkan status JHEOA sebagai badan kemajuan OA. Dari pengalaman kebanyakan OA selama ini, JHEOA adalah satu badan yang menyusahkan OA dan mempermudahkan pengambilan wilayah Tanah Adat OA. JHEOA juga berperanan sebagai badan yang menipu dan menindas OA samada semasa wilayah Tanah Adat kami dicerobohi atau semasa perlaksanaan projek pembangunan untuk OA. JHEOA sering membiarkan dan bersekongkol untuk membiarkan agensi-agensi seperti RISDA, FELCRA dan Polis menindas dan menipu OA sebagaimana yang berlaku di Buluh Nipis Muadzam Shah. Apakah BKOA akan mengamalkan polisi yang sama berhubung dengan wilayah adat OA? Inikah yang PM kata sebagai Badan Kemajuan Orang Asli?..


4.    Kenyataan PM sempena perhimpunan UMNO di PWTC baru-baru ini: “Sakai, Jakun juga dalam Melayu”

Kami menggangap penggunaan istilah `Sakai’ oleh PM dalam ucapannya sempena perhimpunan Umno adalah satu penghinaan dan sikap tidak ada rasa hormat dan perihatin kepada OA. Pengunaan istilah tersebut amat mengguris hati seluruh Masyarakat Orang Asli di Semenanjung Malaysia. Jika kaum-kaum lain begitu mudah merasa tersinggung dan marah apabila ada sebarang kenyataan yang berkaitan kaum digunakan, begitu juga OA. Kami juga ada perasaan dan kami tidak suka dengan pengunaan istilah tersebut sebagai rujukan kepada OA. Sebagai Perdana Menteri yang melaung-laungkan konsep 1 Malaysia,  adalah tidak wajar bagi beliau mengungkapkan istilah yang menyentuh sensitiviti sesuatu kaum meskipun ianya hanya sekadar kutipan baris-baris sajak atau puisi. Kami menegaskan bahawa tindakan ini adalah tindakan yang tidak wajar dan kurang sensitiviti.

Tuntutan kami sekarang:

1)    Kami menuntut Kerajaan memberhentikan kepuraannya dan kembalikan apa yang menjadi hak kami OA. Beri kami senarai terperinci bagaimana peruntukan berjuta-juta untuk kemudahan-kemudahan asas digunakan dan senarai kampung-kampung yang telah mendapat kemudahan-kemudahan tersebut.

2)    Kembalikan projek TSK kepada penduduk kampung dan tunjukan maklumat pengurusan jualan, untung rugi yang terperinci kepada penduduk kampung terlibat sepanjang ianya dikelola oleh pihak-pihak yang terbabit.

3)    Kami menyeru kepada Kerajaan agar satu siasatan awam yang telus dan bebas dijalankan untuk menentukan samada terdapat apa-apa penyelewangan berhubung dengan tuntutan-tuntutan  1 dan 2 di atas dan elaun Tok Batin dan Pengerusi JKKK Orang Asli.

Biar kami tentukan sendiri jenis pembangunan yang kami mahu.

4)    Wilayah Tanah Adat kami adalah nyawa dan hidup kami bukan hanya ekonomi semata-mata. Maka pengiktirafan mengikut tuntutan kami hendaklah menjadi fokus Kerajaan sekarang.

5)    Kami perlu dihormati dan dihargai. Kami bukan perlu simpati kerana kami bukan peminta sedekah. Kami telah mempunyai wilayah tanah adat, sumber-sumber semulajadi, sistem pengurusan tradisi yang lebih menjamin keseimbangan alam semulajadi  manusia, kemahiran dan nilai-nilai hidup yang murni cuma semua ini telah dan sedang dirampas pemerintah dan di sini kami menuntut semuanya yang telah dirampas dari kami dikembalikan kepada kami.

