Gambar Eksklusif Tanah Runtuh Di Hulu Langat 2011






























Kehebatan Habatussauda Atau Jintan Hitam




SELEPAS tiga hari melakukan ekspedisi menggali sebuah kawasan di Lembah Raja, Mesir, pada 26 November 1922 tepat pukul 4 petang, Howard Carter, akhirnya menemui sebuah makam yang telah menjadi obsesnya sejak bertahun-tahun.
Artifak-artifak berharga yang dijumpai di makam Firaun Tutankhamun itu terlalu banyak yang sesuai dengan tarafnya sebagai seorang raja. Howard memerlukan masa selama sedekad untuk merekodkan 3,000 artifak yang ada.
Kesemua barang yang didapati di dalam makam yang tidak pernah terusik oleh penjarah itu merupakan keperluan dan cara hidup seorang raja Mesir. Hanya yang terbaik sahaja dibawa bersama ke alam selepas mati.
Antara barang-barang yang ditemui oleh ahli arkeologi dari London itu adalah singgahsana yang diperbuat daripada emas, tempat beradu, balang-balang berisi minyak dan makanan yang berkhasiat dan sebagainya.
Salah satu bahan yang dijtemui di makam berusia ribuan tahun itu adalah sejenis minyak hasil perahan herba jintan hitam atau lebih dikenali di dunia Arab sebagai habbatus sawda.
Habbatus sawda adalah sejenis herba yang boleh didapati di kawasan-kawasan tertentu terutama di Mediterranean dan telah diamalkan sejak zaman nabi.
Walaupun masyarakat Melayu mengenalinya sebagai jintan hitam, tetapi bentuknya berbeza dengan jintan manis atau putih.
Bersaiz lebih kecil berbanding jintan manis dan berwarna hitam, ia mengeluarkan sejenis bau yang nipis dan berempah tetapi tidak terlalu kuat.
Jika dimakan mentah-mentah atau masih belum diproses rasanya agak pahit.
Pendakwah bebas, Datuk Mohd. Daud Che Ngah berkata, junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda yang bermaksud: “Gunakanlah habbatus sawda kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat daripada segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut).”

BIJIAN jintan hitam diperoleh dari pistil bunganya.



Menurutnya, hadis sahih riwayat Al-Bukhari itu adalah saranan dan galakan Rasulullah kepada umatnya untuk menggunakan herba tersebut.
“Ia bertindak sebagai penyelaras perjalanan darah dan ia tidak khusus kepada satu-satu penyakit sahaja.
“Ia lebih banyak mencegah penyakit daripada mengubatinya,” kata Mohd. Daud ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini.
Disebut dalam al-Quran
Kata Daud, atas gesaan Nabi itu, para sahabat seperti Saidina Ali dan Abdullah Auf turut sama mengamalkan habbatus sawda.
Sebaik-baiknya, habbatus sawda dimakan bersama madu, tambahan pula terdapat ayat dalam al-Quran, surah An-Nahla ayat 68 menceritakan berkenaan manisan lebah itu.
Mohd. Daud menegaskan, setiap perkara yang disebut dalam hadis dan al-Quran adalah yang terbaik untuk umat manusia serta mempunyai khasiat yang banyak.
Ia terbukti secara saintifik melalui kandungan bahan-bahannya yang terdiri daripada glukosa, polisakarida, kalsium, ferum, karotan dan asid amino.
Pakar Pemakanan Program Dietetik, Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Shariza Abd. Razak berkata, habbatus sawda juga berfungsi sebagai bahan antitumor.
“Jadi, habbatus sawda amat baik untuk mengurangkan risiko dan mengawal penyakit kanser serta mampu meningkatkan kekuatan sistem imunisasi badan melawan penyakit seperti selesema,” katanya.
Menurut Dr. Shariza, individu yang mengalami alahan juga sesuai menggunakan habbatus sawda kerana terdapat bahan antihistamin di dalam jintan hitam itu.
“Bahan tersebut akan melawan histamin yang dihasilkan di dalam badan ketika alahan berlaku dan ia sesuai digunakan oleh penghidap ekzema atau radang kulit,” ujarnya.

BIJIAN habbatus sawda yang diimport oleh syarikat Seribu Dinar Distributor Sdn. Bhd. akan terus diproses bagi mengekalkan kualitinya.