6)    Tunjukkan juga kepada  kami draf sah dasar pemberimilikan dan pembangunan tanah yang nak jadikan rang undang baru untuk OA menggantikan Akta 134 yang kononnya adalah lebih baik untuk masa depan ekonomi dan survival OA. Ini perlu ditunjukan kepada kami  sebelum dibentang dan diluluskan oleh parlimen. Kami berhak tahu dan berunding mengenai isi kandungan dasar tersebut secara terperinci kerana ianya membabitkan Hak asasi kami dan masa depan kami.

7)    Kami tidak mahu dasar yang diwar-warkan ini akan menjadi seperti rang Undang-undang Perhilitan 2010 baru-baru ini dimana kerajaan dan Parlimen sewenang-wenangnya memutuskan apa yang boleh dan tidak boleh dimakan oleh OA tanpa sebarang perbincangan dengan OA.

8)    Bagi kesemua tujuan ini, kami menyeru agar Suruhanjaya DiRaja ditubuhkan untuk menyiasat dengan terperinci semua perkara berhubung dengan hal-ehwal dan masalah OA.

Tuntutan diatas adalah termaktub dalam perkara 8 (5) (c) Perlembagan Persekutuan iaitu hak-hak kami  harus dihormati sebagaimana pemerintah  menghormati hak seluruh rakyat Malaysia demi mencapai kesamarataan dan kesejahteraan di negara  yang kita cintai ini.

Terima kasih. 

Jaringan Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia
25 Oktober 2010

Bila Pagar Makan Padi - Pinjaman RHB (KWSP) RM800juta Kepada Adik KM Sarawak

KUALA LUMPUR 19 Okt - Tidak sampai seminggu rakyat dikejutkan dengan pengumuman Perdana Menteri bahawa kerajaan membenarkan pelaburan luar negara Kumpulan Wang Simpanan Pekerja ditingkatkan daripada 7 peratus kepada 20 peratus membabitkan dana awam hampir RM75 bilion, kini RHB Bank yang dimiliki KWSP dilaporkan telah memberi pinjaman USD285 juta atau RM880 juta kepada adik Ketua Menteri Sarawak, Raziah Mahmud dan suami ketiga beliau, Robert Geneid.

Menurut laman web sarawakreport.com yang terkenal dengan pendedahan kekayaan dan aset serata dunia yang dimiliki Tan Sri Abdul Taib Mahmud serta keluarganya, daripada maklumat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pinjaman besar tersebut diperolehi pada Jun sebuah syarikat persendirian yang dipunyai oleh pasangan tersebut, Kumpulan Construction Sdn Bhd.

Maklumat SMM menunjukkan Kumpulan Construction didaftar dengan modal berbayar saham RM1 juta di mana 5 peratus sahamnya dipegang oleh Zaleha Mahmud, kakak kepada Raziah dan selebihnya dimiliki oleh Mastim Sdn Bhd, syarikat yang dimiliki oleh Raziah dan Robert, yang merupakan warganegara Australia.

Tanpa laman sesawang rasmi, tidak banyak informasi mengenai syarikat yang diketahui umum namun menurut sarawakreport lagi sumber terhad yang diperoleh daripada akaun syarikat tersebut melalui SSM menunjukkan Kumpulan Consruction memcatat perolehan sebanyak RM43 juta pada 2009, dengan untung bersih kira-kira RM4 juta setelah ditolak cukai.

Di samping modal saham berjumlah RM1 juta, modal simpanannya hanya lebih kurang RM4 juta sementara liabiliti serta aset keseluruhan syarikat bernilai RM42 juta. 

Persoalan yang timbul bagaimana KWSP yang diamanahkan untuk mengawal serta menjaga kepentingan "Simpanan Hari Tua" kaum pekerja di negara ini dengan senang sekali meluluskan pinjaman RM880 juta kepada sebuah syarikat yang dikategorikan sebagai sederhana.

Lebih mengejutkan walaupun nama Kumpulan Construction membawa maksud syarikat itu terbabit dalam aktiviti pembinaan namun ia  dikatakan tidak pernah langsung melaksanakan sebarang projek kecuali hanya mengsubkontrakkan projek yang diperolehi kepada pihak ketiga.

Memetik sumber dalaman RHB, sarawakreport berkata, "syarikat itu tidak pernah melaksanakan sebarang kontrak yang diperolehi dan kesemuanya disubkontrakkan kepada pihak lain terutamnanya Hock Seng Lee Bhd(HSL)".

Sebelum ini sarawakreport juga mendedahkan Kumpulan Construction adalah antara tiga pada 2008 bagi projek pembentungan bandaraya Kuching 2008.

Selang sebulan konsortium tiga syarikat itu - Kumpulan Construction, Nishimatsu Construction dan Hock Seng HSL - memperolehi kontrak tersebut, projek itu disubkontrakkan kepada HSL dengan nilai sebanyak RM452 juta.

Ini bermakna dengan mudah Kumpulan Construction dan Nishimatsu mendapat keuntungan atas angin sebanyak  RM78 juta dalam tempoh sebulan.

Laporan tahunan RHB Capital Bhd bagi 2009 menunjukkan KWSP memegang 56.14 peratus kepentingan dalam RHB Capital yang memiliki 70 peratus saham dalam RHB Bank Bhd

RHB Bank pada masa ini adalah kumpulan perbankan keempat terbesar di Malaysia dengan saiz aset sebanyak RM103 bilion dan mempunyai 200 cawangan di seluruh negara dan beberapa cawangan di luar negara yang majoritinya di Singapura.

Rakyat Malaysia Biayai Rombongan PM, Rosmah & TPM Yang Melampau

Ahli Parlimen Batu, Tian Chua mendakwa Jabatan Perdana Menteri (JPM) semakin boros berbelanja dana awam apabila kos rombongan rasmi Perdana Menteri dan Timbalannya melonjak  daripada RM6 juta pada 2009 kepada RM10 juta tahun ini.

"Pada tahun 2008, kos rombongan rasmi Perdana Menteri pada ketika itu, Tun Abdullah Badawi berjumlah RM5.5 juta tetapi apabila Najib mengambilalih jawatan Perdana Menteri pada 2009 dan 2010, jumlah kos melonjak tinggi iaitu RM6 juta dan RM10 juta pada tahun ini.

"Ini bermakna di antara tahun 2008 dan 2009, kos tersebut meningkat  hampir 8 peratus dan dari tahun 2009 dan 2010, ia meningkat 62 peratus," kata beliau dengan merujuk kepada dua soalan berkaitan perkara itu kepada Perdana Menteri di dalam Parlimen.
Katanya lagi, perbandingan kos menampung rombongan rasmi antara 2008 dan 2010 menunjukkan peningkatan sebanyak 75% dan angka tersebut amat membimbangkan.

Ini katanya, melihat kepada kos purata seorang pegawai yang terlibat dalam rombongan iaitu RM20,000  (tahun 2008, 280 orang pegawai) dan RM32,000 setiap pegawai bagi tahun 2010 (311 orang pegawai).

Dalam pada itu, Tian Chua juga berkata perbezaan kos antara 2008 dan 2010 menunjukkan peningkatan perbelanjaan sebanyak 58 peratus.

"Saya percaya bahawa ketika rombongan rasmi Perdana Menteri dan timbalannya terpaksa menanggung kos perbelanjaan besar di London pada tahun 2008, sebahagian besar kos tersebut adalah untuk membiayai isteri beliau, sebagai contoh pada bulan Mei lalu di mana beliau telah menghadiri Forum Wanita Antarabangsa di Washington dan New York," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz berkata pada tahun 2006, jumlah keseluruhan perbelanjaan JPM adalah RM4.3 bilion dan mencecah melebihi RM10.2 bilion pada tahun 2009.

Ini menunjukkan pertambahan sebanyak 136%, tidak termasuk perbelanjaan tambahan.

Dalam Bajet 2011, JPM telah diperuntukkan sebanyak RM18 bilion atau 10 peratus daripada keseluruhan  peruntukan dan ketiga terbesar mengikut jumlah peruntukan setiap kementerian.