Tinggi glukosa
Habbatus sawda juga boleh membunuh kuman kerana ia bertindak sebagi antibakteria.
Sehubungan itu, pesakit yang mengalami jangkitan bakteria terutamanya escherichia coli atau E. coli yang menyebabkan cirit-birit dan masalah penghadaman boleh mengamalkanya.
Bagi individu yang sentiasa mengalami keletihan dan sering tidak bermaya, habbatus sawda amat sesuai diamalkan kerana kandungan glukosanya yang tinggi.
“Habbatus sawda boleh bertindak sebagai bahan penambah tenaga dan biasanya dijadikan minuman atau sebagai salah satu bahan campuran dalam minuman seperti kopi dan teh,” ulas Shariza.
Selain dijadikan minuman, pengguna bebas membuat pilihan dalam apa bentuk sekalipun seperti kapsul atau minyak.
“Tiada had tertentu dalam pengambilannya malah kajian mendedahkan, seorang individu yang sihat dengan berat badan sebanyak 50 kilogram boleh mengambil antara satu hingga dua sudu teh sehari,” ulasnya.
Bagi sesetengah individu, jika habbatus sawda diambil berlebihan ia akan menyebabkan ketidakselesaan badan, panas badan dan gangguan fungsi tubuh tetapi ia masih lagi selamat untuk diambil.
“Tindak balas bergantung kepada individu dan sebaik-baiknya, ambil dalam sukatan yang disyorkan,” katanya berkongsi tip.

WikiLeaks: Eskay Rapat Dengan Pemberontak Thailand

KUALA LUMPUR, 24 Mei: Dengan kerjasama bersama WikiLeaks, laman web Malaysia Today semalam meledakkan lagi satu kabel rahsia Amerika Syarikat, mengenai Datuk Shazryl Eskay Abdullah,(gambar)  yang didakwa berhubung rapat dengan pemberontak selatan Thailand.

Kabel rahsia tersebut turut mendakwa Eskay, yang menjadi popular baru-baru ini kerana menuduh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pelakon dalam sebuah video seks milik beliau, telah menyifatkan Malaysia kawasan selamat untuk pemberontak Melayu Thailand.

Ia diberitahu Eskay dalam satu sesi perbualan dengan pegawai-pegawai atasan di Kedutaan AS pada 5 Februari 2006.

Pendedahan ini dibuat hasil kerjasama antara Malaysia Today yang dimilki Raja Petra Kamarudin dengan WikiLeaks. Kedua-dua pihak menandatangani kerjasama di London baru-baru ini.

“Eskay berkata beliau melaksanakan tugas pada pemberontakan Thailand secara umumnya tanpa bergantung pada kerajaan Thailand mahupun Malaysia, dan mengekalkan hubungan secara terus dengan pemimpin separatis Melayu yang tinggal di Malaysia,” kata kabel yang didedahkan tersebut.
Dalam laporan itu juga disebutkan bahawa Eskay cuba berusaha untuk membuktikan identitinya berhubung beberapa dakwaannya bahawa beliau mempunyai hubungan langsung dengan sebahagian pemimpin separatis Melayu terkenal.

Beliau mengemukakan klip video yang dirakamkan beliau,   dalam pelbagai pertemuan dengan mereka yang digambarkan beliau sebagai pemimpin separatis tua dan penggerak yang muda.

“Eskay telah menunjukkan bahawa beliau mempunyai hubungan dengan  ramai pemimpin orang lama, pemberontak dan simpatisan dari selatan Melayu Thailand. Pandangan-pandangan beliau tentang pemberontakan adalah paling terperinci yang kami pernah dengar selama lima hari semasa lawatan ke utara Malaysia dan dikesan dengan baik dalam banyak perkara dengan informasi dan pandangan dari orang lain,” tambal kabel itu lagi.

Menyifatkan Eskay sebagai seorang peniaga yang berketurunan campuran Malaysia-Thailand, kabel itu turut menyatakan bahawa Eskay telah memberitahu Kedutaan AS tentang peranan pentingnya dalam dialog 2005-2006 dengan pemberontak Thailand yang memaparkan bekas perdana menteri, Tuan Dr Mahathir Mohamad.

“Eskay, yang telah menjadi fasilitator Malaysia yang menerajui dialog dengan pemberontak Thailand yang ditaja bekas perdana menteri Mahathir, telah berhujah bahawa pemberontak generasi tua, yang kebanyakannya bermastautin di Malaysia, masih relevan kerana mereka membekalkan perkhidmatan sokongan dan tempat perlindungan kepada pemimpin muda.

"Beliau turut mengenalpasti satu pemimpin generasi tua yang aktif memberikan arahan untuk menyerang, dan menjangkakan bahawa  kumpulan jenayah dan perkhidmatan keselamatan Thailand bertanggungjawab atas 70 peratus daripada kekerasan yang baru,” tambah kabel itu lagi.

Menurut kabel itu lagi, Eskay juga telah berkongsi satu kertas kerja 12 muka surat mengenai pemberontakan dan pandangan Melayu Thailand, hasil daripada temuramah dengan pelbagai pemimpin separatis, yang telah disampaikan beliau ke Organisasi Perisikan Eksternal Malaysia (MEIO) pada Februari 1.