NEO & GEN-2 : Masa Untuk Check-Up



KUALA LUMPUR: Pengeluar kereta nasional, Proton, semalam mengumumkan panggilan semula sukarela bagi model kereta Gen.2 dan Satria Neo yang dikeluarkan antara 2004 dan 2008 disebabkan kerosakan pada komponen ‘Clock Spring’ yang mungkin boleh menjejaskan keselamatan.


Panggilan semula sukarela itu sebahagian daripada program Jaminan Kualiti Global Proton membabitkan 15,911 (2%) daripada 660,000 kereta yang dikeluarkan sepanjang tempoh empat tahun. Pengarah Urusan Kumpulan Proton Holdings Berhad, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, berkata ‘Clock Spring’ berkenaan menyambungkan beberapa suis dan beg udara kepada radio, hon dan cruise control.


“Walaupun jumlahnya kecil, keselamatan pelanggan adalah keutamaan kami dan memohon maaf atas apa jua masalah yang timbul daripada aktiviti ini,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, semalam.

Menurutnya, ujian rutin mengenal pasti kerosakan Clock Spring itu boleh menyebabkan masalah, antaranya bunyi geseran di dalam stereng, hon berbunyi atau lampu kereta terpasang tanpa amaran, kerosakan suis kawalan audio dan dalam kes ekstrem, pelepasan beg udara sebelah pemandu.

Syed Zainal Abidin berkata, panggilan semula ini adalah komitmen pihaknya terhadap keselamatan pelanggan dan prestasi kenderaan di bawah program Jaminan Kualiti Global Proton.

“Kami berharap pelanggan memahami bahawa panggilan semula ini perlu bagi memastikan mereka terus yakin terhadap keselamatan dan prestasi kenderaan mereka,” katanya.

Beliau berkata, pemilik kenderaan terbabit boleh menghubungi mana-mana pusat servis Proton yang sah untuk membuat temu janji bagi mendapatkan pemeriksaan percuma. Semua kos kerja dan alat ganti berhubung penggantian Clock Spring itu akan diberikan percuma dan Proton akan memaklumkan pemilik kenderaan terbabit mengenai perkara ini melalui pos.
Pada masa yang sama, Proton menyediakan laman web di alamat www.protonaftersales.com untuk pelanggan memeriksa sama ada kenderaan mereka antara yang terbabit dengan memasukkan nombor casis atau merujuk kepada panduan bergambar disediakan. Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi Proton i.Care di 1-300-880-888, atau wakil jualan terdekat.

Sidang Kemuncak First Ladies - Wanita Pertama Negara Maju Tidak Mahu Terbabit


Imej isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang dikaitkan dengan pembunuhan kejam wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu serta dakwaan pembabitan beliau terlibat dalam konspirasi terhadap Ketua Oposisi, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyebabkan kebanyakan Wanita Pertama negara maju menjarakkan diri mereka daripada terlibat dalam Sidang Kemuncak First Ladies anjuran beliau.
 Sidang Kemuncak First Ladies di G20 London yang mendapat sambutan sangat baik

Malah acara tiga hari bermula Isnin depan hanya dihadiri oleh 20 Wanita Pertama yang kebanyakannya datang dari 'dunia ketiga'.

Wanita Pertama yang hadir termasuk dari Albania, Afghanistan, Chile, Congo, Gambi Ghana, Guinea Bissau, Iran, Jamaica, Mali, Mauritius, Mozambique, Nigeria, Paraguay, Seychelles, Soerra Leone, Sri Lanka, Sudan dan Zambia

Isteri kepada Datuk Seri Najib Razak itu dikatakan menghina Raja Permaisuri Agung dengan merampas gelaran yang pada sisi Perlembagaan adalah hak Tuanku Nur Zahirah yang selayaknya digelar Wanita Pertama Malaysia.

"Imej beliau di kalangan Wanita Pertama negara Eropah dan Amerika Syarikat sudah tercalar. Mereka tidak mahu dikaitkan dengan beliau yang terpalit dengan bermacam-macam tuduhan yang memalukan negara.