“Eskay telah meminta supaya kita tidak mengkongsikan kertas kerja tersebut dan kertas cadangan pengaman Februari 2006 kepada orang lain (kita telah menghantar dokumen tersebut dalam bentuk email rahsia ke EAP/MTS and Kedutaan Bangkok),” kata kabel itu lagi.

Di samping itu, kabel itu turut mendakwa beberapa orang sukarelawan Malaysia sangsi terhadap dakwaan Eskay tentang hubungannya dengan separatis Melayu dan mendakwa bahawa beliau pernah terlibat dengan transaksi perniagaan yang kontroversi pada masa yang dahulu.

Eskay adalah salah seorang daripada Trio Datuk T yang terdiri bekas Ketua  Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik dan bekas bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa, Datuk Shuib Lazim yang melakukan jenayah baru-baru ini dengan mengaku memiliki dan menayangkan rakaman video seks yang didakwa mereka melibatkan Anwar kepada orang awam.

Meskipun begitu, sehingga kini, pihak polis masih tidak mengambil sebarang tindakan terhadap mereka.

Petronas Untung Besar, Minyak Malaysia Tetap Mungkin Naik

KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) -- Petronas Dagangan Bhd (PDB), yang mempunyai tunai bersih RM1 bilion sehingga akhir Mac 2011, dijangka terus bermurah hati memberikan pembayaran dividen bagi tahun kewangan akan datang.

HwangDBS Vickers Research berkata ia menganggarkan bayaran dividen itu kira-kira 70 peratus yang diterjemahkan kepada 61.5 sen dividen bersih sesaham (DPS).

Semalam, PDB mengisytiharkan DPS khas dan kasar terakhir 60 sen, yang merupakan lebih tinggi daripada jangkaan, kata syarikat penyelidikan itu di dalam satu kenyataan di sini Rabu.

Bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2011, keuntungan pracukai syarikat itu melonjak RM1.21 bilion berbanding dengan RM1.05 bilion yang dicatatkan pada 2010.

Perolehan meningkat kepada RM23.27 bilion daripada RM20.69 bilion sebelum ini.

Dalam satu makluman kepada Bursa, PDB berkata ia menjangka keuntungann bagi tempoh kewangan semasa dicatatkan lebih rendah.

Ini adalah berikutan tempoh kewangan selama sembilan bulan, yang timbul dari perubahan tahun kewangannya yang berakhir 31 Mac sebelum ini hingga 31 Disember, mulai 2011.

Bagaimana pun, HwangDBS memberitahu Bernama bahawa 70 peratus pembayaran dividen masih berdasarkan tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2012.

Sehingga ini, HwangDBS menyarankan "pegang" bagi saham PDB dengan harga sasaran RM12.75.

Sehingga jam 11.33 pagi, harga saham PDB dicatatkan meningkat 40 sen kepada RM15.70.

Batal PKR: RoS didakwa rujuk fasal tak wujud

PKR mendakwa tindakan mahu membatalkan pendaftaran parti itu pada 9 Jun depan bermotifkan politik dan berniat jahat.

"Ini adalah tindakan terdesak Umno-BN yang kini menggunakan undang-undang menindas seperti Akta Pertubuhan 1966 untuk membatalkan pendaftaran PKR dengan asas yang dangkal dan jahat," kata Setiausaha PKR Saifudin Nasution.

NONEPKR menerima Mei bawah Seksyen 13 Akta Pertubuhan 1966 yang mengancam untuk membatalkan pendaftarannya selepas sebulan.

Notis itu menyatakan pendaftaran PKR akan dibatalkan melainkan parti itu menyatakan sebab mengapa ia tidak wajar dibatalkan.

Saifuddin berkata, dakwaan berlakunya pelanggaran peruntukan dalam perlembagaan parti dalam pemecatan seorang anggotanya Rajagopal Andaikallam -- seperti dipetik Pendaftar Pertubuhan (RoS) dalam surat bertarikh 9 Mei -- juga tidak benar.

Ini kerana, fasal yang dirujuk RoS (Fasal 32.2.1) -- yang didakwa menyebut seorang anggota mestilah disoalsiasat dan dibicarakan Lembaga Disiplin sebelum dipecat -- didakwa tidak wujud.

"Walaupun (mungkin) ia kesilapan ejaan, Fasal 32 tidak langsung berkaitan dengan isu disiplin dan Lembaga Disiplin," katanya sambil menuduh RoS mem buat dakwaan karut.

Saifudin juga berkata, nama individu yang disebut juga sebenarnya salah. Nama sebenarnya, seperti dalam rekod parti ialah Jayagopal (bukan Rajagopal).

NONEBagaimanapun, Saifuddin menjelaskan, individu itu dipecat pada 27 April 2009 setelah diputuskan Majlis Pimpinan Pusat pada tarikh yang sama.

"Dakwaan dan campurtangan Pendaftar Pertubuhan dalam masalah dalaman parti ini ternyata sangat tidak berasas dan tidak adil.