"Yang peliknya bagaimana seorang yang tidak layak memanggil dirinya wanita Pertama atau First Lady dari segi Perlembagaan Persekutuan boleh menganjurkan sidang kemuncak yang mengumpulkan wanita Pertama negara lain walhal beliau sendiri bukan dalam kedudukan itu. Ini amat memalukan imej negara," kata Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Zuraida Kamaruddin ketika dihubungi Suara Keadilan.

Zuraida berkata tindakan Rosmah membelakangkan Tuanku Nur Zahirah dengan 'menyamar' sebagai wanita Pertama adalah sesuatu yang mencerminkan kejelekan peribadi beliau.

Malah lebih memalukan dakwaan Rosmah yang mengaku sebagai Wanita Pertama Malaysia dipertikai bukan sahaja oleh pakar Perlembagaan dan juga rakyat negara tetapi pernah dibahaskan semasa sidamng Parlimen.

Perkara 32 (2) Perlembagaan Persekutuan dalam Bab 1 berkaitan "Ketua Utama Negara bagi Persekutuan, dan isterinya" jelas dinyatakan, " Isteri Yang di-Pertuan Agong (digelar Raja Permaisuri Agong) hendaklah diberi keutamaan daripada segala orang lain di dalam Persekutuan selepas Yang di-Pertuan Agong".

"Memang kita sudah bawa isu ini di dalam Parlimen dan saya sudah pun membahaskan perkara ini pada sidang yang lepas. Jadi kita akan teliti lagi sekali dan saya akan persoalkan mengapa kerajaan boleh berikan peruntukan dana awam untuk sidang kemuncak ini serta apa peranan dan keperluan penganjuran sidang berkenaan?

"Meskipun telah beberapa kali Rosmah mendapat teguran dan kritikan berhubung sikap beliau yang membelakangi Raja Permaisuri Agong dengan menganggap dirinya sebagai Wanita Pertama negara, namun dia tidak pernah peduli dan ambil kira pandangan dan teguran," tegas Zuraida.

Tambah Zuraida, Rosmah juga masih tidak mahu mengambil iktibar daripada teguran terhadap beliau berhubung isu iklan berwarna dua halaman penuh yang memaparkannya di dalam di New York Times pada April lalu.

Iklan tersebut menyebut ucapan tahniah kepada 'Rosmah Mansor, Wanita Pertama Malaysia' kerana menerima anugerah Keamanan dan Harmoni Antarabangsa 2010.

Apa yang menyedihkan kata Zuraida, Perdana Menteri juga menidakkan peruntukan Perlembagaan sambil menyokong Rosmah mengguna gelaran itu  dengan mengatakan, 'Wanita Pertama tidak semestinya adalah Permaisuri'.

"Saya nak tanya Najib, nombor satu tu apa, kalau hanya setakat inilah pengetahuan beliau, dia kena belajar balik ilmu kira-kira," sindir beliau

"Ini jelas menampakkan Rosmah tidak menghirau dan menghormati Perlembagaan sedangkan di negara kita memang tidak pernah wujud istilah 'Wanita Pertama'.

"Malangnya apabila Najib dan Rosmah menguasai pentadbiran negara, mereka guna istilah ini dalam negara yang berkonsepkan Raja Berpelembagaan. Mereka tidak ada mengetahui sejarah negara dan tidak peduli kepentingan Perlembagaan," ujar Zuraida lagi.

Sidang kemuncak itu akan membincangkan perancangan secara bersama mengenai agenda memperkasakan kanak-kanak yang akan menjadi pemimpin masa hadapan.

INSPIRA : Omong Kosong atau Kenyataan??? Nantikan.....

Inspira dikatekan bakal dikeluarkan oleh pihak Proton x lame lagi. mengikuti perkembangannya, Inspira bakal meluncur laju di jalan munkin dalam mase terdekat. Sumber2 dari internet dan blog, mendapati Proton sudah sampai ke prosedur terakhir dalam pengeluarannya. Inspira munkin telah di uji performance nye hingga ke Genting Highland.