"Perkara tentang disiplin dan prosedur berkaitannya adalah sepenuhnya masalah dalaman parti," katanya.

Kadar tarif elektrik dijangka dinaikkan

Kenaikkan kadar tarif elektrik di negara ini dijangka akan diumumkan pada 25 Mei ini menurut akhbar harian Cina Nanyang Siang Pau.

electric bill 130608Akhbar itu yang memetik sumber berkata kerajaan memilih menaikkan harga elektrik dan bukannya harga petrol RON95 kerana bimbang tindakan itu akan mencetuskan kemarahan besar-besaran rakyat. Justeru, petrol RON95 dijangka kekal buat masa ini.

Impak atau kesan kenaikkan tarif elektrik dikatakan lebih kecil berbanding kenaikkan harga petrol RON95 ke atas kerajaan, dakwa sumber dari jemaah menteri itu.

Menurut laporan itu juga kerajaan telah meluluskan kenaikkan tarif berkenaan.

Ia sepatutnya diumumkan pada Khamis lalu tetapi ditangguhkan kerana pengumuman kenaikkan harga gula juga dibuat pada minggu lalu. Tindakan tersebut dikhuatiri membangkitkan kemarahan rakyat.

AWAS : Logo HALAL Dibeli Untuk Perdaya Pengguna Islam

Bimbang perniagaan merudum akibat isu ketiadaan logo halal yang hangat diperkatakan semula menyebabkan segelintir pemilik restoran kopitiam panik membeli logo halal ‘swasta’ bagi memperdaya pelanggan Islam. Logo halal tidak diiktiraf itu ditampal pada pintu di kaunter bayaran premis bagi meyakinkan pelanggan yang semakin berhati-hati selepas menyedari masih terdapat kopitiam tidak memohon sijil halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

 Contoh logo halal yang tidak di ikraf JAKIM

Sumber Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) berkata, berdasarkan pemantauan terdapat kira-kira enam logo halal palsu yang menyerupai logo halal Jakim berada di pasaran. Menurutnya, kebanyakan pengguna mungkin tidak menyedari penipuan terbabit berikutan pihak yang menjual atau mengeluarkan logo halal palsu itu cuba meniru atau menghasilkan logo mirip logo halal Jakim.

“Kebanyakan logo tidak diiktiraf ini berbentuk bulat menyerupai logo Jakim dengan tulisan jawi ‘halal’ di tengahnya.

“Sekali pandang ramai yang tidak dapat membezakannya dengan logo halal Jakim, namun perkataan yang tertera pada tepi bulatan logo mempamerkan nama pelbagai syarikat yang tidak diiktiraf Jakim,” katanya.
Menurutnya, orang ramai yang sangsi berhubung restoran kopitiam yang dikunjungi boleh menyemak nama syarikat terbabit di direktori Halal Malaysia yang dikendalikan Jakim.

“Setakat ini, hanya beberapa syarikat restoran Kopitiam disahkan memiliki sijil halal Jakim antaranya Pak Hailam Kopitiam Sdn Bhd, Kopitiam Asia Pacific Sdn Bhd, Jonker Walk Kopitiam dan Old Town Kopitiam Sdn Bhd di Plaza Shah Alam, Selangor,’ katanya.
Isu berhubung kopitiam ini mula diperkatakan semula selepas pihak Jakim mendapati wujud sebuah rangkaian restoran kopitiam terkenal mendapat bekalan bahan mentah tidak halal dari sebuah syarikat pengedar dari Pulau Pinang hujung April lalu.

 Kopitiam yang di iktiraf halal oleh Jakim

Susulan itu, mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia mengambil keputusan menarik semula sijil pengesahan halal Malaysia bagi syarikat pengedar makanan itu selepas laporan kimia mendapati terdapat Deoxyribonucleic Acid (DNA) babi dalam produk keluaran syarikat itu yang turut diedarkan ke kopitiam.

Sementara itu, Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Perak, Mohd Hilmi Mohd Noor yang ditemui semalam berkata, pihaknya memandang serius perkara itu melalui kerjasama dengan Jabatan Agama Islam Perak (JAIP).

Katanya, KPDNKK mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu atau pihak yang didapati menggunakan logo halal palsu atau tamat tempoh.

Menurutnya, penguatkuasaan berhubung perbahasan ‘halal’ dilaksanakan di bawah Akta Perihal Dagangan 1972/Perintah Perihal Dagangan Penggunaan Perbahasaan ‘Halal’) 1975/Perintah Perihal Dagangan (Penandaan Makanan) 1975. “Akta ini memberi perlindungan kepada peniaga dan pengguna daripada amalan perdagangan yang tidak sihat seperti penggunaan perihal dagangan palsu atau mengelirukan berhubung dengan harga dan barang-barang serta pernyataan palsu yang mengelirukan berhubung dengan perkhidmatan, tempat tinggal dan kemudahan. “Penggunaan perbahasaan ‘halal’, ‘Ditanggung Halal’, ‘Makanan Islam’ atau sebagainya termasuk dalam bentuk logo oleh premis perniagaan tidak diwajibkan di bawah undang-undang sedia ada,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di

Video Seks Dato Seri Anwar Ibrahim : Dolak - Dalih Polis Di-Raja Malaysia


Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar berkata tiada keperluan dari segi undang-undang bagi pihaknya untuk mendedahkan identiti pelaku dalam video seks yang didakwa membabitkan pemimpin sebuah parti pembangkang.

Katanya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang menjurus kepada keselahan mengedar dan mempamer video lucah, di mana tiada keperluan di pihak polis untuk mendedahkan identiti pelakunya.

"Tiada keperluan undang-undang untuk mendedah pelakunya. Jikalau kita mengambil tindakan yang lebih daripada had undang-undang, kita akan dituduh pula terlibat di dalam politik."

"Kita menjalankan tanggungjawab menyiasat kes ini, apa yang tidak boleh didedah kita tidak akan dedah. Jangan mendesak kita, kita mengikut peruntukan undang-undang," katanya kepada pemberita di Johor Bahru hari ini.

Khalid berkata demikian selepas menghadiri majlis Sesi Percambahan Minda Bersama Pucuk Pimpinan Polis Kontinjen Johor yang turut dihadiri Ketua Polis Negeri Datuk Mokhtar Mohd Sharif.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Datuk Zaid Ibrahim hari ini yang mendakwa kredibiliti polis akan terjejas jika ia masih teragak-agak mendedahkan identiti pelaku dalam video seks itu.

Khalid berkata, polis telah pun selesai menjalankan siasatan terhadap kes mengedar dan mempamer video lucah itu dan kini terpulang kepada pihak Jabatan Peguam Negara untuk meneruskan tindakan selanjutnya.

"Polis telah menjalankan siasatan, sama ada tuduh ke tidak itu bukan tanggungjawab polis, itu Jabatan Peguam Negara. Kita telah menjalankan apa jua arahan pendakwa raya tentang video lucah itu," katanya.

Mengenai sesi pencambahan minda hari ini, beliau berkata, ia merupakan usaha kontinjen Polis Johor berbincang untuk mencari pendekatan baru bagi mengurangkan kebimbangan masyarakat terhadap jenayah.

Katanya, tahun ini Polis Johor telah berjaya mengurangkan sebanyak 20 peratus kadar jenayah di kawasan-kawasan panas negeri ini berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Polis Johor yang telah mewujudkan 25 pondok khas polis di kawasan panas sekitar Johor Baharu dan Iskandar Malaysia, merancang untuk menambah 25 lagi pondok khas bagi membanteras jenayah, katanya.

Dedah Wikileaks : Najib & Kematian Altantuya

Kedutaan Amerika di Kuala Lumpur mengikuti secara dekat perbicaraan tertuduh dalam kes pembunuhan jurubahasa Mongolia, Altantuya Shaariibuu dan sering berbincang sama ada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terbabit dalam pembunuhan tersebut, demikian menurut kabel diplomatik yang dibekalkan kepada Asia Sentinel oleh lamanweb WikiLeaks.

najib pc in parliamnet on altantuya murder case allegations 030708Para diplomat tersebut, seperti juga orang awam, turut membuat spekulasi bahawa perbicaraan itu sengaja dilambat-lambatkan dan khuatir apa yang disebut dalam salah satu kabel tersebut sebagai "salahlaku pendakwaan" yang telah dimanipulasi untuk tujuan politik.

Pegawai kedutaan mengasaskan kebimbangan mereka kepada sumber-sumber pendakwaan, kerajaan dan pembangkang.
Kabel itu juga menarik perhatian kepada satu dakwaan menarik bahawa Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi,
mungkin telah cuba untuk menggunakan prosiding tersebut untuk membabitkan Najib - satu dakwaan yang cepat-cepat didiamkan dalam akhbar Malaysia.

abdul razak baginda pc 201108 04Altantuya dibunuh pada Oktober 2006 oleh dua pengawal peribadi Najib - ketua inspektor Azilah Hadri, 30 dan koperal Sirul Azhar Umar, 35, - yang dihadapkan ke mahkamah dan didapati bersalah pada April 2009.

Abdul Razak Baginda (kiri) - kawan karib Najib dan kekasih Altantuya -
dituduh bersubahat dalam pembunuhan tersebut tetapi dibebaskan tanpa dipanggil membela diri.