Munkin Enjin Inspira ini sangat mampu untuk mendaki bukit seperti genting, namun sebagai persediaan terakhir dan bagi menjawab soalan bakal2 pembeli kereta ini, terbukti Inspira mampu mendaki dengan baik. MIVEC telah terbukti pencapainnya selama berada di jalanan Malaysia.

Ade khabar2 angin mengatakan Inspira ini menggunakan enjin Campro atau Campro-CPS, lihat spesifikasinya :

4B10 Specifications
Engine type Inline 4 cylinder DOHC 16v, MIVEC
Displacement 1.8 L (1798 cc)
Bore 86 mm
Stroke 77.4 mm
Compression ratio 10.5:1
Fuel system ECI multiple
Peak power 105 kW (143 PS) at 6000 rpm
Peak torque 177 Nm (130 ftlbf) at 4250 rpm

4B11 Specifications
Engine type Inline 4 cylinder DOHC 16v, MIVEC
Displacement 2.0 L (1998 cc)
Bore 86 mm
Stroke 86 mm
Compression ratio 10:1
Fuel system ECI multiple
Peak power 108-114 kW (147-155 PS) at 6000 rpm
Peak torque 198 Nm (146 ftlbf) at 4250 rpm

Ternyata bukan seperti yang dikhabarkan, Enjinnya adalah MIVEC ! Dengan menggunakan logo "Three Diamond" harga kereta ini sekitar 120K - 180K, namun sumber sebuah blog menyatakan model 1.8L dinggarkan sekitar RM60 -RM70K dan model 2.0L sekitar RM80K - 90K, yang pasti Pengarah Urusan Proton, Dato Syed Zainal Abidin sahaja yang mampu menjawab persoalan ini.
Teruskan membaca disini





BERITA BAIK - CUEPAC Minta 2 Bulan Bonus


PUTRAJAYA: Selepas dua tahun tidak mendapat bonus, Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Ceupacs) menaruh harapan tinggi supaya kerajaan menimbangkan pemberian bonus kepada lebih 1.24 juta penjawat awam sebagai satu suntikan dan semangat baru untuk bekerja lebih kuat, sekaligus meningkatkan kecemerlangan mereka.
Presidennya, Omar Osman berkata, kongres sudah menghantar surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak empat bulan lalu bagi memaklumkan permohonan itu, selain memaklumkan kepada beliau pada majlis berbuka puasa di kediamannya bulan lalu.

Namun, katanya setakat ini pihak kongres belum mendapat sebarang maklum balas lagi.

“Permohonan ini berdasarkan pandangan kongres yang berangggapan jika kerajaan mampu memberi bantuan khas sebanyak RM500 kepada penjawat awam dalam Gred 1 hingga 54 sebelum Aidilfitri lalu, kami yakin kerajaan mampu menimbangkan pemberian bonus kepada semua penjawat awam termasuk Jusa C.

“Harapan kami tinggi, sekarang mana-mana saya pergi ramai yang bertanyakan soal itu. Tambahan pula tinjauan kami mendapati kerajaan tidak mempunyai masalah (untuk memberi bonus), malah ekonomi kita semakin pulih dan kami harap tahun ini penjawat awam dapat menikmati sedikit bonus.Kami mohon dua bulan tapi kita serah kepada kerajaan.

“Jadi, kami harap tarikh 14 Oktober (perbentangan Bajet 2011) akan menjadi satu tarikh dinanti-nantikan penjawat awam,” katanya ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Sidek Hassan, di Presint 10 di sini, semalam.

Majlis berkenaan turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahma; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Koh Tsu Koon, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu serta pegawai kanan.

Omar berkata, sekiranya tidak mampu, kerajaan akan memberi maklum balas secara terus selepas mendapat surat permohonan dari kongres dengan memaklumkan keadaan yang dihadapi kerajaan.