Pembunuhan itu telah dikaitkan dengan pembelian kapal selam Perancis membabitkan AS$1 bilion oleh Kementerian Pertahanan, yang ketika itu diterajui oleh Najib.
Altantuya dilaporkan bertindak sebagai penterjemah dalam urusniaga tersebut, di mana syarikat Razak Baginda memperolehi 114 juta euro (RM534.8 juta) "bayaran komisyen" daripada pembelian itu.

altantuya and son 050309Dilaporkan Altantuya ditawarkan AS$500,000 untuk khidmatnya
sebagai penterjemah. Selepas ditinggalkan, dia menuntut pembayaran tersebut.
Sepucuk suratnya yang didedahkan selepas kematiannya, menyatakan dia menyesal kerana cuba "memeras ugut" Razak Baginda.

Peguam Perancis pula menyiasat sama ada sebahagian daripada 114 juta euro adalah habuan kepada ahli politik di Perancis atau di Malaysia.

Kabel itu turut menceritakan tentang satu siri pertemuan di mana ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, berulangkali memberitahu pihak Amerika bahawa Najib dikaitkan dengan amalan rasuah dalam pembelian kapal selam tersebut serta pembelian jet pejuang Flanker Sukhoi Su-MCM-30 dari Rusia.
Anwar juga menarik perhatian kepada kaitan Najib dengan kes Altantuya.

Enjin Airbus A330-300 Terbakar Lagi


Sebuah enjin pesawat gergasi Airbus A330-300 milik syarikat penerbangan Cathay Pasific yang dalam penerbangan ke Jakarta, Indonesia terbakar semalam. Kebakaran itu menyebabkan pesawat itu terpaksa membuat pendaratan cemas di Lapangan Terbang Changi di sini sejurus selepas ia berlepas.

Bagaimanapun, kesemua 136 penumpang yang menaiki pesawat Airbus A330-300 itu tidak mengalami sebarang kecederaan. Pihak berkuasa lapangan terbang dalam satu kenyataan berkata, anggota-anggota perkhidmatan kecemasan berjaya memadam kebakaran pada salah satu enjin pesawat berkenaan.

"Disebabkan isu berkaitan enjin, pesawat itu berpatah balik ke Lapangan Terbang Changi dan mendarat dengan selamat pada pukul 1.57 pagi," kata kenyataan itu. Satu landasan di lapangan terbang yang menerima penumpang di antara 25 juta hingga 40 juta setahun terpaksa ditutup lebih satu jam disebabkan kejadian itu.

Jurugambar Reuters, Beawiharta yang menaiki pesawat itu memberitahu terdapat bunyi yang kuat 20 minit selepas ia berlepas. Menurutnya, pesawat itu bergoyang dan dia menghidu bau terbakar. Anak lelakinya, Pradipta, 15, yang melihat tingkap pesawat kemudian menjerit: "Saya lihat api!Saya lihat api!Adakah kita akan mati?" 

Menurut jurugambar itu, terdapat penumpang yang berdoa meminta perlindungan daripada Tuhan. Dia berkata, seorang jururawat kemudian memberitahu, satu enjin terbakar dan pesawat itu berpatah balik ke Singapura. Kejadian itu telah dilaporkan kepada Jabatan Penerbangan Awam Hong Kong. Syarikat Cathay Pacific dan pembuat enjin pesawat terbabit, Rolls-Royce sedang menyiasat kejadian itu.

Menurut satu kenyataan syarikat penerbangan itu, pesawat itu menerima amaran dari enjin No.2 sejurus ia berlepas. "Kru-kru menutup enjin Rolls-Royce itu apabila mereka menerima amaran dan pendaratan kecemasan diisytiharkan," kata kenyataan tersebut. Pada November tahun lalu, sebuah pesawat Airbus A380 membuat pendaratan cemas di Lapangan Terbang Changi kerana salah satu enjin pesawat meletup di udara.

Kapal Bantuan Malaysia Ke Palestin Di Serang Lagi


Sebuah kapal misi bantuan kemanusiaan yang ditaja Malaysia untuk rakyat Palestin di Gaza dihalang dua bot tentera laut Israel yang melepaskan tembakan amaran di perairan berhampiran Rafah awal pagi Isnin waktu Malaysia. 

Kesemua 12 penumpang dan krew, termasuk dua wartawan dari Malaysia bagaimanapun terselamat selepas tentera laut Mesir datang membantu dan mengiringi kapal MV Finch ke pelabuhan Al Arish di Mesir, menurut wartawan Bernama Mohd. Faizal Hassan yang berada di atas kapal itu.

Kapal bantuan tersebut dengan jurumudi ialah Kapten Jalil Mansor telah berlepas dari Pelabuhan Piraeus, Greece, pada 11 Mei lalu dengan membawa muatan paip PVC sepanjang 7.5 kilometer bagi membantu memulihkan sistem pembetungan yang musnah di Gaza.
Ujarnya, inisiatif kemanusiaan itu dibiayai oleh Yayasan Keamanan Global Perdana Malaysia (PGPF) yang diasaskan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Idea BUKU JINGGA Tak Akan Memufliskan Negara terbukti


Exco Kerajaan Selangor Teressa Kok menegaskan bahawa Pakatan Rakyat akan mengadakan rundingan semula dengan syarikat konsesi tol bagi mengurangkan bebanan yang ditanggung rakyat berhadapan kenaikan kos sara hidup.

Kritikan lantang kerajaan pemerintah sebelum ini kononnya tawaran 100 hari Pakatan Rakyat akan menyebabkan negara muflis  ternyata meleset sama sekali apabila sedikit demi sedikit tawaran Buku Jingga itu diceduk oleh Umno- BN. Berkuatkuasa semalam, kerajaan memansuhkan kutipan tol di Plaza Tol arah Cheras dan Plaza Tol arah Petaling Jaya, Lebuhraya Hubungan Timur- Barat (Metramac).


Sebelum ini juga idea memberikan insentif RM500 kepada golongan pendidik diciplak kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Najib Razak dan terbaru, cadangan pemansuhan tol turut digunapakai. Pemansuhan tol ini dilakukan tujuh tahun lebih awal daripada tarikh sebenar dalam perjanjian konsesi yang dijadualkan 31 Mei 2018.

“Salah satu dasar yang disebut dalam Buku Jingga adalah berkenaan dengan tol. Kita akan merunding semula segala perjanjian tol dan mengkaji pembelian balik lebuh raya PLUS dengan matlamat melupuskan tol dalam jangka masa 7 tahun. “Bila kita masuk Putrajaya antara perkara yang akan dilakukan ialah mengambil balik PLUS, menghapuskan tol, dalam tempoh tujuh tahun. Ini tersebut dalam Buku Jingga kita lihat hari ini juga dua tol di PJ dan Cheras , sudah ada dua plaza tol dihapuskan, dimansuhkan,” katanya lagi.


Sebelum ini, kerajaan melalui Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin membuktikan pemberian insentif kepada warga pendidik tidak akan menyebabkan negara bangkrap seperti yang seringkali diwar- warkan. Insentif sebayak RM7,500 kepada kira- kira 924 guru besar dari seluruh negara dilihat mirip kepada tawaran insentif RM500 kepada setiap guru di negara ini.

Kegugupan kerajaan Najib terhadap kekuatan Buku Jingga dizahirkan apabila media arus perdana diarahkan supaya menghentam rancangan 100 hari Pakatan Rakyat yang disenaraikan dalam Buku Jingga sekiranya mereka berjaya menawan Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13. Arahan daripada Pejabat Perdana Menteri itu dikesan melalui nota seorang wartawan kanan kepada kepada pengarang dan pembantu pengarang berita Utusan Malaysia yang diletakkan dalam ‘satu sistem’ akhbar itu pada 21 Mac lalu.

Sehubungan itu, semua akhbar, terutamanya Utusan Malaysia, diminta mendapatkan komen pelbagai pihak — antaranya pemimpin parti komponen BN, penganalisis ekonomi dan tokoh akademik bagi mengambarkan seolah- olah negara akan bankrap jika tawaran Buku Jingga dilaksanakan. Buku Jingga yang dilancarkan sempena konvensyen Pakatan Rakyat 2010 antara lain mengutarakan manifesto Pakatan Rakyat jika dapat menguasai Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum ke-13 dalam tempoh 100 hari.

Teresa yakin kerajaan Najib tidak hanya menceduk dua idea sahaja dari Buku Jingga itu. Beliau pasti lebih banyak idea Pakatan Rakyat yang bakal diciplak UMNO BN untuk mencerminkan kononnya mereka adalah kerajaan pemerintah yang menjaga kebajikan rakyat.

RON95 Munkin Naik : Mungkir Janji Adalah Satu Sifat Org Munafik


PUTRAJAYA, 16 Mei — Kenaikan harga petrol RON95 mungkin berlaku dan oleh itu, rakyat perlu bersedia untuk menghadapinya, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam. 

Beliau berkata kemungkinan itu adalah memandangkan kajian mengenai rasionalisasi subsidi dijangka akan dibuat sekali lagi bulan depan. “Saya ingin rakyat bersedia. Saya tidak mahu nanti rakyat terkejut, kata harga minyak tidak naik tetapi akhirnya naik juga,” katanya dipetik Bernama Online.

Ismail Sabri berkata kenyataannya sebelum ini bahawa tidak akan naik buat masa ini tidak bererti harga bahan mentah itu tidak akan naik. “Jadi rakyat kena bersedia untuk sebarang kemungkinan kerana trend penurunan harga minyak tidak mungkin berlaku. Ini bermakna sama ada harga akan kekal atau pun naik. Jadi ia bergantung kepada kajian itu,” kata beliau.
Kali terakhir harga RON95 naik ialah pada Disember lalu sebanyak lima sen kepada RM1.90 seliter.

Tiga hari lalu, Ismail berkata, kerajaan memberi jaminan bahawa harga minyak petrol RON95 tidak akan dinaikkan buat masa ini. Beliau berkata, kerajaan masih mengkaji untuk mengambil tindakan yang sewajarnya mengikut pasaran minyak dunia.

Kalau kekal dengan keadaan sekarang kemungkinan besar dari segi unjurannya, kata beliau, subsidi akan bertambah daripada RM10.3 bilion kepada RM17 bilion. Kenaikan harga petrol RON95 telah dibincangkan semasa mesyuarat pasca-kabinet Rabu lepas, namun tiada keputusan dicapai berhubung perkara itu.

Kerajaan Makin Tertekan Naikkan RON95

Peningkatan harga gula yang berkuatkuasa semalam, kini menimbulkan spekulasi sama ada harga petrol RON95 akan menyusul selepas ini - ataupun kenaikkannya akan ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya umum.

azlanMengikut rancangan penyelarasan subsidi yang dicadangkan oleh Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU), harga petrol RON95 sepatutnya telah dinaikkan oleh kerajaan kepada RM2.05 seliter sekarang. Mengikut perancangan, ini seharusnya dilakukan dengan dua pelarasan - iaitu 15 sen sekitar akhir tahun lalu dan 10 sen lagi pada separuh masa pertama tahun ini.

Namun harga sekarang tetap kekal pada RM1.90 seliter. Harga RON95 dinaikkan dua kali tahun lalu - iaitu lima sen setiap kali pada 16 Julai dan 4 Disember.

Tahun ini sahaja, harga petrol RON97 dinaikkan empat kali dan kini pada paras RM2.90 seliter, iaitu paras tertingginya.
Menghadapi pilihan raya

Menurut akhbar China Press, harga petrol RON95 sekarang adalah 80 sen lebih murah berbanding harga pasaran - bermaksud harga sepatutnya adalah RM2.70 seliter jika diselaraskan mengikut harga pasaran.

petrol price hike before increase panic consumers 040608 01Bagi mengekalkan kadar harga sekarang, pembayar cukai terpaksa menanggung kos subsidi petrol sebanyak RM14 bilion. Ini merupakan 40 peratus lebih tinggi daripada bajet RM10 bilion yang diperuntukkan oleh kerajaan.

Walaupun jumlah yang ditanggung itu besar, ketua penyelidik Jupiter Securities Pong Teng Siew berkata beliau menjangkakan kerajaan akan menangguhkan sebarang kenaikkan harga petrol RON95 sehingga pilihan raya umum selesai kerana petrol mempunyai kesan yang lebih besar berbanding gula.

azlan"Bagi sekarang, kerajaan cuba mewujudkan persekitaran yang sesuai menjelang pilihan raya.”

Spekulasi tersebar luas bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak akan membubarkan parlimen akhir tahun ini ataupun pada tahun depan kerana ekonomi dikatakan semakin merudum sejak kebelakangan ini.

Jika rasionalisasi harga petrol ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya umum, rakyat berkemungkinan akan menghadapi kenaikan agak ketara sehingga boleh menyebabkan inflasi petrol.

Setakat ini, hanya sasaran rasionalisasi subsidi untuk gula yang disaran dinaikkan 20 sen sekilo bagi setiap setengah tahun berjaya dipatuhi.

azlanBarangan kawalan lain seperti tepung, minyak masak dan gas asli juga termasuk dalam rancangan pengurangan subsidi tetapi kerajaan belum mengumumkan sebarang kenaikan barangan itu bagi tahun ini.

Najib pada 1 April lalu mengumumkan kerajaan akan memperlahankan pelaksanaan skim rasionalisasi subsidi dengan alasan bagi membantu rakyat mengurangkan bebanan mereka.
Kabinet bincang kemungkinan kenaikkan

Sementara itu, Nanyang Siang Pau melaporkan harga petrol RON95 mungkin dinaikkan 10 sen dalam masa terdekat ini bagi mengurangkan bebanan yang ditanggung kerajaan.

petrol price hike before increase panic consumers 040608 02Seorang menteri yang tidak mahu dikenali memberitahu akhbar Cina itu bahawa jemaah menteri telah membincangkan subsidi petrol hari ini tetapi tidak ada keputusan muktmad dibuat.

Jemaah menteri bagaimanapun mengarahkan Kementerian Kewangan untuk menyediakan laporan terperinci mengenai perkara berkenaan.

Seorang lagi menteri memberitahu jemaah menteri juga bersetuju tiada keperluan bagi kerajaan untuk menaikkan harga minyak bagi mengurangkan beban kewangannya.

Katanya, buat masa ini kerajaan membayar RM11 bilion setiap tahun untuk subsidi petrol RON95 dan kos itu mungkin naik menjadi RM18 bilion jika harga tidak diselaraskan tidak lama lagi.